L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Tuesday, 27 August 2019

Tahun ni tahun yang agak malang untuk orang yang keja kat kilang aku. Semuanya bermula dengan aku, masa bulan 3 ari tu aku injured dekat jari aku masa tengah potong sample, jari aku terkena pisau, darah kluaq banyak jugak, kawan aku yang jaga mesin tu terus bawak aku p bilik air cuci jari aku, first time darah kluaq banyak gila, sampai aku rasa nak pitam, tak boleh berdiri, mungkin aku takut darah kot. Pastu tauke aku, Mr Andy Lau bawak aku p klinik sambil ceramah aku, tauke aku ni baguih orangnya, kalau ada orang yang injured dia cepat cepat tolong bawak p klinik. Tahun ni kira aku jadi mangsa pertama yang injured kat tempat keja. Selang beberapa bulan tak ingat bulan bila ada sorang lagi yang jadi mangsa mesin yang aku kena, dia teruk sikit dari aku. Aku tak cita kat hampa lagi yang manager aku, Encik Nazri eksiden moto sampai pecah buku lali, kena masa lepas semayang Jumaat bulan 7 ari tu, tak tau la sampai bila kena rehat kat rumah, ramai yang kata perlukan sekurang-kurangnya 6 bulan baru boleh jalan, nampak gayanya tahun depan la manager aku baru boleh start keja. Tak lama lepas Abang Nazri eksiden sorang lagi jadi mangsa mesin cutter, mesin lain, sebelah mesin yang aku kena ja, tapi kali ni dia paling teruk kena sampai 2 jari and kena jahit 18 jahitan seingat aku. Rakan sekerja ofis aku satu department, Zarul pon kena pisau jugak, tapi dekat mesin lain pulak, mesin sample cutter terletak di sebelah bangunan yang mesin yang aku kena. Dia kena 3 jahitan, ambik MC sampai 4 hari. Seram jugak dengaq dia cita kat dalam ofis, kena pisau sampai darah merecik kat muka dia, fuhh macam final destination bai, hahaha.

Ramai jugak yang injured kat kilang aku tahun ni. Nak kata tadak safety tak jugak, ada yang berpunca dengan kecuaiaan diri sendiri, salah cara dan teknik penggunaan mesin cutter, kalau macam kes aku salah teknik nak potong barang sampai boleh terkena pisau. Boleh kata ramai jugak la yang kena dengan mesin tu, kalau kena sekali kali ke-2 tak mungkin akan kena balik sebab kita akan lebih aware dan berhati-hati masa dok guna mesin cutter. Aku tadak la sampai tahap tak berani guna dah mesin cutter tu, aku still dok guna lagi mesin cutter walaupon kadang-kadang mai flashback masa aku kena pisau ari tu, aku tetap cool dan acah berani dan of coz guna dengan penuh berhati-hati, kalau kena lagi malu beb, orang mesti kata aku ni tadak luck ka apa, hahaha. Dalam kes Abang Nazri lak tak boleh kata apa, benda dah berlaku, dah nama pon eksiden. Kes Zarul lak sama macam aku jugak, salah teknik penggunaan. 

Peringatan untuk kawan-kawan dan diri sendiri supaya lebih berhati-hati semasa buat keja yang melibatkan mesin. Tanya orang yang lebih berpengalaman dan yang keja lama, depa mesti tau teknik dan cara penggunaan mesin dengan betul, kita yang kurang pengalaman dalam mengendalikan mesin berisiko tinggi injured masa tengah operate mesin, time aku terkena pisau member yang jaga mesin tu dia p tempat lain, so dia tak nampak la yang aku dok guna dengan cara yang bahaya and bila dia tak nampak dia tak dan nak teguq aku la, tu yang aku terkena pisau tu, kalau dia ada kat situ mesti dia teguq aku lama dah. Sebelum ni pon dia pernah teguq aku jugak yang cara aku tu salah tapi aku still buat lagi, mungkin time tu aku tengah rush sampai lupa pesan dia, bila dah terkena baru la teringat yang cara aku dok buat tu salah. Takpa lepas ni aku dah tau dah and aku akan lebih berhati-hati masa guna mesin cutter or mesin lain yang boleh bagi orang injured.

