L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: September 2016

Friday, 30 September 2016

Hey guys, aku nak tanya sikit, game arcade apa yang best main kat fon? Aku tanya sebab boring dok main game yang sama, hahaha. Nak try jugak main game baru, aku nak install game arcade kat iPad aku. So hampa cuba recommend sikit kat aku game arcade apa yang paling best. Tau kan game arcade tu camna. Ala macam game Candy Crush la. Selalunya game arcade ni game yang addictive sebab tu aku nak download, sebab bila time tadak internet boleh la main kalau boring ataupon nak 'kill time'. Game yang selalu aku dok main kat iPad aku game Sims Free Play, game ni memang aku dok ketagih main, tapi yang tak bestnya bila dah ketagih aku selalu spend duit nak beli benda dalam game tu, so sekarang ni aku agak slow main game Sims, nak jimat duit punya pasai, hahaha. Sebab tu aku tanya hampa game baru apa yang best main, bukan sebab aku tak mau main game Sims dah, sebab saja ja nak tambah koleksi game aku, memori iPad aku pon ada banyak lagi, hahaha. So kalau hampa dah tau game arcade apa yang aku patut try boleh la leave comment kat bawah ni.

Wednesday, 28 September 2016

Hey guys! Wassap? Okay untuk post hari ni aku nak cita sikit pasai video ni yang dah jadi trend sekarang. Pernah dengaq tak lagu 'Apple Pen Pineapple Pen'? Rasa semua dah pernah dengaq lagu yang memang mengarut ni, hahaha. Lagu ni dah cecah 6 juta views kat YouTube. Laki Jepun tua yang nyanyi lagu tu. Aku pon tak paham sebab apa tiba-tiba lagu ni dah jadi trend, teringat lak time zaman Gangnam Style dulu, tapi lagu Gangnam Style boleh terima lagi kalau nak dengaq, tapi lagu Apple Pen Pineapple Pen memang mengarut sampai dah jadi bahan lawak kat internet. Aku sampai nak pecah perut baca komen-komen kat video tu, hahaha. Cuba baca komen-komen yang aku buh kat bawah, serius memang lawak...


1. Harambe


Sapa yang tak kenai Harambe, gorilla yang mati kena tembak kat zoo sebab main ngan budak yang terjatuh ke dalam tempat gorilla. Harambe ni memang femes kat 9gag, kira macam 'meme' la. So ada sorang ni dia buat lawak Harambe based on video Apple Pen Pineapple Pen. Hahaha ni komen paling lawak sekali dalam video Apple Pen.



2. 9/11 


Well semua orang dah tau pasai tragedi 9/11 yang berlaku 15 tahun lepas. Ada jugak orang komen pasai 9/11 ni, hahaha.



3. Bradgelina


Bradgelina, term yang digunakan untuk pasangan Brad Pitt ngan Angelina Jolie. Depa kan dah bercerai so ada orang yang ambik kesempatan nak buat lawak pasai Bradgelina, hahaha.



4. Illuminati


Bentuk segi tiga kan lambang iluminati so ada jugak yang buat lawak based on Apple Pen punya video.




5. Hiroshima and Nagasaki


Pergh, lawak ni memang tuju teruih kat mamat yang nyanyi lagu Apple Pen. Mentang-mentang la mamat tu orang Jepun boleh lak buat lawak pasai Jepun, nanti dia merajuk kang terus dia delete video dia dalam YouTube, hahaha.




Yang tu ja komen-komen yang aku rasa lawak dalam video Apple Pen ni, banyak lagi komen kat video tu, aku ambik komen yang top ja. 

Sunday, 25 September 2016




Date released: 23 September 2016 (US).

Directed by: Nicholas Stoller, Doug Sweetland.

Staring: Andy Samberg, Katie Crown, Kelsey Grammer, Keegan-Michael Key, Jennifer Anniston and many more.

Running time: 89 minutes.

Budget: $70m.

Box office: $5.7m.









