L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Pokémon GO

Friday 5 August 2016

Pokémon GO

Game aplikasi fon yang menjadi hangat di bualan orang sekarang ni, Pokémon GO sudah  pon masuk bulan ke-2 selepas direleasekan di pasaran. Game ni cara nak main dia kita kena jalan kat luaq pastu tangkap Pokemon. Kalau kita jumpa Pokemon dia akan bukak kamera fon dan Pokemon pon akan kelihatan di depan kita. And then nak tangkap dia kita kena baling Pokeball dengan cara swipe. Kat Malaysia belum lagi release tapi aku dapat jugak download dari source lain (bukan dalam Google Play Store). Tapi yang peliknya jalan dia lain macam ja, tak sama dengan jalan betui. Aku rasa aku silap download kot, patut la dok jalan-jalan tak jumpa Pokemon, lol. Aku cuma dapat Balbausaur sekoq ja, tu pon aku rasa tu cuma Pokemon starter, just depa nak bagi Pokemon sekoq free kat kita. Tapi apa pon kalau Pokémon GO dah release kat Malaysia aku rasa aku dapat tengok ramai 'zombie berjalan' lepas ni, hahaha.

0 comments:

Post a Comment