L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: March 2019

Saturday, 30 March 2019

Hari ni balik pukui 7 setengah malam, sampai rumah dalam pukui 8 tapi disebabkan ada hal aku kena kluaq sampai la nak dekat pukui 11 malam baru balik rumah. Hal apa yang aku maksudkan tu? Ha ni nak habaq mai ni, ada 2 member aku yang mintak tolong aku tadi.

Can We Fix It?


Masa aku tunggu enjin keta panas time nak balik aku tengok la fon, ternampak wasap dari si Pyqah pukui 6 setengah tadi. Aku pon baca la, dia kata boleh mintak tolong tak, aku pon reply la tolong apa, dengan pantas si Pyqah reply tanya ada jumper tak, keta dia tak boleh start, aku pon tanya lagi dia ada kat mana, dia kata kat rumah dia, aku pon rasa lega sikit ingat keta dia mampuih tengah jalan. Aku pon cakap kat dia nanti aku p rumah dia bawak jumper. Aku pon balik la rumah aku dulu nak ambik jumper sebab dalam keta aku tadak, so terpaksa la aku balik rumah. Sampai ja rumah aku solat dulu pastu baru cari jumper dalam almari kasut sebab aku macam pernah nampak ada jumper dalam almari tu. Tengok-tengok ada satu ja, aku pon call la Bap kot-kot Bap ada. Call Bap tanya ada jumper tak Bap kata ada dalam keta, tapi kena p pusat tuisyen sebab dia tengah mengajaq tuisyen. Pusat tuisyen Bap dekat ja dengan rumah Pyqah kalau ikut jalan kampung yang sempit yang dekat belakang UiTM. Aku ikut la jalan tu nak p pusat tuisyen Bap, dah sampai call Bap pastu Bap bukak tingkap dari atas pusat tuisyen dia kata jumper ada kat belakang bonet keta. Aku pon ambik and terus p rumah Pyqah ikut jalan kampung tadi.

Dah sampai kat luaq flat yang bernama Pesona aku pon wasap si Pyqah kata aku ada kat luaq, aku malas masuk sebab kena tanya ngan pak guard nanti, nak masuk dalam kena ada pas. Pyqah kata boleh masuk aku pon masuk la, tengok palang dok bukak ja aku pon masuk la tanpa kena soal siasat. Tengah otw nak p blok si Pyqah ternampak ada si gadis tengah dok melambai-lambai tangannya kat aku ingatkan jembalang mana rupa-rupanya si Pyqah (ini bukan cita hantu). Aku pon parking keta aku sebelah keta Pyqah, Proton Waja model lama. Aku ambik la jumper and then masa nak bukak hood keta Pyqah punya payah. Ingatkan tersangkut ka nak bukak punya payah last-last boleh bukak jugak tak tau la aku buat camna. Ambik jumper cucuk kat bateri keta aku and then cucuk kat bateri keta Pyqah. Lepas start enjin keta aku tunggu dalam 5 minit aku try la start keta Pyqah. Boleh start dah, alhamdulillah la, 15 minit lepas aku mati enjin nak start balik tak boleh lak. Kami pon try la lagi guna jumper pastu time nak start tak boleh dah. Kami pon macam dah give up dah aku bagi la no apek yang tukaq bateri keta aku kat Pyqah suruh Pyqah esok wasap dia tengok. 


Back to Workplace Not Home Yet



Balik dari rumah Pyqah masa nak dekat sampai rumah dah ada orang call aku. No sapa tak kenai tak save pon aku jawab jugak la call tu, naluri aku mengatakan call tu amat la penting. So aku pon jawab la, rupanya-rupanya si Zarul yang call. Dia tanya boleh mai kilang tak sebab dia tertinggai kunci moto dia kat ofis, ofis dah kunci, Zarul dah duplicate kunci ofis ari tu sejak kes si Syazani tertinggai kunci kat ofis, tapi kunci ofis ada sekali dengan kunci moto dia so no choice aku terpaksa p bagi kunci ofis kat dia. Masa otw nak p kilang aku layan sat CD lagu Cicakman Soundtrack, dah masuk 2 kali dah aku layan CD ni hari ni, lol. 

