L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Top 5 Albums Of 2005

Wednesday 25 November 2015

Top 5 Albums Of 2005

  #1 Monkey Business by The Black Eyed Peas

Album yang paling best sekali untuk 10 tahun lepas dan juga album terbaik bagi kumpulan The Black Eyed Peas. Boleh kata album ni album hip hop paling best yang aku pernah dengaq. Album ni dah dijual sebanyak 10 juta salinan ke seluruh dunia. Menduduki tempat first dalam carta album terbaik bagi 8 buah negara berbeza dan no. 3 dalam carta U.S. Billboard. Lagu paling best dalam album ni sudah semestinya lagu  "Pump It".


 #2 The Rising Tied by Fort Minor

"The Rising Tied" merupakan satu-satunya album yang Fort Minor ada. Fort Minor ni adalah side project oleh mamat yang dok rap dalam lagu Linkin Park, Mike Shinoda. Album ni album hip hop jugak so boleh kata tahun 2005 ni hip hop yang pegang, hahaha. Album ni dapat banyak review yang positif dari pelbagai sumber dan menduduki no. 51 dalam carta U.S. Billboard 200. Lagu "Where'd You Go" mengingatkan aku time zaman lepas UPSR dulu.


#3 PCD by The Pussycat Dolls

Album pertama bagi kumpulan The Pussycat Dolls yang diketuai oleh Nicole Scherzinger. Band ni dah dibubarkan pada 5 tahun lepas sebab Nicole ambil keputusan untuk focus pada karier solo.  Album ni menduduki no. 2 dalam carta U.S. Billboard 200. Penyanyi seperti Busta Rhymes, Timbaland, dan will.i.am juga muncul dalam album ni. Lagu feveret aku dalam album ni lagu "Stickwitu"


#4 Never Gone by Backstreet Boys

Jangan ingat band ni cuma femes time 90an ja. Album depa yang 10 tahun lepas punya pon boleh tahan. Album ni lain sikit kalau nak compare dengan album yang sebelumnya. Album ni lebih kepada pop rock. Album ni diberi nama "Never Gone" sebab depa berkabung atas kematian ayah Kevin (dua dari kiri dalam gambaq). Lagu paling best bagi aku, "Just Want You To Know".



#5 From Under The Cork Tree by Fall Out Boy

Album pop punk terbaik dan juga ke-5 terbaik bagi tahun 2005 jatuh kepada album ke-2 kumpulan FOB, "From Under The Cork Tree". Boleh kata album ni yang buat band FOB femes. Mendapat tempat ke-9 dalam carta U.S. Billboard 200 dan menjadi satu-satunya album FOB yang dapat top ten. Kalau hangpa tengok full track list dalam album ni mesti hangpa tergelak, haha. "Sugar We're Goin Down" lagu feveret aku.

0 comments:

Post a Comment