L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Storks (2016)

Sunday 25 September 2016

Storks (2016)




Date released: 23 September 2016 (US).

Directed by: Nicholas Stoller, Doug Sweetland.

Staring: Andy Samberg, Katie Crown, Kelsey Grammer, Keegan-Michael Key, Jennifer Anniston and many more.

Running time: 89 minutes.

Budget: $70m.

Box office: $5.7m.









CAST


Andy Samberg as Junior


Junior adalah seekor bangau yang bekerja di Cornerstone, sebuah kilang membuat bayi. Dia dan bangau-bangau yang lain pergi menghantar bayi ke rumah keluarga yang menghantar surat permohonan bayi ke Cornerstone. Dia dilantik menjadi bos Cornerstone dan Hunter mengarahkannya untuk memecat Tulip. Junior yang agak keberatan untuk berbuat demikian sebaliknya memindahkan Tulip ke tempat surat dan mengarahkan Tulip untuk tidak meninggalkan tempat tersebut. 






Katie Crown as Tulip


Tulip adalah salah seorang bayi yang dihasilkan oleh Cornerstone. Dia adalah bayi yang terakhir yang dihasilkan sebelum syarikat Cornerstone ditutup. 18 tahun kemudian Tulip pon membesar menjadi seorang remaja dan dia menjadi satu-satunya manusia yang bekerja di Cornerstone. Pada satu hari, Tulip yang terpaksa bekerja di bahagian surat mendapat surat dan dia dengan tidak sengaja memasukkan surat tersebut ke dalam sebuah mesin sambil disaksikan oleh Junior. Mesin tersebut telah menghasilkan seorang bayi dan mereka mengambil keputusan untuk menghantar bayi tersebut secara rahsia dengan menaiki pesawat yang dicipta Tulip. 





Kelsey Grammer as Hunter


Hunter juga adalah seekor bangau. Dia adalah CEO syarikat Cornerstone. Dia lah yang menghentikan servis penghantaran bayi dan beralih kepada penghantaran barang-barangan biasa. Dia ingin melantik Junior untuk menjadi bos syarikat Cornerstone tetapi dia mengubah fikirannya setelah mendapat tahu bahawa Junior dan Tulip menghantar bayi secara rahsia. 




Anton Starkman as Nate


Anak tunggal kepada keluarga Gardner, Nate hidup dalam kebosanan disebabkan ibu bapanya selalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga tiada masa untuk meluangkan masa dengannya. Pada satu hari dia terjumpa satu risalah servis penghantaran bayi syarikat Cornerstone. Nate kemudian menulis surat untuk memohon seorang bayi lelaki dan menghantar surat tersebut kepada syarikat Cornerstone. 




Danny Trejo as Jasper


Jasper, seekor bangau yang besar juga bekerja di Cornerstone. Dia la yang sepatutnya menghantar Tulip ke rumah keluarganya tetapi Jasper terlalu sayangkan Tulip. Disebabkan itu dia enggan menyerahkan Tulip dan dia dengan tidak sengaja telah merosakkan alat peranti yang menunjukkan lokasi rumah keluarga Tulip. Jasper dihalau dari Cornerstone. Sejak itu Jasper menyesal dan dia mula mencari serpihan-serpihan alat peranti lokasi dalam usaha untuk menghantar Tulip ke rumah keluarganya. Dia tidak berjaya mendapat serpihan terakhir tetapi pada penghujung cerita ni dia mengetahui Tulip lah yang menyimpan serpihan terakhir itu dan Jasper serta Junior membantu Tulip berjumpa dengan ahli  keluargannya.



COMMENT and RATING


Secara overall movie ni memang best. Jalan cerita dia memang menarik dan part-part lawak pon banyak, baby-baby pon cute, hahaha. Serious memang pecah perut tengok cita ni. Rating aku untuk movie ni 5/5, full rating kot, hahaha. Yang tak tengok lagi tu boleh la p tengok dan kalau ada apa-apa nak dikongsikan tak kira la pendapat atau cadangan boleh komen kat bawah ni.


0 comments:

Post a Comment