L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Suicide Squad (2016)

Monday 8 August 2016

Suicide Squad (2016)

Semalam aku dah bagitau hampa yang aku tengok movie Suicide Squad kan? Okay untuk post hari ni aku nak share sikit info pasai movie ni. Kepada sesiapa yang masih belum tengok movie Suicide Squad kalau tak nak spoiler alert jangan baca post ni.


Poster movie Suicide Squad, poster movie yang paling cantik yang aku pernah tengok so far. Orang yang design poster ni mesti pro designer, hahaha.


INFO


Suicide Squad adalah movie superhero yang berdasarkan kepada kokim DC. Jalan cerita movie ni adalah selepas movie Batman vs Superman: Dawn of Justice di mana Superman mati. Batman dan The Flash pon buat kemunculan dalam movie ni. Movie ni berdurasi selama 123 minit dan menelan kos sebanyak 175 juta dolar US. Keuntungan box office pula adalah sebanyak 267.1 juta dollar US.


CAST

Will Smith sebagai Floyd Dawton / Deadshot


Will Smith berlakon sebagai watak Floyd Dawton, seorang pembunuh upahan. Dia digelar sebagai 'Deadshot' atas kecekapannya membunuh orang. Pada waktu malam pula dia meluangkan masa dengan anak perempuannya. Dia ditangkap oleh Batman ketika dia keluar bersama dengan anaknya.





Jared Leto sebagai Joker


Watak Joker kali ni dipegang oleh Jared Leto, vokalis kumpulan Thirty Seconds to Mars. Ramai yang masih prefer Heath Ledger sebagai Joker tapi bagi aku Jared Leto mainkan watak Joker dengan baik. Bukan senang dia nak jadi Joker, menurut Wiki dia kata untuk preparation nak jadi Joker dia dah spend masa dia dengan doktor dan juga orang gila.





Margot Robbie sebagai Harley Quinn


Harleen Quinzel atau nama femes Harley Quinn merupakan seorang bekas ahli psikiatri. Dia merawat Joker sehingga dia jatuh cinta kepada Joker dan mereka akhirnya menjalinkan hubungan intim. Joker membuatkan Harley Quinn menjadi seorang yang gila sepertinya dan kini Harley tampak lebih seksi, ceria, gila dan juga menakutkan.




Joel Kinnaman sebagai Rick Flag


Rick Flag adalah seorang tentera yang menjadi ketua Suicide Squad yang diasaskan oleh Amanda Waller. Meskipun Rick bekerjasama dengan Amanda, tetapi Rick tidak suka dengan cara Amanda mengendalikan Suicide Squad. Rick menjalinkan hubungan dengan Dr. June Moone. Dia bersama dengan ahli Suicide Squad bekerjasama untuk mengeluarkan Dr. June daripada Echantress.




Cara Delevingne sebagai Dr. June Moone / Echantress


Dr. June pula adalah seorang ahli arkeologi. Pada suatu hari semasa dia menggembara di dalam hutan dia terjatuh ke dalam gua tersembunyi. Dia terjumpa satu patung antik lalu membukanya. Akibat daripada itu dia telah menyeru roh jahat dan roh tersebut masuk ke dalam badan June yang menjadikannya seorang ahli sihir perempuan yang berkuasa yang bernama Echantress.




Jai Courtney sebagai Digger Harkness / Captain Boomerang


Digger Harkness adalah seorang pembunuh yang menggunakan senjata boomerang. Sebab itu la dia digelar sebagai 'Captain Boomerang'. 









Jay Hernandez sebagai Chato Santana / El Diablo


Orang Mexico yang bernama Chato Santana mempunyai kuasa luar biasa di mana dia boleh mengeluarkan api dari tangannya. Dia tidak dapat mengawal kuasanya apabila dia marah, sama seperti Hulk sehingga mengorbankan anak dan isterinya. Sejak kejadian itu Chato tidak lagi berani menggunakan kuasanya dan ketika dia dalam misi menumpaskan Echantress dengan Suicide Squad dia tidak mahu terjebak di dalam pertarungan tapi pada penghujung cerita dia terkorban apabila dia berlawan dengan abang Echantress.





Adewale Akinnuoye-Agbaje sebagai Waylon Jones / Killer Croc


Mamat ni pulak mengalami penyakit kulit di mana dia jadi haiwan reptilia. Dia still boleh cakap lagi tapi suara dia agak tenggelam. Dia dikurung di bawah tanah dan hidup seperti haiwan. 







Karen Fukuhara as Tatsu Yamashiro / Katana


Perempuan Jepun yang menjadi pahlawan pedang, Tatsu Yamashiro, lebih digelar sebagai Katana disebabkan dia menggunakan pedang Katana ketika berlawan. Pedangnya tersimpan roh suaminya yang telah mati. Dia bekerja sebagai pengawal Rick Flag. Dia bukanlah penjenayah seperti ahli Suicide Squad yang lain. 







COMMENT and RATING


Movie DC yang lepas, Batman vs Superman ternyata mengecewakan ramai orang tapi depa berjaya cover balik dengan movie Suicide Squad. Bagi aku Suicide Squad ni movie yang terbaik DC pernah buat so far, tak tau lagi depa nak buat movie lain, lepas ni mungkin depa nak buat Justice League pulak. Kalau tengok ending movie ni masa scene Bruce Wayne cakap dengan Amanda, kita boleh agak yang Bruce dengan geng dia mungkin akan lawan dengan Suicide Squad. Justice League vs Suicide Squad? Wow, mesti perform kalau kluaq movie tu nanti, hahaha.




0 comments:

Post a Comment