L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: January 2019

Wednesday, 30 January 2019




INFO


  • Known as: Mei-chan's Butler
  • Country: Japan
  • Episodes: 10
  • Date Aired: Jan 13, 2009 - Mar 17, 2009
  • Aired On: Tuesday
  • Network: Fuji TV
  • Duration: 45 min per episode
  • Rating: 13+ - Teens 13 or older

Mei-chan no Shitsuji atau dalam bahasa English, Mei-chan's Butler ni diadaptasi dari sebuah manga dengan nama yang sama yang diedarkan sekitar tahun 2006 sampai 2013. Manga tu ada 20 volumes. Sequel dia, Mei-chan no Shitsuji DX start tahun 2014 dengan hanya 5 volumes saja.


SYNOPSIS


Drama ni  mengisahkan kehidupan seorang perempuan muda yang bernama Mei, yang membantu perniagaan ibu bapanya membuat udon (sejenis mi dari Jepun). Tetapi suatu hari, Mei dikejutkan dengan kematian ibu bapanya akibat kemalangan tetapi Mei tetap tabah dan cekal dan dia masih meneruskan perniagaan ibu bapanya. Beberapa hari kemudian seorang pemuda yang bernama Rihito yang merupakan seorang butler (pelayan) berasal dari Akademi St. Lucia Girls muncul, dan dia telah dilantik untuk melayani Mei. Kini kehidupan Mei yang biasa telah berubah sepenuhnya, kerana dia mendapati bahawa dia sebenarnya adalah ahli waris untuk harta keluarga Hongo, dan dia terpaksa berpindah ke Akademi St. Lucia Girls, di mana perempuan dilatih menjadi wanita sejati. Semua pelajar perempuan di akademi tersebut mempunyai seorang butler. Rakan zaman kanak-kanaknya, Kento memutuskan untuk mendaftar di sekolah butler tersebut agar dia dapat berada dekat dengannya.




CASTS


Akademi St. Lucia Girls ada ranking dia. Rank Ombra kira rank paling bawah la. "M" tu tuan kalau lak "B" Butler. Nama tuan dikuti dengan nama pelayan dia. Watak utama Shinonome Mei dengan butler dia, Shibata Rihito dan watak sampingan adik kepada Rihito, Shibata Kento. 



  • Shadow (Ombra) Rank
    • Eikura Nana as Shinonome Mei (M)
    • Mizushima Hiro as Shibata Rihito (B)
    • Tanimura Mitsuki as Yamada Tami (M)
    • Abe Shinnosuke as Kanda (B)
  • Moon (Luna) Rank
    • Oomasa Aya as Kayama Rika (M)
    • Sato Takeru as Shibata Kento (B)
    • Mayama Akihiro as Aoyama (B)
    • Nakabeppu Aoi as Natsume Fujiko (M)
    • Kyo Nobuo as Nezu (B)
    • Kutsuna Shiori as Amo Rin (M)
    • Maruyama Tomomi as Yotsuya (B)
    • Yoshida Riko as Mamahara Miruku (M)
    • Suzuki Ryohei as Daimon (B)
    • Nakamura Chise as Matsushiro Hikaru (M)
    • Minami Keisuke as Tsukiji (B)
    • Kojima Haruna as Takenomiya Nao (M)
    • Kimisawa Yuki as Nogizaka (B)
    • Kobayashi Kinako as Umeshima Kyoko (M)
    • Kato Keisuke as Roppongi (B)
    • Kikuzato Hikari as Uemura Kaori (M)
    • Yamaguchi Kenki as Nakameguro (B)
    • Akiyama Tana as Nakano Yuko (M)
    • Shikanai Daishi as Okachimachi (B)
  • Sun (Sole) Rank
    • Yamada Yu as Lucia (Hongo Shiori) (M)
    • Mukai Osamu as Shinobu (B)
    • Iwasa Mayuko as Ryuonji Izumi (M)
    • Yuki Jutta as Kiba (B)
    • Usuda Asami as Daichi Yuma
    • Horan Chiaki as Mizusawa Satomi
    • Yamamoto Ayano as Hino Eriko
    • Ishibashi Natsumi as Kazama Ai





Shinonome Mei, watak utama drama ni, yang dilakonkan oleh Eikura Nana ni seorang pompuan yang biasa-biasa ja. Pandai buat Udon disebabkan dia selalu tolong mak ayah dia berniaga Udon. Mei still cool dan tabah lepas mak ayah dia mati eksiden, walaupon mak ayah dia dah tadak Mei tetap teruskan perniagaan mak ayah dia. Masa mula-mula masuk Akademi St. Lucia Girls dia kena kutuk sebab terlalu nerd pakai spek, tapi lepas Rihito teguq dia jangan pakai spek baru la terserlah keayuan dan kecantikan Mei. 