CAST


Andy Samberg as Junior


Junior adalah seekor bangau yang bekerja di Cornerstone, sebuah kilang membuat bayi. Dia dan bangau-bangau yang lain pergi menghantar bayi ke rumah keluarga yang menghantar surat permohonan bayi ke Cornerstone. Dia dilantik menjadi bos Cornerstone dan Hunter mengarahkannya untuk memecat Tulip. Junior yang agak keberatan untuk berbuat demikian sebaliknya memindahkan Tulip ke tempat surat dan mengarahkan Tulip untuk tidak meninggalkan tempat tersebut. 






Katie Crown as Tulip


Tulip adalah salah seorang bayi yang dihasilkan oleh Cornerstone. Dia adalah bayi yang terakhir yang dihasilkan sebelum syarikat Cornerstone ditutup. 18 tahun kemudian Tulip pon membesar menjadi seorang remaja dan dia menjadi satu-satunya manusia yang bekerja di Cornerstone. Pada satu hari, Tulip yang terpaksa bekerja di bahagian surat mendapat surat dan dia dengan tidak sengaja memasukkan surat tersebut ke dalam sebuah mesin sambil disaksikan oleh Junior. Mesin tersebut telah menghasilkan seorang bayi dan mereka mengambil keputusan untuk menghantar bayi tersebut secara rahsia dengan menaiki pesawat yang dicipta Tulip. 





Kelsey Grammer as Hunter


Hunter juga adalah seekor bangau. Dia adalah CEO syarikat Cornerstone. Dia lah yang menghentikan servis penghantaran bayi dan beralih kepada penghantaran barang-barangan biasa. Dia ingin melantik Junior untuk menjadi bos syarikat Cornerstone tetapi dia mengubah fikirannya setelah mendapat tahu bahawa Junior dan Tulip menghantar bayi secara rahsia. 




Anton Starkman as Nate


Anak tunggal kepada keluarga Gardner, Nate hidup dalam kebosanan disebabkan ibu bapanya selalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga tiada masa untuk meluangkan masa dengannya. Pada satu hari dia terjumpa satu risalah servis penghantaran bayi syarikat Cornerstone. Nate kemudian menulis surat untuk memohon seorang bayi lelaki dan menghantar surat tersebut kepada syarikat Cornerstone. 




Danny Trejo as Jasper


Jasper, seekor bangau yang besar juga bekerja di Cornerstone. Dia la yang sepatutnya menghantar Tulip ke rumah keluarganya tetapi Jasper terlalu sayangkan Tulip. Disebabkan itu dia enggan menyerahkan Tulip dan dia dengan tidak sengaja telah merosakkan alat peranti yang menunjukkan lokasi rumah keluarga Tulip. Jasper dihalau dari Cornerstone. Sejak itu Jasper menyesal dan dia mula mencari serpihan-serpihan alat peranti lokasi dalam usaha untuk menghantar Tulip ke rumah keluarganya. Dia tidak berjaya mendapat serpihan terakhir tetapi pada penghujung cerita ni dia mengetahui Tulip lah yang menyimpan serpihan terakhir itu dan Jasper serta Junior membantu Tulip berjumpa dengan ahli  keluargannya.



COMMENT and RATING


Secara overall movie ni memang best. Jalan cerita dia memang menarik dan part-part lawak pon banyak, baby-baby pon cute, hahaha. Serious memang pecah perut tengok cita ni. Rating aku untuk movie ni 5/5, full rating kot, hahaha. Yang tak tengok lagi tu boleh la p tengok dan kalau ada apa-apa nak dikongsikan tak kira la pendapat atau cadangan boleh komen kat bawah ni.


Tuesday, 20 September 2016

Malam semalam aku cuma makan megi ja, bukan tadak duit, tapi malas nak cari benda makan, hahaha. Lagipon jimat duit aku, dah la aku tengah nak save budget kali ni, aku dah bertekad nak simpan duit, tak mau pakai duit sampai habis, kena save jugak sikit. Tiap-tiap bulan aku ada target berapa ratus aku nak simpan. So cara nak jimat kena makan megi, bukan tiap-tiap hari la, aku tau makan megi tak baik untuk kesihatan, seminggu sekali makan okay la. Mama aku kalau nampak aku bawak megi masuk rumah mesti marah aku, hahaha. Tapi yang nak cita semalam aku beli megi hotcup baru, ada tulis perkataan 'LETUP' kat depan dia, tak tau la baru lagi ka or dah lama, tapi semalam kira first time aku makan megi Letup ni. Awat dia buh nama 'Letup'? Aku pon tertanya tanya. 



