L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Sunday, 1 March 2020

Dunia digemparkan dengan penyakit berjangkit, coronavirus yang kemudian diberi nama COVID-19. Penyakit ni amat berbahaya sebab mudah dijangkiti dan boleh meragut nyawa. COVID-19 dikenal pasti di daerah Wuhan, China. Pada 31hb Disember kerajaan China dah memaklumkan pada WHO (World Health Organization) pasai virus ni. Pada 3hb Januari seramai 44 orang menjadi suspek virus ni. Pada 7hb China dapat kesan punca virus ni datangnya dari binatang, tak bagitau binatang apa tapi ramai yang kata kelawar yang jadi puncanya. Yes, kelawar, orang China bunuh kelawar buat sup. Pada Jan 9 ada sorang mati, the first yang mati sebab penyakit COVID-19. Penyakit ni bukan merebak di negara China saja, malah seluruh negara termasuk negara Malaysia. Negara Perancis menjadi negara pertama selain di Asia yang ada kematian sebab virus COVID-19. Korea dan Itali negara yang ada banyak suspek COVID-19 terbanyak selain negara China. Itali teruk jugak, no. 2 dalam carta kes COVID-19 belakang China. Tak tau sebab apa kat sana ramai yang kena jugak, mungkin sebab depa bawak masuk pelancong dari China kot. Yang tu aku tak dapat pastikan, kena buat research dengan lebih dalam lagi. Apa pon pesan aku stay safe and stay hygiene, selalu basuh tangan dengan hand sanitizer atau sabun anti bakteria, itu ja ynag kita mampu untuk cegah dari virus ni merebak, dan of course tak lupa untuk doa agar kita semua dijauhi dari virus ni. Stay tuned untuk post aku yang akan datang.

Wednesday, 26 February 2020

Monday, 24 February 2020

So kat kilang aku depa buat peraturan baru, buat ot tadak rehat setengah jam lepas pukui 7 setengah, nak kata pertaturan baru tak jugak sebab dulu tadak rehat setengah jam, masuk taun ni depa tukaq peraturan ke asal balik. Dulu aku ngan geng ofis aku rajin dok balik sampai pukui 8 setengah, sekarang depa dah kawen susah sikit la nak ot, lain la aku yg masih single lagi ni, hahaha. Start keja pukui 8 setengah pagi balik 8 setengah malam, kira 12 jam aku habiskan masa kat kilang aku. Kali ni aku tak rasa teruk ngan letih sangat walaupon balik lambat, kalau nak compare masa dulu tak begitu teruk la sebab aku dah tak turun sangat kat bahagian production buat sample, ada member aku sorang ni yang support aku buat sample, so aku banyak dok kat ofis ja, memang kurang sikit rasa letih tu, kalau dulu asal ot ja mesti ada kat production dok buat sample. Sapa dia yang dok support aku buat sample ni? Baguih betoi mamat tu. Kalau nak tau sapa untuk post akan datang aku cita serba sedikit pasai history mamat ni.

Saturday, 22 February 2020

Selepas mengharungi 26 perlawanan liga Liverpool masih lgi gah di puncak liga dengan jurang 22 mata. Selama 12 tahun jadi penyokong Liverpool aku boleh kata season ni season yang Liverpool paling perform. Menang 25 dalam 26 game, seri sekali dan still tak kalah lagi, fuh memang power gila Liverpool season ni. Liverpool cuma perlu menang 5 game ja lagi utk bergelar juara EPL dan aku rasa agak impossible la kalau team no. 2 liga, City boleh potong Liverpool, dengan yakinnya aku boleh kata season ni dah over haha. Tinggai lagi 12 game ja lagi, kalau Liverpool still tak kalah dalam 12 game ni Liverpool dah menyamai rekod Invicible Arsenal masa season 2003/2004 zaman kegemilangan Thierry Henry. 

Penyokong Liverpool dok nanyi lagu "We're Gonna Win the league". Kalau la aku boleh dok dalam crowd ni kan best...

Sebenaqnya aku tak kisah pon dengan rekod tanpa kalah ni, janji dapat jugak Liverpool tamatkan kemarau tak menang liga selama 30 tahun. EPL ni satu-satunya piala yang semua penyokong Liverpool idam-idamkan, piala lain mampuih p kalau tak menang pon, Champions League dah menang dah tahun lepas, kalau tak menang tahun ni pon takpa, kalau boleh menang tu kira bonus la. Apa pon aku tak sabaq nak tengok Liverpool julang piala EPL nanti. YNWA.

