L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: FIFA World Cup 2014 (Review): Spain vs Chile (19/6/2014)

Thursday, 19 June 2014

FIFA World Cup 2014 (Review): Spain vs Chile (19/6/2014)

          Juara dunia bertahan, Spain telah pon tersingkir dari Piala Dunia selepas mereka ditewaskan Chile 0-2. Spain juga menjadi first juara dunia bertahan pertama yg kalah 2 game berturut-turut. Ini bermakna dominasi Spain di peringkat antarabangsa sudah pon berakhir selepas team tersebut memenangi Kejohanan eropah sebanyak 2 kali berturut-turut pada tahun 2008 & 2012 dan satu Piala Dunia pada tahun 2010. Spain yg terkenal dengan permainan tiki-taka mereka harus bermain dengan cara lain kerana tiki-taka sudah pon dapat dibaca oleh kebanyakkan team. Pengurus Spain, Del Bosque lepas ni kena tukaq strategi la nampaknya kalau nak Spain jadi pencabar kejohanan eropah dan Piala Dunia untuk tahun yg akan datang.

Spain yg sememangnya lemah bila kena counter-attack sekali lagi kena bolos dengan Chile pada minit ke-20 hasil gol daripada Eduardo Vargas.
2 minit sebelum masuk half-time Chile score lagi melalui sepakan percuma apabila Casillas gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti dan Aranguiz terus menendang bola ke arah gawang Spain.

Masuk separuh masa kedua Spain cuba melakukan serangan untuk mencari gol. Peluang keemasan hadir pada minit ke-53 apabila Diego Costa melakukan passing akrobatik tetapi gagal disudahkan oleh Sergio Busquet.

Pemain2 Spain pulang dengan hampa kerana gagal mara ke peringkat seterusnya sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan yg dimenangi 4 tahun lepas.
Ketiadaan Carles Puyol dikatakan menjadi faktor utama kemerosotan pada bahagian pertahanan Spain. Ramai yg berpendapat Puyol adalah nadi pertahanan Spain di mana semasa dia bermain untuk Spain dalam World Cup 4 tahun lalu Spain hanya dibolosi 2 gol dalam 7 perlawanan saja. Puyol telah bermain sebanyak 100 kali bersama Spain, dan juga telah score gol kemenangan Spain ke atas Germany pada semi final World Cup 2010.

          Agak sedih bila tengok team yg kuat kalah tapi nak buat camna itulah bola sepak. Pagi nanti England lawan Uruguay lak, game yg wajib kena tgk sebab dua2 team kena menang kalau nak mara ke peringkat seterusnya. Aku rasa England mungkin menang kot walaupon aku x sokong depa, prediction aku England menang 2-1.

0 comments:

Post a Comment