L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: We Are Living In 2019 But I'm Still Living In 2009

Tuesday, 26 February 2019

We Are Living In 2019 But I'm Still Living In 2009

10 tahun lepas aku dah pandai download lagu sampai la sekarang tapi start tahun ni aku dah jadi slow download lagu. Antara sebab dia aku nak dengaq lagu baru aku dengaq kat Spotify yang crack version. Tapi tu tak sampai tahap mainstream lagi, baru-baru aku ada beli satu CD lagu kat online, album Estrella self titled (no. 2 fevered album aku). Seriously? Beli CD lagu? Tak rasa rugi ka sedangkan boleh download ja or layan kat Spotify atau kat YouTube. Aku tak rasa rugi pon beli CD lagu, aku rasa lagi best lagi ada la, hahaha. Rasa best tu sebab rasa nostalgia dengaq lagu guna CD macam zaman muda-muda dulu, lebih-lebih lagi kalau beli CD lama. Album Estrella ni kira the first CD lagu yang aku beli since lebih kurang sedekad, last time beli CD lagu ni seingat aku still sekolah lagi. Bagi aku beli CD ni boleh la show off sikit kat orang pasai music taste aku. Bateri fon pon jimat kalau nak dengaq lagu, aku selalu dengaq guna iPad aku, bukak Bluetooth pastu connect kat radio keta and then shuffle semua lagu yang aku ada. Selain CD album Estrella aku dah beli banyak CD dah, aku beli second hand je banyak, beli kat orang yang dok juai kat Carousel, kalau setakat case calaq boleh beli case baru, bukan mahai pon. 




Aku pon pelik jugak tiba-tiba aku jadi ketagih beli CD lagu, lol. Kalau hampa nak tau CD lagu apa yang aku beli boleh la usha kat drawer depan dalam keta aku. Aku ikut hari kalau nak layan CD, kalau CD album Estrella aku selalu layan tiap-tiap hari Isnin masa nak p keja, sampai ja kat kilang aku dah habis dah satu album. That's one of the best part of Monday for me. Kalau hampa ada CD lagu yang hampa nak juai boleh la juai kat aku, tapi lagu omputih je la, Melayu jarang layan, hahaha.


0 comments:

Post a Comment