L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Batman v Superman: Dawn of Justice (2016)

Wednesday 27 April 2016

Batman v Superman: Dawn of Justice (2016)

Alright alright alright post hari ni aku nak buat review sikit pasai movie Batman v Superman. Yang tak tengok lagi tu boleh la p tengok.







INFO

  • Directed by: Zack Snyder
  • Released date: 25/03/2016 (United States)
  • Staring: Ben Affleck, Henry Cavill, Jesse Eisenberg, Laurence Fishburne, Gal Gadot.  
  • Budget: $250million
  • Box Office: $851.9million 

CAST

 

Ben Affleck as Batman

Watak Bruce Wayne/Batman dipegang oleh Ben Affleck. Bruce Wayne adalah seorang anak billionaire. Tetapi nasib Wayne agak malang apabila dia melihat bagaimana ibu bapanya dibunuh di mata sendiri. Setelah meningkat dewasa, Bruce Wayne mengambil alih syarikat ayahnya, Wayne Enterprises. Dia kini tinggal bersama Alfred dan mereka bekerjasama untuk menghapuskan jenayah di Gotham City.





Henry Cavill as Superman

Si lelaki tampan ni pula memainkan watak Clark Kent/Superman. Clark Kent atau nama sebenarnya Kal-El berasal dari planet Krypton. Dia dihantar oleh ayahnya ke bumi setelah planetnya musnah. Clark kini bekerja sebagai wartawan di Daily Planet.





 

Jesse Eisenberg as Lex Luthors

Watak antagonis movie nie, Lex Luthors yang dilakonkan oleh Jesse Eisenberg adalah seorang ahli bisnes yang juga CEO kepada syarikat LexCorp. Dia mempunyai niat yang jahat untuk menhancurkan dunia apabila dia menghidupkan raksasa dari badan Zod dan juga darah Lex sendiri. Raksasa tersebut agak susah untuk ditumpaskan sehingga la Superman mengorbankan nyawanya untuk menumpaskan raksasa tersebut.



Gal Gadot as Wonder Woman

Wonder Woman adalah seorang anak puteri Zeus. Dia bukan sekadar puteri biasa, dia adalah seorang pahlawan yang handal. Dia mempunyai kekuatan yang serupa dengan Superman. Wonder Woman menyelamatkan nyawa Batman ketika raksasa yang dihidupkan Lex cuba untuk membunuh Batman.






Comment and Rating 

Ramai yang tak puas hati ngan movie ni sebab kurang aksi lawan-lawan. Bagi aku movie ni okay ja, sejujurnya movie ni tak la seteruk macam Fantastic Four, hahaha. Tajuk movie ni pon dah bagi goosebump kepada ramai orang sebab ramai yang tak sangka Batman boleh bermusuhan dengan Superman, padahal ia cuma tajuk yang cuba menarik minat kaki wayang. Aku rasa ramai yang lebih teruja nak tengok aksi Wonder Woman, hahaha. Secara overall movie ni not bad la, rating aku untuk movie ni 4/5.


 

0 comments:

Post a Comment