Saturday, 30 April 2016
Wednesday, 27 April 2016
Alright alright alright post hari ni aku nak buat review sikit pasai movie Batman v Superman. Yang tak tengok lagi tu boleh la p tengok.
INFO
- Directed by: Zack Snyder
- Released date: 25/03/2016 (United States)
- Staring: Ben Affleck, Henry Cavill, Jesse Eisenberg, Laurence Fishburne, Gal Gadot.
- Budget: $250million
- Box Office: $851.9million
CAST
Ben Affleck as Batman
Watak Bruce Wayne/Batman dipegang oleh Ben Affleck. Bruce Wayne adalah seorang anak billionaire. Tetapi nasib Wayne agak malang apabila dia melihat bagaimana ibu bapanya dibunuh di mata sendiri. Setelah meningkat dewasa, Bruce Wayne mengambil alih syarikat ayahnya, Wayne Enterprises. Dia kini tinggal bersama Alfred dan mereka bekerjasama untuk menghapuskan jenayah di Gotham City.
Henry Cavill as Superman
Si lelaki tampan ni pula memainkan watak Clark Kent/Superman. Clark Kent atau nama sebenarnya Kal-El berasal dari planet Krypton. Dia dihantar oleh ayahnya ke bumi setelah planetnya musnah. Clark kini bekerja sebagai wartawan di Daily Planet.
Jesse Eisenberg as Lex Luthors
Watak antagonis movie nie, Lex Luthors yang dilakonkan oleh Jesse Eisenberg adalah seorang ahli bisnes yang juga CEO kepada syarikat LexCorp. Dia mempunyai niat yang jahat untuk menhancurkan dunia apabila dia menghidupkan raksasa dari badan Zod dan juga darah Lex sendiri. Raksasa tersebut agak susah untuk ditumpaskan sehingga la Superman mengorbankan nyawanya untuk menumpaskan raksasa tersebut.Gal Gadot as Wonder Woman
Wonder Woman adalah seorang anak puteri Zeus. Dia bukan sekadar puteri biasa, dia adalah seorang pahlawan yang handal. Dia mempunyai kekuatan yang serupa dengan Superman. Wonder Woman menyelamatkan nyawa Batman ketika raksasa yang dihidupkan Lex cuba untuk membunuh Batman.
Comment and Rating
Ramai yang tak puas hati ngan movie ni sebab kurang aksi lawan-lawan. Bagi aku movie ni okay ja, sejujurnya movie ni tak la seteruk macam Fantastic Four, hahaha. Tajuk movie ni pon dah bagi goosebump kepada ramai orang sebab ramai yang tak sangka Batman boleh bermusuhan dengan Superman, padahal ia cuma tajuk yang cuba menarik minat kaki wayang. Aku rasa ramai yang lebih teruja nak tengok aksi Wonder Woman, hahaha. Secara overall movie ni not bad la, rating aku untuk movie ni 4/5.
Sunday, 24 April 2016
So Much Regret
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Semalam aku ngan Abang Ucop keja half day, selalu aku memang half day hari Sabtu tapi Abang Ucop pon ambik half day jugak sebab nak p kenduri. Sepatutnya aku kena servis keta tapi dah Abang Ucop tadak transport nak p kenduri so terpaksa la aku teman dia p. Lepas keja aku pon p la tunggu kat umah Abang Ucop, dia bawak anak bini dia sekali. And then kami pon gerak ke kenduri yan terletak di Bagan Serai. Mula-mula kami singgah kat Petrnas nak isi minyak tapi kat situ tak dak RON 97 lak so aku kata lepas balik kenduri baru isi. Aku ingatkan dekat ja kenduri dia, rupa-rupanya jauh jugak, lepas kawasan Jawi. Time tu minyak ada lagi sikit so aku ingat sempat la. Nak dekat sampai kenduri Abang Ucop tak tau jalan, sebab kenduri dia kat dalam kawasan kampung, so kena tunggu member dia sat. Kami singgah kat kedai tepi jalan beli ayaq. Bila member Abang Ucop sampai kami pon ikut la dia masuk jalan kampung. Dalam gila kenduri dia, dah la jalan sempit, kami dok seriau takut masuk parit, hahaha. Dalam pukui 3 kami pon sampai kat kenduri.
