L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw

Sunday 25 August 2019

Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw

INFO

  • Directed by: David Leitch
  • Produced by:
    • Dwayne Johnson
    • Jason Statham
    • Chris Morgan
    • Hiram Garcia
  • Production company:
    • Seven Bucks Productions
    • Chris Morgan Productions
  • Distributed by: Universal Pictures
  • Release date:
    • July 13, 2019 (Dolby Theatre)
    • August 2, 2019 (United States)
  • Running time: 135 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $200 million
  • Box office: $588.9 million


SYNOPSIS

Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson a.k.a The Rock, seorang agen yang setia kepada Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Amerika dan Deckard Shaw (Jason Statham), bekas ketua elit tentera British, yang pertama kali muncul masa Furious 7 tahun 2015, kedua-dua mereka selalu bertengkar dan mengutuk sesama sendiri apabila mereka diarahkan untuk bekerjasama untuk menumpaskan dan mengambil kembali virus yang boleh diubahsuai, Snowflake dari Brixton (Idris Elba) yang mempunyai kekuatan cyber-genetik. Brixton berjaya menculik seorang agen MI6 yang menyuntik Snowflake ke dalam dirinya untuk mengelakkan virus tersebut dirampas oleh Brixton, Hattie (dilakonkan oleh Vanessa Kirby) yang juga merupakan adik perempuan Shaw. Hobbs dan Shaw perlu berkerjasama untuk melindungi Snowflake dari dirampas daripada Brixton serta perlu menumpaskan Brixton.

CASTS

  • Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs: 
    • Seorang agen DSS yang ditugaskan oleh CIA untuk bekerja dengan Deckard dalam menghentikan Snowflake, walaupun mereka tidak saling menghormati.
  • Jason Statham sebagai Deckard Shaw: 
    • Seorang tentera upahan yang dahulunya bersenjata dengan Pasukan Khas Inggeris dan MI6 dan, yang masih bertentangan tetapi bergabung dengan Hobbs untuk membantu adik perempuannya, Hattie.
  • Idris Elba sebagai Brixton Lore: 
    • Seorang pengganas yang bekerja untuk Eteon dan bekas agen MI6 yang memiliki sejarah dengan Deckard. 
  • Vanessa Kirby sebagai Hattie Shaw: 
    • Ejen bidang MI6 dan adik perempuan Deckard dan Owen, yang sedang diburu oleh Lore. 
  • Eiza González sebagai Madam M: 
    • Seorang pencuri berprofil tinggi, rakan dan bekas kekasih Deckard. 
  • Cliff Curtis sebagai Jonah Hobbs: 
    • Abang sulung Luke Hobbs, seorang mekanik dan genius dalam bidang perkomputeran.
  • Helen Mirren sebagai Magdalene "Queenie" Shaw: 
    • Seorang penjenayah yang merempat di dalam penjara dan juga ibu kepada Deckard, Hattie dan Owen Shaw.
  • Ryan Reynolds sebagai Locke: 
    • Locke bekerja sebagai agen CIA. Dia merupakan sahabat lama Hobbs. Dia la yang menemukan Hobbs dengan Shaw semasa mereka berbincang di kedai makan dalam misi mendapatkan semula Snowflake.
  • Kevin Hart sebagai Dinkley:
    • Dinkley merupakan marshal udara. Dia membuat kemunculan dalam kapal terbang ketika Hobbs, Shaw, dan Hattie hendak pergi ke Moscow. Dia membantu Hobbs dan rakan-rakan untuk ke kampung halaman Hobbs di Samoa dengan menyediakan kapal terbang untuk mereka ke sana.

RATING

  • Rotten Tomatoes: 67% 
  • IMDb: 6.8/10


MY COMMENT & RATING

Movie Hobbs & Shaw ni bukanlah movie Fast and Furious yang ke-9. Yang ke-9 punya akan release bulan 5 next year menurut sumber Wiki. Hobbs & Shaw ni cuma spin-off dalam series Fast and Furious, depa terangkan sikit dengan lebih detail pasai hubungan Hobbs dengan Shaw dan sedikit sejarah pasai Shaw dengan Brixton. Walaupon cuma spin off dan tak mendapat sambutan yang hangat serta rating yang tak berapa begitu menawan tapi bagi aku movie Hobbs & Shaw ni antara movie action+komedi yang terbaik yang aku pernah tengok. Of coz tanpa kehadiran watak utama dalam franchise Fast and Furious ni menjadi salah satu faktor movie ni tak dapat rating yang tinggi, Van Diesel dan Tyrese Gibson dan yang lain-lain yang selalu muncul dalam movie Fast and Furious tapi kehadiran Ryan Reynolds dan Kevin Hart sedikit sebanyak menyerikan suasana serta menutup kekurangan yang ada dalam movie Hobbs & Shaw ni. Overall movie ni tak la sampai tahap awesome tapi not bad dan tak la rugi tengok, so well recommend la bagi aku. Rating aku untuk movie Hobbs & Shaw ni aku bagi 7.5/10.

0 comments:

Post a Comment