L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: August 2016

Wednesday, 31 August 2016

Aku bangun pkl 9 hari. Kira awal dah tp pasal mengantuk, aku lena balik. Dlm 9 lbh aku bangun balik bila dgr bunyi wasap. Cepat2 aku get ready dan gerak keluar gi ambik member aku, Tan. Semalam dah rancang siap2 nak gi Gurney Plaza. Lama dah tak pi sana. Last tahun lepas kot. Sampai ja rumah Tan, nak set GPS tp problem pula. Aku rasa kabel HDMI rosak nie. Lama gak dok try tak jadi, nasib baik pakai tab Tan. Smooth ja trafik tp sampai Gurney, punya payah cari parking. Dekat 15min dok pusing sampai nak give up. Last min jumpa gak parking. Kami beli tiket wayang dulu nak tgk BFG. Apa benda BFG ? BFG nie maksudnya Big Friendly Giant. Best gak. Lepas tue kami lunch dulu pasal dah lapaq dah. Dah habis, lepak jap dkt MPH. Tan nak usha jap buku2. Terkejut kami dok tgk harga dia. Lps tue gerak tgk movie. Habis movie ingat nak chow dah, tgk2 lupa lak keta park mana. Ha, tue lah dok kalut td tak ingat nak tgk level mana. Nasib baik dpt cari. Kami gerak balik dulu, singgah dkt kedai Tomyam utk makan malam dulu. Penat gak hari nie tp best lah dpt lepak dgn Tan sblum dia balik uni esok. 

Monday, 29 August 2016

Tau tak hari apa aku hari yang aku suka? Kalau nak tau hari Isnin la hari paling best bagi aku. What? Seriously? Isnin? Yes, aku tau semua orang tak suka hari Isnin sebab dah kena start klas or keja. Aku pon ada rasa tak suka jugak masa hari Ahad bila aku sedaq yang esok hari Isnin, tapi bila mai hari Isnin tu aku rasa best lak. Apa yang membuatkan aku suka hari Isnin? Aku pon tak tau nak kata camna, tapi aku rasa setiap kali hari Isnin aku rasa macam life aku ni lain dari minggu sebelumnya. Rasa macam aku ni baru dilahirkan kat dunia ni, hahaha. Senang kata kira hari Isnin ni macam fresh start la, permulaan baru untuk life kita. So yang tu la dia punya reason sebab apa aku suka hari Isnin, walaupon dah start keja, hahaha.

Thursday, 25 August 2016

Fuhh, dah seminggu lebih aku tak update blog, hahaha. Aku ni malas ka or busy nak update? Sebenaqnya aku busy sangat kat tempat keja aku, kalau tak aku selalu curi masa sikit update blog kat tempat keja aku. Balik rumah aku jarang update blog, sebab aku dok busy main game lak, hahaha. Aish, memang kami geng design teruk sikit sejak Fariz left kami, depa yang kena cover balik keja Fariz yang tak siap, aku cuma buat depa punya projek, sebab tu aku pon agak busy, tapi tak la sebusy depa yang lagi tiga orang tu, kadang-kadang sampai pukui 10 setengah malam baru depa balik, aku paling lambat balik pon pukui 8 setengah ja. Balik keja lambat memang penat, kalau landing atas katil memang sat ja lena, hahaha. Walaupon aku agak busy, aku still boleh lagi keluaq ngan member aku layan movie, main game kat rumah. Aku kalau boleh tak mau la sehari tu aku dok buat keja ja, aku nak jugak buat benda lain, baru tak rasa macam robot buat satu benda ja, kan?

Monday, 15 August 2016

Semalam tengok bola memang best gila. Game antara Liverpool dengan Arsenal yang berlangsung di stadium Arsenal. Liverpool menang 4-3. What? Liverpool menang? Seriously??? Kat tempat Arsenal??? 4-3??? Yes, memang penuh dengan kejutan game semalam. Baru first game untuk season baru dah boleh tengok game best. Player player baru yang Klopp sign, Mane dengan Wijnaldum memang main best. Klavan pon tak sure tapi okay ja aku tengok dia main. 


Pemain-pemain Liverpool memeluk Pengurus mereka selepas menjaringkan gol.


Man of the Match: Coutinho. Pemain pertama yang score freekick.