Sampai ja kat pintu gate aku bgtau kat Pak Lang, pak guard situ nak mintak kebenaran nak masuk, dia dah tau dah si Zarul dah bgtau dia. Aku bagi la kunci ofis kat Zarul, dia terkejut aku dok pakai baju kilang lagi, tanya aku tak balik lagi ka aku pon cakap la tak padahai dah balik rumah dah tadi cuma tak tukaq baju ja, hahaha. Lepas bagi kunci ofis kat Zarul aku pon balik la rumah, dengan rasa lapaq gila sebab tak makan lagi, balik rumah balun beriyani kambing yang Bap bungkuih petang tadi kat Nash Bistro. Dah macam superhero lak selamatkan orang malam ni, hahaha tapi kesian kat Pyqah keta dia tak boleh start, tak tau pasaipa tak boleh start, tak kan sebab bateri kot, sebab aku tengok tarikh kat bateri tu tak sampai setahun lagi, tapi apa-apa pon harap-harap esok keta dia dah boleh la start.

Thursday, 28 March 2019





INFO


  • Directed by: Matsuyama Hiroaki
  • Written by: Setona Mizushiro
  • Music by: Bittersweet by Arashi
  • Original network: Fuji TV
  • Original run: January 13, 2014 –March 24, 2014
  • Episodes: 11



PLOT


Watak utama drama ni, Sōta Koyurugi adalah anak seorang tukang roti yang memiliki kedai kek. Semasa belajar di sekolah menengah, dia telah jatuh cinta dengan Saeko Takahashi, gadis yang paling popular dan cantik di sekolahnya dan setahun lebih tua daripada Sōta. Saeko hanya dating dengan lelaki yang tampan dengan kedudukan dan populariti di sekolah mereka, jadi, sebagai seorang lelaki yang agak tenang, dia mengejarnya dari jauh seperti rama-rama. Sōta meluahkan perasaannya kepada Saeko pada satu Krismas selepas dia berpisah dengan teman lelakinya dan mereka memulakan hubungan mereka. Saeko telah memberi semangat kepada Sōta dengan memberikan satu kotak cokelat Perancis yang terkenal kepada Sota. Oleh itu, dia memutuskan untuk belajar bagaimana membuat coklat licin dan lazat untuknya. 


Walau bagaimanapun, sehari sebelum Hari Valentine, dia menolak kotak coklat buatannya, dengan mengatakan bahawa dia telah berdamai dengan teman lelakinya dan sekarang mereka bersama-sama sekali lagi. Berat hati, Sota meminta Saeko untuk membuang coklatnya untuknya, kerana ia menyakitkan untuk membuang sesuatu yang dibuatnya untuk seseorang yang istimewa, yang dia bersetuju dan membida dia selamat tinggal pada petang bersalju. Selepas kehilangan itu, Sota ke Perancis untuk bekerja di kedai cokelat yang terkenal dan terus mengejar cita-cita dongengnya.


Lima tahun kemudian dia kembali ke Jepun, kini telah digelar sebagai "Putera Chocolate", dia mengambil alih perniagaan keluarganya dan mengubahnya menjadi sebuah kedai coklat yang elegan. Mengetahui hal itu, Saeko meminta tolong daripada Sōta untuk membuat kek hari perkhawinannya, Sōta tunaikan permintaannya walaupon jauh dari sudut hati dia kecewa kerana Saeko telah pon berkhawin dengan seorang jejaka yang agak berumur. Banyak pendapat dari rakan-rakan dan rakan sekerjanya kepada Sōta mengenai obsesinya dan sama ada Saeko memang, hanya bermain-main dengan Sota.



