L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Assassin's Creed Odyssey

Tuesday, 5 February 2019

Assassin's Creed Odyssey




INFO



  • Developer: Ubisoft
  • Series: Assassin's Creed
  • Engine: AnvilNext 2.0
  • Platforms:
    • Microsoft Windows
    • PlayStation 4
    • Xbox One
    • Nintendo Switch
  • Release: October 5, 2018
  • Genre: Action role-playing
  • Mode: Single-player


SYNOPSIS


Timeline game ni ditetapkan pada tahun 431 SM, 400 tahun sebelum cerita Assasin's Creed Origins. Cerita game ni cerita sejarah rahsia Perang Peloponnesian, pertempuran antara negara-negara kota Yunani purba. Protagonis adalah tentera upahan yang bernama Alexios atau Kassandra (boleh pilih) yang boleh memilih untuk bertarung untuk sama ada Athens dan Liga Delian atau Sparta dan Liga Peloponnesian serta menentang Kultus Kosmos.


GAMEPLAY


Gameplay game Odyssey ni lebih kurang sama ja dengan Origins, guna burung untuk mark enemy dengan scan area. Game ni ada elemen RPG, termasuk pilihan dialog, pencarian bercabang, pelbagai pilihan akhir, pilihan percintaan. Odyssey ni lain sikit dari Origins seabb dia boleh pilih karekter laki atau pompuan. Karekter laki nama dia Alexios, kalau pompuan nama dia Kassandra, tak kisah karekter yang mana jalan cerita dia tetap sama. Pilihan romantik tetap sama tanpa mengira watak yang dipilih. Interaksi dengan NPC ada effect dia, sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang, berkaitan dengan cerita.

Game ni pon boleh bertarung guna kapal yang dikenali sebagai 'The Adestria'. Lebih kurang macam game Assasin's Creed IV: Black Flag dengan Rogue, tapi kapal dia siap boleh upgrade lagi. Kita boleh recruit musuh jugak untuk join dalam crew kapal kita.

Kalau kita buat jenayah macam bunuh orang kita kena bounty, macam main GTA la, curi keta ka ada wanted level, macam tu la bounty. Bila dah ada bounty nanti akan ada mercenary yang mai nak bunuh kita.

REVIEW SCORES



  • EGM: 8.5/10
  • Game Informer: 8.25/10
  • GameSpot: 8/10
  • GamesRadar+: 
  • IGN: 9.2/10
  • USgamer: 


COMMENTS

Game Odyssey ni bagi aku antara game yang terbaik untuk game tahun lepas. Yang aku tak suka pasai game ni dia time consuming jugak la dan memang lambat nak abiskan story dia sebab story mission dia ada level, contoh kalau kita masih level 23 kita tak boleh buat mission level 31, so kita kena level up dulu sebelum nak main story mission dia, sebab tu memang lambat nak abiskan story dia. Tapi dari segi gameplay dia memang tak boring, ditambah pulak grafik dia yang agak lawa.


COMPARISION


Kalau nak compare dengan game Assasin's Creed yang sebelum ni, Origins bagi aku Odyssey lagi best sebab tempat dia lawa-lawa, kalau Origins padang pasir ja yang banyak. Kalau nak compare dengan game lain pulak macam game Red Dead Redemption 2 bagi aku secara jujurnya aku lebih enjoy main Odyssey. RDR2 bagi aku gameplay dia boring walaupon story dia dengan grafik dia ohsem. RDR2 cepat boring kalau main lama-lama compare dengan Odyssey.


0 comments:

Post a Comment