L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: June 2014

Monday, 30 June 2014

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK;

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik.
5. Riak bila bersedekah.
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran.
7. Tidak/kurang beristighfar.
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh.


Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam. 


#copypaste #facebook

Sunday, 29 June 2014

          Ari ni first day posa tapi tu x halang aku daripada tgk bola. Semalam punya game antara Brazil lwn Chile memang sengit, sampai la masuk penalti shootout. Mula-mula David Luiz ambik, dia score. Pastu giliran Chile lak, Pinilla miss keeper save. Brazil lak miss bila Willian shoot off target. Chile miss lagi bila keeper save bola Sanchez. And then Marcelo score untuk Brazil, defender lagi yg score. kali ni Chile score, Arraguiz shoot bola punya kuat, aku rasa yg ni tendangan penalti ni paling sempoi, keeper pon x boleh buat pa. Brazil miss lagi, kali ni Hulk lak. Pastu Chile score dengan tendangan yg agak simple oleh Diaz. Tendangan last untuk Brazil, Neymar score. (main acah-acah lak nak tendang bola). And  yang last skali tu pemain Chile, Jara miss and Brazil pon layak ke quarter final.

David Luiz meletakkan tuan rumah di hadapan pad minit ke-18. Brazil 1-0 Chile.
Kesilapan defender dihukum dengan jaringan penyamaan Chile oleh Alexis Sanchez pada minit ke-32.
Tendangan defender Chile, Jara terkena palang sekaligus melayakkan Brazil ke quarter final dengan keputusan penalti 3-2 selepas terikat 1-1.
Pemain-pemain Brazil meraikan kejayaan mereka mara ke quarter final.
Goalkeeper Brazil, Julio Cesar dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Saturday, 28 June 2014

May This Ramadan be as bright as ever.
May this Ramadan bring joy, health and wealth to you.

May the festival of lights brighten up you
and your near and dear ones lives.

May this Ramadan bring in u the most
brightest and choicest happiness and
love you have ever Wished for.

May this Ramadan bring you the
utmost in peace and prosperity.

May lights triumph over darkness.

May peace transcend the earth.

May the spirit of light illuminate the world.

May the light that we celebrate at Ramadan
show us the way and lead us together on the
path of peace and social harmony

Wish you a very happy Ramadan Mubarak
#copypaste

Friday, 27 June 2014

          Walaupon Portugal menang ke atas Ghana 2-1, tetapi keputusan itu nampaknya tidak cukup untuk melayakkan Portugal ke peringkat kalah mati kerana kelebihan perbezaan gol yg dimiliki United States yg hanya tewas 0-1 dengan Germany. Sepatutnya Portugal kalau x kena bolos sampai 4 gol dengan Germany mesti ada chance nak layak tapi apa boleh buat, itulah bola sepak, di mana sesuatu yg kita x expect akan berlaku.

Portugal leading 1-0 pada separuh masa pertama dengan gol sendiri pemain Ghana, John Boye.
Ghana menyamakan kedudukan dengan tandukan penyerang mereka, Asamoah Gyan pada minit ke-57.

10 minit terakhir perlawanan Portugal sekali lagi leading dengan gol pertama bintang Portugal, Cristiano Ronaldo selepas goalkeeper Ghana menumbuk bola ke arahnya sekaligus memberikan peluang kepada Ronaldo untuk score. Gol ini juga merupakan gol ke-50 Ronaldo untuk Portugal.
Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Feel sorry for CR7. Agak malang bagi pemain terbaik dunia untuk bermain dengan pasukan kerdil berbanding Messi dan Neymar yg bermain dengan pasukan yg dibarisi pemain2 terkenal.

Thursday, 26 June 2014

          Hari ni memang penat sebab sehari dok dalam dewan dengaq ceramah pasai ICT. Ada 3 orang penceramah jemputan yg bagi ceramah kat kami, penceramah yg first cakap pasai 'Embedded System' aku x tau benda pa tu, hahaha. Memang boring dia cakap tapi time sesi soal jawab tu ramai yg nampak semangat sikit sebab dapat hadiah. Sebelum nak masuk tengah hari ada seorang penceramah pompuan dari MSC kalau x silap aku, dia ada la cakap sikit apa dia syarikat MSC tu.

          Petang la ada sorang penceramah last yg bagi ceramah ari ni, dia cakap pasai mobile development. Dia ada buat satu apps yg digunakan kat Indon untuk nak bayaq bil letrik, bank, dan macam2 la lagi aku x ingat. Aku rasa apps ni sesuai digunakan oleh rakyat Indon memandangkan populasi penduduk yg agak ramai berbanding kat negara kita ni. 