Lepas puas makan and tangkap gambaq, dalam pukui 4 setengah kami pon balik. Time nak balik kami lupa jalan dia, time tu minyak tinggai lebih kurang 10km. Nasib baik Abang Ucop masuk jalan betui, tapi bukan jalan yang kami masuk mula-mula tadi, kiranya Abang Ucop masuk jalan shortcut. Bila dah masuk jalan besaq minyak tinggai lagi 5km ja. Kami pon dok risau tak jumpa-jumpa stesen minyak. Sampai la minyak tinggai 0km kami tak jumpa lagi. Gila betui, setahun aku pakai Jazz tak pernah aku bawak sampai tinggai 0km, hahaha. Ketaq gila time tu, dah tinggai 0km tak jumpa lagi stesen minyak. Rasa menyesai pon ada tak isi minyak awai-awai. Seminit kemudian kami pon jumpa Petronas. Fuh, memang lega gila rasa time tu. Nasib baik sempat, kalau tak memang kena tolak keta la, hahaha.
Wednesday, 20 April 2016
It's Not My Fault
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni macam mana ntah aku boleh bertengkaq dengan member aku kat ofis tadi. Cita dia macam ni, nama budak ni Ijat, dia suruh aku adjust drawing projek dia, aku pon adjust la, lepas dah abih adjust aku pon antaq la drawing tu guna e-mel. Pastu dia tanya aku siap ke tak aku pon cakap la dah siap. Tiba-tiba dia marah aku sebab tak bagitau dia dah siap, aku pon cakap la aku dah bagi kat e-mel, tak kan dia tak check kot? And then lepas tu lak dia bebai sebab aku buat drawing salah, aku pon tak paham sebab pa dia nak bebai, benda kecik ja pon, tak boleh ka hang cakap leklok? Time tu aku pon dok bebai jugak dengan perangai dia yang macam budak-budak tu, harap tua ja daripada aku, tapi dok bebai macam budak-budak. Hang tu sapa nak maki aku? Lain la kalau hang manager aku boleh accept, tapi hang ngan aku sama ja taraf, walaupon hang senior hang sepatutnya guide aku bukan maki aku!
Perlukah nak bergaduh sebab benda kecik??? |
Pastu dia kata dia tak mau dah mintak tolong daripada aku, hahaha macam pa lagi perangai, tengok la sampai bila dia boleh bertahan, konfem stress gila keja banyak kena buat semua. Aku frust gila bila orang mintak tolong aku tapi tak hargai apa yang aku dah buat. Even aku buat salah hang tak dak hak nak maki aku, sebab aku dah tolong buat keja hang banyak, sampai aku kena ot buat keja hang, serious aku bebai gila buat keja hang tapi aku tak cakap pon yang aku bebai. Seriously aku tak rasa bersalah pon, sebab bukan salah aku, salah dia la dok bebai tak tentu pasai, small matter ja pon, buat rilek sudah. Walaupon bukan salah aku tapi aku tetap rasa tak syok bila ada orang yang tak puas hati ngan aku, tapi aku harap lepas ni semuanya kembali seperti biasa.
Friday, 15 April 2016
What A Great Comeback!!!
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Semalam ada game Liverpool pukui 3 pagi lawan dengan Borussia Dortmund, Europa League quarter final. Aku tak boleh la tengok sebab esok keja, kalau game start pukui 12 boleh la. Pagi tadi kat ofis aku bukak la page footyroom.com nak tengok highlight, sebelum nak bukak tu naluri aku ada mengatakan yang Liverpool kalah tapi sangkaan aku meleset, bukak bukak terbeliak bijik mata aku, Liverpool menang!? Dengan Dortmund!? 4-3!? Walaupon Dortmund leading 2-0 masa first half dan 3-1 masa minit ke-60, tapi Liverpool dapat jugak menang, how??? Masa tengok highlight memang terharu gila, bayangkan bila hampa tengok team hampa ketinggalan 0-2 tapi dapat kejaq balik, pastu menang last minit, memang konfem terharu. Seriously kalau aku tengok game ni live boleh menangis kot, tara tengok highlight pon dah nak sebak, hahaha. Nampaknya sejarah Instabul 2005 telah berulang, tapi kali ni di stadium Liverpool sendiri, Anfield.
Goals and highlights
Pemain sayap Dortmund, Mkhitaryan meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-5.
4 minit kemudian, Aubameyang menggandakan jaringan untuk pasukan pelawat sekaligus meletakkan Dortmund dalam keadaan selesa pada separuh masa pertama.
3 minit selepas sepak mula separuh masa kedua, Divock Origi menyumbat gol pertama untuk Liverpool.
