L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Mom's Cooking Always The Best

Friday, 15 March 2019

Mom's Cooking Always The Best

Balik keja masuk ja rumah aku terbau sedap. Aku agak mesti Mama masak, so aku pon p la dapuq teguq mama tanya masak apa, Mama masak ikan masin ja, tapi bau sedap gila. Mama aku pon tanya nak ka ikan masin makan dengan nasi and sambal goreng, aku pon kata okay jugak kalau tambah teloq dadar yang sememangnya lauk yang wajib ada. Aku pon masuk bilik tukaq baju sementara Mama tengah prepare masakan dia untuk dinner aku. Tengah dok baring atas katil sambil dok main fon Mama pon panggil aku dinner dah ready. Aku pon tukaq baju and p kat ruang tamu makan kat situ. Lepas satu suap aku rasa heaven gila, ye la, dah brapa lama aku tak rasa masakan Mama, dah dekat dua tahun rasanya, lepas Mama kena diagnos kanser dulu dah tak masak dah, kalau masak pon untuk bagi kucing makan ja lol. 


Mama tanya aku okay ka aku pon kata, "Better than maggi, you saved me from eating maggi, hahaha" (gelak sambil tengah makan, nasib baik tak tersembuq). Selalu mai hari Jumaat aku mesti makan maggi, tapi Alhamdullilah la malam ni Mama jadi rajin lak masak untuk anak dia sorang ni. Walaupon cuma nasi berlaukkan ikan masin dengan sambal dan teloq goreng aku rasa grateful dan bersyukur aku masih lagi dapat rasa masakan Mama aku yang sememangnya ohsem dari dulu lagi. Masakan mak sapa yang tak best? Masakan mak kita sentiasa the best, betui tak? So hargai la masakan Mama hampa walaupon hampa tak suka lauk yang dia masak, lepas ni kalau Mama masak ja aku dah tak kisah dah lauk apa janji dapat rasa masakan Mama aku.

0 comments:

Post a Comment