L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: No Longer My Favourite Lunch Spot

Thursday, 7 December 2017

No Longer My Favourite Lunch Spot

Tiap-tiap hari keja (kecuali hari Jumaat and Sabtu), masa rehat aku makan kat Warung Bonda. Tapi entah sejak bila aku dah tak p makan dah kat sana. Aku tukaq spot lak. Spot masa praktikal dulu sebelum aku jumpa Warung Bonda. Sila O Sila nama dia. Hampa mesti dah tau dah kan kedai ni. (sebab aku selalu mention kat post aku lol). Aku pon tak tau tetiba lak kami boleh tukaq spot makan tengah hari, selalu p makan kat Warung Bonda ja, mungkin sebab dah cemuih kot? Or mungkin sebab Warung Bonda dah mahal dah kot, kami pon macam rasa baik makan kat Sila O Sila, lebih kurang ja harga dia, lagipon Sila O Sila dekat lagi, Warung Bonda jauh. Aku rasa makan kat Sila O Sila lagi puas walaupon harga dia mahal sikit dari Warung Bonda, aku suka ayam goreng dia. Nanti bila dah cemuih makan kat Sila O Sila mesti kami p balik kat Warung Bonda, hahaha.

0 comments:

Post a Comment