L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Just a Bad Day Not a Bad Year

Friday 28 June 2019

Just a Bad Day Not a Bad Year

Hari ni aku ingatkan hari yang paling bahagia bagi aku sebab aku ada date dengan budak pompuan kilang aku, tapi malangnya hari bahagia bertukar jadi hari yang malang bagi aku. Ceritanya bermula begini, aku berkenan ngan sorang pompuan ni, nama dia Afifah (Ifa dengan nama pendek), dia baru ja keja kat kilang aku, mula-mula tu tadak la sampai tahap nak ajak dia kluaq tapi bila dia dah start cakap ngan aku jadi suka ngan dia lak, well kalau nak tau aku ni memang jenis yang cepat dan mudah jatuh cinta, walaupon hanya sembang 2-3 kali ja. Aku dah plan nak ajak dia kluaq hari Jumaat (hari ni), lebih kurang pukui 12 lebih aku panggil dia kluaq ofis (sebab takut orang lain dengaq lol). Aku tanya dia free tak balik keja nanti dia pon kata free la pastu tanya sebab apa tanya aku pon cakap la nak ajak kluaq makan, masa dia tanya kat mana tu aku dah rasa syok dah sebab dia berminat dan terima pelawaan aku. Aku pon cakap la makan kat Pak Mat Western yang sememangnya dekat dengan kilang aku. Aku tanya dia ada no aku tak dia kata mesti la ada, aku agak dia mesti ambik no aku dari emel kilang so aku tak terkejut bila dia kata ada no aku, aku pon dah ada dah no dia sebab aku tengok kat emel kilang jugak lol tapi aku mintak jugak no dia takut dia guna no lain untuk wasap and ternyata tepat jangkaan aku bila no yang dia bagi tu lain dengan no dalam emel. Terketaq-ketaq jugak tangan aku taip no dia, bukan nervous tapi mungkin terlalu eksaited, hahaha. Dah dapat no dia aku yang rasa eksaited sebab dapat date dengan dia lepak kat bahagian assembly production sebab time tu tinggal 15 minit lagi nak rehat so aku ngulat sat, hahaha. Aku p kat Zharif cakap kat dia nak tau tak rahsia aku. Dia dah tau dah rahsia aku yang aku ajak si pompuan yang aku minat tadi tu kluaq aku pon macam wadefak macam mana dia boleh tau, mungkin dia dah nampak aku sembang dengan si Ifa kot tu yang dia teka. Zharif kata Pak Mat tutup 2 minggu aku pon pikiaq sat kat mana nak makan satgi ngan Ifa. Si Zharif bagi tips kat aku macam mana nak jaga hati pompuan and aku rasa macam susah nak hadam semua tu dah sebab aku belum kluaq lagi dengan si Ifa lol. Masa nak p tandas kat ofis terserempak dengan Ifa yang baru ja kluaq dari tandas so aku pon cakap kat dia Pak Mat tutup and dia pon macam wadefak macam mana tau hang kluaq p tengok sana ka aku pon cakap la yang si Zharif yang habaq. Kami pon pikiaq sat nak makan kat mana, last-last aku kata kat dia nanti aku wasap konfem lain tempat mana nak p makan.

Lepas solat Jumaat aku masuk la ofis. Tak lama kemudian Mr. Lau (tauke kilang aku) masuk tanya nak mintak tolong ambik orang kat airport. Abang Nazri (my manager) tanya aku ada keja urgent tak aku pon cakap la tadak, yang urgent semua dah setel so aku terpilih untuk setel quest yang diberi Mr. Lau. Quest dia aku kena p airport pick up orang dari Mara, Azri nama dia and aku dah kenal dia dah, no fon dia pon dah ada. Azri ditugaskan p ambik plastik dekat Johor, awal pagi tadi dia dah gerak dah, dah sebab ada urgent shipping memang terpaksa p Johor ambik plastik yang dah order, so si Azri ni diamanahkan untuk jalankan tugas tersebut. Mr. Lau bagi kunci keta dia, keta CR-V. Aku yang first time bawak keta CR-V jenuh dok cari mana handbrake dia sampai kena call si Ijat (ofis mate aku) tanya dia kat mana handbrake dia cakap ada kat bawak tempat pedal macam clutch, dia kena pijak sampai benda tu naik atas, aku baru teringat yang aku pernah bawak Alza yang guna footbrake sama macam tu jugak. Lebih kurang pukui 3:10 aku pon gerak dari kilang ke airport. Nak sampai airport aku pon call si Azri cakap aku nak sampai dah dia kata tunggu kat tingkat atas sebab bawah jem. Lepas ambik dia kami pon p kilang Plexus Seaside, kilang customer kami, kena nak bagi plastik yang si Azri ambik dari Johor tu kat geng packing barang. Dah sampai call si Mior lak (salah sorang packer) mai ambik plastik. Aku call Mr. Lau tanya macam mana nak packing, sebab Mr. Lau cakap kalau packing sekali kena bukak plastik tu and asingkan. Mior dah sampai kat kami, tapi kami still dok pikiaq macam mana nak packing. Si Mior masuk dalam balik cakap kat kami kalau dah setel call dia. Dok perhati lama plastik tu baru paham yang plastik dah packing asing, aku pening and konfius sebab ada banyak plastik dalam satu plastik, tu yang dok pikiaq lama tu, tengok label dia packing satu-satu baru paham. Kami pon call Mior mai amik plastik. 

Dah setel kami pon balik. Aku ngan Azri dok sembang pasai game, bila dia tanya aku p hiking tak aku pon cakap la tak and aku jarang bersukan, selalu dok rumah main game PS4, dia pon kata cantik sebab dia pon ada PS4 so start situ kami sembang pasai game. Tiba-tiba Mr. Lau call aku, tanya aku kotak awat tak hantaq. Aku pon pelik la kotak apa lak, suruh aku antaq plastik ja, tiba-tiba tanya pasai kotak lak. Rupa-rupanya kotak yang ada kat belakang bonet tu kena antaq sekali dengan plastik. Aku ada perasan ada kotak kat belakang bonet tapi aku tak tau lak yang kotak tu kena antaq sekali sebab aku dok ingat kotak tu dah ada kat receiving area. Separuh jalan jugak la kat atas jambatan no. 2, nak tak nak kena patah balik jugak p antaq kotak tu, lol. Disebabkan ni aku terpaksa cancel date aku ngan Ifa, janji ngan dia pukui 6 setengah, pukui 8 baru sampai kilang, tu pon si Azri surruh antaq dia kat Mara (tempat dia keja), kalau tak kena antaq dia balik rumah teruih kat AEON Alma sebab dia tak bawak moto, dia kata takpa nanti dia suruh adik dia mai ambik. 

Rancang nak balik awai pukui 6 sebab nak kluaq makan ngan si Ifa last-last pukui 8 baru boleh balik, dah la kat masjid time seamyang Jumaat selipar kena curi, pastu kena balik lambat lak sampai date kena cancel, memang bad luck betui aku hari ni, tapi takpa aku tetap tabah, cuma hari ni ja aku tak bernasib baik, relax Mino, relax... it's just a bad day not a bad year.

0 comments:

Post a Comment