L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: FIFA World Cup 2014 (Review): Spain vs Netherlands (14/6/2014)

Saturday, 14 June 2014

FIFA World Cup 2014 (Review): Spain vs Netherlands (14/6/2014)

          Juara dunia bertahan, Spain sekali lagi kalah dalam perlawanan pembukaan World Cup peringkat kumpulan seperti yg berlaku 4 tahun lepas di mana mereka kalah 0-1 dengan Switzerland. Semua orang ingat yg Spain akan menang tapi sebaliknya mereka dibelasah 1-5 dengan pasukan yg depa menang kat final World Cup 2010. Ternyata Belanda akhirnya berjaya membalas dendam dengan kekalahan di pentas final 4 tahun lepas dengan berpesta gol sekali gus menjadi pendahului Group B dengan kelebihan jaringan 4 gol diikuti dengan Chile di tempat ke-2 lepas depa menang dgn Australia 3-1. Aku rasa Spain ni kena main stail lain sebab tiki-taka dah basi, banyak team yg dah dapat baca taktik Spain ni. 

Sekali lagi satu penalti kontroversi diberikan bila striker Spain, Diego Costa dikasari oleh defender Belanda, Stefan de Vrij dalam kotak penalti. Costa nampak macam sengaja letak kaki kat defender and then berpura2 jatuh.
Xabi Alonso menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-27 dan Spain leading 1-0.
Hampir nak masuk half-time Belanda dapat menyamakan kedudukan dengan gol header yg begitu cantik sekali oleh Robin Van Persie sekaligus dia mendapat gelaran baru iaitu The Flying Dutchman dan juga tercipta la satu hashtag baru kat Twitter, #FlyingDutchman

Masuk second half Belanda leading 2-1 lepas Arjen Robben menjaringkan gol pada minit ke-53.

Keadaan menjadi semakin parah buat Spain untuk menyamakan kedudukan lepas Stefan de Vrij menjaringkan gol ke-3 Belanda pada minit ke-64.
Game over, kesilapan goalkeeper Spain, Iker Casillas dihukum dengan gol ke-4 Belanda dijaringkan sekali lagi oleh Van Persie pada minit ke-72. 
Masuk 10 minit terakhir perlawanan Arjen Robben sekali lagi score gol ke-5 Belanda tapi sebelum score dia main2 dulu dengan defender Spain saja nak test boleh lagi ka depa ni defend, hahaha.


          Well aku aku rasa game ni paling best, tengok Spain main tiki-taka , memang kemas dan teratur depa punya passing ngan possesion tapi depa ni ambik masa lama sangat nak shoot sebab tu depa payah nak score tapi tgk Belanda main depa punya crossing memang tepat dan finishing ngan dribbling pon kemas sebab tu depa senang nak score tapi nak buat camna la kan, macam2 boleh berlaku dalam dunia bola sepak ni (talking to girls that started to watch football this year, hahaha). Sebenaqnya tiki-taka ni dah lama mati masa Barcelona kalah dengan Chelsea semi final Champions League 2012, and masa piala confed pon Spain kena belasah 0-3 ngan Brazil. Esok pagi Italy lawan England lak, arap2 England x kena buli ngan depa sama macam Euro dulu, hahaha



0 comments:

Post a Comment