L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: November 2015

Monday, 30 November 2015

Sejak pemecatan Brendan Rodgers sebagai pengurus Liverpool, prestasi pengurus baru, Jürgen Klopp sebagai pengurus Liverpool masih lagi menjadi tanda tanya. Adakah Klopp merupakan orang yang layak menjadi pengurus Liverpool? Dapatkah Klopp bertahan sebagai pengurus Liverpool? Sebagai supporter Liverpool jelas sekali aku dapat katakan keputusan perlawanan sememangnya bergantung kepada prestasi pemain. Klopp masih baru lagi dengan Liverpool so agak tidak adil la kalau nak judge dia sekarang. Aku masih yakin dengan Klopp dan aku percaya yang dia mampu menjadikan Liverpool sebagai pasukan yang digeruni di eropah. Ada beberapa reasons aku percaya yang Klopp ni memang layak jadi pengurus Liverpool.

No Signings Yet
Klopp masih belum membeli pemain yang dikehendakinya lagi jadi memang terpaksa dia guna pemain yang sedia ada. Nama Klopp sememangnya terkenal dalam dunia bola sepak dan itu sudah pasti Klopp dapat menarik minat pemain-pemain world class untuk bermain dalam pasukannya. Tak beli player lagi Liverpool dah boleh perform so cuba bayangkan kalau Klopp bawak masuk pemain-pemain star, konfem Liverpool boleh stay top four punya.

In-Form Players
Pemain-pemain Liverpool juga tengah menunjukkan peningkatan yang baik terutamanya Coutinho dan Firmino. Gandingan mereka berdua nampak menjadi ketika Liverpool menundukkan City 4-1 di Etihad. Walaupun tanpa pemain baru Klopp masih boleh mengharapkan pemain-pemain yang in-form untuk mencatat kemenangan. Klopp juga mampu train pemain-pemain Liverpool dengan baik.

Good Tactics
Taktik Klopp yang digunakan nampak menjadi dan permainan Liverpool nampak lebih kemas dan teratur. Pemain-pemain juga nampak lebih yakin di atas padang dan gigih memburu kemenangan. Selalunya bila Liverpool seri or kalah ramai yang salahkan player, bukannya Klopp sebab kadang-kadang pemain yang buat silap. Taktik dah okay, main pon dah cantik tapi bila seri or kalah jugak tu kira tadak luck la. 

Fans Support
Mostly penyokong-penyokong Liverpool masih percaya dengan Klopp sebagai manager Liverpool so memang agak mustahil la kalau Klopp kena pecat. Klopp memang disayangi oleh semua orang even bukan penyokong Liverpool. Masa Rodgers jadi manager Liverpool dulu selalu kena maki ja, kalau menang pon still kena kritik jugak, tapi kalau Klopp tak dak sapa pon nak maki, bagi support lagi ada la. Boleh kata penyokong-penyokong Liverpool nak Klopp kekal lebih lama sebab ramai yang percaya dengan prestasi Klopp sebagai pengurus Liverpool.


Passion and Love
Jürgen Klopp memang sayangkan kehidupannya di Liverpool dan dia gembira menjadi pengurus Liverpool. Klopp semestinya akan cuba membuat yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool. Membuat kerja dengan penuh kasih sayang sudah pastinya akan membawa hasil yang baik, jadi itulah yang Klopp tengah buat sekarang. 


If Rodgers can survive for 3 years as Liverpool manager, why not Klopp?



Apa yang aku dapatkan simpulkan ialah masih terlalu awal untuk kita nak judge Klopp sebagai manager Liverpool. Klopp memang perlukan masa untuk membentuk pasukan Liverpool dan sudah pasti Klopp akan membawa masuk pemain-pemain yang bertaraf dunia. At least 2-3 seasons baru boleh kita nak judge dia. Harap penyokong-penyokong Liverpool bersabar dan terus support Klopp dan para pemain, better things take time.