Dortmund menyukarkan lagi misi Liverpool untuk mara ke pusingan seterusnya selepas pemain sensasi mereka, Marco Reus menyumbat gol pada minit ke-57.
Phillipe Countinho menyumbat gol ke-2 Liverpool pada minit ke-66 menjadikan kedudukan 2-3.
Pemain pertahanan Liverpool, Sakho berjaya mengembalikan harapan Liverpool untuk layak selepas dia menyumbat gol menerusi sepakan penjuru pada minit ke-78.
Pada masa kecederaan, Lovren menjadi hero Liverpool selepas dia berjaya menjaringkan gol kemenangan apabila dia menanduk masuk bola ke gawang hasil hantaran daripada James Milner sekaligus meletakkan Liverpool pada pusingan separuh akhir.
4 minit kemudian, Aubameyang menggandakan jaringan untuk pasukan pelawat sekaligus meletakkan Dortmund dalam keadaan selesa pada separuh masa pertama.
3 minit selepas sepak mula separuh masa kedua, Divock Origi menyumbat gol pertama untuk Liverpool.
Dortmund menyukarkan lagi misi Liverpool untuk mara ke pusingan seterusnya selepas pemain sensasi mereka, Marco Reus menyumbat gol pada minit ke-57.
Phillipe Countinho menyumbat gol ke-2 Liverpool pada minit ke-66 menjadikan kedudukan 2-3.
Pemain pertahanan Liverpool, Sakho berjaya mengembalikan harapan Liverpool untuk layak selepas dia menyumbat gol menerusi sepakan penjuru pada minit ke-78.
Pada masa kecederaan, Lovren menjadi hero Liverpool selepas dia berjaya menjaringkan gol kemenangan apabila dia menanduk masuk bola ke gawang hasil hantaran daripada James Milner sekaligus meletakkan Liverpool pada pusingan separuh akhir.
Para pemain Liverpool meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan separuh akhir piala UEFA Europa League selepas menunjukkan jalan keluar pada gergasi Jerman, Borussia Dortmund. |
Sunday, 10 April 2016
Not My Day
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni aku kluaq ngan Tan, setelah sebulan lebih kami tak jumpa, memang bestpren aku ni agak busy, hahaha. Kami lepak kat tempat biasa yang selalu kami lepak, Sunway. First thing yang kami selalu buat ialah beli tiket wayang, of coz la kan, hari weekends ramai orang, takut tiket habis. Lepas beli aku teringin nak makan kat Burger King, pi pi tengok tadak, hilang terus kedai dia, kami pon macam wtf, macam mana boleh hilang doe. Last last kami p makan kat kedai nasi kandaq. Lepas makan kami pon lepak sat kat Popular and SenQ lepas tu p tengok wayang cita 'The Jungle Book', salah satu kartun yang aku baca dalam buku masa zaman budak-budak dulu, tapi cita ni depa buat live action punya, macam depa buat cita Cinderella. Dah abih tengok kami p kat Megamall lak, nak beli contoller bluetooth punya, sebab aku nak main guna iPad aku, kawan aku yang recommend actually. P sana jenuh dok cari, tak jumpa jumpa jugak menatang tu. Aku pon mengeluh, tapi tiba-tiba masa dok cari controller aku tertarik pulak nak beli gaming mouse, lawa der, siap keluaq lampu lagi, aku ingat nak beli dah tapi apek tu cakap dah abih stok, aduyai, time aku nak beli time tu pulak nak habis. Dah la contoller tak jumpa, mouse pon tak dapat nak beli, takpala ni bukan hari aku, huhuhu. Aku ajak Tan dinner sekali lepas Maghrib so kami pon p la lepak sat kat Popular. Dah puas baca buku kami pon gerak ke restoran feveret aku dan juga restoran childhood aku, Gerai Tomyam Istimewa yang terletak kat Medan Selera Tenggiri. Kedai tu bukak tapi masalahnya ramai orang lak makan kat situ, terpaksa la kami makan kat gerai sebelah, hahaha malang betui nasib aku hari ni.
Kalau hampa malas nak baca apa yang aku tulis kat atas ni, hat bawah ni aku dah simpulkan apa yang buat hari ni bukan hari aku;
- Nak makan kat Burger King tapi kedai hilang/lesap/tutup.
- Nak beli controller bluetooth tapi tak jumpa/tadak.
- Nak beli gaming mouse tapi stok habis.
- Nak makan kat kedai feveret tapi ramai orang.