Walaupon aku happy dengan result semalam tapi ada yang buat aku agak tak puas hati. Bagi aku attacking memang superb, A class, tapi tang defence hancuq lebuq. Score 4 bijik tapi dalam masa yang sama bolos 3 bijik memang result yang kurang memuaskan. Main dah cantik tapi defence yang buat spoil. Klopp kena rombak balik defence kalau nak stay top 4, kena spend lagi duit nak beli defender baru, especially left back, sebab left back yang ada sekarang, Moreno memang tak boleh diharapkan. Ramai yang dok kutuk mamat Moreno ni masa game semalam lol. Aku harap Klopp sedaq apa yang patut dia tingkatkan kalau nak bawak Liverpool main kat Champions League untuk season yang akan datang. #YNWA #LFC

Saturday, 13 August 2016

Hari ni aku baru tau yang member aku sorang kat department design, Fariz berhenti keja. Abang Nazri yang bagitau aku yang semalam hari last dia keja. Dia keja kat syarikat Nippon kat area belah pulau, ni Abang Ucop yang bagitau aku. Seriously dia tak bagitau aku pon yang semalam dia last day keja. Kat orang lain dia bagitau lak. Tak kan dia lupa nak bagitau aku kot? Aku dok sebelah dia ja kat dalam ofis. Dia tak puas ati ngan aku kot? Aku tak rasa yang aku buat salah ngan dia, lagipon aku jarang sembang ngan dia, well kami ni jenis pendiam, hahaha. Or mungkin dia malu nak bagitau aku kot? Ish, macam la kami tak pernah sembang. Tapi apa apa pon aku harap dia okay keja kat sana, keja kat syarikat besaq lagi banyak cabaran dia, hopefully dia dapat mengharungi segala cabaran yang ada kat sana. 

Wednesday, 10 August 2016

Walaupon aku agak busy hari ni tapi aku sempat jugak curi masa nak kluaq dengan Tan. Actually kami dah plan nak kluaq hari ni semalam so memang aku nak balik keja awai hari ni tapi tak sangka pulak yang keja semalam punya ada problem sebab tu aku busy sikit nak kena settle keja semalam. Aku pon dah fedap dengan keja tu, dah ambik masa 4 hari dah kot tapi still tak settle settle, memang bermasalah betui la drawing yang customer bagi, aku yang designer teruk la kena ikut spec customer. Depa tak tau betapa susahnya aku kena buat, tapi aku berjaya jugak buat, tu pon sebab orang tolong aku, hahaha. Memang berserabut gila time k peja tadi, bila dah kluaq ngan Tan boleh la aku lupakan pasai hal keja. So movie apa pulak kami tengok tadi? Kali ni kami tengok cita hantu pulak, Girl In a Photograph'. Aku tak tau cita dia macam mana sebab time aku tulis post ni kami tengah dok tunggu time nak masuk wayang. Tapi the best thing yang aku nak bagitau kami dapat tiket wayang free hari ni, sebab aku ada member kad, and ada hari tu aku renew kad aku so depa kata kalau aku renew kad aku dapat free 2 tiket wayang. Boleh tebus sampai bulan 12 tapi aku claim jugak hari ni, ala lambat laun aku kena claim jugak so apa salahnya kalau aku claim hari ni? 

Monday, 8 August 2016

Semalam aku dah bagitau hampa yang aku tengok movie Suicide Squad kan? Okay untuk post hari ni aku nak share sikit info pasai movie ni. Kepada sesiapa yang masih belum tengok movie Suicide Squad kalau tak nak spoiler alert jangan baca post ni.


Poster movie Suicide Squad, poster movie yang paling cantik yang aku pernah tengok so far. Orang yang design poster ni mesti pro designer, hahaha.


INFO


Suicide Squad adalah movie superhero yang berdasarkan kepada kokim DC. Jalan cerita movie ni adalah selepas movie Batman vs Superman: Dawn of Justice di mana Superman mati. Batman dan The Flash pon buat kemunculan dalam movie ni. Movie ni berdurasi selama 123 minit dan menelan kos sebanyak 175 juta dolar US. Keuntungan box office pula adalah sebanyak 267.1 juta dollar US.


CAST

Will Smith sebagai Floyd Dawton / Deadshot


Will Smith berlakon sebagai watak Floyd Dawton, seorang pembunuh upahan. Dia digelar sebagai 'Deadshot' atas kecekapannya membunuh orang. Pada waktu malam pula dia meluangkan masa dengan anak perempuannya. Dia ditangkap oleh Batman ketika dia keluar bersama dengan anaknya.





