L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: January 2017

Tuesday, 31 January 2017

Sebelum ni aku selalu buat review pasai movie, hari ni aku nak buat review pasai drama tv lak. Drama apa? English, Korea or Jepun? Untuk post hari ni aku nak buat review pasai drama Jepun, Hana-Kimi. Sejak bila aku layan drama Jepun ni? Seingat aku bulan 10 tahun lepas kot, masa tu aku boring sangat kat tempat keja, so aku belek la folder-folder, belek punya belek jumpa satu drama Jepun, GTO (1998), so aku pon layan la. Lepas dah abih layan GTO aku rasa syok jugak layan drama Jepun ni so aku pon try la discover drama Jepun yang lain sampai la bulan ni aku layan drama Hana-Kimi (2007).



INFO


Name: Hanazakari no Kimitachi e: Ikemen Paradise
Directed by: Matsuda Hidetomo, Tsuzuki Junichi, Sato Genta
Genre: Drama, Romance, Comedy
Country: Japan
No. of Episodes: 12


SYNOPSIS



Drama ni mengisahkan seorang pelajar perempuan dari Amerika, Ashiya Mizuka menyamar sebagai lelaki di sekolah lelaki untuk berjumpa dengan idolanya, Sano. Ashiya ingin menebus kesalahannya kerana Sano pernah menyelamatkannya di Amerika dari kumpulan gangster sehingga menyebabkan Sano cedera. Akibat daripada itu, Sano tidak boleh lagi menyertai acara lompat tinggi. Jadi dengan menyamar sebagai pelajar lelaki Ashiya ingin menyakinkan kembali Sano untuk menyertai acara lompat tinggi seperti masa kegemilangan Sano dulu.



CHARACTER


Maki Horikita as Ashiya Mizuki

Watak utama drama ni, Ashiya Mizuki yang dilakonkan oleh si gadis cantik, Maki Horikita. Ashiya memang mengambil berat tentang Sano walaupon kadang-kadang Sano tak pedulikan dia. Dan sepanjang dia berada di sekolah lelaki Ashiya jugak cuba merahsiakan identiti dia yang sebenar tapi kantoi jugak bila Sano dan Nakatsu dapat tau yang Ashiya ni seorang pompuan.









 Oguri Shin as Sano Izumi


Masa aku discover karier mamat Oguri Shin ni baru aku tau yang dia ni pernah berlakon dalam cita GTO. Memandangkan cita GTO ni beza 9 tahun dengan cita Hana Kimi so memang patut la aku tak cam dia sangat lol. So watak Sano ni dia seorang yang suka bersendirian. Sano memang agak terkenal dengan kejayaannya dalam acara lompat tinggi. Tapi selepas kejadian di Amerika dia tidak lagi menceburi diri dalam sukan lompat tinggi.






Toma Ikuta as Nakatsu Shuichi


Walaupon watak Nakatsu ni cuma watak sampingan, tapi majoriti lebih suka dengan watak Nakatsu berbanding dengan watak Ashiya dengan Sano, termasuklah aku, hahaha serious aku rasa watak Nakatsu ni watak yang paling lawak sekali dalam drama ni. Ingat aku melawak? Dengan melakonkan watak Nakatsu ni la yang buat Toma Ikuta menang anugerah 'Pelakon Watak Sampingan Terbaik'. Okay, berbalik kepada watak Nakatsu, dia ni seorang pemain bola sepak di sekolahnya. Nakatsu ni memang suka berjenaka dengan orang (sebab tu aku suka dia). Selepas Nakatsu berkawan dengan Ashiya, dia mula tertarik dengan Ashiya walaupon dia cuba buktikan yang dia ni bukanlah seorang gay, hahaha.




SOUNDTRACK


1. Ikenai Taiyō by Orange Range (Opening Theme)

Lagu rock ni agak rancak jugak, sesuai jadi lagu opening. Kalau nak tau dalam episode ?? Nakatsu nyanyi lagu ni masa pertandingan dengan Ashiya dan geng-geng dia yang lain.


2. Peach by Ai Otsuka (Ending Theme)

Selalunya aku lebih suka lagu ending daripada opening (drama or anime). Aku rasa Jepun ni saja letak lagu best-best kot untuk ending, hahaha. Nak tau lagu ni best ke tak cuba dengaq.







