L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: What A Great Comeback!!!

Friday 15 April 2016

What A Great Comeback!!!

Semalam ada game Liverpool pukui 3 pagi lawan dengan Borussia Dortmund, Europa League quarter final. Aku tak boleh la tengok sebab esok keja, kalau game start pukui 12 boleh la. Pagi tadi kat ofis aku bukak la page footyroom.com nak tengok highlight, sebelum nak bukak tu naluri aku ada mengatakan yang Liverpool kalah tapi sangkaan aku meleset, bukak bukak terbeliak bijik mata aku, Liverpool menang!? Dengan Dortmund!? 4-3!? Walaupon Dortmund leading 2-0 masa first half dan 3-1 masa minit ke-60, tapi Liverpool dapat jugak menang, how??? Masa tengok highlight memang terharu gila, bayangkan bila hampa tengok team hampa ketinggalan 0-2 tapi dapat kejaq balik, pastu menang last minit, memang konfem terharu. Seriously kalau aku tengok game ni live boleh menangis kot, tara tengok highlight pon dah nak sebak, hahaha. Nampaknya sejarah Instabul 2005 telah berulang, tapi kali ni di stadium Liverpool sendiri, Anfield. 




Goals and highlights

Pemain sayap Dortmund, Mkhitaryan meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-5.

4 minit kemudian, Aubameyang menggandakan jaringan untuk pasukan pelawat sekaligus meletakkan Dortmund dalam keadaan selesa pada separuh masa pertama. 

3 minit selepas sepak mula separuh masa kedua, Divock Origi menyumbat gol pertama  untuk Liverpool. 

Dortmund menyukarkan lagi misi Liverpool untuk mara ke pusingan seterusnya selepas pemain sensasi mereka, Marco Reus menyumbat gol pada minit ke-57.

Phillipe Countinho menyumbat gol ke-2 Liverpool pada minit ke-66 menjadikan kedudukan 2-3.

Pemain pertahanan Liverpool, Sakho berjaya mengembalikan harapan Liverpool untuk layak selepas dia menyumbat gol menerusi sepakan penjuru pada minit ke-78.

Pada masa kecederaan, Lovren menjadi hero Liverpool selepas dia berjaya menjaringkan gol kemenangan apabila dia menanduk masuk bola ke gawang hasil hantaran daripada James Milner sekaligus meletakkan Liverpool pada pusingan separuh akhir.

Para pemain Liverpool meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan separuh akhir piala UEFA Europa League selepas menunjukkan jalan keluar pada gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

0 comments:

Post a Comment