L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: 15 Hours Outside

Sunday, 11 September 2016

15 Hours Outside

Fuh, semalam memang banyak benda aku buat. Bukan setakat keja ja, tengok wayang pastu lepak ngan member lagi. Dari pukul 8 pagi sampai la pukui 10 malam aku dok kat luaq. Penat tu toksah cita la, memang penat la, hahaha. Hari Khamis hari tu Tan balik so kami pon kluaq la sekali. Agak bertuah jugak dapat kluaq ngan Tan memandangkan dia agak busy sem ni. Dia pon agak stress jugak sebab dia punya jadual agak padat kali ni. Aku cakap kat dia alah perkara biasa ja tu, semakin lama semakin susah perjalanan kita, don't worry, lambat laun graduate jugak nanti, dah sekerat jalan dah, tak guna nak give up macam tu saja kan? 

Kami lunch kat KFC, lebih kurang pukui 3. Lepas tu Tan suruh teman dia beli barang kat Popular. Kali ni kami tengok cita Korea lak, Train to Busan, cita pasai zombie. Cita ni bukan saja ada elemen thriller, ada jugak part touching touching yang hampir membuatkan aku menangis, tapi aku tak menangis, nak jaga kemachoan aku punya pasai, hahaha. Pukul 8 lebih baru abih tengok kami pon balik pastu singgah 7/11 nak beli benda makan. Tan belanja aku megi hotcup, dia lak beli minuman ja, nak jaga badan la konon, hahaha. 

Lepas antaq Tan balik aku sampai rumah dalam pukui 10 setengah. Ayah aku dok layan bola so aku pon layan jugak. And then tak lama lepas tu Haziq call aku ajak kluaq lepak ngan Ali. Depa ni member sekolah rendah aku, sebulan lepas kami dah buat reunion dah, tapi lepas reunion kami still lagi contact each other. Depa nak ambik aku so aku suruh depa tunggu kat IPD Perda, sebab depa bukan tau pon rumah aku kat mana, dan sebab aku pon tak tau pon depa nak amik aku, ingat nak p asing asing. Last last Haziq suruh bagitau rumah aku kat mana so aku pon bagitau yang rumah aku dok kat dalam taman sebelah IPD. Masuk simpang pastu nampak surau ambik kanan and then straight sampai jalan mati, baru la sampai rumah aku. Camtu la aku cakap kat depa last last depa sesat jugak, lol. 

Aku kluaq rumah dengaq bunyi enjin kuat tu aku tau tu mesti depa. Ali dan Haziq akhirnya muncul dengan kereta Kancil berwarna putih. Ali yang jadi driver, Haziq dok sebelah, pastu dia kluaq suruh aku dok depan. Ali ajak aku makan kat Burger Boy so aku pon ikut je la, boleh la aku try makan sebab aku pon tak pernah makan kat situ. Sampai sana aku order burger ayam teloq, saiz kecik ja, tak la besaq macam Ali punya. Boleh tahan jugak rasa dia, tapi yang tak best dia letak banyak sangat mayonnaise, abih belemuih tangan aku, lol. Haziq yang settle semua, kalau tak aku nak belanja depa tapi dompet aku kosong, hahaha takpa lain kali aku pulak yang open. 

Dah kenyang makan kami pon balik. Sampai ja rumah aku rasa macam sayang pulak nak tinggalkan depa, tapi time tu dah pukui 12 so kalau nak kluaq lepak tempat lain memang tak boleh la, paham paham la sebab apa. Jadi kami pon lepak sat kat luaq rumah aku, sembang kopi lagi, hahaha. Serius memang syok lepak ngan depa ni, sampai pukui 1 setengah pagi kami sembang. Memang semalam hari paling best bagi aku, walaupon kena kena keja hari Sabtu, hahaha.












0 comments:

Post a Comment