L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: December 2017

Sunday, 31 December 2017

2017, emm... apa yang aku nak kata tentang ia? Adakah ia merupakan tahun yang baik bagi aku or sebaliknya. Setiap tahun mesti ada baik dan buruk, yang baik kita jadikan sebagai batu loncatan untuk buat yang lebih baik lagi untuk tahun akan datang manakala yang buruk lak kita jadikan sebagai pengajaran. Kalau tahun ni kita fail nak capai target yang kita nak tahun depan boleh try lagi. Tapi kali ni aku nak ubah aku punya target, bukan sebab aku dah give up, sebab aku rasa target yang aku nak tu tak perlu nak dirisaukan dan dah tak jadi terlalu penting bagi aku. So apa-apa pon sebelum aku mengundurkan diri aku nak ucap selamat tahun baru kepada yang membaca dan good luck dalam menempuhi segala cabaran dan rintangan yang akan datang. 

Wednesday, 27 December 2017

Previous post aku pasai lagu feveret untuk tahun ni, haa post hari ni aku nak bagitau aku punya top 10 feveret movie untuk tahun 2017 lak. Banyak jugak movie aku dah tengok dan banyak jugak movie yang belum aku tengok. Movie yang aku tak tengok lagi of coz aku tak buh dalam list ni tapi tak bermakna movie tu tak best. Aku akan listkan movie yang aku dah tengok dah, kira adil kan? So, this is it, my top 10 favourite movies of 2017... and macam biasa la kalau no. 1 tu kira paling feveret.




#10 Valerian and the City of a Thousand Planets






Directed by: Luc Besson
Released date: 17 July 2017
Casts: Dane DeHaan, Cara Delevingne, Clive Owen, Rihanna
Running time: 137 minutes
Genre: Action, Romance
Box office: $225m
Rating: 6.6/10 (IMDb), 49% (Rotten Tomatoes)


Jangan ingat aku nak compare movie ni dengan Star Wars lak, walaupon aku tak pernah tengok Star Wars, bukan sebab tak best, sebab aku tak follow up sangat, bila aku free nanti aku nak buat movie marathon Star Wars la, hahaha. Tapi jangan terkejut lak kalau aku cakap ada orang yang lebih suka movie ni berbanding dengan movie Star Wars (aku ada baca review kat site IMDb). Pada pandangan aku rasa movie ni boleh tahan jugak la, ada yang okay dan ada yang tak okay. Visual effect dalam movie ni memang menarik, antara faktor yang buatkan aku suka dengan movie ni. Ramai tak suka dengan acting Dane dengan Cara tapi bagi aku depa dah buat yang terbaik.





#9   The Fate of the Furious






Directed by: F. Gary Gray
Released date: 14 April 2017
Casts: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Jason Statham, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris
Running time: 136 minutes
Genre: Action
Box office: $1.236b
Rating: 6.8/10 (IMDb), 66% (Rotten Tomatoes)



Disebabkan populariti franchise Fast and Furious movie ni dapat keuntungan box office sebanyak 1.236 billion dollar. Movie Fast and Furious tahun ni agak okay sikit dari yang sebelum punya, tapi of coz still not as the best as the first film. Kalau nak tau aku memang peminat franchise movie ni so agak mustahil la kalau aku tak include movie ni dalam list aku, walaupon rating dia agak rendah. 





#8   Overdrive





Directed by: Antonio Negret
Released date: 11 August 2017
Casts: Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana de Armas, Gaia Weiss
Running time: 93 minutes
Genre: Action, Thriller
Box office: $24m
Rating: 5.3/10 (IMDb), 17% (Rotten Tomatoes)



Movie ni lebih kurang movie Fast And Furious and aku tak pasti mana satu lagi best sebab bagi aku dua-dua not bad, walaupon rating dia agak rendah. Rating tak menentukan movie ni best or tak, different people, different opinion and taste. 




#7   Despicable Me 3






Directed by: Pierre Coffin, Kyle Balda
Released date: 30 June 2017
Casts: Steve Carril, Kristen Wiig, Trey Parker, Miranda Cosgrove
Running time: 90 minutes
Genre: Animation, Comedy, Family
Box office: $1.033 billion
Rating: 6.3/10 (IMDb), 60% (Rotten Tomatoes)




Hiraukan rating, cuba tengok keuntungan box office movie ni, fuhh... movie Marvel pon tak sampai tahap tu, hahaha. Walaupon movie animation ja dah boleh catat sampai 1 billion dollar keuntungan box office. Antara faktor-faktor yang buatkan movie ni kutip keuntungan yang tinggi adalah sebab ramai orang suka dengan Minion, mahluk alien dari planet mana ntah, kaler kuning, suka makan pisang yang paling buat orang gelak bahasa depa yang ntah apa-apa.