Mizushima Hiro yang melakonkan watak Shibata Rihito ni antara reason aku layan drama ni, sebab dia ni pernah berlakon dalam drama Hana Kimi so sebab tu aku layan drama Mei-chan sebab aku ingat kalau dia berlakon mesti drama Mei-chan ni lebih kurang dengan Hana Kimi lol. Okay bercakap tentang perwatakan karekter yang dipegang oleh mamat Hiro ni, Rihito ni seorang yang sentiasa cool dan tenang dalam apa jua keadaan. Dia juga sentiasa serius dan kurang eksperisi, jarang dia senyum, kalau gelak lagi la jarang, memang beza gila la kalau nak bandingkan karekter yang dia pegang dalam drama ni dengan karekter dia dalam drama Hana Kimi. 







Dia ni lak adik kepada Shibata Rihito, Shibata Kento. Dia agak rapat dengan Mei, p sekolah sama-sama dan sebab tu dia jadi suka dengan Mei. Bila dapat tau yang Mei masuk Akedemi St Lucia Girls si Kento pon beriya-iya nak masuk juga nak jadi butler. Kento memang tak pandai jadi butler dan sememangnya noob tapi kadang-kadang dia mainkan peranan jugak. Kento memang seorang yang selalu marah orang dan garang tetapi dia jugak seorang penyayang sebab selalu protect Mei bila Mei dalam bahaya. Dalam hati ada taman beb.









COMMENTS



Kalau hampa ni jenis minat dengan drama Hana Kimi dengan Hana Yori Dango macam aku drama Mei-chan ni memang sesuai bagi hampa. Stail cerita dia lebih kurang dengan Hana Kimi, cuma konsep dia ja yang lain. Drama Mei-chan ni tak la sepopular macam drama Hana Kimi dengan Hana Yori Dango tapi still antara drama Jepun yang best aku pernah tengok. Aku memang tercari-cari drama yang lebih kurang dengan Hana Kimi sampai la masuk tahun ni baru aku jumpa drama ni. Drama Mei-chan ni mengingatkan aku sikit pasai Hana Kimi yang aku layan 2 taun lepas. Drama ni ada keunikan dia yang tersendiri. Lagu opening dan ending, stail humor dan editing yang digunakan dalam drama ni la yang menjadikan drama ni unik dan best. Apa pulak rating aku untuk drama ni? Well, uhh..aku tak bagi rating untuk drama series, selalu bagi rating untuk movie ja, hahaha. Tapi aku memang 100% la recommend hampa tengok drama ni. 

Okay setakat ni ja post untuk hari ni. Macam biasa stay tuned for da next post dan roger aku kalau nak tau hari apa aku nak post kat blog aku ni, selalunya aku akan pilih tarikh nak post so kalau nak tau boleh la aku bagitau. 

Sunday, 27 January 2019

Semalam balik ja dari keja lepas makan aku baring sat, ingat nak laayn PS sat tapi aku tertidoq lak sampai la si Ali call aku baru aku terjaga. Dia call aku banyak kali jugak, aku tak angkat sebab dok syok tidoq, hahaha. Dia ajak aku kluaq katanya, dengan Haziq and Tipi. Aku pon p la mandi. Aku tengok dalam group wasap Tipi kata baru otw so ada banyak masa lagi sementara depa nak sampai rumah aku, Tipi p ambik Ali ngan Haziq dulu baru ambik aku lak. Aku pon layan la FIFA sat sampai la Tipi call aku. Time tu dah masuk Isyak so aku pon solat la dulu sebelum kluaq. Kluaq ja rumah nampak depa dok sembang kat luaq keta, aku p kat depa aku salam Tipi and peluk dia dulu sebab dah lama tak jumpa dia, Ali ngan Haziq jumpa selalu ja. Kami pon discuss la nak makan kat mana, aku ingat nak ajak depa p makan kat tempat baru yang aku jumpa kat FB tapi lupa lak nama kedai tu so last-last kami pon p la de Pauh Garden.


Lepas makan masa nak balik Paan teguq aku, aku dah perasan mak dia tapi aku macam dah lupa lak mak sapa, dalam hati aku dok rasa macam kenai ja tapi malas nak teguq takut salah orang last-last Paan yang twguq aku dulu, aku pon p la salam dia ngan ayah and adik dia, time tu depa dah abih makan dah. Aku ngan rasa awkward lepas salam depa aku pon kata nak balik dah, mak dia gelak kat aku sebab aku ni macam malu ja, yela dah lama tak jumpa memang rasa malu dan awkward jugak la, aku pon kata kat diri aku, "Fuck, awat la ngan aku ni!?...lol. 