COMMENT and RATING


Aku rasa masih awal lagi kalau nak cakap yang drama ni drama Jepun feveret aku, yela, setakat ni baru 3-4 drama aku tengok, mana tau lepas ni aku jumpa drama yang lagi best. Tapi still tak dapat dinafikan yang drama Hana-Kimi ni best. Well, rating aku untuk drama ni? 9/10!!!








Monday, 30 January 2017

Hari ni bangun pukui 7 lebih ayah aku gerak aku adik-beradik untuk sarapan pagi. Depa semua p, kecuali aku dok syok lena atas katil. Aku malas nak makan breakfast, bukan makan sangat pon time awal pagi, lagipon perut aku tak meragam lagi. Adik aku lepas breakfast join aku tidoq sekali sampai la pukui 11 lebih baru kami bersiap nak balik. Sat ja nak balik, satu malam ja, memang rasa sat la. Boleh tahan jugak la bercuti atas kapal ni, walaupon servis kurang memuaskan, kabin pon kecik tak besaq macam kat hotel. Hari ni last cuti, esok dah kena start keja balik, rasa macam tak puas ja cuti kali ni, kalau boleh nak cuti lama lagi, hahaha.

Sunday, 29 January 2017

Sepanjang hidup aku tak pernah lagi bercuti atas kapal cruise, hari ni aku dapat jugak peluang nak merasa, hahaha *gelak dengan penuh kegembiraan* Kami satu family bertolak dari rumah pukul 6 petang, sampai lebih kurang pukul 7 lebih. Nak cari parking agak payah, maklum lah jalan Penang, memang jem ar. Dah jumpa tempat parking kami pon p la kat kaunter Penang Port untuk check in. Sebelum nak masuk kapal kena bagi IC dulu. IC tu depa simpan, pelik jugak sampai IC pon kena bagi depa simpan, sepatutnya mana boleh. Lepas tu masa nak naik kapal kena check beg lak, kira macam kat airport la. Dah abih semua benda dia check baru la dapat pijak atas lantai kapal, fuhh.. betapa securenya security depa, hahaha. Lepas daftar baru nak masuk bilik. Aku ngan adik aku tidoq sekali, mama ngan ayah depa tidoq kat bilik lain. Masuk masuk bilik alangkah terkejutnya kami, bilik punya la kecik. Yang paling frust cari plug tak jumpa, ada ja plug tapi dia punya lubang lain macam ja. Mama ngan ayah aku tak boleh masuk bilik sebab kad problem. Lepas senua benda dah settle kami pon naik atas untuk dinner. 

Time nak dinner tempat duduk pulak tadak, last last kami makan kat atas deck kapal, siap duduk bersila lagi, famili aku ja yg makan atas deck, awesome tak famili aku? Hahaha nak buat camna, dah tadak tempat nak makan. Lepas makan kami pon lepak la kat atas deck sambil tengok laut. Aku punya dok syok tulis blog tiba-tiba ada amoi mai kat aku suruh tangkap gambaq dia dengan geng dia. Masa tu kapal baru nak jalan, kami pon sambung makan balik, kali ni kami makan kat meja, haha akhirnya jumpa jugak tempat duduk. Tadi balun nasi, sekarang balun roti canai ngan cupcake lak. Dah puas makan kami pon balik la bilik. Time nak naik lif nampak adik aku sorang ni mai turun ngan pakai seluaq pendek and tuala, beriya betui dia nak mandi kat pool. Aku malas nak join, sebab swimming pool dia terlalu open ngan tempat orang makan, segan kot nak mandi, hahaha. Aku ngan adik aku lagi dorang tu singgah sat kat kedai shopping. Kami beli extension plug, mahal jugak menatang tu, sampai RM50, nak tak nak kena beli jugak, kalau tak camna nak charge fon, pandai betui depa buat duit. 

Dah beli kami pon lepak la bilik sambil layan tv. Aku dok atas katil rasa bergerak gerak, kan dok kat atas kapal bergerak, memang rasa pening sikit sebab dok bergoyang, tak tau la nak tidoq nak camna. Nak tidoq pon tak tau pukui brapa, dah dua hari dah aku stay sampai Subuh main PS4, sekarang dah ada kat luaq aku tidoq awai la kot, kalau aku bawak mai PS4 konfem aku stay sampai Subuh, hahaha. Aku ngan adik aku layan movie, sampai 2 movie kami tengok, first tengok cita Liar Liar (1997) pastu layan pulak cita Wild Hogs (2007). Sampai la pukui 2 lebih baru tidoq.