Sunday, 25 August 2019

INFO

  • Directed by: David Leitch
  • Produced by:
    • Dwayne Johnson
    • Jason Statham
    • Chris Morgan
    • Hiram Garcia
  • Production company:
    • Seven Bucks Productions
    • Chris Morgan Productions
  • Distributed by: Universal Pictures
  • Release date:
    • July 13, 2019 (Dolby Theatre)
    • August 2, 2019 (United States)
  • Running time: 135 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $200 million
  • Box office: $588.9 million


SYNOPSIS

Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson a.k.a The Rock, seorang agen yang setia kepada Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Amerika dan Deckard Shaw (Jason Statham), bekas ketua elit tentera British, yang pertama kali muncul masa Furious 7 tahun 2015, kedua-dua mereka selalu bertengkar dan mengutuk sesama sendiri apabila mereka diarahkan untuk bekerjasama untuk menumpaskan dan mengambil kembali virus yang boleh diubahsuai, Snowflake dari Brixton (Idris Elba) yang mempunyai kekuatan cyber-genetik. Brixton berjaya menculik seorang agen MI6 yang menyuntik Snowflake ke dalam dirinya untuk mengelakkan virus tersebut dirampas oleh Brixton, Hattie (dilakonkan oleh Vanessa Kirby) yang juga merupakan adik perempuan Shaw. Hobbs dan Shaw perlu berkerjasama untuk melindungi Snowflake dari dirampas daripada Brixton serta perlu menumpaskan Brixton.

CASTS

  • Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs: 
    • Seorang agen DSS yang ditugaskan oleh CIA untuk bekerja dengan Deckard dalam menghentikan Snowflake, walaupun mereka tidak saling menghormati.
  • Jason Statham sebagai Deckard Shaw: 
    • Seorang tentera upahan yang dahulunya bersenjata dengan Pasukan Khas Inggeris dan MI6 dan, yang masih bertentangan tetapi bergabung dengan Hobbs untuk membantu adik perempuannya, Hattie.
  • Idris Elba sebagai Brixton Lore: 
    • Seorang pengganas yang bekerja untuk Eteon dan bekas agen MI6 yang memiliki sejarah dengan Deckard. 
  • Vanessa Kirby sebagai Hattie Shaw: 
    • Ejen bidang MI6 dan adik perempuan Deckard dan Owen, yang sedang diburu oleh Lore. 
  • Eiza González sebagai Madam M: 
    • Seorang pencuri berprofil tinggi, rakan dan bekas kekasih Deckard. 
  • Cliff Curtis sebagai Jonah Hobbs: 
    • Abang sulung Luke Hobbs, seorang mekanik dan genius dalam bidang perkomputeran.
  • Helen Mirren sebagai Magdalene "Queenie" Shaw: 
    • Seorang penjenayah yang merempat di dalam penjara dan juga ibu kepada Deckard, Hattie dan Owen Shaw.
  • Ryan Reynolds sebagai Locke: 
    • Locke bekerja sebagai agen CIA. Dia merupakan sahabat lama Hobbs. Dia la yang menemukan Hobbs dengan Shaw semasa mereka berbincang di kedai makan dalam misi mendapatkan semula Snowflake.
  • Kevin Hart sebagai Dinkley:
    • Dinkley merupakan marshal udara. Dia membuat kemunculan dalam kapal terbang ketika Hobbs, Shaw, dan Hattie hendak pergi ke Moscow. Dia membantu Hobbs dan rakan-rakan untuk ke kampung halaman Hobbs di Samoa dengan menyediakan kapal terbang untuk mereka ke sana.