Gambaq blur sebab kami dok kat tempat gelap


Haziq makan fun fries ja, dia dah balun nasi awai dah tadi


Dah puas makan kami pon la Bintang Idola nak karok. Masuk-masuk sana ramai orang lak so kami tak jadi nak karok sana, kami p kat tempat satu lagi yang sebelah snooker yang kami dok selalu main. P sana pon ramai jugak, kami book tempat dulu. Sementara nak tunggu orang lain abih karok kami p main satu frame dulu kat snooker. Main tak abih pon satu frame, kami main dart lak. Dah abih main satu round kami pon p la karok sejam setengah. Kembali Senyum, I Want It That Way, Kenangan Terindah, In The End, Aku dan Kamu, lagu-lagu yang aku karok. 







Sampai kat karok kena tunggu lagi 5 minit lagi
so aku pon layan selfie sorang-sorang dulu


Dah puas karok kami pon chow, time tu dah pukui satu. Kami dok lepak sat kat depan rumah aku, dok sembang macam-macam la, pasai kawen la, maklum la kami pon dah dewasa, dok tanya la masing-masing bila nak kawen, hahaha. Sembang ngan depa sampai sejam tak rasa, lepas depa balik aku layan FIFA sampai l pukui 3 setengah baru tidoq. Lepas ni tak tau bila lagi kami nak lepak sekali, dah la payah nak set lepak ngan Tipi, dia dok juah satu hal, pastu dia selalu dok ngan famili dia sebab tu susah nak ajak dia kluaq. Lepas ni si Haziq lak nak p KL keja sana, tinggai la aku Tipi ngan Ali. Group kami kira 4 orang kami la, Haziq dah p KL nanti lepas ni kena recruit ahli baru la, hahaha.

Thursday, 24 January 2019

Aku ada post pasai 10 album feveret aku (lupa bila punya tahun), hari ni aku nak update sikit aku punya list top 10 album feveret aku sebab ada album yang aku dah tak berapa layan so aku rasa album tersebut tak sepatutnya berada dalam senarai 10 album yang aku paling aku suka. So ni la dia senarai 10 album yang aku dok layan sekarang ni.



#10 - 3





Artist/Band: Ten2Five

Year released: 2007

Genre: Pop

Favourite tracks: 


  1. Hanya Untuk-Mu
  2. Aku Ada Rahasia
  3. Nananana

Album ni lebih ceria kalau dibandingkan dengan album depa yang lain (except lagu hanya Untukmu yang bernada sedih dan jiwang sikit). Selalunya hari Jumaat aku layan album ni, or hari Sabtu kalau aku nak p kenduri. Album ni jugak mengembalikan rasa nostalgia dan mengingatkan aku masa zaman sekolah dulu.



#9 - The Madding Crowd



Artist/Band: Nine Days

Year released: 2000

Genre: Alternative Rock

Favourite tracks: 


  1. If I Am
  2. 257 Weeks
  3. So Far Away


Dalam list yang sebelumnya album ni dok no. 2, tapi memandangkan aku dah jarang sikit layan album ni so kedudukan album ni dalam list agak tercorot la, tapi album ni still terbaik dan still deserve tempat dalam list top 10 album yang aku suka. Masuk tahun depan album ni akan jadi 20 tahun so mungkin tahun depan aku akan layan album ni dengan lebih kerap memandangkan aku ni jenis kaki throwback. 


#8 - The Spirit Room




Artist/Band: Michelle Branch

Year released: 2001

Genre: Pop Rock

Favourite tracks: 


  1. You Get Me
  2. Everything
  3. You Set Me Free

Michelle ni bagi aku dia macam underrated version of Avril Lavigne. Aku pon pikiaq banyak kali juga sama ada aku nak letak album ni atau album Let Go, album pertama Avril. Let Go pon boleh tahan jugak tapi dah sebab aku selalu layan album The Spirit Room dan bagi aku album ni lagi feeling dari layan album Let Go so sebab tu aku rasa pilihan aku tepat letak album ni dalam list top 10 aku. 


#7 - The Chronicles of Life and Death




Artist/Band: Good Charlotte

Year released: 2004

Genre: 

  • Pop Punk
  • Emo


Favourite tracks: 


  1. Predictable
  2. Mountain
  3. In This World (Murder)

Good Charlotte pon lebih kurang hebatnya. Bagi aku album depa yang ke-3 ni kira album yang paling emo dalam list aku ni. Album ni bagi aku kira album ke-2 paling emo lepas album The Black Parade dan secara jujurnya aku suka album ni berbanding dengan American Idiot. Kalau aku p karok aku mesti pilih lagu Predictable, sebab lagu dia memang emo dan kalau nyanyi lagu ni memang feeling emo abis la, hahaha.