Jared Leto sebagai Joker


Watak Joker kali ni dipegang oleh Jared Leto, vokalis kumpulan Thirty Seconds to Mars. Ramai yang masih prefer Heath Ledger sebagai Joker tapi bagi aku Jared Leto mainkan watak Joker dengan baik. Bukan senang dia nak jadi Joker, menurut Wiki dia kata untuk preparation nak jadi Joker dia dah spend masa dia dengan doktor dan juga orang gila.





Margot Robbie sebagai Harley Quinn


Harleen Quinzel atau nama femes Harley Quinn merupakan seorang bekas ahli psikiatri. Dia merawat Joker sehingga dia jatuh cinta kepada Joker dan mereka akhirnya menjalinkan hubungan intim. Joker membuatkan Harley Quinn menjadi seorang yang gila sepertinya dan kini Harley tampak lebih seksi, ceria, gila dan juga menakutkan.




Joel Kinnaman sebagai Rick Flag


Rick Flag adalah seorang tentera yang menjadi ketua Suicide Squad yang diasaskan oleh Amanda Waller. Meskipun Rick bekerjasama dengan Amanda, tetapi Rick tidak suka dengan cara Amanda mengendalikan Suicide Squad. Rick menjalinkan hubungan dengan Dr. June Moone. Dia bersama dengan ahli Suicide Squad bekerjasama untuk mengeluarkan Dr. June daripada Echantress.




Cara Delevingne sebagai Dr. June Moone / Echantress


Dr. June pula adalah seorang ahli arkeologi. Pada suatu hari semasa dia menggembara di dalam hutan dia terjatuh ke dalam gua tersembunyi. Dia terjumpa satu patung antik lalu membukanya. Akibat daripada itu dia telah menyeru roh jahat dan roh tersebut masuk ke dalam badan June yang menjadikannya seorang ahli sihir perempuan yang berkuasa yang bernama Echantress.




Jai Courtney sebagai Digger Harkness / Captain Boomerang


Digger Harkness adalah seorang pembunuh yang menggunakan senjata boomerang. Sebab itu la dia digelar sebagai 'Captain Boomerang'. 









Jay Hernandez sebagai Chato Santana / El Diablo


Orang Mexico yang bernama Chato Santana mempunyai kuasa luar biasa di mana dia boleh mengeluarkan api dari tangannya. Dia tidak dapat mengawal kuasanya apabila dia marah, sama seperti Hulk sehingga mengorbankan anak dan isterinya. Sejak kejadian itu Chato tidak lagi berani menggunakan kuasanya dan ketika dia dalam misi menumpaskan Echantress dengan Suicide Squad dia tidak mahu terjebak di dalam pertarungan tapi pada penghujung cerita dia terkorban apabila dia berlawan dengan abang Echantress.





Adewale Akinnuoye-Agbaje sebagai Waylon Jones / Killer Croc


Mamat ni pulak mengalami penyakit kulit di mana dia jadi haiwan reptilia. Dia still boleh cakap lagi tapi suara dia agak tenggelam. Dia dikurung di bawah tanah dan hidup seperti haiwan. 







Karen Fukuhara as Tatsu Yamashiro / Katana


Perempuan Jepun yang menjadi pahlawan pedang, Tatsu Yamashiro, lebih digelar sebagai Katana disebabkan dia menggunakan pedang Katana ketika berlawan. Pedangnya tersimpan roh suaminya yang telah mati. Dia bekerja sebagai pengawal Rick Flag. Dia bukanlah penjenayah seperti ahli Suicide Squad yang lain. 







COMMENT and RATING


Movie DC yang lepas, Batman vs Superman ternyata mengecewakan ramai orang tapi depa berjaya cover balik dengan movie Suicide Squad. Bagi aku Suicide Squad ni movie yang terbaik DC pernah buat so far, tak tau lagi depa nak buat movie lain, lepas ni mungkin depa nak buat Justice League pulak. Kalau tengok ending movie ni masa scene Bruce Wayne cakap dengan Amanda, kita boleh agak yang Bruce dengan geng dia mungkin akan lawan dengan Suicide Squad. Justice League vs Suicide Squad? Wow, mesti perform kalau kluaq movie tu nanti, hahaha.