Thursday, 20 February 2020

Happy New Year 2020 guys! Aish dah sampai penghujung bulan 2 baru nak wish new year? Wait, what??? Dah bulan 2??? Holy shit cepat betui masa berlalu hahaha. Aku pon dah lama tak update blog aku ni so memang terasa masa tu cepat ja berlalu. Kat Insta aku pon aku baru upload gambaq setelah 781 hari tak upload (lebih kurang 2 tahun lebih). Masa aku upload gambaq kat Insta memang aku akan expect mesti ada yang nak komen "Ke mana hg menghilang selama ni?" Hilang p mana aku dok sini elok ja lagi, aku menghilang kat Insta ja. Masa last aku post kat Insta dulu aku memang merancang nak stop sat upload gambaq, sampai masuk tahun 2020 baru aku nak buat comeback. Tapi sangka dah masuk dah tahun 2020, tahun di mana semua orang ingat ada keta terbang, tapi tadak pa yang terbang, cuma duit dan masa saja yang terbang menghilang di ufuk timur. 




Apa pon aku bersyukur kerana diberi kesempatan utk hidup dan merasa tahun 2020 ni, dan memandangkan ni post pertama untuk tahun 2020 so aku nak ambik kesempatan nak wish happy new year 2020, semoga apa yang hampa nak capai untuk tahun ni tercapai la, all the best, and aku nak mintak maaf kepada pembaca setia blog aku ni (kalau ada) yang dok tunggu-tunggu bila aku nak post, hahaha aku rasa malas nak update, masuk hari ni aku rasa nak post pon sebab aku suka tarikh harini, 20/02/20, unik kan tarikh ni? Okay setakat itu saja post tahun ni, hahaha tak la post utk hari ni la, aku akan update lagi don wori, just stay tuned utk post yang akan datang. Adios.

Thursday, 5 September 2019

Aku bila pikiaq balik aku pon tak tau sejak bila aku jadi kurang main game PS4. Kalau dulu 3-4 jam aku main tiap-tiap malam, sekarang cuma 2 jam ja aku main, kadang-kadang tak sampai 2 jam pon. Masa kat tempat keja punya rasa eksaited bila la nak dapat main, tapi sekarang bila ada kat rumah tengok aku punya PS4 pon tak rasa apa lol. Mungkin aku dah boring kot main game, or mungkin aku dah terlalu foward dengan masa depan aku, sebab aku ingat lepas kawen memang aku tak main dah PS4, aku dah ada bini of coz aku akan beri tumpuan serta luangkan masa aku dengan bini aku, tapi kalau dia kaki game jugak kira boleh la kalau nak main game, hahaha. Aku rasa mungkin sebab rasa nak kawen sangat tu la yang menyebabkan ketagihan aku main game dah berkurang, biasala bila umuq makin meningkat makin rasa boring la main game. Kita dok ingat sampai tua kita boleh main game tapi sekarang rasa macam tak kot, tak tau la macam mana rasa bila dah tua, tapi tu la cuma nak cakap kat hampa je la yang sekarang ni memang aku dah kurang main game sikit, still main jugak cuma tak terlalu lama main macam dulu, so kalau tengok mata aku lebam tak cukup tidoq tu bukan sebab main game, tu sebab terlajak masa tidoq sebab dok layan drama, biasanya aku akan stop main game pukui 12 sebab nak layan drama, pukui 1 lebih baru tidoq. Aku rasa lepas ni ingat nak awalkan sikit masa tidoq aku, kira praktis la tidoq awai sebab nanti bila dah kawen of coz kena tidoq awai, so sementara aku tak kawen lagi ni aku still ada masa nak biasakan diri tidoq awai. Bakal bini aku ni tak tau la dia jenih tidoq awai ka tidoq lambat, hahaha.