 

Friday, 27 November 2015


“You must live in the present, launch yourself on every wave, find your eternity in each moment. Fools stand on their island of opportunities and look toward another land. There is no other land; there is no other life but this.” — Henry David Thoreau

Wednesday, 25 November 2015

  #1 Monkey Business by The Black Eyed Peas

Album yang paling best sekali untuk 10 tahun lepas dan juga album terbaik bagi kumpulan The Black Eyed Peas. Boleh kata album ni album hip hop paling best yang aku pernah dengaq. Album ni dah dijual sebanyak 10 juta salinan ke seluruh dunia. Menduduki tempat first dalam carta album terbaik bagi 8 buah negara berbeza dan no. 3 dalam carta U.S. Billboard. Lagu paling best dalam album ni sudah semestinya lagu  "Pump It".


 #2 The Rising Tied by Fort Minor

"The Rising Tied" merupakan satu-satunya album yang Fort Minor ada. Fort Minor ni adalah side project oleh mamat yang dok rap dalam lagu Linkin Park, Mike Shinoda. Album ni album hip hop jugak so boleh kata tahun 2005 ni hip hop yang pegang, hahaha. Album ni dapat banyak review yang positif dari pelbagai sumber dan menduduki no. 51 dalam carta U.S. Billboard 200. Lagu "Where'd You Go" mengingatkan aku time zaman lepas UPSR dulu.


#3 PCD by The Pussycat Dolls

Album pertama bagi kumpulan The Pussycat Dolls yang diketuai oleh Nicole Scherzinger. Band ni dah dibubarkan pada 5 tahun lepas sebab Nicole ambil keputusan untuk focus pada karier solo.  Album ni menduduki no. 2 dalam carta U.S. Billboard 200. Penyanyi seperti Busta Rhymes, Timbaland, dan will.i.am juga muncul dalam album ni. Lagu feveret aku dalam album ni lagu "Stickwitu"


#4 Never Gone by Backstreet Boys

Jangan ingat band ni cuma femes time 90an ja. Album depa yang 10 tahun lepas punya pon boleh tahan. Album ni lain sikit kalau nak compare dengan album yang sebelumnya. Album ni lebih kepada pop rock. Album ni diberi nama "Never Gone" sebab depa berkabung atas kematian ayah Kevin (dua dari kiri dalam gambaq). Lagu paling best bagi aku, "Just Want You To Know".



#5 From Under The Cork Tree by Fall Out Boy

Album pop punk terbaik dan juga ke-5 terbaik bagi tahun 2005 jatuh kepada album ke-2 kumpulan FOB, "From Under The Cork Tree". Boleh kata album ni yang buat band FOB femes. Mendapat tempat ke-9 dalam carta U.S. Billboard 200 dan menjadi satu-satunya album FOB yang dapat top ten. Kalau hangpa tengok full track list dalam album ni mesti hangpa tergelak, haha. "Sugar We're Goin Down" lagu feveret aku.

Friday, 20 November 2015

Macam-macam topik aku cerita tapi bab makan aku tak cerita lagi so post kali ni aku cerita bab makan pulak. Mostly kawan-kawan aku dah tau aku ni suka makan KFC haha tapi tak semestinya KFC ja yang aku suka, ada banyak benda lagi yang aku suka makan. Bagi aku kalau aku makan kat kedai tu aku suka makan apa, and bila dah suka setiap kali p kedai tu mesti order benda yang sama ja. Contohnya bila aku p makan Secret Recipe aku suka order macaroni cheese, dari start aku makan kat Secret Recipe sampai la sekarang selalu ja order macaroni cheese, kadang-kadang makan jugak benda lain cuma point dia aku selalu makan macaroni. 






Nama hidangan: Prawn Macaroni with Cheese.

Restoran: Secret Recipe.

Kandungan: Macaroni, keju, udang, cendawan.

Harga: Tak ingat doh.

Cara membuat: Tak tau, tau makan je.


Memang sedap kalau hangpa nak tau. Yang tak pernah try tu nanti boleh la p try, serius tak rugi. Harga memang mahal tapi tak rugi pon kalau nak try makan, ala, suruh la member or parents belanja, lagipon bukan selalu makan, kan? Satu je masalah kalau makan benda ni. Masalah dia hangpa akan cepat rasa muak. Yela, mana tak muaknya, dah depa letak banyak keju memang la muak. Kalau makan banyak keju memang rasa muak, aku pon tak tau apa masalah keju ni lol, tidak dapat dijelaskan secara saintifiknya. Bagi aku overall semua okay. Macaroni rasa dia lembut, kalau didih dalam tempoh yang sepatutnya memang dia akan lembut. Keju yang dia letak rasa dia okay cuma muak bila makan banyak. Udang walaupon macam mentah (or memang mentah kot) pon rasa okay. Cendawan kaler hitam pon rasa not bad. Rating untuk hidangan ni aku bagi 4/5.

