L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Pan

Tuesday 10 November 2015

Pan

Directed by: Joe Wright
Based on: Peter Pan by J. M. Barrie
Staring:  Hugh Jackman, Garret Hudland, Rooney Mara, Amanda Reyfield, Levi Miller
Release date: 9 October 2015 (United States)
Duration: 111 minutes
Country: United States
Budget: $150 million
IMDb rating: 6/10   








Characters

Levi Miller as Peter Pan

Watak Peter Pan dilakonkan oleh budak Australia yang berusia 13 tahun, Levi Miller. Peter ditinggalkan oleh maknya, Mary semasa dia masih bayi di rumah anak yatim. Peter diculik oleh pasukan lanun dan dibawa ke Neverland. Dia dikaitkan dengan seorang budak dalam kisah legenda lama di mana dia boleh terbang.





Hugh Jackman as Black Beard


Lepas tengok movie ni baru aku tau yang Blackbeard ni dilakonkan oleh mamat Wolverine, hahaha. Blackbeard adalah watak jahat dalam movie ni. Dia adalah ketua bagi semua lanun di Neverland. Blackbeard menyuruh pekerja bawahannya termasuk Peter dan rakan-rakannya untuk mencari habuk dongeng. Blackbeard menggunakan habuk tersebut untuk kekal muda. 





Garrett Hudland as James Hook

Mamat hensem ni pulak melakonkan watak James Hook atau lebih dikenali sebagai Captain Hook. Seorang yang bajet cool bila nampak perempuan cantik, contohnya masa dia jumpa Tiger Lily, hahaha. Dia juga dijadikan hamba abdi oleh Blackbeard. Pada mulanya dia agak sombong dengan Peter tapi dia join Peter masa depa larikan diri dari tempat Blackbeard dalam misi mencari mak Peter. 




Rooney Mara as Tiger Lily

Tiger Lily dilakonkan oleh gadis cantik ni. Tiger Lily adalah anak kepada Chief Great Little Panther. Dia menemui Peter dan Hook ketika mereka sesat dalam hutan. Dia juga pernah berlatih bertarung dengan mak Peter. Tiger Lily menemani Peter dan Hook dalam misi menjatuhkan Blackbeard yang ingin menguasai pulau pari-pari.





Plot


Peter ditinggalkan oleh ibunya di rumah anak yatim semasa bayi. Pada satu hari, rumah anak yatim tersebut didatangi sekumpulan lanun yang menaiki kapal laut yang boleh terbang dan mereka menculik anak yatim termasuk Peter. Rakan baik Peter, Nibs berjaya menyelamatkan diri. Peter dan anak-anak yatim yang lain dibawa ke alam fantasi yang diberi nama 'Neverland'.
Neverland dikuasai oleh Blackbeard di mana Peter dan anak-anak yatim yang lain dipaksa menjadi hamba abdi. Dia menyuruh mereka mencari habuk debu pari-pari.

Peter dihukum bunuh selepas dia menghina orang-orang Blackbeard tapi dia terselamat apabila dia mendapati dirinya boleh terbang ketika dia ditendang oleh Blackbeard jatuh ke dalam gaung.

Peter dan lelaki yang dikenalinya semasa bekerja di lombong tanah, James Hook berpakat untuk meninggalkan tempat Blackbeard. Hook meminta bantuan rakannya, Smee untuk mencuri kapal milik Blackbeard. Mereka berjaya melarikan diri.

Mereka telah tersesat di dalam hutan setelah kapal mereka terkandas. Hook mencadangkan kepada Peter yang mereka perlu tinggalkan kawasan Neverland tetapi Peter tidak mahu. Peter mengatakan yang dia tidak akan tinggalkan Neverland selagi dia belum jumpa maknya. Mereka ditemui oleh Tiger Lily, seorang gadis dan sekumpulan orang asli semasa mereka melarikan diri daripada burung gergasi.

Mereka telah dibawa ke tempat perkampungan orang asli yang diketuai oleh Chief Great Little Panther. Chief mendapati Peter memakai rantai seruling Pan dan dia ingin menguji Peter sama ada dia boleh terbang sebagaimana yang diceritakan dalam kisah lama.

Blackbeard dan orang-orangnya datang menyerang kawasan perkampungan itu di mana penduduk-penduduk di situ telah dibunuh termasuk Chief Great Little Panther. Peter hampir-hampir dibunuh oleh Blackbeard tetapi dia berjaya diselamatkan oleh Hook dan mereka bersama-sama dengan Tiger Lily melarikan diri dari situ.

Peter dan Tiger Lily telah menjumpai pintu alam pari-pari sebelum mereka didatangi oleh Blackbeard dan kuncu-kuncunya. Blackbeard merampas rantai seruling Pan daripada Peter dan menggunakannya untuk membuka pintu alam pari-pari.
Captain Hook datang menyelamatkan Peter dan Tiger Lily dan mereka bertarung dengan Blackbeard.
Hasrat Blackbeard untuk menawan alam pari-pari tidak kesampaian selepas dia ditewaskan Peter yang menggunakan kuasa pari-pari.

Peter berjumpa dengan maknya, Mary. Maknya mengatakan kepadanya yang dia adalah penyelamat Neverland.
Last scene cerita ni Peter, Hook dan Tiger Lily pergi menyelamatkan anak-anak yatim dan bawak depa ke Neverland. THE END.


Komen dan Rating

Secara keseluruhan cerita ni agak simple dan menarik. Lawak, sedih semua ada, tak ada kekurangan dalam movie ni so tak rugi kalau tengok. Rating aku 9/10 untuk movie ni.

0 comments:

Post a Comment