CASTS


Sōta Koyurugi Pelakon Jun Matsumoto

Sōta Koyurugi adalah watak utama dalam cerita ini. Selepas enam tahun berlatih di Perancis, Sōta Koyurugi kembali ke Jepun, dan menjadi chef untuk kedai coklatnya sendiri diberi nama Choco La Vie. Apabila dia tidak berhenti mencintai Saeko, dia masih ingin mendapat perhatiannya dengan apa yang dicapainya, tetapi Sōta Koyurugi tidak pernah menduga bahawa Saeko Takahashi akan berkahwin.


Saeko Takahashi Pelakon: Satomi Ishihara

Saeko Takahashi adalah watak utama kedua, dan dia adalah minat cinta Sota Koyurugi. Apabila dia seorang pelajar senior di sekolah menengah yang sama seperti Sota Koyurugi, dia hanya menggunakan anak lelaki kacak. Saeko Takahashi diketahui berminat dengan fesyen, solek, dan coklat. Apabila dia bertemu Sōta Koyurugi lagi, dia memecahkan hatinya dengan memberitahunya bahawa dia akan berkahwin dengan lelaki tua yang bekerja untuk sebuah syarikat penerbitan. Dia meminta Sota untuk membuat kek perkahwinan dan pencuci mulut kerana dia mahu menyuarakan cinta Sota kepadanya. Walaupun tidak memaparkan apa-apa cinta yang romantik kepadanya, dia nampaknya terus menggalakkan keinginan dan obsesi Sota, mengambil cinta tidak bersyarat untuk diberikan dan tetap kepunyaannya.


Kaoruko Inoue Pelakon: Asami Mizukawa


Kaoruko Inoue adalah ahli kakitangan dan pengurus di Choco La Vie. Dia telah bekerja di kedai sejak ayah Sōta Koyurugi menjual pastri dan kue Perancis, sebelum Sōta mengubahnya menjadi sebuah kedai coklat. Apabila Sōta Koyurugi membuka kedai Choco La Vie, dia memberikan banyak nasihat dan secara tak langsung Inoue jatuh cinta dengan Sōta.


Erena Kato Pelakon: Kiko Mizuhara

Erena Kato adalah model fesyen. Dia bertemu Sōta Koyurugi di sebuah pesta dan mereka menjalinkan persahabatan yang kuat. Erena bagi Sōta adalah 'sex partner'. Mereka berdua saling berkait dengan satu sama lain kerana Erena Kato juga mempunyai cinta yang tidak ikhlas.


Olivier Tréluyer Pelakon: Junpei Mizobata

Olivier Tréluyer adalah anak kepada pemilik Patisserie Tréluyer, sebuah kedai terkenal yang terkenal di Perancis. Beliau adalah rakan baik Sōta dan membantu Sōta di kedainya. Dia jatuh cinta dengan adik Sōta, Matsuri.


Matsuri Koyurugi Pelakon: Kasumi Arimura

Matsuri Koyurugi adalah adik perempuan Sōta Koyurugi, dan dia adalah seorang pelajar universiti dan juga bekerja di Choco La Vie. Walaupun, dia adalah seorang yang sederhana dan ceria, dia berteman dengan teman lelakinya tapi hubungan mereka terhenti. Apabila Olivier Treluyer memberitahunya tentang perasaannya, dia terkejut tapi akhirnya mereka menjalinkan hubungan cinta mereka.


Seinosuke Rikudo Pelakon: Ryuta Sato

Seinosuke Rikudo memiliki kedai Chocolatier Ricdor, dan ia dikenali sebagai Chocolate Nobel. Dia adalah saingan perniagaan Sōta Koyurugi, tetapi pada masa yang sama diam-diam mencintainya. 


Makoto Koyurugi Pelakon: Naoto Takenaka

Makoto Koyurugi adalah ayah Sōta Koyurugi, dan dia adalah pemilik asal kedai anaknya. Dia pernah menjual kuih-kuih di kedainya, tetapi selepas Sōta kembali dari Perancis ke Jepun, dia memberi sokongan dengan membenarkan dia mengubah reka bentuk Tokio ke Choco La Vie.