RATING

  • Rotten Tomatoes: 67% 
  • IMDb: 6.8/10


MY COMMENT & RATING

Movie Hobbs & Shaw ni bukanlah movie Fast and Furious yang ke-9. Yang ke-9 punya akan release bulan 5 next year menurut sumber Wiki. Hobbs & Shaw ni cuma spin-off dalam series Fast and Furious, depa terangkan sikit dengan lebih detail pasai hubungan Hobbs dengan Shaw dan sedikit sejarah pasai Shaw dengan Brixton. Walaupon cuma spin off dan tak mendapat sambutan yang hangat serta rating yang tak berapa begitu menawan tapi bagi aku movie Hobbs & Shaw ni antara movie action+komedi yang terbaik yang aku pernah tengok. Of coz tanpa kehadiran watak utama dalam franchise Fast and Furious ni menjadi salah satu faktor movie ni tak dapat rating yang tinggi, Van Diesel dan Tyrese Gibson dan yang lain-lain yang selalu muncul dalam movie Fast and Furious tapi kehadiran Ryan Reynolds dan Kevin Hart sedikit sebanyak menyerikan suasana serta menutup kekurangan yang ada dalam movie Hobbs & Shaw ni. Overall movie ni tak la sampai tahap awesome tapi not bad dan tak la rugi tengok, so well recommend la bagi aku. Rating aku untuk movie Hobbs & Shaw ni aku bagi 7.5/10.

Friday, 23 August 2019

Wednesday, 21 August 2019

Kepada pembaca setia blog aku ni, aku tau dah lama hampa tunggu post baru aku. Dah dekat sebulan lebih jugak la aku rasa aku tak update blog aku ni. Nak kata busy tak la jugak, masa weekend free ja, satu je alasan yang munasabah ialah diri aku ni yang malas nak update blog, hahaha. Sebelum ni pernah jugak rasa malas nak update, paling lama aku tak update setengah tahun. Tapi sekarang aku dah dapat solution macam mana nak elakkan diri aku ni jadi malas nak update blog aku ni. Solution dia ialah aku kena lepak kat luaq sambil update blog aku. Cara ni aku rasa mungkin berkesan, tak tau la untuk berapa lama, sebab bila aku dok rumah priority aku lebih suka menghabiskan masa aku dengan main game PS, kalau bukak pc aku pon aku tengok drama. So bila aku lepak kat luaq bawak laptop aku of coz aku tak kan main game dah, kalau nak kata boleh main game kat laptop aku bukan suka sangat main game kat laptop, lagi pon laptop yang aku baru beli ni (beli semata-mata nak update blog aku ja) bukan power sangat nak install game. Kalau main game kat fon lagi tak la, aku bukan kaki main Mobile Legend dgn PUBG pon. So sebab tu aku rasa kaedah yang terbaik untuk aku jadi rajin update blog adalah dengan p lepak kat luaq rumah. Macam post ni aku update masa aku dok kat kedai makan, kedai Nash Bistro yang terletak dalam kawasan Kapitan, sebab kedai Nash Bistro ni ada WiFi (nanti aku cita sikit pasai kedai Nash Bistro ni). Okay aku rasa setakat ni saja post aku untuk hari ni, kepada yang still membaca blog aku yang tak seberapa ni aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa hampa baca blog aku ni dan stay tuned untuk post aku yang akan datang, aku akan update balik post untuk hari yang sepatutnya aku update. Thanks once again.

