L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: FIFA World Cup 2014 (Review): Germany vs Portugal (17/6/2014)

Tuesday 17 June 2014

FIFA World Cup 2014 (Review): Germany vs Portugal (17/6/2014)

          Jerman lawan Portugis, semua orang mesti tgk game yg best ni, aku rasa ramai yg sokong Portugal, mungkin ramai yg x suka Jerman sebab depa ni terlalu kuat, dan selalu masuk semi-final at least. Aku pon x suka Jerman jugak sebab depa main bukan best sangat pon tapi yg peliknya semi-final dalam tangan. Aku dah agak yg Jerman akan menang tapi aku still arapkan Portugal boleh cipta kejutan tapi sebaliknya kena belasah sampai 4-0. Portugal ni dari goalkeeper sampai striker semuanya main x menjadi, well Ronaldo of coz dia x menjadi sebab x berapa fit lepas injured. Jerman cuma bernasib baik ja kali ni sebab first gol dapat penalti dan second gol dapat dari corner kick so 2 gol dari set piece dan Jerman dapat advantage bila dah leading 2-0 dan sebab tu Portugal agak tertekan sampai defender, Pepe main gusti. 


João Pereira mengasari pemain Jerman, Mario Götze dalam kotak penalti dan kad kuning pertama diberikan pengadil dan sepakan penalti untuk Jerman.



Thomas Müller menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-12 untuk meletakkan pasukannya di hadapan.
Jerman menggandakan jaringan dengan gol header oleh Mats Hummels dari corner kick.

Pepe menanduk Thomas Müller kerana dikatakan berang dengan tindakan Müller yang rebah secara sengaja.
Keadaan menjadi lebih malang buat Portugal selepas pertahanan mereka, Pepe dilayangkan kad merah pada minit ke-37 kerana tindakannya yg kurang bijak menanduk Thomas Müller secara sengaja.

Nak masuk half-time Müller score sekali lagi selepas defender Portugal, Bruno Alves gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Müller score hattrick pada minit ke-78 (first player yg score hattrick dalam World Cup taun ni) selepas goalkeeper Portugal, Rui Patricio gagal menangkap bola dengan kemas.  


0 comments:

Post a Comment