Persoalan aku akhirnya terjawab setelah aku hirup sup megi 'Letup' semalam. Pergh, memang kaw gila dia punya pedas, lagi pedas dari yang lama punya. Aku makan sampai berair mata aku, cuba bayangkan betapa pedasnya megi Letup ni, hahaha. Yang masih belum pernah try tu boleh la p try, beli la kat 7-E ka, kedai runcit ka, cari megi yang dalam cup pastu ada tulis 'Letup' kat depan dia. Beli guna duit sendiri ye, jangan nak mintak duit parents sangat, nak beli megi ja pon, agak-agak la nak beli megi pon mintak duit parents, sesungguhnya aku amat kecewa ngan hampa. Kalau dah try rasa komen kat bawah ni camna rasa dia, pedas or biasa ja..bagi aku memang pedas kot, so so so hot!

Thursday, 15 September 2016


The Plan


Semalam aku balik keja awai sebab nak claim barang kat pejabat ofis. Masa sampai kat rumah aku rehat sat kat bilik sambil baring-baring. Tengah dok main fon aku pon teringat yang hari semalam hari Rabu, bila teringat hari Rabu terus teringat pasai tiket wayang murah tiap-tiap hari Rabu, hahaha. So aku pon terus wasap dalam group sekolah rendah aku, ajak depa tengok wayang kat Megamall. Aku ada dua group wasap sekolah rendah, satu ada semua orang satu lagi ada aku ngan 3 lagi member aku yang selalu kluaq ngan aku, Haziq, Ali, dan Tipi. Member yang lain lepas reunion senyap teruih, nasib baik Haziq, Ali ngan Tipi still contact aku, hahaha. Sebab tu kami buat group satu lagi, senang nak contact. Mula-mula Ali yang reply, pastu Tipi lak masuk. At first Ali kata dia pass tapi bila Tipi kita dia on dan-dan Ali nak join, hahaha. Haziq lak tak respon, lepas Maghrib baru dia baca wasap sebab dia tidoq petang tadi. Seperti yang dijanji, dalam pukul 8 setengah aku p ambik Haziq and then p rumah Ali.



Why Don't You Pick Up Your Phone?


First time jugak masuk rumah Ali, sebelum ni aku tunggu kat luaq ja. Rumah Ali terletak dalam kampung. Dalam jugak nak kena masuk kampung baru jumpa rumah dia. Sampai ja rumah dia nampak Ali dok tengok tv. Dia sorang ja dalam rumah. Kami pon lepak sat dalam rumah Ali. Sambil tu kami try call Tipi. Call banyak kali jugak tapi dia still tak angkat-angkat. Kami call guna wasap sebab hari tu dia kata fon dia problem. Tapi call guna wasap pon dia tak angkat jugak, lol. Dah la hide last seen, memang susah la nak tau dia on data dia ke tak. Kami pon macam dah give up nak call budak tu last-last kami p dulu Megamall. 



I'm a Multitasker


Time kami 3 orang sampai kat wayang nak beli tiket Haziq ternampak Tipi dok kat situ. Aku pon terkejut jugak sebab aku pon tak perasan dia dok tunggu kat situ, dah la ketot, memang patut la tak perasan, hahaha. Kami pon macam marah-marah kat dia sebab apa tak angkat call, dia pon kata yang fon dia rosak, ada kat rumah. Nasib baik kami 3 orang jadi nak tengok, kalau tak jadi sampai esok pagi dia tunggu kami kat situ, hahaha. Kami tengok cita The Rezort, cita zombie, agak boring cita dia, aku pon tak tau sebab apa movie ni dapat rating tinggi, lol. Sebelum movie start aku ajak depa main snooker dulu, maklum la dah lama tak main, rasa gian lak nak main, hahaha. Time tu dah la tak dinner lagi tapi memandangkan depa dah makan cuma aku sorang ja tak makan lagi, kalau depa nak teman aku makan mesti boring sebab aku dah la makan lambat, hahaha. Last-last megi jugak yang aku balun, and yes aku makan sambil main snooker. Wow, dasyat tak? Main snooker sambil makan megi, tak pernah dibuat orang, hebat kot aku, multitasking kot, hahaha. Akibat daripada itu aku pon main snooker macam shit, hahaha. 