Tuesday, 26 March 2019

Sunday, 24 March 2019

Semalam bap (my father) bawak kami p makan tempat baru, dekat dengan kawasan Uptown. Aku first time lalu situ, dulu nampak ja tapi tak pernah lalu situ. Banyak jugak kedai makan kat sana, lain gila tempat dia, rasa macam aku ni kat negeri lain lak. Starbuck pon ada jugak, bukan biasa-biasa tempat baru ni. Tempat baru yang aku maksudkan tu tak tau lak nama dia apa, tapi kalau hampa lalu kat jalan Lai Lai Mini Market yang sebelah Nasmir tu hampa ambik kiri pastu straight ja ha jumpa la tempat baru yang aku maksudkan tu. Sampai sana kami singgah kat kedai kari apa ntah nama penuh dia. Ingatkan ada nasi goreng-goreng tapi depa cuma hidang lauk ayam ngan ikan and kari. Tadak orang mai ambik order so kami pon blah la dari kedai tu tanpa rasa bersalah. Kami p kat kedai lain lak. Nama kedai yang kami p nama dia 'Setapak' seingat aku. Menu kedai ni western food, briyani ayam ngan daging pon ada. Masa nak order ayah aku teguq orang yang ambik order tu. "Macam kenai ja", kata ayahku. Orang yang ambik order tu baru ingat yang dia pernah mengajaq ngan ayah aku kat Sarawak dulu. Sekarang dia dah pencen dah, dah bukak kedai sendiri, tak tau la kedai dia ka or dia share ngan member, lol. Aku order briyani daging, boleh tahan la rasa dia. Tapi servis agak mengecewakan, sebab lambat gila, ayaq sampai lambat, order makan pon sampai lambat, aku yang makan slow pon dah abih makan, depa punya makanan tak sampai-sampai lagi lol. Kedai baru bukak aku paham, dimaafkan la. 


Suasana dalam kedai dia. Kami dok kat luaq.


Menu special kedai ni.


Tak dak niat nak memburukkan kedai tapi just nak suarakan pendapat dan harap kritikan aku ni dapat meng'improve'kan lagi prestasi kedai, takpa, slow slow, lama-lama nanti dah okay la, biasa la baru bukak kedai tak semestinya semua berjalan dengan lancar, mesti ada masalah sikit. Makan dah okay cuma dari segi servis tu ja kurang sikit. Cadangan aku kena ambik ramai pekerja sikit, cef sorang memang lambat la, kalau cef sorang tu cuti or sakit sapa yang nak masak? Apa-apa pon aku rasa kedai Setapak ni berpotensi menjadi kedai yang setaraf dengan kedai yang selalu ramai orang dok makan, tempat dah cun dah, tengok ramai jugak dok lepak situ, kalau improve tak servis seperti yang aku cakap konfem lepas ni lagi ramai orang mai lepak kedai Setapak ni. All the best!

