Guess sapa yang jadi 'zombie berjalan' sekarang? Yup, that's me. Aku pon dah jadi zombie berjalan dah, hahaha. Sebelum ni Sims FreePlay, sekarang Pokemon pulak. Hari ni aku kluaq ngan Tan pukui 10 pagi tadi. Kami menghabiskan masa kami tangkap Pokemon, hahaha. Banyak jugak Pokemon yang kami tangkap. Kami start tangkap lebih kurang pukul 11 pagi sampai la 9 malam. Jangan terkejut lak, sebab tangkap Pokemon bukan ja satu-satunya keja yang kami buat hari ni, macam biasa la kan bila kami kluaq sama-sama mestilah tengok movie jugak, mana boleh miss aktiviti feveret kami, hahaha. Kami tengok wayang kat Sunway tapi sebelum tu kami p singgah kat Megamall dulu sebab Tan nak repair dia punya tab. Time kami sampai kat Megamall kedai fon tak bukak lagi so kami pon curi la masa sikit tangkap Pokemon. Lepas dah antaq tab kat kedai untuk repair kami pon p la Sunway. Sebelum sampai Sunway kami singgah pulak kat perpustakaan awam. Apa yang kami buat kat library? Tak kan baca buku lak kan? Dah la aku ni jarang baca buku, sentuh buku pon jarang, hahaha. Kat library aku dok fight Pokemon dengan trainer lain. Pokemon trainer tu power gila sampai semua Pokemon aku mati, tak la semua, 6 ja sebab kalau nak lawan kita cuma boleh 6 ekoq Pokemon ja. Tapi at least dapat jugak aku tewaskan sekoq Pokemon dia walaupon semua Pokemon aku mati, hahaha.
Lebih kurang pukul 1 lebih kami p beli tiket wayang. Kami tengok cita Suicide Squad, memang perform gila movie ni, nanti aku post pasai cita ni nanti. Lepas beli tiket kami pon dok blur nak makan kat mana last last KFC jugak yang kami balun. Lepas tengok wayang kami pon dok cari Pokemon nak tangkap dalam area Sunway. Lebih kurang pukul 8 kami pon dinner kat kedai Tomyam Istimewa kat food court area SK Seberang Jaya II. Dah kenyang kami pon chow cincau. Bukan setakat penat lengah kaki dok jalan cari Pokemon, kepala pon sakit sebab dok tengok fon lama-lama, hahaha.

0 comments:
Post a Comment