Sunday, 1 September 2019

INFO

  • Drama: I'm Your Destiny
  • Romaji: Boku, Unmei no Hito Desu
  • Director: Noriyoshi Sakuma
  • Writer: Shigeki Kaneko
  • Network: NTV
  • Episodes: 10
  • Release Date: April 15 - June 17, 2017
  • Runtime: Saturday 22:00-22:54
  • TV Ratings: 9.5%
  • Genre: 
    • Romance
    • Comedy
  • Country: Japan

CASTS

  • Kazuya Kamenashi as Makoto Masaki
  • Fumino Kimura as Haruko Kogetsu
  • Tomohisa Yamashita as Ichiro
  • Nanao as Sankei Yotsuya
  • Yu Sawabe as Kazuo Katsuragi
  • Eriko Watanabe as Sumire Hatosaki
  • Tetta Sugimoto as Daichi Kogetsu
  • Mako Ishino as Yoshie Kogetsu
  • Koji Ookura as Taku Sekihara
  • Seiichi Tanabe as Shokichi Karasuda
  • Maya Okano as Midori Ugumori

SYNOPSIS

Makoto Masaki (Kazuya Kamenashi) dan Haruko Kogetsu (Fumino Kimura) berusia 29 tahun dan mereka merupakan anak tunggal. Sejak dari kecil lagi mereka telah saling bertemu di banyak tempat sama ada langsung atau tidak langsung. Mereka berdua tidak menyedari antara satu sama lain. Pada suatu hari, seorang lelaki muncul di hadapan Makoto Masaki dan memperkenalkan dirinya sebagai Tuhan. Dia memberitahu Makoto Masaki tentang pasangan jiwa yang ditakdirkannya dan dia bekerja di sebelahnya. Apabila dia berhadapan dengan Haruko Kogetsu, Masaki memberitahu dia "Saya adalah jodoh anda."


MY PERSONAL COMMENT

Setelah 12 tahun bergandingan dalam drama Nobuta wo Produce, Kazuya dan Yamapi kembali bergabung dalam drama I'm Your Destiny. Drama ni mengisahkan seorang lelaki yang struggle dengan cinta dan selalu bernasib malang ketika bercinta, manakala seorang pompuan ni, Haruko tidak membiarkan dirinya diganggu oleh seorang laki pon. Haruko susah untuk didekati, dan dia terlalu berhati-hati sebab dia pernah menanggung kekecewaan ketika bercinta so sebab tu dia menjadi lebih waspada dengan lelaki. Bila Ichiro tiba-tiba muncul kat rumah Makoto dan mengaku dia dari masa depan dia menyakinkan yang Haruko adalah jodoh Makoto. Start dari situ Makoto pon cuba la mendekati Haruko walaupon Haruko ni jenis yang susah untuk didekati tapi akhirnya Makoto berjaya juga tawan hati si Haruko. Semuanya berpunca dengan kejadian yang berlaku secara kebetulan yang membuatkan Makoto rasa itu adalah tanda-tanda jodoh, Haruko pada mulanya tak percaya tapi disebabkan Makoto pernah menyakinkan mereka akan menang satu hari nanti (ketika pasukan Jepun tewas dalam perlawanan bola sepak). 

Apa yang membuatkan aku rasa nak tengok drama ni? Jawapannya sudah semestinya ada mamat Kazuya dengan Yamapi, sebab depa pernah berlakon dalam drama Nobuta Wo Produce 14 tahun lepas, so aku pon rasa syok tengok depa berlakon sama-sama lagi dan muka depa of coz lain, makin hensem, no homo though haha. Apa yang membuatkan drama ni best adalah connection sesuatu event dengan masa sekarang, setiap kali Makoto ada kat sesuatu tempat tu Haruko pon ada jugak, cuma depa tak sedaq ja. Aku tak tau sama ada benda tu boleh dikatakan sebagai 'destiny' tapi ni cuma drama ja so anything is possible, kalau real life orang kata cuma kebetulan ja, tapi tak juga, ada satu pasangan kat China yang viral sebab gambaq depa masa kecik depa ada sekali pada masa yang sama depa ambik gambaq, wow, dasyat kan? Itu mungkin depa punya destiny. Apa-apa pon drama ni well recommend la kalau hampa nak tengok. Okay setakat ni ja post aku untuk hari ni, stay tuned for more.

