Aku rasa tahun ni aku banyak habiskan duit beli CD game. Kalau kira berapa jumlah duit yang aku guna untuk beli CD aku rasa dah RM1k lebih, silap-silap boleh cecah sampai RM2k. Tapi aku tak rasa rugi or menyesal pon, walaupon benda yang aku beli bukan benda yang berfaedah, at least aku spend duit aku beli benda yang aku enjoy, bukannya benda yang aku beli and then lama-lama rasa boring or menyesal. Kalau dulu masa main PS3 aku asyik main game yang sama ja, GTA ngan FIFA, dua tu ja aku dok main dulu. Bila start beli PS4 macam-macam game aku layan, bukan setakat GTA ngan FIFA ja, GTA sekarang aku dah tak layan sangat, dah jarang dah main, banyak jugak game yang aku layan tahun ni (ada game yang mention kat post lain). One of the reason aku layan banyak game dan sanggup spend duit beli CD adalah sebab aku nak kumpul trofi. Trofi apa pulak? Trofi PlayStation punya la, tak kan trofi EPL lak? Untuk apa aku nak kumpul trofi banyak-banyak ni? Trofi ni guna untuk naikkan level account PSN (PlayStation Network) kita. Trofi ni ada 4 jenis, satu Bronze, Silver, Gold dan yang paling susah nak dapat trofi Platinum. Nak unlock trofi Platinum ni kita kena dapatkan semua trofi yang ada bagi sesetengah game tu, tak kira trofi Bronze ka, trofi Silver or Gold ka, kira 100% trofi kita kena ada untuk game yang kita main tu baru boleh dapat trofi Platinum.
Saturday, 9 December 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment