L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Left For Something Better

Friday, 8 April 2016

Left For Something Better

Hari ni aku semayang Jumaat ngan Malik ja, Abang Ucop tak p semayang sebab bukan turn dia, and abang Mat Nor ngan abang Zubir dah tak dak dah, depa dah berenti keja kelmarin. Agak sedih jugak bila aku dapat tau yang depa cakap nak berenti. Walaupon depa tak cakap sebab apa depa tak mau sambung kontrak, tapi aku tetap paham sebab apa depa berenti memandangkan aku pernah praktikal tempat depa keja, so aku tau camna tauke punya perangai. Aku malas la nak burukkan nama syarikat, dah la syarikat Melayu, aku pon sedih jugak la nak cita benda buruk pasai bangsa aku sendiri, tapi tu la hakikatnya, syarikat Cina lagi baik daripada syarikat Melayu, sebab tu depa maju, hakikat yang pahit ditelan. Lama jugak depa tahan dengan perangai cikgu (tauke), kalau aku la dah lama berenti kat tempat tu, hahaha. Walaupon sedih tak dapat jumpa depa, aku tetap sokong keputusan depa berenti keja, sebab aku tau depa berenti untuk cari keja yang lebih elok. Tapi apa-apa pon aku doakan yang Abang Mat Nor ngan Abang Zubir dimurahkan rezeki, moga depa dapat keja yang baguih-baguih punya, Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment