L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Boku, Unmei no Hito desu

Sunday 1 September 2019

Boku, Unmei no Hito desu

INFO

  • Drama: I'm Your Destiny
  • Romaji: Boku, Unmei no Hito Desu
  • Director: Noriyoshi Sakuma
  • Writer: Shigeki Kaneko
  • Network: NTV
  • Episodes: 10
  • Release Date: April 15 - June 17, 2017
  • Runtime: Saturday 22:00-22:54
  • TV Ratings: 9.5%
  • Genre: 
    • Romance
    • Comedy
  • Country: Japan

CASTS

  • Kazuya Kamenashi as Makoto Masaki
  • Fumino Kimura as Haruko Kogetsu
  • Tomohisa Yamashita as Ichiro
  • Nanao as Sankei Yotsuya
  • Yu Sawabe as Kazuo Katsuragi
  • Eriko Watanabe as Sumire Hatosaki
  • Tetta Sugimoto as Daichi Kogetsu
  • Mako Ishino as Yoshie Kogetsu
  • Koji Ookura as Taku Sekihara
  • Seiichi Tanabe as Shokichi Karasuda
  • Maya Okano as Midori Ugumori

SYNOPSIS

Makoto Masaki (Kazuya Kamenashi) dan Haruko Kogetsu (Fumino Kimura) berusia 29 tahun dan mereka merupakan anak tunggal. Sejak dari kecil lagi mereka telah saling bertemu di banyak tempat sama ada langsung atau tidak langsung. Mereka berdua tidak menyedari antara satu sama lain. Pada suatu hari, seorang lelaki muncul di hadapan Makoto Masaki dan memperkenalkan dirinya sebagai Tuhan. Dia memberitahu Makoto Masaki tentang pasangan jiwa yang ditakdirkannya dan dia bekerja di sebelahnya. Apabila dia berhadapan dengan Haruko Kogetsu, Masaki memberitahu dia "Saya adalah jodoh anda."


MY PERSONAL COMMENT

Setelah 12 tahun bergandingan dalam drama Nobuta wo Produce, Kazuya dan Yamapi kembali bergabung dalam drama I'm Your Destiny. Drama ni mengisahkan seorang lelaki yang struggle dengan cinta dan selalu bernasib malang ketika bercinta, manakala seorang pompuan ni, Haruko tidak membiarkan dirinya diganggu oleh seorang laki pon. Haruko susah untuk didekati, dan dia terlalu berhati-hati sebab dia pernah menanggung kekecewaan ketika bercinta so sebab tu dia menjadi lebih waspada dengan lelaki. Bila Ichiro tiba-tiba muncul kat rumah Makoto dan mengaku dia dari masa depan dia menyakinkan yang Haruko adalah jodoh Makoto. Start dari situ Makoto pon cuba la mendekati Haruko walaupon Haruko ni jenis yang susah untuk didekati tapi akhirnya Makoto berjaya juga tawan hati si Haruko. Semuanya berpunca dengan kejadian yang berlaku secara kebetulan yang membuatkan Makoto rasa itu adalah tanda-tanda jodoh, Haruko pada mulanya tak percaya tapi disebabkan Makoto pernah menyakinkan mereka akan menang satu hari nanti (ketika pasukan Jepun tewas dalam perlawanan bola sepak). 

Apa yang membuatkan aku rasa nak tengok drama ni? Jawapannya sudah semestinya ada mamat Kazuya dengan Yamapi, sebab depa pernah berlakon dalam drama Nobuta Wo Produce 14 tahun lepas, so aku pon rasa syok tengok depa berlakon sama-sama lagi dan muka depa of coz lain, makin hensem, no homo though haha. Apa yang membuatkan drama ni best adalah connection sesuatu event dengan masa sekarang, setiap kali Makoto ada kat sesuatu tempat tu Haruko pon ada jugak, cuma depa tak sedaq ja. Aku tak tau sama ada benda tu boleh dikatakan sebagai 'destiny' tapi ni cuma drama ja so anything is possible, kalau real life orang kata cuma kebetulan ja, tapi tak juga, ada satu pasangan kat China yang viral sebab gambaq depa masa kecik depa ada sekali pada masa yang sama depa ambik gambaq, wow, dasyat kan? Itu mungkin depa punya destiny. Apa-apa pon drama ni well recommend la kalau hampa nak tengok. Okay setakat ni ja post aku untuk hari ni, stay tuned for more.

0 comments:

Post a Comment