Saturday, 10 August 2019

Member ofis aku sorang dah pon berenti keja minggu ni. Nama budak ni Khatib, tak tau aku ada mention nama dia kat blog aku ni, aku pon tak ingat. Dah setaun dah dia keja kat tempat aku, pastu dia berenti bulan ni sebab dia dapat offer kat tempat lain, dalam bidang yang sama jugak, cuma kat tempat baru dia tu depa bayaq gaji dia lebih sikit kot, tak tau la berapa, just assume la, kalau tak buat pa dia nak berenti, lol. Dia ada bagitau kat manager aku, Abang Nazri yang dia nak berenti, tempat aku memang sebelah ja dengan Abang Nazri so memang aku dengaq la perbualan depa dorang walaupon depa cakap slow-slow. Pastu aku bagitau la kat Ijat yang Khatib nak berenti, reaksi dia tak begitu terkejut, mungkin dia macam don't give a fuck, sebab sebelum ni pon si Khatib ada berenti keja sat nak jaga ayah dia sakit, and dia hampir-hampir nak berenti tapi Abang Nazri tak bagi. Mungkin sebab ni yang Ijat macam tak kisah sangat, "Ala mamat ni acah-acah ja nak berenti, hari lain nanti kata tak jadi nak berenti lak." kata Ijat di dalam hati (I just made this up lol). 

Lepas aku bagitau Ijat masa kat dalam ofis Ijat pon tanya la si Khatib betui ka dia nak berenti, Mino yang habaq. Pastu Khatib buat tak puas ati kat aku, sebab dia punya la berusaha tak mau orang lain tau yang dia nak berenti, kalau dia tak mau orang lain tau sepatutnya dia wasap personal dengan Abang Nazri, ni tak, p cakap direct kat Abang Nazri, dah la Abang Nazri dok sebelah aku ja, cakap slow-slow ingat aku tak dengaq ka, mungkin dia konfiden yang aku dok khusyuk ngadap pc aku buat keja, tapi dia tak tau yang aku jadi alert bila orang dok menyembang sebelah aku, hahaha. Nampak macam aku yang rosakkan rancangan jahat dia, padahai dia yang rosakkan rancangan dia sendiri, hahaha (gelak jahat). 

Dia ada bagitau yang dia last keja 9 hb tapi minggu ni dia tak mai keja dah kira dia berenti teruih kot. Agak tak professional la bagi aku berenti tak salam mintak maaf ka cakap tengkiu ka sebab beri tunjuk ajar, tapi takpala Khatib aku doakan yang baik-baik untuk hang, semoga hang menemui kebahagiaan di tempat keja baru hang, kami kat Awan ni tak akan lupakan memori serta kenangan terindah bersama hang, walaupon pada masa yang sama kami memaki hamun hang sebab projek or drawing hang buat masalah kat kami. Kalau hang tiba-tiba rasa nak keja kat Awan balik kami terima dan mengalu-alukan kedatangan hang balik kat sini, kami geng-geng designer belum ambik keputusan lagi nak blacklist nama hang kat Awan lagi so kami still boleh accept hang mai keja kat Awan lagi, tapi habaq siap-siap la kami akan perlekuh, taboh, dera serta buli hang dengan lebih teruk lagi dari masa hang kat Awan dulu, hahaha. Hang tau tak ketiadaan hang menyebabkan aku jadi mangsa keadaan dan tempat lepas geram geng-geng designer, so aku merayu supaya hang mai balik kat Awan ni, hahaha.