Tu ja la stori untuk hari ni, esok aku update lak masa nak balik. Balik? Sat ja balik. Ye.. kami stay satu malam ja, esok kami balik la. Cuti pon sampai esok ja camna la nak cuti lama-lama, hahaha.

Friday, 27 January 2017

Semua dah tau kan 'meme' tu apa. Yang tak tau tu meh aku nak explain sikit. What is 'meme'? Meme tu adalah satu media (gambar, gif or video) dari internet yang menyampaikan sesuatu mesej tak kira mesej tu ada unsur lawak ke tak. Dia ada banyak meme yang famous, kalau nak tau lebih lanjut baca kat website kat bawah ni (aku malas nak explain, hahaha).




Tiap-tiap bulan mesti ada meme baru kat 9gag. So apa dia meme yang latest sekarang ni? Haa ni yang aku nak habaq ni.


1. Absolutely Barbaric





Meme ni merujuk kepada satu gambar askar Roman dan perkataan 'Absolutely Barbaric' yang bermaksud 'sangat kejam'. Gambar askar Roman ni asalnya dari buku 'Myths and Legends' yang ditulis oleh Roger Payne. Tak sure sapa yang tambah ayat 'Absolutely Barbaric' tapi menurut sumber 'knowyourmeme', orang yang terawal post meme ni adalah dari user Funnyjunk pada bulan September tahun 2014. Pada awal bulan ni, ada sorang mamat dengan username 'publius_scipio' post meme ni kat 9gag. Post dia pasal kawan dia letak susu dulu baru cereal. Post dia dapat hamper 20 ribu points. Lepas tu ramai 9gaggers yang post gambaq meme ni dengan macam-macam tajuk yang refer kepada kelakuan yang depa rasa pelik.



2. Salt Bae




Salt Bae ni adalah nama samaran seorang chef dari Turkey, Nusret Gökçe. Dia jadi femes lepas dia upload satu video di mana dia tabur garam atas daging dengan gaya belagak (macam dalam gambaq). Selalunya bila video jadi trending ramai yang akan buat parodi. Salt Bae pon tak terkecuali, lepas ada sorang upload video dia, ramai lagi yang upload sampai la Salt Bae ni jadi femes. Bila dah femes ada pulak yang buat parodi video Salt Bae ni. Macam-macam version depa buat, bukan setakat buh garam atas daging ja. Kalau nak tengok cer bukak YouTube, haha seriously lawak kot.

Itulah meme-meme yang tengah top sekarang ni. Kalau ada macam anugerah 'The Best Meme of the Month' hampa rasa yang mana satu patut menang? Absolutely Barbaric ka atau Salt Bae? Itu terpulanglah kepada hampa yang mana hampa rasa best. Bagi aku semua meme best, especially Harambe, hahaha.



Thursday, 19 January 2017

Wassup guys? Okay topik kita hari ni adalah mengenai musik, topik yang aku paling minat sekali. Artis yang sedang top sekarang ni, Ed Sheeran melonjak naik dari tangga 29 ke tangga 1 di carta U.S Billboard Hot 100 dengan lagu terbarunya, 'Shape of You' dan 'Castle on the Hill'. Album terbaru Ed yang diberi nama ÷ (Divide) yang akan released bulan Mac nanti. Ed ni memang jenis pemalas nak bagi nama untuk album dia. Kalau hampa perasaan album sebelum ni tajuk 'X', album dia yang first tajuk '+', tahun ni '÷' pulak. Aku rasa Ed ni suka math kot, lol.







Walaupon Ed Sheeran bukanlah artis feveret aku, bagi aku Ed ni antara penyanyi Pop yang best pada abad ni. Aku suka lagu-lagu dia, suka tu tadak la sampai tiap-tiap hari dengaq lagu dia, maksud aku layan ja lagu-lagu dia kalau dengaq kat radio. Bila aku start kenai mamat ni? Seingat aku masa tahun 2013, time tu aku dengaq lagu dia tajuk 'Lego House' kat radio. Hahaha part yang lawak bila aku tengok video lagu tu aku ingat Rupert Grin tu Ed Sheeran, seriously depa dorang nampak seiras kot, mungkin sebab tu depa upah 'Ron' berlakon dalam video kot, lol.

