L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Nothing Can Drag Me Down

Saturday, 5 December 2015

Nothing Can Drag Me Down

Semalam aku p kilang nak claim elaun praktikal tapi cikgu dah balik. Aku pon lepak la sat dengan Abang Zubir ngan Abang Mat Nor. Aku pon bagitau depa yang aku eksiden ari tu. Depa marah betui kat aku bila aku kata yang aku ambik RM50 ja kat orang yang hentam aku tu. Sepatutnya orang tu kena bagi aku RM200 or lebih tapi aku ni terlalu baik hati sangat. Takpala lepas ni jangan harap aku nak bagi muka, hahaha. Abang Zubir kata nanti p kedai keta tanya berapa kena charge untuk repair kemek kat keta aku.  Kami pon p la kedai keta yang terletak tak jauh dari kilang. Masa otw aku nampak iklan jawatan kosong sebagai van sale/driver dekat gate masuk kilang. Aku pon call la no. tel dalam iklan tu pastu dia kata nanti mai interview kat tempat dia

Dah sampai kat kedai keta kami pon tunggu tauke kedai tu, dia p kluaq sat. Bila tauke dah sampai dia pon p tengok kemek kat keta aku. Dia cakap RM650 sekali cat and ketuk. Abang Mat Nor tanya lak member dia yang keja kat kedai keta. Member dia cakap RM550.  Aku pon macam blur kat kedai mana aku patut p. Lain kedai lain pulak harga dia so memang aku kena survey semua tempat dulu kalau nak jimat duit aku. RM500 tu kira okay la, nanti aku boleh claim duit elaun praktikal kat cikgu and mintak duit parents sikit, hehehe.

Lepas semayang Jumaat aku p kilang balik sebab nak interview kat tempat yang aku call tadi. Tempat tu dok kat sebelah kilang praktikal aku ja, lol.  Masa interview dia suruh aku isi borang dulu. Lepas isi baru dia interview aku. Bila dia tengok borang yang aku dah isi tadi dia terkejut. Laa, keja dekat sebelah ni ja rupanya, hahaha. Dia kata macam pernah nampak aku, dia tanya budak yang bawak Jazz tu ka, aku pon cakap ha. Lepas tu dia terkejut lagi yang aku ada diploma. Dia pon pelik la awat aku mintak keja driver aku pon cakap la yang aku susah nak cari keja bidang IT. Sapa tak pelik dah ada diploma pastu mintak keja driver ja, Abang Fazlee pon gelak kat aku tadi, hahaha. Dia pon explain la pasai company dia and keja sebagai van sale. Dia cakap yang aku ada masa and peluang lagi nak cari keja. Tambahnya lagi dia cakap yang rezeki aku tak sampai lagi. Aku pon macam terharu jugak la dia cakap camtu. Rasa bersemangat pon ada. Dah la keta aku kemek and aku tak keja lagi so memang aku down gila la tapi at least ada jugak manusia yang aku tak kenal bagi semangat kat aku. Nothing can drag me down!

0 comments:

Post a Comment