Tuesday, 17 November 2015

Semalam aku dapat kerja yang interview aku Sabtu lepas. Pagi sampai la petang semalam aku kena ikut abang ngan kakak p kilang belajaq cara-cara nak advertise. Penat jugak la, dah sebab kena jalan kaki. Bila dah abis keja masa nak balik tu baru aku bincang ngan bos dia dan aku pon diterima keja. Kalau ikutkan aku nak hold dulu tapi dia tak bagi. Di suruh aku start keja esok. Kalau aku tak terima menganggur lagi la aku, dah la aku terdesak nak pakai duit so memang terpaksa jugak la aku terima keja.

Balik rumah aku pon cuba research pasai company tu. Agak kecewa jugak bila dapat tau yang company tu menipu, bukan tipu pelanggan tapi tipu pekerja dia sendiri. Ramai jugak bloggers-bloggers yang kata company ni tipu. Mula-mula dia suruh kita cakap pasal product, lama-lama dia akan suruh kita jual barang lak. What the heck!? Aku ingatkan keja ni bukan macam salesman, cakap customer service, awat kena juai barang lak? Aku pon tak tau betui ke tak tapi menurut majoriti depa yang kata macam tu. Aku pon discuss ngan parents and kawan-kawan aku, depa pon kata tak payah p keja macam tu. Aku pon ikut la cakap depa. Hari ni sepatutnya aku kena keja tapi aku tak p. Depa call aku tapi aku tak angkat, siap block lagi, hahaha. 

Memang frust jugak la yang aku terpaksa menganggur lagi. Baru eksaited dapat keja,  tengok-tengok dapat company penipu lak, adoi. Patut la senang nak dapat keja tu. Lepas ni tobat aku tak kerja sales and marketing lagi dah. Tapi harapan aku untuk dapatkan keja masih cerah sebab esok aku ada interview lagi, kat belah pulau, kerja sebagai IT Technician, mintak-mintak dapat la, dah tak larat nak menganggur dah ni. And yang paling penting mitak-mintak bukan company yang suka tipu.

Sunday, 15 November 2015

Semalam aku p interview dekat area Megamall. Company tu call aku hari Jumaat lepas suruh aku mai interview so aku p la semalam. Lelaki India yang interview aku, siap speaking lagi, aku pon cuak la, hahaha. Dia cakap kat aku yang aku akan diberi latihan untuk jadi supervisor. Aku pon dah buntu dah sekarang ni sama ada aku nak teruskan kerja tu atau tak. Sekarang ni pon aku masih dok apply banyak tempat, dengan harapan aku dapat kerja yang best dan gaji yang agak gempak. Aku tak sure yang aku ni boleh jadi supervisor ke tak, tapi kalau aku dah ada kerja aku dah boleh berpuas hati, yela kan, dah setengah tahun menganggur, mau tak happy aku kalau dapat keja, hahaha.

Tuesday, 10 November 2015

Directed by: Joe Wright
Based on: Peter Pan by J. M. Barrie
Staring:  Hugh Jackman, Garret Hudland, Rooney Mara, Amanda Reyfield, Levi Miller
Release date: 9 October 2015 (United States)
Duration: 111 minutes
Country: United States
Budget: $150 million
IMDb rating: 6/10   








Characters

Levi Miller as Peter Pan

Watak Peter Pan dilakonkan oleh budak Australia yang berusia 13 tahun, Levi Miller. Peter ditinggalkan oleh maknya, Mary semasa dia masih bayi di rumah anak yatim. Peter diculik oleh pasukan lanun dan dibawa ke Neverland. Dia dikaitkan dengan seorang budak dalam kisah legenda lama di mana dia boleh terbang.





Hugh Jackman as Black Beard


Lepas tengok movie ni baru aku tau yang Blackbeard ni dilakonkan oleh mamat Wolverine, hahaha. Blackbeard adalah watak jahat dalam movie ni. Dia adalah ketua bagi semua lanun di Neverland. Blackbeard menyuruh pekerja bawahannya termasuk Peter dan rakan-rakannya untuk mencari habuk dongeng. Blackbeard menggunakan habuk tersebut untuk kekal muda. 