#6 - A Brand New Day




Artist/Band: Ten2Five

Year released: 2006

Genre: Pop

Favourite tracks: 


  1. Good Morning Indonesia
  2. Don't Say Goodbye
  3. Angel

Album ke-2 dari kumpulan Ten2Five, A Brand New Day ni bagi aku album yang paling jiwang dan nostalgia sekali dalam list ni. Bawak keta bawah pokok sambil dengaq lagu "Good Morning Indonesia" walaupon sebenaqnya aku dok kat Malaysia rasa dia memang feeling bai. Selalunya kalau aku ada kluaq p Penang time keja hari Khamis aku akan pasang album ni, masa sorang-sorang aku pasang la, kalau member aku ikut aku tak tentu, rasa nak pasang ikut la, tapi memang rasa awkward la sebab aku pon segan dengan member aku, mesti depa pelik dengan taste aku yang boleh layan album camni, padahai aku ni selalu emo lebih, tapi hampa tak tau album ni pon aku layan jugak.


#5 - Nothing Personal





Artist/Band: All Time Low

Year released: 2009

Genre: Pop Punk

Favourite tracks:


  1. Damned If I Do Ya, Damned If I Don't
  2. Therapy
  3. Keep Your Changes You're Filthy Animal


All Time Low kira band pop punk ke-2 feveret aku lepas NFG. Kalau nak tau nama All Time Low ni depa ambik dari lirik lagu NFG, Head On Collison, kira NFG ni depa punya influence la. Aku start layan band All Time Low ni sjeak tahun 2017. Aku ada simpan semua lagu depa dari tahun 2004 sampai la sekarang dalam satu pen drive, dan pendrive tu aku cucuk kat USB dalam keta aku. Kalau hampa ada ternampak pendrive kaler biru tu kira dia la tu, walaupon kaler biru tersebut tak melambangkan betapa punknya band All Time Low ni lol. All Time Low ni lain sikit dari NFG sebab dulu depa ni kira geng emo punya, tahap emo depa memang emo gila la macam Paramore. Itu antarasalah satu faktor yang membuatkan aku suka band ni.




#4 - I Will Fly





Artist/Band: Ten2Five

Year released: 2004

Genre:

  • Pop
  • Blues
  • Acoustic

Favourite tracks: 


  1. I Do
  2. Rum Raisin Chocolate Ice Cream
  3. I Will Fly


Band dari Indon ni kira band paling aku suka dari band New Found Glory secara teknikalnya sebab 3 album depa ada dalam list top 10 album feveret aku, kira depa ni special bagi aku. Lagu-lagu depa memang best kalau hampa nak tau. Macam album depa yang lain jugak ada hari yang tertentu aku layan album I Will Fly ni, album debut dari Ten2Five keluaran tahun 2004. Album ni aku layan masa hari Selasa sebab aku rasa sesuai dan kena dengan masa dia, kalau dengaq hari lain tak rasa feeling sangat, hahaha.




#3 - Coming Home





Artist/Band: New Found Glory

Year released: 2006

Genre: Pop Punk

Favourite tracks: 


  1. Too Good to Be
  2. Boulder
  3. Familiar Landscape



Kalau nak tau band New Found Glory ni band feveret aku since tahun 2014, so dah 5 tahun aku jadi die hard fan depa. Sepanjang aku dok layan lagu depa aku dapati album yang aku paling aku minat adalah album Coming Home keluaran tahun 2006. Bagi aku album ni unik, lebih matang kalau nak compare dengan album depa yang lain walaupon album Coming Home ni tak la berapa punk sangat dengan album yang lain dan bagi aku album ni masterpiece depa yang paling terbaik lepas album depa yang femes, Sticks and Stones keluaran tahun 2002. Album Coming Home ni memang tak berapa punk sebab jiwang lebih, kira romance+pop punk la. Hari yang sesuai layan album ni hari Khamis sebab bagi aku hari Khamis memang sesuai but throwback tahun 2006, tak tau pasaipa but it's true lol.




