L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Captain Marvel

Tuesday 12 March 2019

Captain Marvel



INFO

  • Directed by
    • Anna Boden
    • Ryan Fleck
  • Produced by: Kevin Feige
  • Based on: Captain Marvel by Stan Lee
  • Production company: Marvel Studios
  • Distributed by Walt Disney Studios Motion Pictures
  • Release date;
    • February 27, 2019(London)
    • March 8, 2019 (United States)
  • Running time: 124 minutes
  • Country: United States
  • Budget: $152 million
  • Box office: $456.7 million

CASTS


  • Brie Larson as Vers / Carol Danvers / Captain Marvel:
    • Carol cuma manusia normal macam orang lain. Sebelum dia ada kuasa dia ni bekas juruterbang pejuang Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat dan ahli unit tentera Kree elit, Starforce. Carol dapat kuasa dia masa eksiden jet dia terhempas yang bawa satu tenaga. Dia tembak ke arah tenaga tiu masa ada mamat mana ntah mai nak curi pastu meletup yang agak dasyat lalu kuasa tersebut meresap masuk dalam tubuh Carol lalu jadi la Wonder Woman..eh shit wrong movie.
  • Samuel L. Jackson as Nick Fury
    • Direkter pasukan S.H.I.E.L.D pada masa akan datang.
  • Ben Mendelsohn as Talos / Keller:
    • Makhluk alien dari puak Skull yang boleh berubah bentuk dan boleh tiru penampilan manusia. Dia menyamar jadi bos Fury untuk nak dapatkan kuasa Terzeract (macam batu infiniti)
  • Djimon Hounsou as Korath:
    • Tentera upahan puak Kree
  • Lee Pace as Ronan the Accuser:
    • Ahli Kree yang paling tinggi. Sebelum penampilannya di Guardians of the Galaxy, Ronan ni tak begitu zalim dan karekter dia masih lagi terlalu mentah. 
  • Lashana Lynch as Maria Rambeau:
    • Kawan baik Carol yang juga bekas juruterbang Tentera Udara AS yang dipanggil dengan nama jolokan "Photon". Dia seorang ibu tunggal kepada anak perempuan yang bernama Monica.
  • Gemma Chan as Minn-Erva:
    • Ahli sniper dari puak Kree
  • Annette Bening as the Supreme Intelligence and Mar-Vell / Dr. Wendy Lawson
    • Dr. Wendy Lawson guna nama samaran Mar-Vell. Dia la bos Carol yang bawa Carol masa testing jet pesawat dengan tenaga tu sebelum depa terhempas. Lawson jugak merupakan saintis dari Kree yang puak Skull tercari-cari.
  • Clark Gregg as Phil Coulson:
    • Ajen baru kerja dengan team S.H.I.E.L.D yang kerja under Fury.
  • Jude Law as Yon-Rogg
    • Komander kepada team Starforce yang juga mentor kepada Carol. Dia melatih Carol guna kuasa dia dengan betul.


SYNOPSIS



Captain Marvel ialah pahlawan Kree dari angkasa lepas yang mendapati dirinya berada di sebuah perjuangan galaksi antara orangnya dengan puak Skrulls. Hidup di Bumi pada tahun 1995, dia sering bermimpi sebagai seorang manusia bernama Carol Danvers yang bekerja sebagai juruterbang Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan bantuan dari Nick Fury, Kapten Marvel cuba mengetahui rahsia masa lampaunya dan bagaimana dia mendapat kuasanya. Dengan adanya kuasa superpower yang hebat Carol cuba menamatkan perang dengan puak Skrulls.


COMMENT



Movie Captain Marvel ni dapat kritikan yang negatif sebab pelakon utama dia pompuan dan majoriti tak suka dengan lakonan Brie Larson. Bagi aku movie ni kita tak boleh judge based on gender pelakon, gender equality patut diutamakan dan gender yang berlainan dari kita tak semestinya menjadikan movie tu tak best. Secara jujurnya movie Captain Marvel bagi aku dia setanding dengan movie Marvel yang lain macam Black Panther, malah lagi best sebab movie Captain Marvel ni dia ada plot twist yang unik dan pengenalan kepada Avengers yang menjadikan movie ni menarik, ditambah pula dengan kehadiran mamat Samuel L. Jackson yang sentiasa lucu dengan karekternya walaupon karekter Nick Fury ni dalam cita Avengers yang lain sorang yang tegas dan sentiasa serious. Plot movie ni tak la complicated sangat dan tak membosankan.


RATING



  • IMDb
    • 6.8/10
  • Metacritic
    • 65%
  • Rotten Tomatoes
    • 79%

Rating yang movie ni dapat tak la begitu memberasangkan tapi tu tak menjadikan movie ni tak best. Secara jujurnya bagi aku movie ni patut dapat rating tinggi sikit tapi dah disebabkan ramai yang tak puas ati dengan Brie Larson la yang undi. Aku bagi rating 8/10 and 85%.

0 comments:

Post a Comment