L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Alita: Battle Angel

Tuesday 19 February 2019

Alita: Battle Angel



INFO

  • Directed by: Robert Rodriguez
  • Produced by;
    • James Cameron
    • Jon Landau
  • Production company;
    • 20th Century Fox
    • Lightstorm Entertainment
    • Troublemaker Studios
    • TSG Entertainment
  • Distributed by: 20th Century Fox
  • Release date;
    • January 31, 2019 (Odeon Leicester Square)
    • February 14, 2019 (United States)
  • Duration: 2 hours 02 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget;
    • $200 million (gross)
    • $170 million (net)
  • Box office: $137.4 million




Movie Alita ni adalah movie action cyberpunk Amerika 2019 yang berdasarkan siri manga Gunnm oleh Yukito Koshiro yang juga dikenali sebagai Battle Angel Alita. Robert Rodriguez ialah pengarah movie ni dan ditulis oleh James Cameron dan Laeta Kalogridis, dan dihasilkan oleh Cameron dan Jon Landau. Rosa Salazar sebagai Alita, watak utama movie ni, seorang cyborg, bergandingan dengan pelakon-pelakon lain seperti Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson.




SYNOPIS


Beberapa abad pada masa akan datang, Alita yang terbengkalai ditemui di tempat buangan sampah di Iron City oleh Ido, seorang doktor siber. Dia mengambil Alita yang tidak sedarkan diri lalu membawa Alita ke kliniknya. Apabila Alita dibaiki dan dia terbangun dari tidurnya, dia tidak mengingati siapakah dia, dan dia tidak mempunyai sebarang memori terhadap dunia yang dia jumpai. Alita diberikan nama Alita oleh Ido sempena nama anak Ido yang dah mati. Ketika Alita belajar untuk menyesuaikan kehidupan barunya dan jalan-jalan di Iron City, Ido pula cuba merahsiakan aktiviti pada waktu malamnya dari Alita dan cuba melindungi diri Alita daripada masa silam Alita dulu.



CASTS



  • Rosa Salazar sebagai Alita, heroin cyborg, berusia tiga berabad lamanya dan terakhir dari kaumnya.
  • Christoph Waltz sebagai Dr. Dyson Ido, saintis terkenal, Hunter-Warrior dan penjaga Alita.
  • Keean Johnson sebagai Hugo, jatuh cinta dengan Alita yang juga mengajarnya bermain permainan gladiator yang dipanggil Motorball.
  • Mahershala Ali sebagai Vektor, seorang usahawan yang selalu kacau permainan Motorball
  • Jennifer Connelly sebagai Chiren, bekas isteri Ido yang diusir bersama dia dan anak perempuannya dari Zalem
  • Ed Skrein sebagai Zapan, pemburu bounty cyborg yang ditugaskan mengesan dan membunuh Alita.
  • Jackie Earle Haley sebagai Grewishka, seorang cyborg besar yang bekerja untuk Nova sebagai pembunuh peribadi, berdasarkan Grewcica dari Battle Angel OVA
  • Jorge Lendeborg Jr. sebagai Tanji, kawan Hugo.
  • Lana Condor sebagai Koyomi, kawan Hugo.
  • Eiza González sebagai Nyssiana, pembunuh cyborg yang ada bounty.
  • Idara Victor sebagai Nurse Gerhad, pembantu Ido.
  • Jeff Fahey sebagai McTeague, seorang Hunter-Warrior yang bela anjing robotik.
  • Rick Yune sebagai Master Clive Lee, seorang Hunter-Warior yang didakwa membunuh 200 lebih orang.
  • Marko Zaror sebagai Ajakutty, pemain Motorball.
  • Elle LaMont sebagai Screwhead, seorang wanita Hunter-Warrior.
  • Leonard Wu sebagai Kinuba, pemain Motorball.
  • Casper Van Dien sebagai Amok


DEVELOPMENT




Movie Alita ni kalau hampa nak tau dah diumumkan pada tahun 2003. Wow dah lama dah rupanya, tapi sebab apa tahun 2019 baru nak release ke panggung? Jawapan dia sebab movie ni terpaksa  ditangguhkan sebab si Cameron terlalu sibuk dengan movie Avatar dan sekuelnya. Selepas bertahun-tahun berlalu, Rodriguez diumumkan sebagai pengarah movie ni pada April 2016, dengan Salazar lak kena buang pada bulan berikutnya. Fotografi utama bermula di Austin, Texas, pada Oktober 2016 sampai la Februari 2017. Masa temubual dengan Alfonso Cuarón pada Julai 2013, Cameron dah tetapkan tahun 2017 sebagai tahun di mana pengeluaran pada movie ni akan bermula. Pada bulan Oktober 2015, The Reporter Hollywood melaporkan pengarah Robert Rodriguez sedang dalam rundingan untuk mengarahkan movie ni, yang kini bertajuk Alita: Battle Angel, dan Cameron akan jadi sebagai penerbit bersama Jon Landau. Rodriguez telah dibawa masuk oleh Cameron untuk  menggabungkan skrip dia dengan Cameron punya skrip sebanyak 186 halaman muka surat dan kira-kira 600 muka surat nota ke dalam skrip shooting. Puas dengan karya Rodriguez mengenai skrip shooting, Cameron menawarkan Rodriguez tugas mengarahnya. Pada April 2016, The Reporter Hollywood melaporkan 20th Century Fox belum tayangkan movie ni sebab depa cuba nak kurangkan bajet kira-kira antara $ 175- $ 200 juta. Artikel tu juga mengumumkan Rodriguez dah ditandatangani sebagai pengarah. Pada akhir Mei 2016, Fox jadualkan movie ni released 20 Julai 2018 tapi nampaknya tertangguh jugak la sampai awal tahun ni baru released.


RATING

  • IMDb: 
    • 7.6/10
  • Rotten Tomatoes:
    • 59%
  • Metacritic:
    • 54%


MY PERSONAL COMMENT & RATING


Walaupon tahun ni baru masuk bulan 2 tapi aku still akan listkan movie Alita ni dalam list top 10 favourite movie untuk tahun ni. Seriously memang best movie ni, walaupon cita dia tergantung sebab obviously pengarah movie ni nak buat sekuel. Movie ni tak terlalu complicated nak paham dia punya story walaupon sampai 2 jam, simple and senang nak paham. Salah satu sebab aku suka movie ni ialah elemen romantik dan cinta antara cyborg dengan manusia, sejak aku main game Detroit Become Human dekat PS4 aku jadi suka dan fanatize dengan hubungan antara cyborg/android dengan manusia. Mungkin sebab aku ni single lagi kot? Honestly bercinta dengan cyborg/android yang boleh pikiaq macam manusia dan tau erti kasih sayang boleh tahan jugak kalau susah sangat nak bercinta dengan orang, lol. Kira okay la dari bercinta dengan karekter anime yang tak wujud, kan?Okay berbalik kepada movie Alita ni, aku jamin 100% hampa tak akan menyesai punya tengok movie ni, seriously worth every last of your money, tengok jangan tak tengok, dah tengok share pendapat hampa tentang movie Alita ni dengan aku. So rating aku untuk movie ni? 8/10 aku bagi sebab cita tergantung punya pasai kalau tak 10/10 aku bagi, hahaha.





0 comments:

Post a Comment