Stop Throwing Popcorn At Me Dude!


Dah puas main kami pon masuk la wayang. Depa beli popcorn aku beli air mineral ja, tapi dalam wayang aku balun jugak popcorn depa. Masa dok tengok wayang boleh pulak Ali main baling-baling popcorn kat aku. Sebenaqnya dia nak baling kat Tipi, aku dok sebelah kanan Ali, yang Tipi lak dok sebelah kiri aku, Ali pulak jenis suka menyakat Tipi, dia dok baling popcorn kat kami sambil kata "Chill chill.." Chill chill apa jadahnya woi main baling popcorn, nak tengok movie pon tak tenang, hahaha. Tengok cita zombie tapi kami dok gelak-gelak dalam wayang, depa ni dok buat lawak apa ntah, yang movie pon macam shit, memang kami pon macam tak serius la tengok, hahaha.




Wrong Password? Why U Do Dis???

Dekat pukui 12 movie pon abih and then kami pon blah. Depa ajak aku lepak kat kedai mamak aku pon ikut je la, walaupon aku tak boleh balik lambat, tapi abih tengok wayang pon dah pukui 12, alang-alang dah lambat baik balik lambat terus, hahaha. Kami pon p la lepak kedai mamak dekat Giant. Situ memang tempat Ali selalu lepak la. Aku ngan Haziq order teh tarik ja, Ali order roti kosong dua, Tipi lak order megi goreng. Sambil dok tunggu kami sembang kopi sambil berselfie, Ali tangkap selfie tak elok last-last suruh mamak tu ambik gambaq kami, hahaha. Dah puas berselfie, aku nak tengok video highlights bola sat so aku pon tanya la Ali apa password wifi, Haziq pon mintak sebab data dia slow, Ali pon bagitau la password dia. Kami try connect tapi tak boleh sebab dia kata wrong password, pelik jugak kan, tak kan Ali bagi password salah, bukannya dia tak pernah lepak situ. Last-last guna jugak data aku tengok video. Dekat pukui 1 kami pon chow cincau. Masa nak bayaq aku ngan Haziq terperasan ada tulis password wifi kat kaunter. Patut la tak boleh connect, rupa-rupanya memang password salah, password yang Ali bagi memang betui cuma terbalik ja. Kami pon ejek la si Ali dengki bagitau password salah, lol.



Supper Before Bed


Balik Tipi antaq Haziq, aku lak antaq Ali. Kali ni aku dah cam jalan nak p rumah Ali. Aku  kata kat Ali nanti jumpa lagi, mungkin esok ka, sebab esok cuti, boleh la nak kluaq kan? Masa nak balik aku pon tak tau aku masuk jalan mana, dah la aku tak cam sangat jalan masa malam, tapi nasib baik aku tak sesat, hahaha. Sampai ja rumah aku agak mesti depa semua dah tidoq. Masuk-masuk rumah ayah aku dok lena kat depan, aku pon kunci pintu slow-slow tak mau bagi dia terjaga, hahaha. Elok ja lepas kunci pintu Mama aku turun bawah tanya aku nak makan epal tak. Aku pon pelik jugak yang Mama aku tak tanya aku p mana bali lambat, yang lagi pelik tiba-tiba Mama aku beli epal. Aku pon tanya la Mama aku sebab apa beli epal, Mama aku pon cakap la masa Mama aku dok Denmark Mama aku makan epal, kira macam mengidam la ni bila dah balik Malaysia, hahaha. Aku pon makan la satu sebab aku teringin jugak nak makan, dah lama tak makan, selalu kalau buah pisang ja yang aku makan pon. Makan tak abih sebab ngantok sangat, pejam mata sat ja terlelap, hahaha. Amacam? Panjang tak stori aku kali ni? Hari ni aku tak la busy sangat so boleh la aku tulis panjang-panjang. Kalau ada apa-apa soalan boleh la komen kat bawah ni, sekian saja daripada saya, see you guys again in the next post!






