Monday, 15 July 2019

Yo wassap geng! Cuti hari Sabtu hari tu hampa p mana? Tak kan dok rumah saja, hahaha. Aku? Well aku mesti la kluaq jalan-jalan. Aku ni memang pantang kalau cuti hari Sabtu mesti ada ja rasa nak p kluaq. Ni aku nak cita sikit apa aktiviti yang aku buat hari Sabtu hari tu. Hari Sabtu lepas kan cuti awam so aku dah plan siap-siap dah nak kluaq ngan Tan. Aku ajak dia lepak QB, dah lama aku tak lepak sana, selalu dok lepak kat area BM ja, tambah lagi time cuti la so boleh la aku p lepak kat belah Pulau. Aku cakap kat Tan pukui 9 pagi camtu aku p rumah dia, nak lepak kat area belah pulau ni baik gerak pagi sebab kalau tengah hari baru nak p konfem ramai orang, bila dah ramai orang paham-paham la keadaan trafik macam mana. Aku ambik Tan lebih kurang pukui 9  setengah camtu. Aku dok cari pam stesen minyak nak reload aku punya kad Touch N Go. Singgah kat Petronas dekat jalan nak p AEON Alma dia offline lak. Pastu singgah lak kat Petronas dekat RNR Juru baru boleh topap. Aku topap RM20 ja, tak banyak, sebab aku bukan selalu guna kad Touch N Go pon. Pukui 10 setengah baru sampai kat QB. Tanpa berlengah-lengah masa kami teruih p beli tiket wayang, perkara pertama and wajib yang kami selalu buat masa kami lepak sekali, hahaha. Hari tu kami tengok cita Toy Story 4, one of my favourite childhood movie, nanti aku akan buat review sikit pasai movie ni untuk post yang akan datang. 


Dah abih tengok wayang kami dok pikiaq nak makan kat mana. Kami p kat area food court dalam QB ramai orang sangat, tempat duduk tadak, so aku pon ajak Tan p makan kat luaq, nasi kandaq ka, tak kisah la kedai mana pon janji kedai tu tak ramai orang. Time abih tengok wayang baru pukui 1, kira ada banyak masa lagi kalau kami nak lepak, tapi sebelum malam aku nak balik la sebab malam masa dengan family aku lak. Tengah dok kluaq dari QB aku ternampak signboard tulis Muzium and then truih dapat idea nak p sana lepas lunch. Dah tau dah kat mana nak lepak lepas lunch  tapi kami still dok pikiaq nak makan kat mana, pikiaq punya pikiaq time dok tengah drive tak tau macam mana boleh sampai kat Original Penang Kayu Nasi Kandaq, antara restoran nasi kandaq yang femes kat area Penang. Tan la yang bagitau aku jalan mana nak masuk tak tau lak dia bawak aku p kedai tu lol. Sampai sana ramai jugak orang dok beratuq, tapi sat ja beratuq sebab depa laju buat keja. 









Perut dah loaded abis aku p singgah kat surau nak p semayang Zohoq lak. Lepas semayang Tan tanya aku nak p muzium mana sebab kat area Penang ada banyak muzium. Aku cakap la muzium yang bersejarah so Tan pon tunjuk jalan nak p Muzium Perang. Tempat dia agak tersorok jugak la, sampai kena masuk dalam area hutan, tapi kira logik la sebab tu kawasan kubu pertahanan tentera Jepun masa depa jajah negara kita, so memang patut la tempat dia tersorok sikit. Kami dok sana dekat 2 jam jugak la, penat tu toksah kata la, tambah la time panas terik, ngan aku lak pakai baju kemeja kaler hitam, dok plan nak p tengok wayang ja, tak tau la macam mana boleh terpikiaq nak p muzium, kalau dah plan nak p muzium awai-awai dah lama aku pakai baju T-shirt biasa, hahaha. Lebih kurang pukui 4 kami pon balik ikut jambatan ke-2, sebab kalau ikut jambatan pertama takut jem lak. Itu la aktiviti yang aku buat masa cuti hari Sabtu hari tu, lepas ni tak tau nak p lepak kat mana lak, boleh kata banyak lagi tempat menarik kat area Penang yang aku tak p lagi.