Garrett Hudland as James Hook

Mamat hensem ni pulak melakonkan watak James Hook atau lebih dikenali sebagai Captain Hook. Seorang yang bajet cool bila nampak perempuan cantik, contohnya masa dia jumpa Tiger Lily, hahaha. Dia juga dijadikan hamba abdi oleh Blackbeard. Pada mulanya dia agak sombong dengan Peter tapi dia join Peter masa depa larikan diri dari tempat Blackbeard dalam misi mencari mak Peter. 




Rooney Mara as Tiger Lily

Tiger Lily dilakonkan oleh gadis cantik ni. Tiger Lily adalah anak kepada Chief Great Little Panther. Dia menemui Peter dan Hook ketika mereka sesat dalam hutan. Dia juga pernah berlatih bertarung dengan mak Peter. Tiger Lily menemani Peter dan Hook dalam misi menjatuhkan Blackbeard yang ingin menguasai pulau pari-pari.





Plot


Peter ditinggalkan oleh ibunya di rumah anak yatim semasa bayi. Pada satu hari, rumah anak yatim tersebut didatangi sekumpulan lanun yang menaiki kapal laut yang boleh terbang dan mereka menculik anak yatim termasuk Peter. Rakan baik Peter, Nibs berjaya menyelamatkan diri. Peter dan anak-anak yatim yang lain dibawa ke alam fantasi yang diberi nama 'Neverland'.
Neverland dikuasai oleh Blackbeard di mana Peter dan anak-anak yatim yang lain dipaksa menjadi hamba abdi. Dia menyuruh mereka mencari habuk debu pari-pari.

Peter dihukum bunuh selepas dia menghina orang-orang Blackbeard tapi dia terselamat apabila dia mendapati dirinya boleh terbang ketika dia ditendang oleh Blackbeard jatuh ke dalam gaung.

Peter dan lelaki yang dikenalinya semasa bekerja di lombong tanah, James Hook berpakat untuk meninggalkan tempat Blackbeard. Hook meminta bantuan rakannya, Smee untuk mencuri kapal milik Blackbeard. Mereka berjaya melarikan diri.

Mereka telah tersesat di dalam hutan setelah kapal mereka terkandas. Hook mencadangkan kepada Peter yang mereka perlu tinggalkan kawasan Neverland tetapi Peter tidak mahu. Peter mengatakan yang dia tidak akan tinggalkan Neverland selagi dia belum jumpa maknya. Mereka ditemui oleh Tiger Lily, seorang gadis dan sekumpulan orang asli semasa mereka melarikan diri daripada burung gergasi.

Mereka telah dibawa ke tempat perkampungan orang asli yang diketuai oleh Chief Great Little Panther. Chief mendapati Peter memakai rantai seruling Pan dan dia ingin menguji Peter sama ada dia boleh terbang sebagaimana yang diceritakan dalam kisah lama.

Blackbeard dan orang-orangnya datang menyerang kawasan perkampungan itu di mana penduduk-penduduk di situ telah dibunuh termasuk Chief Great Little Panther. Peter hampir-hampir dibunuh oleh Blackbeard tetapi dia berjaya diselamatkan oleh Hook dan mereka bersama-sama dengan Tiger Lily melarikan diri dari situ.

Peter dan Tiger Lily telah menjumpai pintu alam pari-pari sebelum mereka didatangi oleh Blackbeard dan kuncu-kuncunya. Blackbeard merampas rantai seruling Pan daripada Peter dan menggunakannya untuk membuka pintu alam pari-pari.
Captain Hook datang menyelamatkan Peter dan Tiger Lily dan mereka bertarung dengan Blackbeard.
Hasrat Blackbeard untuk menawan alam pari-pari tidak kesampaian selepas dia ditewaskan Peter yang menggunakan kuasa pari-pari.

Peter berjumpa dengan maknya, Mary. Maknya mengatakan kepadanya yang dia adalah penyelamat Neverland.
Last scene cerita ni Peter, Hook dan Tiger Lily pergi menyelamatkan anak-anak yatim dan bawak depa ke Neverland. THE END.