Tapi tak sangka 4 tahun berlalu Ed sekarang dah jadi femes. Aku dulu ingat dia ni cuma artis biasa ja, pejam celik pejam celik tengok-tengok nama dia top kat billboard. Kalau nak tau sebelum karier Ed tengah top dia main gitar tepi jalan ja, yeah, started from the bottom.. sekarang dia dah jadi artis paling popular, hebat kan Ed ni?


Tuesday, 17 January 2017

Hari ni usia aku dah pon mencecah 23 tahun. Wow, tak sangka aku dah 23 tahun, rasa macam 17 lagi semalam, hahaha. So apa wish aku untuk tahun ni? Khawin? Nope. Awai lagi nak khawin, baru 23 bukannya 33, aku ada banyak masa lagi sebelum nak tamatkan zaman bujang aku. Lagipon aku tak dak awek lagi lol so chill la dulu bab khawin ni. Parents aku pon tak tanya lagi bila aku nak khawin, selagi depa tak tanya aku bila nak khawin selagi tu aku nak hidup single. Aku still boleh sabaq lagi, walaupon dalam tempoh sedekad, ala lambat laun aku khawin jugak nanti. Wish aku tak banyak, aku cuma harap aku dapat manage aku punya status kewangan aku dalam keadaan yang baik dan stabil memandangkan aku dah pon setahun keja.

Sunday, 15 January 2017

Tahun ni aku beli PS4, and the first game aku beli game Watch Dogs 2. Semalam aku dah abih main dah game ni, semua main mission aku dah complete. Yang first punya version aku main kat pc ofis aku tapi tak abih main lagi, sebab aku jarang main game kat ofis, kantoi ngan bos nanti mampus, hahaha. Yang tak tau lagi pasai game ni meh aku nak cita sikit.

Marcus Holloway adalah seorang hacker. Marcus menyertai group hacker yang bernama DedSec. Marcus sedar akan Church yang dipanggil New Dawn, sebuah organisasi jenayah. Deadsec tersandung atas kewujudan satu perutusan bawah sedar dan Bellwether, program pengolahan data yang diberi data ctOS oleh Dušan Nemec, CTO Blume, untuk memanipulasi kewangan dunia dan politik. Deadsec kemudian mengekrut Raymond "T-Bone" Kenney yang juga mahu lawan Blume. Dengan bantuan T-Bone, Deadsec berjaya mendedahkan korupsi FBI dan syarikat-syarikat Silicon Valley. Deadsec juga berjaya menjatuhkan ketua penjenayah Tezcas, salah satu geng tempatan yang menculik Horatio (salah seorang ahli Deadsec) dan membunuhnya selepas dia menolak untuk bekerjasama dengan mereka. Deadsec mengetahui rancangan Blume untuk memasang satu rangkaian satelit untuk melangkau kabel-kabel maklumat bawah laut yang akan bagi Blume satu kuasa monopoli di data elektronik dan pasaran saham seluruh dunia. Untuk menjatuhkan rancangan jahat Blume, Deadsec menyusup kawasan pelancaran salah satu satelit Blume dan memasang "backdoor" (satu ciri atau kecacatan oleh satu sistem komputer yang membenarkan akses tidak sah untuk mencuri data). Misi terakhir game ni Marcus memecah masuk ke dalam ibu pejabat San Francisco Blume dan menggodam pelayan-pelayan mereka, mendedahkan kewujudan korupsi Bellwether and Dušan. Dušan ditahan atas sebab penipuan dan Blume diletakkan di bawah siasatan.

 



Overall game ni okay jugak, grafik dia lawa dan gameplay pon agak mencabar, sebab bila time hacking kita kena solve macam puzzle so memang agak mencabar jugak la. Game ni ada jugak online tapi tak best sangat. Okay berapa rating yang aku nak bagi untuk game ni? 7/10 is fair enough.