Tuesday, 13 September 2016

Masa hampa kecik dulu mesti pernah tengok video lagu kan? Sama jugak dengan aku. Ada video yang aku rasa aku pernah tengok masa tadika dulu. Bila tengok balik memang nostalgia gila, hahaha. Untuk post kali ni aku nak share lagu yang aku pernah tengok masa budak-budak dulu. Cuba tengok video kat bawah ni, mana tau kot-kot hampa pernah tengok masa kecik-kecik ka.


1. "Sweet Like Chocolate" by Shanks & Bigfoot (1999)





2. "Jangan Lafazkan" by KRU (1999)





3. "Butterfly" by Crazy Town (2000)





4. "Absolutely (Story of a Girl)" by Nine Days (2000)





5. "19-2000" by Gorillaz (2001)





Sunday, 11 September 2016

Fuh, semalam memang banyak benda aku buat. Bukan setakat keja ja, tengok wayang pastu lepak ngan member lagi. Dari pukul 8 pagi sampai la pukui 10 malam aku dok kat luaq. Penat tu toksah cita la, memang penat la, hahaha. Hari Khamis hari tu Tan balik so kami pon kluaq la sekali. Agak bertuah jugak dapat kluaq ngan Tan memandangkan dia agak busy sem ni. Dia pon agak stress jugak sebab dia punya jadual agak padat kali ni. Aku cakap kat dia alah perkara biasa ja tu, semakin lama semakin susah perjalanan kita, don't worry, lambat laun graduate jugak nanti, dah sekerat jalan dah, tak guna nak give up macam tu saja kan? 

Kami lunch kat KFC, lebih kurang pukui 3. Lepas tu Tan suruh teman dia beli barang kat Popular. Kali ni kami tengok cita Korea lak, Train to Busan, cita pasai zombie. Cita ni bukan saja ada elemen thriller, ada jugak part touching touching yang hampir membuatkan aku menangis, tapi aku tak menangis, nak jaga kemachoan aku punya pasai, hahaha. Pukul 8 lebih baru abih tengok kami pon balik pastu singgah 7/11 nak beli benda makan. Tan belanja aku megi hotcup, dia lak beli minuman ja, nak jaga badan la konon, hahaha. 

Lepas antaq Tan balik aku sampai rumah dalam pukui 10 setengah. Ayah aku dok layan bola so aku pon layan jugak. And then tak lama lepas tu Haziq call aku ajak kluaq lepak ngan Ali. Depa ni member sekolah rendah aku, sebulan lepas kami dah buat reunion dah, tapi lepas reunion kami still lagi contact each other. Depa nak ambik aku so aku suruh depa tunggu kat IPD Perda, sebab depa bukan tau pon rumah aku kat mana, dan sebab aku pon tak tau pon depa nak amik aku, ingat nak p asing asing. Last last Haziq suruh bagitau rumah aku kat mana so aku pon bagitau yang rumah aku dok kat dalam taman sebelah IPD. Masuk simpang pastu nampak surau ambik kanan and then straight sampai jalan mati, baru la sampai rumah aku. Camtu la aku cakap kat depa last last depa sesat jugak, lol. 

Aku kluaq rumah dengaq bunyi enjin kuat tu aku tau tu mesti depa. Ali dan Haziq akhirnya muncul dengan kereta Kancil berwarna putih. Ali yang jadi driver, Haziq dok sebelah, pastu dia kluaq suruh aku dok depan. Ali ajak aku makan kat Burger Boy so aku pon ikut je la, boleh la aku try makan sebab aku pon tak pernah makan kat situ. Sampai sana aku order burger ayam teloq, saiz kecik ja, tak la besaq macam Ali punya. Boleh tahan jugak rasa dia, tapi yang tak best dia letak banyak sangat mayonnaise, abih belemuih tangan aku, lol. Haziq yang settle semua, kalau tak aku nak belanja depa tapi dompet aku kosong, hahaha takpa lain kali aku pulak yang open. 

Dah kenyang makan kami pon balik. Sampai ja rumah aku rasa macam sayang pulak nak tinggalkan depa, tapi time tu dah pukui 12 so kalau nak kluaq lepak tempat lain memang tak boleh la, paham paham la sebab apa. Jadi kami pon lepak sat kat luaq rumah aku, sembang kopi lagi, hahaha. Serius memang syok lepak ngan depa ni, sampai pukui 1 setengah pagi kami sembang. Memang semalam hari paling best bagi aku, walaupon kena kena keja hari Sabtu, hahaha.