Itu la sebabnya tajuk post ni aku letak 'Not My Day', sebab macam-macam serba tak kena kat aku, aku pon redha je la, hahaha, not big deal, tak sedih pon sebenaqnya, cuma rasa lawak ja. Nampaknya aku ni macam Bad Luck Brian in real life, hahaha.
Friday, 8 April 2016
Left For Something Better
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni aku semayang Jumaat ngan Malik ja, Abang Ucop tak p semayang sebab bukan turn dia, and abang Mat Nor ngan abang Zubir dah tak dak dah, depa dah berenti keja kelmarin. Agak sedih jugak bila aku dapat tau yang depa cakap nak berenti. Walaupon depa tak cakap sebab apa depa tak mau sambung kontrak, tapi aku tetap paham sebab apa depa berenti memandangkan aku pernah praktikal tempat depa keja, so aku tau camna tauke punya perangai. Aku malas la nak burukkan nama syarikat, dah la syarikat Melayu, aku pon sedih jugak la nak cita benda buruk pasai bangsa aku sendiri, tapi tu la hakikatnya, syarikat Cina lagi baik daripada syarikat Melayu, sebab tu depa maju, hakikat yang pahit ditelan. Lama jugak depa tahan dengan perangai cikgu (tauke), kalau aku la dah lama berenti kat tempat tu, hahaha. Walaupon sedih tak dapat jumpa depa, aku tetap sokong keputusan depa berenti keja, sebab aku tau depa berenti untuk cari keja yang lebih elok. Tapi apa-apa pon aku doakan yang Abang Mat Nor ngan Abang Zubir dimurahkan rezeki, moga depa dapat keja yang baguih-baguih punya, Insya Allah...
Thursday, 7 April 2016
I Have Gained Their Trust
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Walaupon aku masih belum dapat pc aku sendiri tapi aku berjaya dapatkan kunci ofis. Bukan senang nak dapat kunci ofis memandangkan ada dua saja kunci, satu dapat kat sorang lagi member aku yang dah lama keja kat situ, Fariz. Dia selalu mai awai sejak dia simpan kunci, kalau tak aku ja yang selalu mai awai, hahaha. Walaupon terpaksa menempuh laluan trafik yang begitu sesak, tapi tu tak menghalang aku daripada masuk ofis sebelum pukui 8 setengah, tapi kadang-kadang aku masuk lambat jugak, hahaha. Apa yang membanggakan aku walaupon aku ni keja tak sampai setahun aku diberi kepercayaan untuk simpan kunci ofis...hell yeah, I have gained their trust, and I will not let them down...
Tuesday, 5 April 2016
When Will I Get My Own PC?
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Dah dekat 5 bulan aku keja tapi aku still tak dapat lagi pc sendiri. Selalunya aku guna pc Zul, tapi dia pon nak guna jugak aku pon rasa bersalah jugak so aku pon bawak la laptop aku p keja. Bila dah guna laptop sendiri macam-macam software kena install, lepas install, kena crack software tu pulak, tak kan aku nak beli kot? Lain la kalau syarikat punya pc. La ni semua software yang aku kena guna dah berjaya di'crack'kan. Tapi aku still malas nak bawak laptop p keja, sebab laptop aku pon nak relai, monitor dah nak tercabut, hahaha. Dpa semua ada pc sendiri, siap guna dua monitor lagi, untung gila depa, aku bila lagi? Maybe tauke kilang aku, Mr. Andy Lau (bukan pelakon Hong Kong tu) masih tak puas hati dengan performance aku sebagai graphic designer dan mungkin jugak aku ni masih belum layak pakai pc baru, lambat laun aku dapat pc baru jugak, tapi tak tau la kena tunggu brapa lama lagi.....
Sunday, 3 April 2016
Time Flies Too Fast
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Aku rasa macam cepat ja masa berlalu, pejam celik pejam celik dah hari Ahad, esok dah kena keja, rasa cepat gila cuti, wuuu (menangis). Adakah ini petanda yang dunia ni dah tak lama lagi nak hidup? Wallahualam, hanya Allah saja yang tahu, kita ni sebagai hamba Allah baik persiapkan diri sebelum nak masuk hari perhitungan, dunia ni hanya sementara, tu dia, sekali dia bagi ceramah baq hang, hahaha tapi seriyes la, semua orang tau yang kiamat dah dekat, mungkin sebab tu kita rasa macam cepat ja masa berlalu, cuti pon tak rasa macam cuti, tidoq makan main game tengok-tengok esok dah kena keja, memang cepat betui cuti sampai tak dan nak buat pa...
Subscribe to:
Posts (Atom)