Friday, 13 January 2017

Sapa tak pernah makan KitKat? Mesti semua dah pernah makan kan? Bagi aku KitKat ni 2nd coklat feveret aku (selepas Cadbury). KitKat ada dua jenis, satu yang original punya bentuk panjang, ada 4 batang dalam satu paket, yang kecik punya pon ada, 2 batang dalam satu paket. Perisa pulak ada dua jugak, yang original of coz dalam rasa coklat, satu lagi rasa green tea, aku tak pernah try rasa green tea ni so aku tak tau sedap ke tak rasa dia. Lagi satu jenis, KitKat Bites nama dia, yang ni memang aku paling suka daripada original punya. Rasa dia still sama dengan original cuma bentuk dia bulat. Kecik ja dia punya size coklat, tapi ada banyak la dalam satu paket, tak kan dia nak bagi 3-4 bijik ja dalam paket, kejam sangat tu, hahaha. Tapi kan best kalau depa buat besaq sikit saiz dia, mesti lagi sastifying rasa dia, nama pon 'bites', bukannya 'swallow', kena gigit 2-3 kali baru abih, ni masuk dalam mulut sekali ja dah sebab kecik sangat, mana puas, hahaha. Tapi apa pon aku still suka coklat ni, kalau hampa generous sangat belanja aku satu nanti, hahaha.


Wednesday, 11 January 2017

Kelmarin lepas, 9 haribulan Januari (09/01/2017) menjadi hari bersejarah untuk negara Malaysia apabila pemain bola sepak, Faiz Subri memenangi anugerah FIFA Puskas untuk tahun 2016. FIFA Puskas ni dianugerahkan kepada pemain bola yang mencipta gol yang paling awesome dan cantik dalam setahun. Faiz Subri mengalahkan pemain-pemain popular seperti Neymar dan juga Ronaldo. Wow, dasyat tu, hebat sangat ka gol Faiz Subri ni? Haa, yang belum tengok lagi tu boleh tengok kat bawah ni.



16 Februari 2016: Gol dari sepakan percuma yang dijaringkan oleh pemain Pulau Pinang,  Faiz Subri menentang Pahang semasa perlawanan Liga Super Malaysia.


Kejayaan Faiz Subri merangkul anugerah FIFA Puskas ni memang ternyata mengejutkan ramai orang. Cuba bayangkan betapa bangganya Faiz Subri bila menang award ni, balik rumah konfem dia tidoq sambil peluk trofi FIFA Puskas, hahaha. Aku kalau kata tak bangga memang tipu la, mau tak bangganya, the first Asian player, dari Malaysia, dan dari Penang yang menang award ni! Memang satu pencapaiaan yang susah untuk dicapai, tapi Faiz Subri berjaya melakukannya, coz he's awesome!




Faiz Subri ketika memberi ucapan selepas menerima anugerah FIFA Puskas 2016.







Hasrat Faiz untuk berjumpa dengan Cristiano Ronaldo menjadi kenyataan. Bukan setakat jumpa ja, siap selfie lagi, hahaha.



Aku macam dah tau yang dia akan menang award FIFA Puskas bila aku tengok gol dia Februari lepas, tak la kejam sangat kalau kata gol Faiz Subri lebih cantik dari gol Roberto Carlos. Harap-harap kejayaan Faiz Subri ni bukak mata anak-anak muda untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sunday, 1 January 2017

Happy New Year Guys!!! Hari ni dah pon masuk tahun 2017, and tak lama lagi umuq aku dah nak masuk 23 tahun. So macam mana dengan new year resolution hampa taun lepas? Dah accomplish dah ka? Kalau dah congrats, yang gagal boleh cuba lagi tahun ni. Macam mana dengan aku pulak? Well, aku still sama ja dari dulu, masih lagi kurus dan masih lagi single...huhuhu *cries in a corner*. So adakah resolution aku masih sama dengan taun lepas? Absolutely not. Resolution aku untuk tahun ni nothing. Yup, nothing. Sebab aku dah penat mencuba, dah banyak tahun dah tapi still tak tercapai resolution aku. Bunyi macam aku dah give up tapi at least aku tak give up dengan life aku. Aku dah tak kisah dah hidup single. Aku lebih selesa dengan keadaan diri aku sekarang so tak perlu la aku nak cuba capai resolution aku. Mungkin kalau aku berhenti mencuba things will work out... maybe...