Friday, 22 March 2019

Baru-baru ni dunia digemparkan dengan insiden pembunuhan beramai-ramai di Masjid New Zealand. Seramai 49 orang terbunuh termasuk sorang rakyat Malaysia. Suspek yang dipercayai mengorbankan jemaah-jemaah di Masjid tersebut ialah Brendan Tarrant, sorang warga Australia telah ditahan. Saksi di tempat kejadian, Abdul Aziz Wahabzadah kata dia ada kat dalam Pusat Islam Linwood di Christchurch, New Zealand masa seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan.Wahabzadah lalu ambik reader kad kredit dan berlari keluar bangunan. Dia baling reader kad kredit kat suspek sambil menjerit kepadanya dalam cubaan untuk mengalihkan penembak dari masjid. "Saya menjerit pada lelaki itu, 'Woi mai sini la, aku kat sini," Wahabzadah memberitahu CNN. "Saya hanya mahu dia meletakkan lebih banyak tumpuan kepada saya daripada masuk masjid. Tetapi malangnya, dia masuk jugak ke dalam masjid. "Empat anak Wahabzadah berada di dalam masjid. Wahabzadah berkata penembak kemudian menjatuhkan senjatanya dan berlari kembali ke keretanya. Wahabzadah berkata dia ingat penembak itu pergi untuk mendapatkan lebih banyak senjata dari keretanya. Wahabzadah memberitahu CNN dia berlari selepas penembak dan mengambil senjata dibuang senjata lelaki bersenjata itu, yang digambarkan sebagai "senapang." Dia melemparkannya ke kereta bersenjata itu, menghancurkan tingkapnya. "Apabila dia melihat saya saya mengejar dengan pistol, dia duduk di dalam keretanya," kata Wahabzadah. "Dan saya hanya mendapat pistol dan melemparkannya ke tingkapnya seperti anak panah sampai pecah tingkap keretanya. Dia ingat mungkin saya nak tembak dia dan dia pon lari dengan ketanya. "Wahabzadah tidak berhenti di situ. Dia berkata dia terus mengejarnya tetapi penembak itu melakukan U-turn dan mereka pon berlumba dan penembak tu berjaya meloloskan diri. Pada masa itu Wahabzadah berkata dia kembali ke masjid dan menyaksikan hasil keganasan penembak tersebut.




Foto ini diambil pada pukul 2:45 pagi di seberang jalan dari masjid Al Noor, di mana 41 orang terbunuh pada hari Jumaat. Bunga menyusuri kawasan di belakang pita polis dan lilin dinyalakan untuk mengingati mangsa korban. Dalam video di Twitter, pegawai polis dilihat sebelum mengambil bunga dari sebuah peringatan ke dalam kereta polis mereka supaya mereka boleh meletakkan mereka di luar masjid.


Seminggu lepas kejadian beratus-ratus orang berkumpul di luar masjid di Wellington, New Zealand, dan berkepit lengan sesama sendiri untuk membentuk rantaian manusia, dalam tindakan simbolis perlindungan masyarakat Islam semasa solat Jumaat.


Dengan apa yang menimpa nasib saudara kita di New Zealand pasti menyedihkan tapi dengan reaksi dari orang penganut agama lain juga mengharukan kita. Penganut agama lain-lain tak membezakan kita, menetap di bumi yang sama dan menghirup udara yang sama tapi berlainan agama tetap tak mengahalang kita dari bersatu dan hidup dalam suasana harmoni. Jadi sama-sama kita doakan kepada mangsa agar diberi pengampunan dari Allah dan juga kepada keluarga mangsa untuk dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan. #prayforNewZealand


Wednesday, 20 March 2019





INFO


  • Developer: Quantic Dream
  • Publishers
    • Sony Interactive Entertainment (PS4)
    • Quantic Dream (PC)
  • Director: David Cage
  • Producer: Sophie Buhl
  • Platform(s)
    • PlayStation 4
    • Microsoft Windows
  • Release: 
    • 25 May 2018 (PlayStation 4)
    • 2019 (Microsoft Windows)
  • Genre: Adventure
  • Mode: Single-player



GAMEPLAY


Game ni dia third-person view. Ada 3 karekter yang boleh kita main. Character yang boleh main boleh mati masa story, kalau salah sorang mati tak game over, boleh carry on. Analog belah kanankat DS4 (controller PS4) guna untuk berinteraksi dengan objek dan tengok persekitaran sekeliling, kiri lak untuk jalan, dan R2 untuk kita scan persekitaran. Melalui QTE (quick time event) dan pilihan dialog yang kita pilih ada kesannya kat story. Kalau kita rasa tak puas ati dengan pilihan yang kita buat kita boleh patah balik ke checkpoint tertentu pastu ulang balik. Ada part yang kita kena pilih dialog or masa QTE tu kita kena cepat tekan butang yang tunjuk kat screen, kalau silap tekan ada efek dia. 



CHARACTERS


Karekter-karekter dalam game ni based on orang betui. Untuk karekter Kara suara dan muka dia based on Valeria Curry, Markus lak based on Jessie Williams, dan karetker yang lain pon sama jugak. 