#2 - Estrella





Artist/Band: Estrella

Year released: 2007

Genre:

  • Pop
  • Blues
  • Acoustic

Favourite tracks: 

  1. Ternyata
  2. Masih
  3. Take It Slow

Dari 2 tahun lepas sampai la sekarang tiap-tiap ari Isnin ja aku selalu dengaq album ni especially masa nak kluaq makan tengah hari. Kalau aku tak p keja hari Isnin konfem aku akan p melawat sekolah aku, dari Summit sampai la kat sekolah aku jalan kaki sambil dok layan album ni. Memang rasa nostalgia gila walaupon masa aku dok sekolah dulu aku tak layan album ni lagi lol. First single dari album ni yang aku dengaq lagu 'Stay' tahun 2008, so kira agak nostalgia jugak la walaupon masa tu aku tak dengaq full album. Album ni membuatkan aku rasa nak masuk sekolah balik lol.



#1 - Third Eye Blind




Artist/Band: Third Eye Blind

Year released: 1997

Genre: Alternative Rock

Favourite tracks:
  1. Semi Charmed Life
  2. Good for You
  3. I Want You

First post pasai album feveret aku album ni no. 1, untuk update yang terbaru pon album ni still no. 1 album yang aku paling aku suka. Semi Charmed Life, lagu feveret aku dalam album ni kadang-kadang ada depa dok main kat radio, lagu ni dengan Jumper kira lagu paling top depa sebab tu selalu dengaq kat radio. Album ni pon boleh mengembalikan rasa nostalgia masa zaman kanak-kanak dulu, tak kira di mana dan bila bila dengaq ja album ni rasa macam diri aku ni berada pada zaman lewat 90an dulu. Kalau hampa nak album ni roger la aku, aku ada complete satu album, termasuk lagu bonus,Tattoo of the Sun, lagu b-side Semi Charmed Life.

Monday, 21 January 2019

Baru-baru ni warga Penang digemparkan dengan kes eksiden keta terjunam dari Jambatan Pulau Pinang. Sapa yang follow up dengan page Penang Kini mesti dah tau dah eksiden ni. Kalau tengok video eksiden tu nampak macam depa tengah berlumba, sampai keta Vios tu hilang kawalan pastu terlanggaq keta CX-5. Kepada yang tak tau or tak berapa paham dengan situasi sebenar okay cita dia begini...dua-dua driver tu sebenaqnya kawan, keta Vios dengan CX-5, Vios ni p langgaq CX-5 ni sampai CX-5 terjunam kat laut, masa tu lebih kurang 2 pagi, depa dorang tu baru lepas lepak minum sekali. Bab race tu aku tak sure la tapi dah depa lepas minum mesti mabuk masa bawak keta. Aku kesian kat keluarga si mangsa sebab dia orang Cina, lagi seminggu lebih ja lagi nak raya tahun baru Cina, keluarga sapa tak sedih bila hilang ahli keluarga lebih-lebih lagi time nak dekat raya. Update setakat ni keta CX-5 kaler putih tu dah jumpa dah tapi operasi nak naikkan keta tu kat atas jalan terpaksa ditangguhkan sebab kren tak berdaya nak angkat keta tu, esok depa nak guna kapal besaq lak. Harap esok operasi berjalan dengan lancar, kesian kat orang lain yang dok lalu kat jambatan nak p balik keja, selagi operasi ni tak setel selagi tu jalan jadi jem. 


Apa-apa pon aku harap kejadian ni dapat dijadikan pengajaran untuk anak muda di luaq sana, toksah la dok balik lewat malam, especially yang Melayu ni, jangan la hampa dok gatai nak p minum dengan isap ganja, benda tu memudaratkan dan haram di sisi agama Islam. Kalau nak lepak jangan la lepak sampai pukui 2-3 pagi, sebab time ni la ramai pemandu mabuk dok drive, takut jadi apa-apa, depa yang mabuk ni la yang membahayakan orang lain, so sebab tu aku nak ingatkan hampa supaya balik rumah awai. 


Okay setakat ni ja post aku, untuk update terbaru pasai kes eksiden ni hampa boleh la follow up dengan page Penang Kini kat Facebook, aku just share serba sikit pasai kes ni. Sorry la kalau post aku ni ada menyinggung pihak-pihak tertentu, kalau ada salah tolong la betulkan, aku cuma baca kat page Penang Kini ja, mana tau benda yang aku baca tu salah, kalau salah sila betulkan yer, please tolong jangan kondem aku, okay? Peace no war.