Tuesday, 27 August 2019

Tahun ni tahun yang agak malang untuk orang yang keja kat kilang aku. Semuanya bermula dengan aku, masa bulan 3 ari tu aku injured dekat jari aku masa tengah potong sample, jari aku terkena pisau, darah kluaq banyak jugak, kawan aku yang jaga mesin tu terus bawak aku p bilik air cuci jari aku, first time darah kluaq banyak gila, sampai aku rasa nak pitam, tak boleh berdiri, mungkin aku takut darah kot. Pastu tauke aku, Mr Andy Lau bawak aku p klinik sambil ceramah aku, tauke aku ni baguih orangnya, kalau ada orang yang injured dia cepat cepat tolong bawak p klinik. Tahun ni kira aku jadi mangsa pertama yang injured kat tempat keja. Selang beberapa bulan tak ingat bulan bila ada sorang lagi yang jadi mangsa mesin yang aku kena, dia teruk sikit dari aku. Aku tak cita kat hampa lagi yang manager aku, Encik Nazri eksiden moto sampai pecah buku lali, kena masa lepas semayang Jumaat bulan 7 ari tu, tak tau la sampai bila kena rehat kat rumah, ramai yang kata perlukan sekurang-kurangnya 6 bulan baru boleh jalan, nampak gayanya tahun depan la manager aku baru boleh start keja. Tak lama lepas Abang Nazri eksiden sorang lagi jadi mangsa mesin cutter, mesin lain, sebelah mesin yang aku kena ja, tapi kali ni dia paling teruk kena sampai 2 jari and kena jahit 18 jahitan seingat aku. Rakan sekerja ofis aku satu department, Zarul pon kena pisau jugak, tapi dekat mesin lain pulak, mesin sample cutter terletak di sebelah bangunan yang mesin yang aku kena. Dia kena 3 jahitan, ambik MC sampai 4 hari. Seram jugak dengaq dia cita kat dalam ofis, kena pisau sampai darah merecik kat muka dia, fuhh macam final destination bai, hahaha.

Ramai jugak yang injured kat kilang aku tahun ni. Nak kata tadak safety tak jugak, ada yang berpunca dengan kecuaiaan diri sendiri, salah cara dan teknik penggunaan mesin cutter, kalau macam kes aku salah teknik nak potong barang sampai boleh terkena pisau. Boleh kata ramai jugak la yang kena dengan mesin tu, kalau kena sekali kali ke-2 tak mungkin akan kena balik sebab kita akan lebih aware dan berhati-hati masa dok guna mesin cutter. Aku tadak la sampai tahap tak berani guna dah mesin cutter tu, aku still dok guna lagi mesin cutter walaupon kadang-kadang mai flashback masa aku kena pisau ari tu, aku tetap cool dan acah berani dan of coz guna dengan penuh berhati-hati, kalau kena lagi malu beb, orang mesti kata aku ni tadak luck ka apa, hahaha. Dalam kes Abang Nazri lak tak boleh kata apa, benda dah berlaku, dah nama pon eksiden. Kes Zarul lak sama macam aku jugak, salah teknik penggunaan. 

Peringatan untuk kawan-kawan dan diri sendiri supaya lebih berhati-hati semasa buat keja yang melibatkan mesin. Tanya orang yang lebih berpengalaman dan yang keja lama, depa mesti tau teknik dan cara penggunaan mesin dengan betul, kita yang kurang pengalaman dalam mengendalikan mesin berisiko tinggi injured masa tengah operate mesin, time aku terkena pisau member yang jaga mesin tu dia p tempat lain, so dia tak nampak la yang aku dok guna dengan cara yang bahaya and bila dia tak nampak dia tak dan nak teguq aku la, tu yang aku terkena pisau tu, kalau dia ada kat situ mesti dia teguq aku lama dah. Sebelum ni pon dia pernah teguq aku jugak yang cara aku tu salah tapi aku still buat lagi, mungkin time tu aku tengah rush sampai lupa pesan dia, bila dah terkena baru la teringat yang cara aku dok buat tu salah. Takpa lepas ni aku dah tau dah and aku akan lebih berhati-hati masa guna mesin cutter or mesin lain yang boleh bagi orang injured.

Sunday, 25 August 2019

INFO

  • Directed by: David Leitch
  • Produced by:
    • Dwayne Johnson
    • Jason Statham
    • Chris Morgan
    • Hiram Garcia
  • Production company:
    • Seven Bucks Productions
    • Chris Morgan Productions
  • Distributed by: Universal Pictures
  • Release date:
    • July 13, 2019 (Dolby Theatre)
    • August 2, 2019 (United States)
  • Running time: 135 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $200 million
  • Box office: $588.9 million


