Tengah hari tadi aku p melawat tempat aku praktikal dulu. abang-banag kilang terkejut la bila aku mai, ye la, dah 7 bulan tak jumpa memang agak surprise la bila aku mai jumpa depa, hahaha. Depa ingat aku mai nak amik elaun sebab masa praktikal dulu cikgu lupa nak bagi elaun kat aku. Tadi cikgu ada kat kilang, tapi aku rasa segan lak nak p mintak, last-last abang Fazlee yang tanya cikgu. Dia kata cikgu suruh aku mai dua hari lagi baru dapat elaun.
Aku pon bawak depa p makan guna keta aku, maklumlah depa dah lama tak naik, hahaha. Kami makan dekat Warung Bonda. Lauk pon dah nak abis dah time tu tapi makan jugak la apa yang ada. Selalu time praktikal dulu kami makan kat Sila O Sila, sekarang ni depa cakap depa suka makan kat Warung Bonda sebab harga dia murah.
Lepas makan aku antaq depa balik and then aku p singgah dekat area Warung Bonda tu balik sebab aku nampak ada banner iklan jawatan kosong, aku nak try p mintak. Banner tu letak tepi jalan bertentangan so aku kena buat u-turn. Masa aku nak berenti tepi jalan aku pon bagi la signal. Time tu ada satu keta yang nak kluaq simpang. Tiba-tiba keta tu kluaq pastu hentam aku. Aku ingat dia nampak aku, aku pon terkejut dia kluaq camtu ja. Aku pon berenti la tepi jalan, padahai memang aku nak berenti kat situ pon sebab aku nak tengok banner iklan jawatan kosong. Laki Cina rupannya mamat yang hentam aku tu, bukan nak kata aku ni rasis, dah hang kluaq simpang tak tengok kiri kanan memang salah hg la. Aku pon mintak kat dia duit, lebih kurang RM200, last-last dia bagi aku RM80 lebih ja. Ingat nak p balai polis tapi dia kata nanti dua-dua kena bagi duit, aku pon dah la tadak duit so terpaksa la settle kat situ jugak. Aku pon ambik la RM50 daripada dia, kesian punya pasai kat mamat tu, keta dia pon kemek jugak, dia pon cakap dia tak dak duit.
Aku memang tak bernasib baik, time tengah tak dak duit, pastu tengah cari keja tak dapat-dapat lagi dah ada orang hentam keta aku. Jadi terpaksa la aku guna duit elaun aku nanti nak fix keta aku. Takpala aku tau ini suma dugaan bagi aku. Walaupon bukan salah aku, bawak keta dengan penuh cermat dan berhati-hati tapi still accident. Disebabkan orang lain yang buat salah aku yang jadi mangsa, memang aku ni tak ada luck kot.
0 comments:
Post a Comment