Saturday, 19 January 2019



INFO

  • Directed by: Joe Cornish
  • Written by: Joe Cornish
  • Production company: 
    • 20th Century Fox
    • Working Title Films
    • Big Talk Productions
  • Distributed by: 20th Century Fox
  • Release date: 
    • 25 January 2019 (United States)
    • 15 February 2019 (United Kingdom)
  • Running time 120 minutes
  • Country:
    • United Kingdom
    • United States
  • Language: English

CASTS

  • Louis Ashbourne Serkis as Alex Elliot
  • Tom Taylor as Lance
  • Rebecca Ferguson as Morgan "Morgana" le Fay
  • Angus Imrie and Patrick Stewart as Merlin
  • Dean Chaumoo as Bedders
  • Rihanna Doris as Kaye
  • Denise Gough as Mrs. Elliot

SYNOPSIS


Alex adalah seorang budak lelaki biasa yang selalu dibuli di sekolahnya. Walau bagaimanapun, kehidupan Alex berubah itu apabila dia terjumpa pedang terkenal King Arthur Excalibur seperti yang diceritakan dalam buku fantasi legenda yang diberikan kepada Alex oleh ayahnya. Dia mencabut pedang tersebut dari batu dan membawa balik ke rumahnya sehinggalah dia didatangi oleh ahli sihir tua yang bernama Merlin yang boleh berubah dari manusia ke burung hantu dan juga boleh berubah menjadi orang muda. Dia mendapati bahawa dia ditakdirkan untuk membentuk satu meja bulat baru untuk pertempuran yang akan datang dengan penjahat zaman pertengahan, Morgana, yang menyeru kuasa jahat untuk memerintah dunia. Alex bersama dengan kawan baiknya dan geng yang suka bulinya turut dibantu oleh Merlin bersatu dalam misi menghalang niat jahat Morgana yang ingin memerintah dunia.



RATINGS


  • Rotten Tomatoes: 89%
  • IMDb: 6.8/10
  • Star2.com: 6.5/10

MY COMMENT & RATING


Bagi aku movie ni average ja, tak la sampai tahap ohsem dan tak la sucks jugak, biasa-biasa ja, boleh la kalau nak tengok kalau dah boring tak tau nak tengok movie apa. Jalan cerita dia bagi aku agak terlalu laju, pejam celik pejam celik tengok tengok dah nak lawan dengan big boss. Lagipon agak tak logik jugak la budak sekolah boleh lawan dengan askar-askar zaman dulu. Praktis lawan pon sat ja, bukan sampai berhari-hari praktis tapi bila lawan dengan askar jahat dah macam pernah lawan lama dah. Sepatutnya depa patut panjangkan sikit movie ni tunjuk yang depa praktis lawan berhari-hari baru la logik sikit. Dari segi konsep lak bagi aku menarik la sebab budak sekolah jadi hero, selalu orang dewasa ja yang jadi hero pon cemuih jugak. Tempat dia okay dan teknik CGI dia tak la nampak fake sangat. 

Rating aku untuk movie ni aku bagi 7/10, kalau stail Rotten Tomatoes punya rating aku bagi 75%.



Thursday, 17 January 2019

Alhamdulillah masuk hari ni umuq aku dah genap 25 tahun walaupon pada hakikatnya aku tak suka yang umuq aku ni dah makin meningkat tapi aku bersyukur jugak Allah bagi aku peluang untuk bernafas lagi di muka bumi ni. Kepada yang wish besday aku ucapkan ribuan terima kasih, lebih-lebih lagi kepada yang meng'wish'kan aku dipercepatkan dapat jodoh, al-maklumlah umuq tara aku ni dah boleh kawen org kata tapi aku dah tak kisah dah bab jodoh ni, hampa kawen awai tak semestinya aku pon kena kawen awai, hampa anak sepuluh tak semestinya aku pon kena ada anak sampai sepuluh, lain orang lain rezeki, please don't compare me with others. Bukannya aku tak nak kawen awai, aku ni memilih sama, lol. Prinsip aku lebih baik single daripada kawen dengan pompuan yang aku tak suka, memilih ni penting jugak untuk kebahagian aku, tapi mungkin la sampai satu masa aku dah tak memilih sangat bab jodoh ni. 




Secara konklusinya soal jodoh ni bukanlah main priority aku untuk taun ni, aku still cuba nak perbaiki diri aku sebelum aku rasa dah layak nak jaga anak dara orang. Lagipon duit pon tadak lagi maa, aku masih belum cukup serius nak simpan duit untuk masa depan, yang aku tau dok perabih duit ja, hahaha. Sebelum aku mengakhiri post aku untuk hari ni sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada yang wish besday aku dan juga yang mendoakan yang baik-baik utk aku, thanks once again and stay tuned for my next post.