Wednesday, 10 July 2019

Kalau dulu setiap kali breakfast aku suka dok balun Nestum (dalam post aku sebelum ni aku ada cita). Tapi sekarang aku dok rajin breakfast kat kedai dekat dengan Kapitan Perda. Nama kedai tu Shah Café. Kat kedai ni ada nasi campuq dengan roti canai, macam kedai mamak la lebih kurang, well kalau tengok pekerja dia boleh kata kedai mamak la. Apa yang special sangat ngan Shah Café ni? Tadak apa yang special sangat pon, biasa-biasa ja, dia punya roti boleh tahan jugak la rasa dia, tapi aku makan kat sana aku selalu ambik nasi putih lauk sosej dengan teloq mata, ayaq teh ais. Boleh kata tiap-tiap hari la aku makan kat sana, dan menu yang sama, kecuali hari weekend ja aku jarang p, and kalau kedai tu ramai orang aku p breakfast kat kedai lain. Nasi putih berlaukkan sosej sebatang dengan teloq mata cukup bagi aku untuk sarapan yang sempurna di pagi hari yang indah. Kalau hampa nak try rasa masakan kat kedai Shah Café ni boleh la try, terletak satu baris dengan Bintang Idola dan Bank Islam berdekatan dengan area Kapitan Perda.

Friday, 5 July 2019

Friday, 28 June 2019

Hari ni aku ingatkan hari yang paling bahagia bagi aku sebab aku ada date dengan budak pompuan kilang aku, tapi malangnya hari bahagia bertukar jadi hari yang malang bagi aku. Ceritanya bermula begini, aku berkenan ngan sorang pompuan ni, nama dia Afifah (Ifa dengan nama pendek), dia baru ja keja kat kilang aku, mula-mula tu tadak la sampai tahap nak ajak dia kluaq tapi bila dia dah start cakap ngan aku jadi suka ngan dia lak, well kalau nak tau aku ni memang jenis yang cepat dan mudah jatuh cinta, walaupon hanya sembang 2-3 kali ja. Aku dah plan nak ajak dia kluaq hari Jumaat (hari ni), lebih kurang pukui 12 lebih aku panggil dia kluaq ofis (sebab takut orang lain dengaq lol). Aku tanya dia free tak balik keja nanti dia pon kata free la pastu tanya sebab apa tanya aku pon cakap la nak ajak kluaq makan, masa dia tanya kat mana tu aku dah rasa syok dah sebab dia berminat dan terima pelawaan aku. Aku pon cakap la makan kat Pak Mat Western yang sememangnya dekat dengan kilang aku. Aku tanya dia ada no aku tak dia kata mesti la ada, aku agak dia mesti ambik no aku dari emel kilang so aku tak terkejut bila dia kata ada no aku, aku pon dah ada dah no dia sebab aku tengok kat emel kilang jugak lol tapi aku mintak jugak no dia takut dia guna no lain untuk wasap and ternyata tepat jangkaan aku bila no yang dia bagi tu lain dengan no dalam emel. Terketaq-ketaq jugak tangan aku taip no dia, bukan nervous tapi mungkin terlalu eksaited, hahaha. Dah dapat no dia aku yang rasa eksaited sebab dapat date dengan dia lepak kat bahagian assembly production sebab time tu tinggal 15 minit lagi nak rehat so aku ngulat sat, hahaha. Aku p kat Zharif cakap kat dia nak tau tak rahsia aku. Dia dah tau dah rahsia aku yang aku ajak si pompuan yang aku minat tadi tu kluaq aku pon macam wadefak macam mana dia boleh tau, mungkin dia dah nampak aku sembang dengan si Ifa kot tu yang dia teka. Zharif kata Pak Mat tutup 2 minggu aku pon pikiaq sat kat mana nak makan satgi ngan Ifa. Si Zharif bagi tips kat aku macam mana nak jaga hati pompuan and aku rasa macam susah nak hadam semua tu dah sebab aku belum kluaq lagi dengan si Ifa lol. Masa nak p tandas kat ofis terserempak dengan Ifa yang baru ja kluaq dari tandas so aku pon cakap kat dia Pak Mat tutup and dia pon macam wadefak macam mana tau hang kluaq p tengok sana ka aku pon cakap la yang si Zharif yang habaq. Kami pon pikiaq sat nak makan kat mana, last-last aku kata kat dia nanti aku wasap konfem lain tempat mana nak p makan.