          Program yg agak membosankan ni secara x langsung menjadi batu loncatan kepada aku untuk nak meluaskan penguasaan dalam bidang ICT ni. Aku rasa x jadi la nak jadi chef, kalau x sia2 ja blajaq 3 taun kat poli tapi bila dah graduate aku keja yg x dak kaitan apa yg aku blajaq kat poli. Dah halfway dah alang2 push up la skit kan. Aku rasa aku ada can nak dapat keja baguih2 dalam bidang ICT ni (kalau la aku ada usaha). Semua keja susah nak buat kalau x dak usaha so kita kena ada la usaha tu bak kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan.

          


Wednesday, 25 June 2014

          Itali hanya perlu seri ja lawan dgn Uruguay dah boleh layak tapi sorang pemain depa kena kad merah dan Uruguay pon ambik kesempatan untuk score. Itali yg bermain dengan 10 orang akhirnya dibolosi pada 10 minit terakhir melalui tandukan kapten, Diego Godin semasa corner kick.

Marchisio memijak kaki defender Uruguay.
Atas tindakannya itu, dia dibuang padang pada minit ke-59.
Kapten Uruguay, Diego Godin menanduk gol kemenangan Uruguay dalam 10 minit terakhir perlawanan melalui corner kick.
Masuk masa kecederaan Suarez sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan gigitan famousnya apabila dia dilihat menggigit pertahanan Itali, Cheillini.
Gigitan Suarez nampaknya meninggalkan kesan.
Giorgo Chiellini cuba  menunjukkan bekas gigitan oleh Suarez kepada pengadil tetapi diendahkan.
If you've just bit someone on the shoulder, try not to make it obvious.

Tuesday, 24 June 2014

Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini: 

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

Monday, 23 June 2014

          Ari ni dah start klas pertama untuk Sem 5, sem terakhir sebelum latihan industri. X dak la teruk sgt mula2 klas. Syok dapat tgk kawan2 aku dalam klas, rasa sedih pon ada sebab last sem ngan depa ni. Lagi berapa hari lagi nak posa x tau la macam mana aku nak survive nanti, mesti ada rasa malas punya bila nak p klas tapi x dak la rasa nak ponteng (last sem jgn dok buat pasai). Aku kena kuatkan diri yg x berapa nak kuat ni.

Sunday, 22 June 2014

Saturday, 21 June 2014

          Memang best gila tgk game pagi tadi, first half Perancis dah score 3 bijik dah. 2nd half pon dua-dua team scored 2 bijik. Full time Perancis menang 5-2, wow just wow! Aku rasa la kalau Perancis main macam ni depa ada chance nak menang World Cup tahun ni, seriously Im not kidding. 

Perancis leading 1-0 melalui tandukan oleh Giroud pada minit ke-17
Seminit ja Perancis score 1st goal, depa score sekali lagi lepas pemain Swiss silap passing kat Benzema and then Benzema pass kat Matuidi and dia pon score.
Benzema gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Cabaye missed an open goal. What a waste!
5 minit sebelum masuk half-time Valbuena si orang kerdil score goal ke-3 untuk Perancis melalui counter-attack. 
Senderos gagal menyekat hantaran daripada Matuidi dan akhirnya disudahkan oleh Benzema pada minit ke-67.

Sissoko meledak gol ke-5 Perancis pada minit ke-73 hasil hantaran daripada Benzema.
10 minit terakhir Switzerland akhirnya score apabila Dzemaili meledak gol melalui sepakan percuma dari jarak 30 meter.

Switzerland sekali lagi score, Xhaka yg seolah mirip Cristiano Ronaldo score pada minit ke-87.

Disallowed goal. Tindakan kurang bijak daripada pengadil apabila dia meniup wisel penamat ketika Perancis sedang rancak melakukan attack dan Benzema score tetapi tidak dikira sebab game pon dah abih. Scumbag referee, lol.

Friday, 20 June 2014

          Prediction aku salah semalam, ingatkan England menang last2 kalah 1-2 ngan Uruguay (tapi aku predict scoreline betui jugak walaupon salah team, hahaha). Aku lupa lak yg Suarez main game semalam, dah agak mesti dia score punya. Kalau la dia tadak aku rasa England ada chance nak menang game semalam. England dominate game jugak 20 minit terakhir, yela dah ketinggalan 0-1 bar nak kalut cari gol. Tapi apa-apa pon memang aku salute ngan Suarez ni, dah la baru baik lepas injured dah score 2 gol. Tahun ni dia patut menang Ballon d' Or la, hahaha.