#6   The Boss Baby




Directed by: Tom McGrath
Released date: 10 April 2017
Casts: Alec Baldwin, Steve Buscemi, Jimmy Kimmel, Tobey Maguire, Lisa Kudrow
Running time: 133 minutes
Genre: Animation, Comedy, Family
Box office: $490m
Rating: 6.4/10 (IMDb), 52% (Rotten Tomatoes)







Walaupon movie animation tapi ramai actor yang femes. Tapi tu tak membuatkan movie ni dapat rating yang tinggi. Aku listkan movie feveret aku tak berdasarkan rating, so movie ni still aku anggap sebagai movie terbaik untuk tahun 2017, come on la, sapa tak suka baby? Aku tak berapa suka tapi aku suka dia punya animation and story.






#5   Spider-Man: Homecoming







Directed by: Jon Watts
Released date: 10 April 2017
Casts: Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Marisa Tomei, Robert Downey Jr.
Running time: 133 minutes
Genre: Action, Romance
Box office: $880m
Rating: 7.6/10 (IMDb), 92% (Rotten Tomatoes)


Spiderman ni kira superhero ke-2 aku suka selepas Batman. Aku suka suit baru Spiderman yang canggih macam Iron-Man (well dah sebab si Tony Stark yang reka untuk dia). Memang well deserved high rating movie ni, selain suit Spiderman yang canggih, jalan cerita dan aksi lawan pon boleh tahan, movie keluaran Marvel sememangnya tak menghampakan.



#4   Kingsman: The Golden Circle






Directed by: Matthew Vaughn
Released date: 10 April 2017
Casts: Colin Firth, Julliane Moore, Taron Egerton, Elton John, Channing Tatum
Running time: 141 minutes
Genre: Action
Box office: $395m
Rating: 7/10 (IMDb), 52% (Rotten Tomatoes)



Rating yang kurang memuaskan tak semestinya movie ni suck. No. 4 dalam list aku, kira not bad jugak la movie ni, kan? Aku rasa aku still tak boleh compare lagi movie ni dengan yang first punya sebab aku masih belum tengok lagi. 


#3   Guardian of the Galaxy Vol. 2






Directed by: James Gunn
Released date: 10 April 2017
Casts: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Sylvester Stallone
Running time: 137 minutes
Genre: Action, Comedy, Romance
Box office: $863.7m
Rating: 7.8/10 (IMDb), 83% (Rotten Tomatoes)




Tak perlu nak compare movie ni dengan yang first vol punya, movie ni still one of the best. Trash Panda? Aku rasa perkataan 'racoon' dah tak wujud dalam kamus hidup aku. Dan sejak bila mamat Vin Diesel berlakon? Tak nampak dia pn dalam movie ni. Well, sapa lagi yang mainkan watak Groot yang cuma boleh cakap "I am Groot"? Easy job seasy money, lol.





2#   Jumanji: Welcome to the Jungle






Directed by: Jake Kasdan
Released date: 20 December 2017
Cast: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Karen Gillan, Bobby Cannavale, Nick Jonas
Running time: 119 minutes
Genre: Adventure, Comedy, Romance
Box office: $168m
Rating: 7.2/10 (IMDb), 78% (Rotten Tomatoes)




Well, sapa tak suka kalau Kevin Hart ada dalam movie? Seriously kalau tadak mamat ni tak dak la unsur lawak dalam movie ni, yang menjadikan movie ni movie yang bukan berunsurkan genre adventure ja, malah genre comedy. Tak lupa juga pelakon lain seperti Dwayne Johnson a.k.a The Rock dan penampilan penyanyi femes, Nick Jonas yang menggempakkan lagi movie ni.



#1   Baby Driver




Directed by: Edgar Wright
Released date: 28 Jun 2017
Cast: Ansel Elgort, Kevin Spacey, Lily James, Jamie Foxx
Running time: 113 minutes




Movie yang aku paling aku suka tahun ni jatuh kepada Baby Driver. Penggunaan musik klasik yang buatkan aku suka ngan movie ni. Gandingan Ansel dengan Lily sebagai pasangan couple dalam movie ni pon antara faktor-faktor yang aku suka pasai movie selain jalan cerita dan konsep yang menarik.