Lepas solat Jumaat aku masuk la ofis. Tak lama kemudian Mr. Lau (tauke kilang aku) masuk tanya nak mintak tolong ambik orang kat airport. Abang Nazri (my manager) tanya aku ada keja urgent tak aku pon cakap la tadak, yang urgent semua dah setel so aku terpilih untuk setel quest yang diberi Mr. Lau. Quest dia aku kena p airport pick up orang dari Mara, Azri nama dia and aku dah kenal dia dah, no fon dia pon dah ada. Azri ditugaskan p ambik plastik dekat Johor, awal pagi tadi dia dah gerak dah, dah sebab ada urgent shipping memang terpaksa p Johor ambik plastik yang dah order, so si Azri ni diamanahkan untuk jalankan tugas tersebut. Mr. Lau bagi kunci keta dia, keta CR-V. Aku yang first time bawak keta CR-V jenuh dok cari mana handbrake dia sampai kena call si Ijat (ofis mate aku) tanya dia kat mana handbrake dia cakap ada kat bawak tempat pedal macam clutch, dia kena pijak sampai benda tu naik atas, aku baru teringat yang aku pernah bawak Alza yang guna footbrake sama macam tu jugak. Lebih kurang pukui 3:10 aku pon gerak dari kilang ke airport. Nak sampai airport aku pon call si Azri cakap aku nak sampai dah dia kata tunggu kat tingkat atas sebab bawah jem. Lepas ambik dia kami pon p kilang Plexus Seaside, kilang customer kami, kena nak bagi plastik yang si Azri ambik dari Johor tu kat geng packing barang. Dah sampai call si Mior lak (salah sorang packer) mai ambik plastik. Aku call Mr. Lau tanya macam mana nak packing, sebab Mr. Lau cakap kalau packing sekali kena bukak plastik tu and asingkan. Mior dah sampai kat kami, tapi kami still dok pikiaq macam mana nak packing. Si Mior masuk dalam balik cakap kat kami kalau dah setel call dia. Dok perhati lama plastik tu baru paham yang plastik dah packing asing, aku pening and konfius sebab ada banyak plastik dalam satu plastik, tu yang dok pikiaq lama tu, tengok label dia packing satu-satu baru paham. Kami pon call Mior mai amik plastik. 

Dah setel kami pon balik. Aku ngan Azri dok sembang pasai game, bila dia tanya aku p hiking tak aku pon cakap la tak and aku jarang bersukan, selalu dok rumah main game PS4, dia pon kata cantik sebab dia pon ada PS4 so start situ kami sembang pasai game. Tiba-tiba Mr. Lau call aku, tanya aku kotak awat tak hantaq. Aku pon pelik la kotak apa lak, suruh aku antaq plastik ja, tiba-tiba tanya pasai kotak lak. Rupa-rupanya kotak yang ada kat belakang bonet tu kena antaq sekali dengan plastik. Aku ada perasan ada kotak kat belakang bonet tapi aku tak tau lak yang kotak tu kena antaq sekali sebab aku dok ingat kotak tu dah ada kat receiving area. Separuh jalan jugak la kat atas jambatan no. 2, nak tak nak kena patah balik jugak p antaq kotak tu, lol. Disebabkan ni aku terpaksa cancel date aku ngan Ifa, janji ngan dia pukui 6 setengah, pukui 8 baru sampai kilang, tu pon si Azri surruh antaq dia kat Mara (tempat dia keja), kalau tak kena antaq dia balik rumah teruih kat AEON Alma sebab dia tak bawak moto, dia kata takpa nanti dia suruh adik dia mai ambik. 