Wednesday, 7 September 2016

Sekarang ni cuaca agak tak menentu. Sat-sat hujan, lepas tu panas balik. Aku pon selalu ja selsema masa pagi. Tapi tu bukannya masalahnya yang aku nak share. Masalahnya bila dah selalu hujan, especially masa pagi, ramai yang bawak keta p tempat keja. Bila dah ramai bawak keta secara automatiknya jalan jadi jem. Jalan nak p tempat keja aku memang selalu jem tapi tak la seteruk masa hujan. Bukan jalan jem ja yang jadi masalah, nak parking kat tempat keja aku pon jadi susah. Yela, kilang aku kecik, ruang parking pon tak banyak, memang kena berebut jugak la. Parking pon tak ada reserve, kira sapa cepat dia dapat. Baru-baru ni kilang aku dah beli 4 bijik keta, satu lagi untuk kat tempat lain (kilang satu lagi), yang lagi 3 untuk kegunaan kilang aku. So memang agak sesak jugak la kilang aku. Tak kan aku nak bawak moto kot? Aku bukan reti nak bawak moto, hahaha. Aku tak la  nak salahkan hujan, tak baik, hujan tu rahmat Tuhan, aku just nak share la kesusahan aku di tempat keja, hahaha. Solution untuk nak dapat parking ialah kena mai awai, lagi awai dari sebelum ni, and yes aku dah berjaya buat hari ni. Hari ni kira paling awai aku mai, sebab aku dah serik pasai semalam masuk keja lambat 15 minit sebab jalan jem, lol. Memang lepas ni kena set alarm awai sikit la.

Monday, 5 September 2016

Dah beberapa hari si Oren tinggalkan kami. Last dia dok ngan kami dia tengah sakit sebab gaduh ngan kucing lain and next day dia hilang. Aku rasa dia mesti dah mati. Terasa jugak kehilangan dia sebab dia kucing aku yang paling manja. Sebelum ni pon aku ada kucing kaler Oren dan dia pon manja jugak. Coincidence? Tak tau nak kata. Pelik jugak kan? Awat kucing yang kaler Oren yang paling manja? Tak dapat dijelaskan secara saintifik lol. Sekarang kucing aku tinggal lagi 3 ekoq ja. Dulu banyak jugak kucing aku tapi dah banyak yang mati so tinggal sikit ja. Well at least ada lagi kucing kan? Tapi seriously aku rindu mat Oren, dia paling manja kot. Selalu bila aku balik keja mesti dia mai kat aku, sebab dia nak masuk lepak dalam rumah lol. Sekarang dia dah tadak so memang terasa kehilangan dia. Damn I miss you buddy....

Saturday, 3 September 2016

Pagi semalam masa aku nak p keja hujan gila lebat. Aku p jugak keja, tak kan sebab hujan nak ponteng keja, hahaha. Jalan memang jem gila, tak jem macam sebelum ni. Yela, dah hujan, mesti ramai yang bawak keta. Masa otw nak p keja ada satu jalan tu banjir, dua lorong jadi satu lorong ja, yang lorong satu lagi tu memang banyak air, boleh kata dalam jugak air dia. Keta kecik macam Kancil memang teruk la kalau lalu jalan tu. Aku tengok keta 4X4 lalu rileks ja, mentang mentang keta dia tinggi, hahaha. Masa lunch lak aku, Abang Ucop ngan Abang Mae p makan kat Pelita. Kami ikut jalan lain sebab jalan tu agak jem. First time jugak Abang Ucop bawak aku masuk jalan yang aku tak pernah p. Masa kami sampai jalan kat satu taman ni, taman dia nama Taman Desa Juru, kami pon agak konfius awat jalan dah jadi serupa sungai. Hahaha, serious banjir teruk kot. Kami redah jugak la, no choice, aku tengok keta Kancil pon redah ja so aku rasa keta aku pon okay jugak kot kalau nak redah jalan yang serupa sungai. Abang Ucop siap rakam lagi. Nak tengok video ni ha aku buh kat bawah ni...