Luis Suarez menanduk bola masuk ke dalam gawang pada minit ke-39 hasil hantaran daripada Edison Cavani.

Rooney akhirnya score jugak dalam World Cup pada minit ke-75 hasil crossing daripada Johnson.
10 minit lepas England menyamakan kedudukan Luis Suarez skali lagi score gol kemenangan Uruguay untuk menghidupkan peluang mara ke Round of 16.
Penyerang sensasi Sweden, Zlatan Ibrahimovic turut menyaksikkan perlawanan ini.

Thursday, 19 June 2014

          Juara dunia bertahan, Spain telah pon tersingkir dari Piala Dunia selepas mereka ditewaskan Chile 0-2. Spain juga menjadi first juara dunia bertahan pertama yg kalah 2 game berturut-turut. Ini bermakna dominasi Spain di peringkat antarabangsa sudah pon berakhir selepas team tersebut memenangi Kejohanan eropah sebanyak 2 kali berturut-turut pada tahun 2008 & 2012 dan satu Piala Dunia pada tahun 2010. Spain yg terkenal dengan permainan tiki-taka mereka harus bermain dengan cara lain kerana tiki-taka sudah pon dapat dibaca oleh kebanyakkan team. Pengurus Spain, Del Bosque lepas ni kena tukaq strategi la nampaknya kalau nak Spain jadi pencabar kejohanan eropah dan Piala Dunia untuk tahun yg akan datang.

Spain yg sememangnya lemah bila kena counter-attack sekali lagi kena bolos dengan Chile pada minit ke-20 hasil gol daripada Eduardo Vargas.
2 minit sebelum masuk half-time Chile score lagi melalui sepakan percuma apabila Casillas gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti dan Aranguiz terus menendang bola ke arah gawang Spain.

Masuk separuh masa kedua Spain cuba melakukan serangan untuk mencari gol. Peluang keemasan hadir pada minit ke-53 apabila Diego Costa melakukan passing akrobatik tetapi gagal disudahkan oleh Sergio Busquet.

Pemain2 Spain pulang dengan hampa kerana gagal mara ke peringkat seterusnya sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan yg dimenangi 4 tahun lepas.
Ketiadaan Carles Puyol dikatakan menjadi faktor utama kemerosotan pada bahagian pertahanan Spain. Ramai yg berpendapat Puyol adalah nadi pertahanan Spain di mana semasa dia bermain untuk Spain dalam World Cup 4 tahun lalu Spain hanya dibolosi 2 gol dalam 7 perlawanan saja. Puyol telah bermain sebanyak 100 kali bersama Spain, dan juga telah score gol kemenangan Spain ke atas Germany pada semi final World Cup 2010.

          Agak sedih bila tengok team yg kuat kalah tapi nak buat camna itulah bola sepak. Pagi nanti England lawan Uruguay lak, game yg wajib kena tgk sebab dua2 team kena menang kalau nak mara ke peringkat seterusnya. Aku rasa England mungkin menang kot walaupon aku x sokong depa, prediction aku England menang 2-1.

Tuesday, 17 June 2014

          Jerman lawan Portugis, semua orang mesti tgk game yg best ni, aku rasa ramai yg sokong Portugal, mungkin ramai yg x suka Jerman sebab depa ni terlalu kuat, dan selalu masuk semi-final at least. Aku pon x suka Jerman jugak sebab depa main bukan best sangat pon tapi yg peliknya semi-final dalam tangan. Aku dah agak yg Jerman akan menang tapi aku still arapkan Portugal boleh cipta kejutan tapi sebaliknya kena belasah sampai 4-0. Portugal ni dari goalkeeper sampai striker semuanya main x menjadi, well Ronaldo of coz dia x menjadi sebab x berapa fit lepas injured. Jerman cuma bernasib baik ja kali ni sebab first gol dapat penalti dan second gol dapat dari corner kick so 2 gol dari set piece dan Jerman dapat advantage bila dah leading 2-0 dan sebab tu Portugal agak tertekan sampai defender, Pepe main gusti. 


João Pereira mengasari pemain Jerman, Mario Götze dalam kotak penalti dan kad kuning pertama diberikan pengadil dan sepakan penalti untuk Jerman.