Komen dan Rating

Secara keseluruhan cerita ni agak simple dan menarik. Lawak, sedih semua ada, tak ada kekurangan dalam movie ni so tak rugi kalau tengok. Rating aku 9/10 untuk movie ni.

Saturday, 7 November 2015

Apa yang aku buat hari ni? Yeah, ni yang cek nak habaq mai ni, haha. Memandangkan best fren aku ni cuti seminggu, so aku ajak la dia kluaq tengah hari tadi. Dia wasap aku semalam ajak kluaq so memang kami plan nak kluaq sama-sama pon. Selalu lepak dekat Sunway ja jadi aku bawak la dia p lepak kat AEON Alma lak. Masa arrive kat sana aku dapat rasakan yang aku akan jumpa member aku yang lain, tengok-tengok memang aku jumpa pon. Wow, hebat betui naluri aku ni, boleh jadi superhero, hahaha. 


Sapa dia member aku tu? Kalau nak tau dia adalah member time aku kerja sale assistant kat AEON Seberang Perai dulu. Dia tengah dok layan customer so cuma boleh teguq dia je la. And then masa nak p beli tiket wayang jumpa lagi member lama aku,  Izwan namanya, member sekolah aku dulu, sama kelas aku time form 3. Dia dok jaga kaunter wayang, kami pon sembang la, dia tak banyak berubah pon, still hensem and still ada kehumorannya itu, hahaha. 


Tu je la yang aku nak bagitau hangpa. Cuma nak cakap jumpa member lama ni best, rasa macam kena surprise ja and rasa terharu bila dapat jumpa balik member lama kita. Yela kan, selalu jumpa member yang sama ja, mesti kita teringat yang lain jugak kan? Kadang-kadang kita ingat depa dah lupa kat kita tapi nak buat camna la kan, sometimes memang kita terpaksa berpisah dengan member yang lain, kalau dapat jumpa balik tu kira bertuah la. Bila dah lama tak jumpa memang rasa dia macam tu, lebih-lebih lagi dengan member rapat kita, rasa macam nak lepak kat kedai kopi 24 jam ja dengan dia, hahaha.
 


Thursday, 5 November 2015

Esok aku ada interview dekat Seberang Jaya. Memang happy gila aku bila aku dapat e-mel yang kata aku dipanggil untuk temu duga keja, hahaha ingat senang nak dapat offer keja, ni kira first interview dalam tempoh 6 bulan aku menganggur, kira aku ni lucky gila, tapi tak sure lagi la kalau aku diterima keja, baru interview. Nervous jugak aku, sebelum ni tak pernah attend lagi professional punya job interview, setakat job interview dekat shopping mall tu biasa la, tu pon aku nervous jugak, hahaha. Harap-harap semua berjalan dengan lancar. Aku dah prepare dah pa yang aku nak cakap esok, yang lain terserah pada Allah. Hopefully aku diterima bekerja dengan depa, sebab kalau boleh aku tak mau keja dekat Mydin, keja kat sana tak leh cuti hari weekend, keja kat Seberang Jaya ni boleh so aku memang harap-harap sangat dapat keja ni. Apa pon aku akan cuba yang terbaik esok, Insya Allah.

Sunday, 1 November 2015

Setelah sekian lama aku tak update blog aku ni, so disebabkan terlalu bosan and tak tau nak buat apa, aku pon kembali dengan cerita yang sama. Yes, memang aku bosan, dah masuk bulan November ni, aku masih menganggur. Dah 6 bulan dah aku stay kat rumah dan dalam erti kata lain setengah tahun aku bercuti. Cuba bayangkan macam mana life aku sepanjang 6 bulan dok kat rumah. Tidoq, makan, kluaq ngan kawan, tidoq...aish...tu la life aku sekarang. 




Bukannya aku tak mau keja, dah aku tak dapat peluang, nak buat macam mana. Dah banyak company aku apply tapi tadak sapa pon yang call aku. Ada diploma ni macam tak laku ja, elok lempaq dalam laut ja sijil diploma aku, hahaha. Last-last aku p Mydin yang baru nak bukak hujung bulan ni mintak keja (harap harap dapatlah). Bila dah ada keja nanti baru la rasa macam ada life, tapi sebenarnya aku keja sebab nak pakai duit, hehehe.