Connor, android penyiasat polis yang bertanggungjawab memburu android yang menyimpang daripada tingkah laku mereka seperti yang diprogramkan.





Kara, seorang pembantu rumah android yang membawa lari sorang anak perempuan tuannya dari rumah setelah dia selalu disakiti dan didera oleh ayahnya.



Markus, android yang melayan seorang laki tua berkerusi roda. Dia ditembak oleh polis setelah berlaku salah faham di rumah tuannya dan di bangkit untuk menghentikan perhambaan android dan dia mengetuai perarakan aman android untuk menuntut hak kebebasan android.



RATING/SCORES



Aggregate score
AggregatorScore
Metacritic78/100
Review scores
PublicationScore
Destructoid7/10
EGM8.5/10
Game Informer8/10
Game Revolution4/5 stars
GameSpot7/10
GamesRadar+4.5/5 stars
IGN8/10[103]
VideoGamer.com4/10



Game Detroit ni best sampai membuatkan aku berangan-angan nak ada android sendiri. Cuba bayangkan kita ada android, mesti banyak keja kita dan beban kita diringankan, tapi takut jugak kita jadi makin malas. Kalau ada android kita tak la rasa kesunyian masa dok kat rumah dan rasa macam kita ni macam orang kaya lak ada orang suruhan, hahaha. Tak tau la apa yang akan jadi kat dunia kita kalau ada android yang boleh pikiaq sama cam manusia ni, manusia jadi makin malas ka orang berlaku peperangan ka seperti yang jadi dalam story game ni or kita jadi makin maju? Hiraukan semua persoalan tu, berbalik kepada game Detroit ni bagi aku overall antara game yang best aku pernah main kat PS4, game Quantic Dream ni sememangnya tak menghampakan aku. Game Detroit Become Human memang deserve rating dan score yang tinggi.










Friday, 15 March 2019

Balik keja masuk ja rumah aku terbau sedap. Aku agak mesti Mama masak, so aku pon p la dapuq teguq mama tanya masak apa, Mama masak ikan masin ja, tapi bau sedap gila. Mama aku pon tanya nak ka ikan masin makan dengan nasi and sambal goreng, aku pon kata okay jugak kalau tambah teloq dadar yang sememangnya lauk yang wajib ada. Aku pon masuk bilik tukaq baju sementara Mama tengah prepare masakan dia untuk dinner aku. Tengah dok baring atas katil sambil dok main fon Mama pon panggil aku dinner dah ready. Aku pon tukaq baju and p kat ruang tamu makan kat situ. Lepas satu suap aku rasa heaven gila, ye la, dah brapa lama aku tak rasa masakan Mama, dah dekat dua tahun rasanya, lepas Mama kena diagnos kanser dulu dah tak masak dah, kalau masak pon untuk bagi kucing makan ja lol. 


Mama tanya aku okay ka aku pon kata, "Better than maggi, you saved me from eating maggi, hahaha" (gelak sambil tengah makan, nasib baik tak tersembuq). Selalu mai hari Jumaat aku mesti makan maggi, tapi Alhamdullilah la malam ni Mama jadi rajin lak masak untuk anak dia sorang ni. Walaupon cuma nasi berlaukkan ikan masin dengan sambal dan teloq goreng aku rasa grateful dan bersyukur aku masih lagi dapat rasa masakan Mama aku yang sememangnya ohsem dari dulu lagi. Masakan mak sapa yang tak best? Masakan mak kita sentiasa the best, betui tak? So hargai la masakan Mama hampa walaupon hampa tak suka lauk yang dia masak, lepas ni kalau Mama masak ja aku dah tak kisah dah lauk apa janji dapat rasa masakan Mama aku.