Sunday, 24 December 2017

Wassup guys? Post hari ni aku nak share lagu feveret aku untuk tahun ni. Banyak jugak lagu tahun ni aku donwload kalau nak compare dengan tahun lepas tapi aku senaraikan lagu feveret aku untuk top 10 ja. Pretty hard decision I must say, sebab banyak lagu yang best-best, aku pilih lagu yang bila aku dengaq aku tak rasa nak skip, hahaha. So ini dia, 10 terbaik lagu bagi tahun 2017, kalau tadak lagu feveret hampa jangan kecam aku lak. No. 1 kira lagu paling aku suka, and no 10 kira least aku suka tapi still the best.




#10   It Ain't Me (feat. Selena Gomez)



Artist: Kygo
Featuring Artist: Selena Gomez
Album: Stargazing - EP
Released: 17 February 2017
Genre: Dance Pop






#9   Untouchable



Artist: Eminem
Album: Revival
Released: 8 December 2017
Genre: Hip Hop / Rap


Friday, 22 December 2017

Start tahun depan aku tekad nak simpan duit untuk khawin walaupon aku pon tak sure bila tahun aku akan khawin. Better aku start simpan sekarang, at least nanti tak kalut dah. Anything can happen in a year, walaupon aku tak merancang nak khawin bila mungkin orang lain or parents aku yang tolong atuq. Kalau parents aku tanya duit simpanan aku dah ada berapa kalau aku cakap tadak konfem tebal muka nak jawab. Lagipon ayah aku pon dah banyak kali teguq aku suruh simpan duit sikit untuk khawin, sebagai seorang ayah mestilah dia risau ngan anak dia, lebih-lebih lagi aku ni anak sulung. Walaupon aku anak sulung tak semestinya aku kena khawin dulu, maybe adik aku yang khawin dulu, hahaha. Buat masa sekarang soal jodoh tak perlu dipersoalkan dan tak perlu aku nak risau, yang tu terletak pada Allah, tanggungjawab aku sekarang cuma simpan duit ngan pergi kursus khawin ja, and most importantly aku kena bagi khatam Al-Quran dulu, yes, honestly aku still tak khatam lagi, so memang soal jodoh tak perlu aku nak risau, sebab ada benda lain yang perlu aku risau. 

Wednesday, 20 December 2017

Setiap kali aku hangout and lepak kat shopping mall mesti ada ja benda yang aku nak beli. Masuk kedai buku rasa nak beli buku, padahal aku ni bukan jenis baca buku pon, lol. Masuk kedai Switch lak rasa nak beli iPhone or Mac Book. Tengok harga dia, emm... mau berbulan-bulan jugak nak mampu beli, tu pon kalau aku konsisten simpan duit tiap-tiap bulan. Aku ni memang camni, time tadak duit semua benda nak beli, dah ada duit rasa kedekut lak nak spend duit. Aku rasa tak mustahil la kalau aku nak beli benda yang aku nak, tapi bergantung kepada effort aku macam mana aku nak dapatkan duit nak beli sesuatu yang aku nak, contohnya kalau aku nak beli Mac Book yang berharga dalam RM4000 lebih. Kalau sebulan aku mampu simpan sebanyak RM500, dalam tempoh 9 bulan aku rasa dah mampu beli. 9 bulan tu kira lama jugak tapi kalau aku memang nak sangat beli aku kena la bersabaq sikit, and perkara yang paling penting aku kena la konsisten nak simpan duit, tiap-tiap bulan, sampai cukup 9 bulan or dah cukup bajet nak beli Mac Book yang aku nak tu, or kalau nak cepat suruh parents beli kat hampa, hahaha. 

Friday, 15 December 2017

Masa nak p semayang Jumaat selalunya aku akan simpan selipar dalam keta and then aku akan berkaki ayam masa nak jalan p kat masjid. Sebab apa aku buat camtu? Tak rasa geli ka jalan tak pakai selipar? Dah la jalan kotoq. Well of coz memang aku rasa geli. Tapi aku buat camtu ada sebab dia. Nak tau tak sebab dia apa? Tak payah nagitau pon hampa dah tau dah sebab apa aku simpan selipar dalam keta and berkaki ayam. 2 kali dah kot. Yes, 2 kali selipar aku kena rembat time semayang Jumaat. Dah la aku ni jenis beli selipar branded punya. Nak beli selipar Jepun pon rasa macam takut kena rembat jugak. Aku tak tau nak buat apa taqk mau bagi selipar aku kena curi. So sebab tu la aku terpaksa simpan selipar aku dalam keta dan berkaki ayam masa nak jalan p masjid. Kalau hampa tau cara penyelesaian dia share sikit tip dengan aku.