Sunday, 7 August 2016

Guess sapa yang jadi 'zombie berjalan' sekarang? Yup, that's me. Aku pon dah jadi zombie berjalan dah, hahaha. Sebelum ni Sims FreePlay, sekarang Pokemon pulak. Hari ni aku kluaq ngan Tan pukui 10 pagi tadi. Kami menghabiskan masa kami tangkap Pokemon, hahaha. Banyak jugak Pokemon yang kami tangkap. Kami start tangkap lebih kurang pukul 11 pagi sampai la 9 malam. Jangan terkejut lak, sebab tangkap Pokemon bukan ja satu-satunya keja yang kami buat hari ni, macam biasa la kan bila kami kluaq sama-sama mestilah tengok movie jugak, mana boleh miss aktiviti feveret kami, hahaha. Kami tengok wayang kat Sunway tapi sebelum tu kami p singgah kat Megamall dulu sebab Tan nak repair dia punya tab. Time kami sampai kat Megamall kedai fon tak bukak lagi so kami pon curi la masa sikit tangkap Pokemon. Lepas dah antaq tab kat kedai untuk repair kami pon p la Sunway. Sebelum sampai Sunway kami singgah pulak kat perpustakaan awam. Apa yang kami buat kat library? Tak kan baca buku lak kan? Dah la aku ni jarang baca buku, sentuh buku pon jarang, hahaha. Kat library aku dok fight Pokemon dengan trainer lain. Pokemon trainer tu power gila sampai  semua Pokemon aku mati, tak la semua, 6 ja sebab kalau nak lawan kita cuma boleh 6 ekoq Pokemon ja. Tapi at least dapat jugak aku tewaskan sekoq Pokemon dia walaupon semua Pokemon aku mati, hahaha.

Lebih kurang pukul 1 lebih kami p beli tiket wayang. Kami tengok cita Suicide Squad, memang perform gila movie ni, nanti aku post pasai cita ni nanti. Lepas beli tiket kami pon dok blur nak makan kat mana last last KFC jugak yang kami balun. Lepas tengok wayang kami pon dok cari Pokemon nak tangkap dalam area Sunway. Lebih kurang pukul 8 kami pon dinner kat kedai Tomyam Istimewa kat food court area SK Seberang Jaya II. Dah kenyang kami pon chow cincau. Bukan setakat penat lengah kaki dok jalan cari Pokemon, kepala pon sakit sebab dok tengok fon lama-lama, hahaha.

Friday, 5 August 2016

Game aplikasi fon yang menjadi hangat di bualan orang sekarang ni, Pokémon GO sudah  pon masuk bulan ke-2 selepas direleasekan di pasaran. Game ni cara nak main dia kita kena jalan kat luaq pastu tangkap Pokemon. Kalau kita jumpa Pokemon dia akan bukak kamera fon dan Pokemon pon akan kelihatan di depan kita. And then nak tangkap dia kita kena baling Pokeball dengan cara swipe. Kat Malaysia belum lagi release tapi aku dapat jugak download dari source lain (bukan dalam Google Play Store). Tapi yang peliknya jalan dia lain macam ja, tak sama dengan jalan betui. Aku rasa aku silap download kot, patut la dok jalan-jalan tak jumpa Pokemon, lol. Aku cuma dapat Balbausaur sekoq ja, tu pon aku rasa tu cuma Pokemon starter, just depa nak bagi Pokemon sekoq free kat kita. Tapi apa pon kalau Pokémon GO dah release kat Malaysia aku rasa aku dapat tengok ramai 'zombie berjalan' lepas ni, hahaha.

Wednesday, 3 August 2016

Hari ni geng design ada aktiviti gotong-royong dalam ofis. Aku dengan 2 orang member kemas ofis, lagi 2 tengah dok lekat sticker baru dinding. Ijat yang print sticker tu kat bahagian printing. Dia ambik gambaq dekat Google and then edit sikit kat AI (Adobe Illustrator) and then baru print. Sticker tu warna hitam putih ja. Aku rasa yang lama punya lagi lawa, tapi dah ada bahagian yang terkoyak (tak tau la sapa punya keja) so terpaksa la ganti dengan design baru. Kat bawah ni gambaq-gambaq yang aku ambik masa depa tengah dok lekat sticker, dah abih kemas ofis aku pon tengok depa sambil tangkap gambaq depa buat keja je la, hahaha. So macam mana dengan design dia? Cantik tak?