L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: What's Wrong With This Year?

Tuesday 27 August 2019

What's Wrong With This Year?

Tahun ni tahun yang agak malang untuk orang yang keja kat kilang aku. Semuanya bermula dengan aku, masa bulan 3 ari tu aku injured dekat jari aku masa tengah potong sample, jari aku terkena pisau, darah kluaq banyak jugak, kawan aku yang jaga mesin tu terus bawak aku p bilik air cuci jari aku, first time darah kluaq banyak gila, sampai aku rasa nak pitam, tak boleh berdiri, mungkin aku takut darah kot. Pastu tauke aku, Mr Andy Lau bawak aku p klinik sambil ceramah aku, tauke aku ni baguih orangnya, kalau ada orang yang injured dia cepat cepat tolong bawak p klinik. Tahun ni kira aku jadi mangsa pertama yang injured kat tempat keja. Selang beberapa bulan tak ingat bulan bila ada sorang lagi yang jadi mangsa mesin yang aku kena, dia teruk sikit dari aku. Aku tak cita kat hampa lagi yang manager aku, Encik Nazri eksiden moto sampai pecah buku lali, kena masa lepas semayang Jumaat bulan 7 ari tu, tak tau la sampai bila kena rehat kat rumah, ramai yang kata perlukan sekurang-kurangnya 6 bulan baru boleh jalan, nampak gayanya tahun depan la manager aku baru boleh start keja. Tak lama lepas Abang Nazri eksiden sorang lagi jadi mangsa mesin cutter, mesin lain, sebelah mesin yang aku kena ja, tapi kali ni dia paling teruk kena sampai 2 jari and kena jahit 18 jahitan seingat aku. Rakan sekerja ofis aku satu department, Zarul pon kena pisau jugak, tapi dekat mesin lain pulak, mesin sample cutter terletak di sebelah bangunan yang mesin yang aku kena. Dia kena 3 jahitan, ambik MC sampai 4 hari. Seram jugak dengaq dia cita kat dalam ofis, kena pisau sampai darah merecik kat muka dia, fuhh macam final destination bai, hahaha.

Ramai jugak yang injured kat kilang aku tahun ni. Nak kata tadak safety tak jugak, ada yang berpunca dengan kecuaiaan diri sendiri, salah cara dan teknik penggunaan mesin cutter, kalau macam kes aku salah teknik nak potong barang sampai boleh terkena pisau. Boleh kata ramai jugak la yang kena dengan mesin tu, kalau kena sekali kali ke-2 tak mungkin akan kena balik sebab kita akan lebih aware dan berhati-hati masa dok guna mesin cutter. Aku tadak la sampai tahap tak berani guna dah mesin cutter tu, aku still dok guna lagi mesin cutter walaupon kadang-kadang mai flashback masa aku kena pisau ari tu, aku tetap cool dan acah berani dan of coz guna dengan penuh berhati-hati, kalau kena lagi malu beb, orang mesti kata aku ni tadak luck ka apa, hahaha. Dalam kes Abang Nazri lak tak boleh kata apa, benda dah berlaku, dah nama pon eksiden. Kes Zarul lak sama macam aku jugak, salah teknik penggunaan. 

Peringatan untuk kawan-kawan dan diri sendiri supaya lebih berhati-hati semasa buat keja yang melibatkan mesin. Tanya orang yang lebih berpengalaman dan yang keja lama, depa mesti tau teknik dan cara penggunaan mesin dengan betul, kita yang kurang pengalaman dalam mengendalikan mesin berisiko tinggi injured masa tengah operate mesin, time aku terkena pisau member yang jaga mesin tu dia p tempat lain, so dia tak nampak la yang aku dok guna dengan cara yang bahaya and bila dia tak nampak dia tak dan nak teguq aku la, tu yang aku terkena pisau tu, kalau dia ada kat situ mesti dia teguq aku lama dah. Sebelum ni pon dia pernah teguq aku jugak yang cara aku tu salah tapi aku still buat lagi, mungkin time tu aku tengah rush sampai lupa pesan dia, bila dah terkena baru la teringat yang cara aku dok buat tu salah. Takpa lepas ni aku dah tau dah and aku akan lebih berhati-hati masa guna mesin cutter or mesin lain yang boleh bagi orang injured.

0 comments:

Post a Comment