Rancang nak balik awai pukui 6 sebab nak kluaq makan ngan si Ifa last-last pukui 8 baru boleh balik, dah la kat masjid time seamyang Jumaat selipar kena curi, pastu kena balik lambat lak sampai date kena cancel, memang bad luck betui aku hari ni, tapi takpa aku tetap tabah, cuma hari ni ja aku tak bernasib baik, relax Mino, relax... it's just a bad day not a bad year.

Thursday, 20 June 2019




INFO

  • Directed by: F. Gary Gray
  • Production companies:
    • Columbia Pictures
    • Amblin Entertainment
    • Parkes + Macdonald
    • Image Nation
    • Tencent Pictures
  • Distributed by: Sony Pictures Releasing
  • Release date:
    • June 11, 2019 (New York City)
    • June 14, 2019 (United States)
  • Running time: 115 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $94–110 million
  • Box office: $219 million

SYNOPSIS

The Men in Black, satu organisasi sulit yang telah berkembang di seluruh dunia untuk melindungi penduduk Bumi dari ancaman tetapi begitu juga penjahat alam semesta. Untuk memastikan semua orang selamat, Agent H dan Agen M bergabung dengan orang lain. Apabila makhluk asing yang boleh meniru bentuk mana-mana manusia tiba di Bumi untuk mengambil kembali senjata paling kuat di alam semesta, H dan M memulakan pengembaraan mereka untuk menyelamatkan agensi dan juga dunia dari rancangan jahat makhluk asing tersebut.

CASTS

  • Chris Hemsworth sebagai Henry / Agent H, 
    • agen utama di cawangan MIB UK. 
  • Tessa Thompson sebagai Molly Wright / Agent M, 
    • seorang rekrut MIB rookie yang ditugaskan ke cawangan UK. 
  • Mandeiya Flory sebagai Young Molly. 
  • Kumail Nanjiani sebagai Pawny (suara), 
    • seorang pahlawan asing kecil yang berkawan dengan H dan M. 
  • Liam Neeson sebagai High T, 
    • ketua cawangan MIB UK. 
  • Rafe Spall sebagai Agent C, 
    • agen MIB di cawangan UK yang ragu-ragu terhadap masa lalu 
  • H. Rebecca Ferguson sebagai Riza Stavros, 
    • peniaga senjata intergalaksi asing dan bekas teman wanita H. Laurent 
  • Larry Bourgeois sebagai The Twins
    • seorang duo alien yang mencari bentuk artifak yang berbahaya. The Twins membunuh manusia dan meniru penampilan mereka. 
  • Emma Thompson sebagai Agen O
    • ketua MIB yang beroperasi di AS. 
  • Kayvan Novak sebagai Vungus yang Ugly
    • ahli keluarga diraja asing dan rakan H. Kayvan Novak juga menggambarkan Nasr dan Bassam Tim Blaney sebagai Frank the Pug (suara) 
  • Spencer Wilding sebagai Luca Brasi 
  • Marcy Harriell dan Inny Clemons cameo sebagai ibu bapa Molly dalam masa Molly kecil. 
  • Thom Fountain dan Drew Massey sebagai Guys Cacing (suara)
    • makhluk seperti cacing yang bekerja untuk MIB.

RATING

  • IMDb: 
    • 5.7/10
  • Rotten Tomatoes: 
    • 22%

MY COMMENT & RATING


Kali ni Will Smith tak berlakon dalam movie MIB yang terbaru ni sebab dia dah jadi jin dalam movie Aladdin, lol. Walaupon tanpa kehadiran Will Smith dalam movie MIB International, movie ni tak la begitu teruk, boleh la kalau nak tengok kalau ada masa free. Rating yang movie ni dapat agak teruk jugak, tapi nak kata tak layak jugak kalau movie ni dapat rating tinggi, sederhana pon kira okay la, mungkin sebab franchise MIB ni kurang mendapat perhatian and dah tak best macam first punya so sebab tu dapat rating rendah. Kalau aku berapa aku nak bagi lak? 7/10 kira okay kot rating aku untuk movie ni.