Tuesday, 12 March 2019



INFO

  • Directed by
    • Anna Boden
    • Ryan Fleck
  • Produced by: Kevin Feige
  • Based on: Captain Marvel by Stan Lee
  • Production company: Marvel Studios
  • Distributed by Walt Disney Studios Motion Pictures
  • Release date;
    • February 27, 2019(London)
    • March 8, 2019 (United States)
  • Running time: 124 minutes
  • Country: United States
  • Budget: $152 million
  • Box office: $456.7 million

CASTS


  • Brie Larson as Vers / Carol Danvers / Captain Marvel:
    • Carol cuma manusia normal macam orang lain. Sebelum dia ada kuasa dia ni bekas juruterbang pejuang Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat dan ahli unit tentera Kree elit, Starforce. Carol dapat kuasa dia masa eksiden jet dia terhempas yang bawa satu tenaga. Dia tembak ke arah tenaga tiu masa ada mamat mana ntah mai nak curi pastu meletup yang agak dasyat lalu kuasa tersebut meresap masuk dalam tubuh Carol lalu jadi la Wonder Woman..eh shit wrong movie.
  • Samuel L. Jackson as Nick Fury
    • Direkter pasukan S.H.I.E.L.D pada masa akan datang.
  • Ben Mendelsohn as Talos / Keller:
    • Makhluk alien dari puak Skull yang boleh berubah bentuk dan boleh tiru penampilan manusia. Dia menyamar jadi bos Fury untuk nak dapatkan kuasa Terzeract (macam batu infiniti)
  • Djimon Hounsou as Korath:
    • Tentera upahan puak Kree
  • Lee Pace as Ronan the Accuser:
    • Ahli Kree yang paling tinggi. Sebelum penampilannya di Guardians of the Galaxy, Ronan ni tak begitu zalim dan karekter dia masih lagi terlalu mentah. 
  • Lashana Lynch as Maria Rambeau:
    • Kawan baik Carol yang juga bekas juruterbang Tentera Udara AS yang dipanggil dengan nama jolokan "Photon". Dia seorang ibu tunggal kepada anak perempuan yang bernama Monica.
  • Gemma Chan as Minn-Erva:
    • Ahli sniper dari puak Kree
  • Annette Bening as the Supreme Intelligence and Mar-Vell / Dr. Wendy Lawson
    • Dr. Wendy Lawson guna nama samaran Mar-Vell. Dia la bos Carol yang bawa Carol masa testing jet pesawat dengan tenaga tu sebelum depa terhempas. Lawson jugak merupakan saintis dari Kree yang puak Skull tercari-cari.
  • Clark Gregg as Phil Coulson:
    • Ajen baru kerja dengan team S.H.I.E.L.D yang kerja under Fury.
  • Jude Law as Yon-Rogg
    • Komander kepada team Starforce yang juga mentor kepada Carol. Dia melatih Carol guna kuasa dia dengan betul.


SYNOPSIS



Captain Marvel ialah pahlawan Kree dari angkasa lepas yang mendapati dirinya berada di sebuah perjuangan galaksi antara orangnya dengan puak Skrulls. Hidup di Bumi pada tahun 1995, dia sering bermimpi sebagai seorang manusia bernama Carol Danvers yang bekerja sebagai juruterbang Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan bantuan dari Nick Fury, Kapten Marvel cuba mengetahui rahsia masa lampaunya dan bagaimana dia mendapat kuasanya. Dengan adanya kuasa superpower yang hebat Carol cuba menamatkan perang dengan puak Skrulls.


COMMENT



Movie Captain Marvel ni dapat kritikan yang negatif sebab pelakon utama dia pompuan dan majoriti tak suka dengan lakonan Brie Larson. Bagi aku movie ni kita tak boleh judge based on gender pelakon, gender equality patut diutamakan dan gender yang berlainan dari kita tak semestinya menjadikan movie tu tak best. Secara jujurnya movie Captain Marvel bagi aku dia setanding dengan movie Marvel yang lain macam Black Panther, malah lagi best sebab movie Captain Marvel ni dia ada plot twist yang unik dan pengenalan kepada Avengers yang menjadikan movie ni menarik, ditambah pula dengan kehadiran mamat Samuel L. Jackson yang sentiasa lucu dengan karekternya walaupon karekter Nick Fury ni dalam cita Avengers yang lain sorang yang tegas dan sentiasa serious. Plot movie ni tak la complicated sangat dan tak membosankan.