SYNOPSIS

Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson a.k.a The Rock, seorang agen yang setia kepada Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Amerika dan Deckard Shaw (Jason Statham), bekas ketua elit tentera British, yang pertama kali muncul masa Furious 7 tahun 2015, kedua-dua mereka selalu bertengkar dan mengutuk sesama sendiri apabila mereka diarahkan untuk bekerjasama untuk menumpaskan dan mengambil kembali virus yang boleh diubahsuai, Snowflake dari Brixton (Idris Elba) yang mempunyai kekuatan cyber-genetik. Brixton berjaya menculik seorang agen MI6 yang menyuntik Snowflake ke dalam dirinya untuk mengelakkan virus tersebut dirampas oleh Brixton, Hattie (dilakonkan oleh Vanessa Kirby) yang juga merupakan adik perempuan Shaw. Hobbs dan Shaw perlu berkerjasama untuk melindungi Snowflake dari dirampas daripada Brixton serta perlu menumpaskan Brixton.

CASTS

  • Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs: 
    • Seorang agen DSS yang ditugaskan oleh CIA untuk bekerja dengan Deckard dalam menghentikan Snowflake, walaupun mereka tidak saling menghormati.
  • Jason Statham sebagai Deckard Shaw: 
    • Seorang tentera upahan yang dahulunya bersenjata dengan Pasukan Khas Inggeris dan MI6 dan, yang masih bertentangan tetapi bergabung dengan Hobbs untuk membantu adik perempuannya, Hattie.
  • Idris Elba sebagai Brixton Lore: 
    • Seorang pengganas yang bekerja untuk Eteon dan bekas agen MI6 yang memiliki sejarah dengan Deckard. 
  • Vanessa Kirby sebagai Hattie Shaw: 
    • Ejen bidang MI6 dan adik perempuan Deckard dan Owen, yang sedang diburu oleh Lore. 
  • Eiza González sebagai Madam M: 
    • Seorang pencuri berprofil tinggi, rakan dan bekas kekasih Deckard. 
  • Cliff Curtis sebagai Jonah Hobbs: 
    • Abang sulung Luke Hobbs, seorang mekanik dan genius dalam bidang perkomputeran.
  • Helen Mirren sebagai Magdalene "Queenie" Shaw: 
    • Seorang penjenayah yang merempat di dalam penjara dan juga ibu kepada Deckard, Hattie dan Owen Shaw.
  • Ryan Reynolds sebagai Locke: 
    • Locke bekerja sebagai agen CIA. Dia merupakan sahabat lama Hobbs. Dia la yang menemukan Hobbs dengan Shaw semasa mereka berbincang di kedai makan dalam misi mendapatkan semula Snowflake.
  • Kevin Hart sebagai Dinkley:
    • Dinkley merupakan marshal udara. Dia membuat kemunculan dalam kapal terbang ketika Hobbs, Shaw, dan Hattie hendak pergi ke Moscow. Dia membantu Hobbs dan rakan-rakan untuk ke kampung halaman Hobbs di Samoa dengan menyediakan kapal terbang untuk mereka ke sana.

RATING

  • Rotten Tomatoes: 67% 
  • IMDb: 6.8/10


MY COMMENT & RATING

Movie Hobbs & Shaw ni bukanlah movie Fast and Furious yang ke-9. Yang ke-9 punya akan release bulan 5 next year menurut sumber Wiki. Hobbs & Shaw ni cuma spin-off dalam series Fast and Furious, depa terangkan sikit dengan lebih detail pasai hubungan Hobbs dengan Shaw dan sedikit sejarah pasai Shaw dengan Brixton. Walaupon cuma spin off dan tak mendapat sambutan yang hangat serta rating yang tak berapa begitu menawan tapi bagi aku movie Hobbs & Shaw ni antara movie action+komedi yang terbaik yang aku pernah tengok. Of coz tanpa kehadiran watak utama dalam franchise Fast and Furious ni menjadi salah satu faktor movie ni tak dapat rating yang tinggi, Van Diesel dan Tyrese Gibson dan yang lain-lain yang selalu muncul dalam movie Fast and Furious tapi kehadiran Ryan Reynolds dan Kevin Hart sedikit sebanyak menyerikan suasana serta menutup kekurangan yang ada dalam movie Hobbs & Shaw ni. Overall movie ni tak la sampai tahap awesome tapi not bad dan tak la rugi tengok, so well recommend la bagi aku. Rating aku untuk movie Hobbs & Shaw ni aku bagi 7.5/10.

Friday, 23 August 2019