Pagi tadi pukul 3 aku tengok game Perancis lawan Honduras so aku nak ulas sikit game tadi. Game yg membabitkan kedua2 pasukan dalam Group E itu dimenangi oleh Perancis dengan keputusan 3-0, menewaskan 10 orang pemain Honduras, sebab sorang pemain Honduras kena kad merah sebelum nak masuk half-time. First half Perancis dah create banyak peluang sampai 2 kali bola kena palang. Honduras lagi la banyak chance, sampai goalkeeper Perancis, Hugo Lloris sampai lena dekat setengah jam, hahaha. Honduras ni memang main kotoq, orang tendang bola depa p tendang orang. X heran la sorang pemain Honduras kena kad merah.
|
Salah satu percubaan terbaik Perancis untuk menjaringkan gol hadir pada minit ke-23 perlawanan apabila pemain sayap, Antoine Griezmann menanduk bola ke arah gawang Honduras tapi terkena palang.
Pemain Honduras, Wilson Palacios mengasari pemain tengah Perancis, Paul Pogba dalam kotak penalti and referee menghadiahkan sepakan penalti untuk Perancis.
Referee melayangkan kad merah kepada Palacios selepas dia mengutip kad kuning kedua.
Karim Benzema menyudahkan sepakan penalti untuk meletakkan Perancis di hadapan pada separuh masa pertama.
Masuk 2nd half Benzema score skali lagi tapi kali ni gol yg agak mengelirukan kerana konfius sama ada bola masuk lepas line ke x.
Goal-line technology memainkan peranan penting dalam situasi sebegini. Gol kedua Perancis dianggap gol sendiri goalkeeper Honduras, Valladares selepas dia tertolak bola masuk sikit ke dalam lepas line. Sayang betui!
Benzema mengesahkan kemenangan Perancis dengan rembatan padu ke arah pintu gol pada minit ke-72.
Lepas game ni ada satu lagi game yg aku tgk, Argentina yg bermain dengan 5 defenders lawan dengan team yg first time masuk World Cup, Bosnia and Herzegovina, Argentina menang 2-1 dengan own goal pemain Bosnia minit ke-3 and gol dari Messi pada minit ke-65 (akhrinya dia score jugak, World Cup tahun lepas dia x score langsung) dan gol Bosnia hadir time game tinggai lebih kurang 5 minit nak abih. Lagi 2 jam lagi ada satu game best, Jerman lawan Portugal.
|
0 comments:
Post a Comment