L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Back to the Future (1985)

Tuesday, 15 December 2015

Back to the Future (1985)

Untuk post hari ni aku nak buat review sikit pasai movie yang dah pon berusia 30 tahun, selalu dok buat review movie yang baru ja kan? Sapa tak tau movie Back to the Future? Antara movie 80an plaing best. Yang tak tengok lagi boleh la try tengok, jangan ingat movie lama tak best, kadang-kadang movie lama lagi best kalau nak compare dengan yang baru



Released date: July 3, 1985

Duration: 116 minutes

Directed by: Robert Zemeckis

Country: United States

Budget: $19 million 
Rating
IMDb
Rotten Tomatoes
Metacritic
8.5/10
96%
86%
 

 

Characters

 

Michael J. Fox sebagai Marty McFly

Marty McFly adalah anak lelaki kepada George McFly dan Lorraine Baines McFly. Marty adalah seorang penggemar musik. Dia bermain gitar di sekolahnya bersama dengan bandnya. Dia juga mempunyai teman wanita. Marty menjelajah ke masa silam bersama dengan Doc. Brown dalam misi memperbaiki keburukan yang menimpa mereka.    





Christopher Llyod sebagai Dr. Emmet "Doc" Brown

Doc Brown ialah seorang saintis. Dia telah mereka mesin masa yang menggunakan kereta DeLorean di mana dia dan Marty kembali pada masa silam.






Lea Thompson sebagai Lorraine Baines McFly

Lorraine Baines McFly adalah mak kepada Marty. Dia berkahwin dengan George McFly. Pada tahun 1985 Lorraine merupakan seorang kaki arak dan kurang gembira dengan suaminya tetapi selepas Marty kembali pada tahun 1955 dan mengubah jalan masa Lorraine kini merupakan seorang yang sihat dan gembira dengan kehidupannya.



Crispin Glover sebagai George McFly

Ayah Marty dan juga suami kepada Lorraine Baines. Seorang yang lembik dan tidak berkeyakinan. Keitka Marty tersesat pada tahun 1955, Marty terserempak dengan George. Marty kemudian membantu George untuk memikat Lorraine Baines. Selepas Marty kembali pada tahun 1985, George nampak lebih bersemangat dan berkeyakinan.





Thomas F. Wilson sebagai Biff Tannen

Karakter antagonis movie ni, Biff adalah seorang yang suka membuli George McFly. Dia juga selalu kacau Lorraine. Thomas memang sesuai jadi karekter jahat sebab rupa parasnya yang agak bengis, hahaha.








Plot


Marty pergi berjumpa Doc Brown di tempat parking pusat beli belah. Doc mendedahkan kepada Marty tentang mesin masa yang menggunakan kereta DeLorean. Tiba-tiba mereka diserang oleh sekumpulan Libyan dan Doc dibunuh. Marty berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta DeLorean.




Marty kemudian telah tersesat pada tahun 1955 dan dia berjumpa dengan ayahnya dan Biff di sebuah restoran. Ketika itu Biff dan kuncu-kuncunya sedang membuli ayah Marty dengan menyuruh ayahnya menyiapkan kerja sekolah Biff. Selepas itu mereka beredar dan kemudian ayahnya juga beredar dari restoran. Marty kemudian mengejar ayahnya.


Selepas puas mencari ayahnya, Marty akhirnya jumpa George di atas sebatang pokok. George sedang memerhatikan mak Marty, Lorraine. Tiba-tiba George terjatuh dari pokok dan hampir dilanggar sebuah kereta tetapi Marty berjaya menyelamatkan ayahnya dan sebaliknya dia pula dilanggar kereta. Marty tidak sedarkan diri dan pakcik yang langgar dia tu bawak masuk Marty ke dalam rumahnya.


Apabila Marty terjaga, dia mendapati dirinya berada dalam sebuah rumah seseorang dan dia terlihat seorang gadis yang duduk di hadapannya. Marty terkejut apabila gadis tersebut adalah maknya. Selepas dinner dengan family Lorraine, Marty pon blah cari Doc Brown.




Masa jumpa Doc di rumahnya, Marty menjelaskan kepada Doc yang dia datang dari masa depan melalui mesin masa yang dicipta oleh Doc tetapi Doc tidak percaya. Doc yang menyangka Marty seorang gila menyuruh Marty balik dan kemudian Doc mengunci dirinya di dalam bengkel. Kemudian Marty menjelaskan bagaimana Doc dapat parut di atas kepalanya sedangkan tiada parut di atas kepala Doc. And then Doc dengan serta-merta membuka pintu dan kelihatan ada plaster di atas kepalanya, ini bermakna kemalangan itu baru terjadi ke atas Doc selepas Marty bagitau.



Marty menunjukkan kereta DeLorean kepada Doc yang disembunyikannya. Doc kemudian mengkaji dan mengatakan satu-satunya cara untuk menghidupkan mesin masa adalah dengan mengumpul tenaga elektrik sebanyak 1.2 gigawatts. Mereka cuba memikirkan cara bagaimana nak kumpul tenaga elektrik sebanyak tu sehingga la Marty dapat idea dengan menunjukkan surat khabar dari masa depan kepada Doc tentang berita sambar petir yang menimpa ke atas jam loceng yang akan berlaku pada malam Sabtu yang akan datang. Doc melarang Marty supaya jangan tinggalkan rumahnya dan berinteraksi dengan orang lain pada hari Sabtu nanti supaya perubahan jalan cerita kehidupan tidak akan berlaku. Doc juga menyuruh Marty untuk cuba menyatukan Lorainne dan George supaya Marty akan wujud pada masa depan. 


-------------------- akan bersambung, aku akan update lagi selepas ni...... --------------------

0 comments:

Post a Comment