RATING



  • IMDb
    • 6.8/10
  • Metacritic
    • 65%
  • Rotten Tomatoes
    • 79%

Rating yang movie ni dapat tak la begitu memberasangkan tapi tu tak menjadikan movie ni tak best. Secara jujurnya bagi aku movie ni patut dapat rating tinggi sikit tapi dah disebabkan ramai yang tak puas ati dengan Brie Larson la yang undi. Aku bagi rating 8/10 and 85%.

Tuesday, 5 March 2019

Kepada yang meragui sama ada aku ni masih hidup lagi ke tak disebabkan aku dah jarang update Facebook, Twitter dan juga Insta yang dah masuk tahun ke-2 aku tak update, well media laman sosial yang aku aktif sekarang ialah blog aku sendiri. Kalau Facebook pon aku bukak sat ja nak tengok benda apa dok viral, aku dah tak share post malah update status sendiri lagi la jarang. Twitter lak tunggu masa ja aku nak uninstall, rasa boring lak tak tau pasaipa, kalau Insta lak sama jugak macam Facebook, tengok-tengok sat, ikut mood kalau rasa nak like gambaq orang. Yang aku rajin dok layan cuma 9gag ja buat masa sekarang, tak tau la 9gag ni kategori media sosial juga tapi boleh komen kat post kira media sosial jugak la. Aku ada komen kat 9gag ari tu, aku cuma post gambaq meme ja yang relate pasai post, sekarang komen aku dah dapat lebih 200 upvotes, wow, tak banyak pon 200, kalau 1000 upvotes baru la boleh panggil 9gagger sejati. So the point is kalau hampa nak tau perkembangan pasai life aku kat sini je la hampa boleh tau. Okay that's all for today, kalau ada apa-apa pertanyaan (soalan "Bila hang nak kawen?" tidak dibenarkan sama sekali) sila kemukakan pertanyaan hampa di ruangan komen kat bawah or wasap me, okay? Thanks for reading... and stay tuned for next updatezzz...

Friday, 1 March 2019

Masa aku masuk ofis tadi Amin kata kat aku "Abang hang dah mai dah weh". Aku pon blur sat sapa dia abang aku, pastu baru teringat kat si Fariz yang berenti keja dulu. Dari tahun lepas lagi dah ada ura-ura mengatakan yang si Fariz akan mai masuk keja balik kat kilang aku, so kedatangan dia tak la membuatkan aku surprise sebab aku dah expect dah. Kalau baca post lama aku tak silap post tahun 2016 kot yang Fariz berenti keja. Hari ni dia mai masuk balik keja kat kilang aku. Masa dia mai tu aku pon tanya la dia sihat ke tak maklum la dah lama tak jumpa and bertegur sapa. Walaupon dia kira orang paling lama dalam department kami except manager aku rasa dia mungkin kena recover balik la pasai keja design ni sebab dah lama dah berenti pastu masuk balik mungkin ada certain part yang dia tak ingat. Hari ni Ijat tak mai so dia tak tau la si Fariz dah masuk keja balik. Ijat kata kalau Fariz masuk dia nak bancuh kaw-kaw punya, kira macam revenge la sebab si Fariz ni dulu kira senior and masa Ijat first time keja kira keja under si Fariz la. Well, aku tak sabaq-sabaq nak nantikan moment revenge si Ijat ke atas Fariz, hahaha..ha..ha…(*gelak jahat berenti*) emm tapi tadi masa meeting aku tengok Abang Nazri tunjuk carta organisasi department nama si Fariz sebaris dengan geng senior, kira dia bukan under sapa-sapa la, si Zarul dok bawah dia, aku rasa harapan si Ijat nak taruh Fariz mungkin punah lol.