Tuesday, 15 January 2019

Dah 2 minggu dalam bulan 1 tapi setakat ni masih tadak pemain baru yang masuk Liverpool. Ramai defender Liverpool yang injured sampai Klopp terpaksa gunakan Fabinho sebagai defender. Memang tak perlu dipersoalkan lagi posisi mana yang Klopp akan beli, sudah semestinya posisi centre back. posisi left back tak perlu risau sebab si Milner boleh tolong cover, right back pulak kena ada pemain baru jugak yang tolong cover sebab si Arnold ja pilihan yang ada. Lagipon si Arnold ni muda lagi, aku rasa dia tak layak lagi main first eleven walaupon dia ada potensi jadi player world class. Dia perlukan masa lagi nak improve. So bagi aku 2 player pon kira cukup la, centre back dengan right back, kalau nak beli striker lagi sorang pon okay jugak sebab takut si Firmino injured or tak fit nak main at least ada sorang back up, lagipon Klopp dah jual Solanke. Yang aku pelik sebab apa Klopp p loan out si Clyne tu pon tak tau. Mungkin dia nak beli player baru kot. 


Sejak kehadiran Van Dijk dan Alisson dalam skuad Liverpool, season ni Liverpool muncul team paling sikit bolos dalam liga. Tak boleh terlalu harapkan depa dorang ni kena ada at least sorang atau dua orang lagi defender yang level world class bagi memantapkan lagi barisan pertahanan skuad Liverpool.


Aku tak tau Klopp nak beli sapa tapi aku letak 100% keyakinan aku kepada Klopp utk beli pemain baru sebab pemain yang dibeli selalu menjadi contohnya Salah dengan Shaqiri. Aku tau masih banyak game lagi dalam liga tapi kalau bulan 4 ni Liverpool still no. 1 dalam liga boleh kata Liverpool dah satu kaki je lagi nak rangkul gelaran juara liga EPL yang memang dinanti-nantikan oleh fans Liverpool sejak hampir 30 tahun tak menang. This year will be ours! #YNWA

Thursday, 10 January 2019

Selalunya aku kluaq rumah nak p keja pukui 7:40 camtu, tapi sekarang sejak masuk tahun baru ni aku kluaq rumah awai sikit, nak breakfast lagi, bangun pon kena awai la, sebab jalan jadi jem teruk, tak tau pasai pa, kalau aku bangun lambat memang lambat la masuk keja. Lagipon aku akan makan sarapan kat kedai dulu. Ari tu bangun lambat pon aku makan kat kedai jugak walaupon aku tau kalau aku gerak p keja lambat memang lambat sampai la, tak nak skip breakfast punya pasai, kalau skip aku akan rasa lapaq dan tak bermaya dalam ofis, dah la aku rehat lambat, aku tukaq waktu rehat aku, kalau tak sebelum ni rehat pukui 12, sekarang 12:45 lak. So sebab tu aku tak mau skip breakfast, kalau tak mau skip breakfast kena bangun awai la kan. Kalau boleh sebelum pukui 8 setengah kena ada kat kilang dah, sebab takut tadak parking, kalau ada pon kena parking jauh, aku selalu parking kat tempat praktikal aku dulu, kalau aku mai keja lambat konfem ada yang balaih spot parking aku tu. 


Aku besa sampai tertidoq sebab jalan jem,
pastu kena hon dengan org belakang dan-dan hilang ngantuk, hahaha.



So tu adalah antara reason aku kena mai keja awai. Tu bergantung kepada tahap disiplin aku. Nak bangun awai mestilah kena tidoq awai, kalau tidoq lambat memang bangun lambat la cita dia. Agak mencabar jugak la nak tidoq awai bagi gamer macam aku ni, hahaha. Tengah dok syok main game sampai tak sedaq dah pukui 1 dah, time tu sepatutnya aku kena off dah, pukui 6 kena bangun solat Subuh pastu tidoq balik sampai pukui 7:10 camtu bangun balik. Itulah life cycle hidup aku. Kena bangun awai punca dia sebab jalan jem. Sebelum ni ambik masa 20 minit ja dari rumah ke kilang, la ni jalan makin jem, 20 minit jadi 30 minit la. Secara tak langsung jalan yang jem boleh mendisplinkan aku, yela kena bangun awai, cuba kalau jalan tak jem, konfem bangun lambat punya, lol.

