L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Hana-Kimi (2007)

Tuesday 31 January 2017

Hana-Kimi (2007)

Sebelum ni aku selalu buat review pasai movie, hari ni aku nak buat review pasai drama tv lak. Drama apa? English, Korea or Jepun? Untuk post hari ni aku nak buat review pasai drama Jepun, Hana-Kimi. Sejak bila aku layan drama Jepun ni? Seingat aku bulan 10 tahun lepas kot, masa tu aku boring sangat kat tempat keja, so aku belek la folder-folder, belek punya belek jumpa satu drama Jepun, GTO (1998), so aku pon layan la. Lepas dah abih layan GTO aku rasa syok jugak layan drama Jepun ni so aku pon try la discover drama Jepun yang lain sampai la bulan ni aku layan drama Hana-Kimi (2007).



INFO


Name: Hanazakari no Kimitachi e: Ikemen Paradise
Directed by: Matsuda Hidetomo, Tsuzuki Junichi, Sato Genta
Genre: Drama, Romance, Comedy
Country: Japan
No. of Episodes: 12


SYNOPSIS



Drama ni mengisahkan seorang pelajar perempuan dari Amerika, Ashiya Mizuka menyamar sebagai lelaki di sekolah lelaki untuk berjumpa dengan idolanya, Sano. Ashiya ingin menebus kesalahannya kerana Sano pernah menyelamatkannya di Amerika dari kumpulan gangster sehingga menyebabkan Sano cedera. Akibat daripada itu, Sano tidak boleh lagi menyertai acara lompat tinggi. Jadi dengan menyamar sebagai pelajar lelaki Ashiya ingin menyakinkan kembali Sano untuk menyertai acara lompat tinggi seperti masa kegemilangan Sano dulu.



CHARACTER


Maki Horikita as Ashiya Mizuki

Watak utama drama ni, Ashiya Mizuki yang dilakonkan oleh si gadis cantik, Maki Horikita. Ashiya memang mengambil berat tentang Sano walaupon kadang-kadang Sano tak pedulikan dia. Dan sepanjang dia berada di sekolah lelaki Ashiya jugak cuba merahsiakan identiti dia yang sebenar tapi kantoi jugak bila Sano dan Nakatsu dapat tau yang Ashiya ni seorang pompuan.









 Oguri Shin as Sano Izumi


Masa aku discover karier mamat Oguri Shin ni baru aku tau yang dia ni pernah berlakon dalam cita GTO. Memandangkan cita GTO ni beza 9 tahun dengan cita Hana Kimi so memang patut la aku tak cam dia sangat lol. So watak Sano ni dia seorang yang suka bersendirian. Sano memang agak terkenal dengan kejayaannya dalam acara lompat tinggi. Tapi selepas kejadian di Amerika dia tidak lagi menceburi diri dalam sukan lompat tinggi.






Toma Ikuta as Nakatsu Shuichi


Walaupon watak Nakatsu ni cuma watak sampingan, tapi majoriti lebih suka dengan watak Nakatsu berbanding dengan watak Ashiya dengan Sano, termasuklah aku, hahaha serious aku rasa watak Nakatsu ni watak yang paling lawak sekali dalam drama ni. Ingat aku melawak? Dengan melakonkan watak Nakatsu ni la yang buat Toma Ikuta menang anugerah 'Pelakon Watak Sampingan Terbaik'. Okay, berbalik kepada watak Nakatsu, dia ni seorang pemain bola sepak di sekolahnya. Nakatsu ni memang suka berjenaka dengan orang (sebab tu aku suka dia). Selepas Nakatsu berkawan dengan Ashiya, dia mula tertarik dengan Ashiya walaupon dia cuba buktikan yang dia ni bukanlah seorang gay, hahaha.




SOUNDTRACK


1. Ikenai Taiyō by Orange Range (Opening Theme)

Lagu rock ni agak rancak jugak, sesuai jadi lagu opening. Kalau nak tau dalam episode ?? Nakatsu nyanyi lagu ni masa pertandingan dengan Ashiya dan geng-geng dia yang lain.


2. Peach by Ai Otsuka (Ending Theme)

Selalunya aku lebih suka lagu ending daripada opening (drama or anime). Aku rasa Jepun ni saja letak lagu best-best kot untuk ending, hahaha. Nak tau lagu ni best ke tak cuba dengaq.







COMMENT and RATING


Aku rasa masih awal lagi kalau nak cakap yang drama ni drama Jepun feveret aku, yela, setakat ni baru 3-4 drama aku tengok, mana tau lepas ni aku jumpa drama yang lagi best. Tapi still tak dapat dinafikan yang drama Hana-Kimi ni best. Well, rating aku untuk drama ni? 9/10!!!








0 comments:

Post a Comment