Wednesday, 13 December 2017

Benda yang kita nak tak semuanya senang nak dapat, kadang-kadang kita kena struggle jugak nak capai impian kita. Itulah lumrah hidup. Cuba bayangkan kalau semua benda yang kita nak senang ja dapat, petik jari ja boleh dapat, mesti kita tak akan pernah kenal erti susah. So sebab tu la kita kena bekerja keras nak dapatkan sesuatu yang kita nak. Walaupon susah dan gagal berapa banyak kali pon tak semestinya tak boleh dapat. Sometimes benda tu perlukan masa jugak baru boleh dapat. Better things take time, just be patient, okay?




Monday, 11 December 2017

Tengok bola semalam memang frust gila. Liverpool lawan Everton, Merseyside derby. 79% possession tapi last-last seri 1-1. Memang wtf gila. Punca dia si Lovren tolak pemain Everton dalam kotak penalti. Pastu si Wayne Rooney lak yang score penalti yang membuatkan aku lagi panas. Kalau la si Mane tak tamak haloba masa first half kan dah boleh menang. Panas hati aku dengan Lovren lagi panas hati aku dengan si Mane. Masa nak half time Liverpool ada pleuang nak tambah gol tapi si Mane ni tak mau pass kat si Salah, dia shoot terus. Kalau gol takpa la jugak tapi miss kot. Kalau dia pass kat Salah boleh gol kot, at least ada peluang cerah nak score. Memang dia ni selfish cunt betul. Walaupon salah player tapi aku still 100% blame manager, Klopp. Aku tak tau sebab dia still bagi peluang si Lovren main, dia ni selalu buat mistake. Salah Klopp jugak sebab bagi dia main. Aku tak tau bila lagi dia belajaq dari kesilapan. Kalau aku buat list defender yang patut dia beli tak guna jugak, bukan dia nak baca pon. Aku memang harap-harap sangat la yang pintu hati si Klopp terbukak nak beli defender baru masa bulan January nanti.

Saturday, 9 December 2017

Aku rasa tahun ni aku banyak habiskan duit beli CD game. Kalau kira berapa jumlah duit yang aku guna untuk beli CD aku rasa dah RM1k lebih, silap-silap boleh cecah sampai RM2k. Tapi aku tak rasa rugi or menyesal pon, walaupon benda yang aku beli bukan benda yang berfaedah, at least aku spend duit aku beli benda yang aku enjoy, bukannya benda yang aku beli and then lama-lama rasa boring or menyesal. Kalau dulu masa main PS3 aku asyik main game yang sama ja, GTA ngan FIFA, dua tu ja aku dok main dulu. Bila start beli PS4 macam-macam game aku layan, bukan setakat GTA ngan FIFA ja, GTA sekarang aku dah tak layan sangat, dah jarang dah main, banyak jugak game yang aku layan tahun ni (ada game yang mention kat post lain). One of the reason aku layan banyak game dan sanggup spend duit beli CD adalah sebab aku nak kumpul trofi. Trofi apa pulak? Trofi PlayStation punya la, tak kan trofi EPL lak? Untuk apa aku nak kumpul trofi banyak-banyak ni? Trofi ni guna untuk naikkan level account PSN (PlayStation Network) kita. Trofi ni ada 4 jenis, satu Bronze, Silver, Gold dan yang paling susah nak dapat trofi Platinum. Nak unlock trofi Platinum ni kita kena dapatkan semua trofi yang ada bagi sesetengah game tu, tak kira trofi Bronze ka, trofi Silver or Gold ka, kira 100% trofi kita kena ada untuk game yang kita main tu baru boleh dapat trofi Platinum. 

Thursday, 7 December 2017

Tiap-tiap hari keja (kecuali hari Jumaat and Sabtu), masa rehat aku makan kat Warung Bonda. Tapi entah sejak bila aku dah tak p makan dah kat sana. Aku tukaq spot lak. Spot masa praktikal dulu sebelum aku jumpa Warung Bonda. Sila O Sila nama dia. Hampa mesti dah tau dah kan kedai ni. (sebab aku selalu mention kat post aku lol). Aku pon tak tau tetiba lak kami boleh tukaq spot makan tengah hari, selalu p makan kat Warung Bonda ja, mungkin sebab dah cemuih kot? Or mungkin sebab Warung Bonda dah mahal dah kot, kami pon macam rasa baik makan kat Sila O Sila, lebih kurang ja harga dia, lagipon Sila O Sila dekat lagi, Warung Bonda jauh. Aku rasa makan kat Sila O Sila lagi puas walaupon harga dia mahal sikit dari Warung Bonda, aku suka ayam goreng dia. Nanti bila dah cemuih makan kat Sila O Sila mesti kami p balik kat Warung Bonda, hahaha.