Saturday, 5 January 2019

Malam Sabtu selalunya aku keluaq makan ngan famili, tapi hari ni aku makan sorang sebab depa semua makan kat surau, well aku ni tak suka sangat makan kat surau, ikut mood la, aku rasa nak makan kat sana or ada menu special aku makan la. Tadi dalam pukui 9 lebih aku kluaq makan sorang-sorang kat medan selera Tenggiri yang terletak di Seberang Jaya. Tiba-tiba aku rasa nak p makan kat kedai yang aku selalu p masa aku masih lagi merangkak di tadika. Aku rasa aku dah pernah cita pasai kedai ni kat blog aku, Tomyam Istimewa nama kedai dia. Kedai dia tak la besaq mana, ala macam kat food court yang selalu dok p la. Dah 20 tahun dah aku dok makan kat situ, tak selalu la, jarang jugak makan kat sana sebab kat Seberang Jaya, kalau depa mai pindah dok kat area rumah aku tiap-tiap ari aku dok p makan kat kedai depa punya. Aku dok order nasi daging merah buh teluq dadar ja, benda lain aku tak order, dok order makan yang sama ja, sebab nasi daging merah dia paling sedap kalau nak compare dengan kedai tomyam lain aku dok makan. Dari dulu sampai la ni rasa dia sama ja, tak ubah langsung, tukang masak aku tak cam sapa, aku tau makan ja, hahaha, mungkin tukang masak yang sama or dia turunkan ilmu memasak dia kat orang lain, tapi serious rasa dia sama dari dulu masa aku kecik lagi. Kalau hampa rasa nak p makan kat sana boleh la try, kalau tak tau jalan ajak la aku, aku bawak hampa p sana. Kalau hampa ajak aku kira poket aku kosong pon tak pa la, noh? Hehehe.

Tuesday, 1 January 2019

Sedaq tak sedaq kita dah masuk tahun 2019 dah, umuq kita dah pon naik satu angka. So bila dah masuk taun baru ni mesti ada azam baru kan? Cakap bab azam taun baru ni aku pon ada azam baru jugak. Kalau hampa follow up dengan blog aku mesti hampa dah tau azam aku apa dia. Kalau hampa ingat azam taun baru aku nak ada girlfriend then hampa salah. Bukan aku tak nak girlfriend, aku cuma rasa aku ni belum layak lagi nak ada girlfriend, masih ada lagi kelemahan aku yang nak aku perbaiki sebelum nak ada girlfriend. 

Apa kelemahan aku? Tak boleh jaga solat lima waktu. Ulamak-ulamak kata antara punca susah nak dapat jodoh ni berpunca daripada hubungan kita dengan Allah yang makin jauh. Kalau solat lima waktu aku tak boleh jaga, jangan harap aku boleh jaga anak dara orang. Aku cuma nak berpesan pada diri sendiri dan hampa yang tengah baca post ni. Lupakan je la azam taun baru hampa tu, tak penting pon, nak turunkan berat badan, nak ada girlfriend, dan nak jadi sado apa semua tu tak penting, yang lebih penting hubungan kita dengan Allah, bagi yang beragama Islam of coz, yang bukan Islam tu boleh la nak fokus dengan azam masing-masing. Kalau ada yang tanya aku bila nak kawen memang aku tak kan cakap benda ni sebab aku ni bukan la jenis nak bagi orang sentap dengan ceramah aku, aku tak pandai nak nasihat orang sedangkan diri sendiri tak perfect, so aku cuma mampu bagi teguran or nasihat dekat blog aku ni ja, hahaha. Jodoh ajal ni rahsia Allah, lain orang lain nasib. Kita patut bersyukur Allah bagi kita peluang bernafas lagi pada taun baru 2019 ni, Allah bagi peluang kepada kita untuk beribadah dan bertaubat pada-Nya. Kita pon tak tau berapa lama kita boleh hidup kat muka bumi ni, so sementara kita masih hidup ni buat la amal ibadah dan bertaubat pada Allah. 




Secara konklusinya untuk taun baru 2019 ni expectations aku cuma satu ja, jaga hubungan aku dengan Allah, that's all. Aku nak jaga solat lima waktu dan nak mendalami maksud ayat-ayat dalam Al-Quran dan banyakkan ibadah sunat. Aku buat semua ni bukan aku nak jodoh cepat sampai, aku buat ikhlas kerana Allah, seriously aku dah tak kisah sangat bab jodoh ni, boleh kata buat masa ni aku selesa dengan kehidupan single aku. Kalau nak ikutkan taun depan kalau boleh aku nak kawen, since taun 2015 lagi aku target taun 2020 aku dah boleh start berumah tangga, lagi pon aku kesian kat parents aku, sampai bila aku nak susahkan hidup depa, betui tak? Lagi pon aku ni anak sulung, so memang depa pon expect aku kawen dulu, tapi aku tak kisah kalau adik aku kawen dulu, lol. 

Okay sampai sini ja post untuk hari ni, harap-harap dengan membaca post aku ni dapat bukak hati dan niat hampa untuk jaga hubungan hampa dengan Allah, Insya Allah.