Thomas Müller menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-12 untuk meletakkan pasukannya di hadapan.
Jerman menggandakan jaringan dengan gol header oleh Mats Hummels dari corner kick.

Pepe menanduk Thomas Müller kerana dikatakan berang dengan tindakan Müller yang rebah secara sengaja.
Keadaan menjadi lebih malang buat Portugal selepas pertahanan mereka, Pepe dilayangkan kad merah pada minit ke-37 kerana tindakannya yg kurang bijak menanduk Thomas Müller secara sengaja.

Nak masuk half-time Müller score sekali lagi selepas defender Portugal, Bruno Alves gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Müller score hattrick pada minit ke-78 (first player yg score hattrick dalam World Cup taun ni) selepas goalkeeper Portugal, Rui Patricio gagal menangkap bola dengan kemas.  


Monday, 16 June 2014

          Pagi tadi pukul 3 aku tengok game Perancis lawan Honduras so aku nak ulas sikit game tadi. Game yg membabitkan kedua2 pasukan dalam Group E itu dimenangi oleh Perancis dengan keputusan 3-0, menewaskan 10 orang pemain Honduras, sebab sorang pemain Honduras kena kad merah sebelum nak masuk half-time. First half Perancis dah create banyak peluang sampai 2 kali bola kena palang. Honduras lagi la banyak chance, sampai goalkeeper Perancis, Hugo Lloris sampai lena dekat setengah jam, hahaha. Honduras ni memang main kotoq, orang tendang bola depa p tendang orang. X heran la sorang pemain Honduras kena kad merah.

Salah satu percubaan terbaik Perancis untuk menjaringkan gol hadir pada minit ke-23 perlawanan apabila pemain sayap, Antoine Griezmann menanduk bola ke arah gawang Honduras tapi terkena palang.

Pemain Honduras, Wilson Palacios mengasari pemain tengah Perancis, Paul Pogba dalam kotak penalti and referee menghadiahkan sepakan penalti untuk Perancis.

Referee melayangkan kad merah kepada Palacios selepas dia mengutip kad kuning kedua.

Karim Benzema menyudahkan sepakan penalti untuk meletakkan Perancis di hadapan pada separuh masa pertama.

Masuk 2nd half Benzema score skali lagi tapi kali ni gol yg agak mengelirukan kerana konfius sama ada bola masuk lepas line ke x.

Goal-line technology memainkan peranan penting dalam situasi sebegini. Gol kedua Perancis dianggap gol sendiri goalkeeper Honduras, Valladares selepas dia tertolak bola masuk sikit ke dalam lepas line. Sayang betui!

Benzema mengesahkan kemenangan Perancis dengan rembatan padu ke arah pintu gol pada minit ke-72.


          Lepas game ni ada satu lagi game yg aku tgk, Argentina yg bermain dengan 5 defenders lawan dengan team yg first time masuk World Cup, Bosnia and Herzegovina, Argentina menang 2-1 dengan own goal pemain Bosnia minit ke-3 and gol dari Messi pada minit ke-65 (akhrinya dia score jugak, World Cup tahun lepas dia x score langsung) dan gol Bosnia hadir time game tinggai lebih kurang 5 minit nak abih. Lagi 2 jam lagi ada satu game best, Jerman lawan Portugal.  

Sunday, 15 June 2014

          Semalam sehari aku x tidoq sebab nak tgk bola punya pasai, game best semalam, England lawan Italy mana boleh miss, hahaha. Walaupon Italy control game, depa cuma menang tipis 2-1 sebab Italy ni depa main stail defensive. Seronok tgk Italy main sebab depa punya passing cukup kemas sama jugak ngan Spain tapi bila Italy hilang bola depa turun bawah cepat yg Spain depa memang cukup lemah ngan counter-attack. Aku dah agak dah Italy konfem menang jugak tapi aku still tgk jgak kan kot2 la England boleh buat kejutan.  

Claudio Marchisio meletakkan Italy di hadapan pada minit ke-35 dengan rembatan padu dari luar kotak penalti.
2 minit kemudian lepas Italy score England menyamakan kedudukan dengan jaringan Sturridge hasil crossing cantik daripada Wayne Rooney. Well that escalated quickly.


Staff England injured sebab terlalu excited sangat celebrate goal, lol.

Masuk 2nd half Italy x amik masa yg lama untuk score setelah penyerang sensasi mereka, Mario Balotelli menanduk bola masuk ke gawang England hasil crossing daripada Antonio Candreva.

Worst corner ever by Wayne Rooney.