Kepada pembaca setia blog aku ni, aku tau dah lama hampa tunggu post baru aku. Dah dekat sebulan lebih jugak la aku rasa aku tak update blog aku ni. Nak kata busy tak la jugak, masa weekend free ja, satu je alasan yang munasabah ialah diri aku ni yang malas nak update blog, hahaha. Sebelum ni pernah jugak rasa malas nak update, paling lama aku tak update setengah tahun. Tapi sekarang aku dah dapat solution macam mana nak elakkan diri aku ni jadi malas nak update blog aku ni. Solution dia ialah aku kena lepak kat luaq sambil update blog aku. Cara ni aku rasa mungkin berkesan, tak tau la untuk berapa lama, sebab bila aku dok rumah priority aku lebih suka menghabiskan masa aku dengan main game PS, kalau bukak pc aku pon aku tengok drama. So bila aku lepak kat luaq bawak laptop aku of coz aku tak kan main game dah, kalau nak kata boleh main game kat laptop aku bukan suka sangat main game kat laptop, lagi pon laptop yang aku baru beli ni (beli semata-mata nak update blog aku ja) bukan power sangat nak install game. Kalau main game kat fon lagi tak la, aku bukan kaki main Mobile Legend dgn PUBG pon. So sebab tu aku rasa kaedah yang terbaik untuk aku jadi rajin update blog adalah dengan p lepak kat luaq rumah. Macam post ni aku update masa aku dok kat kedai makan, kedai Nash Bistro yang terletak dalam kawasan Kapitan, sebab kedai Nash Bistro ni ada WiFi (nanti aku cita sikit pasai kedai Nash Bistro ni). Okay aku rasa setakat ni saja post aku untuk hari ni, kepada yang still membaca blog aku yang tak seberapa ni aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa hampa baca blog aku ni dan stay tuned untuk post aku yang akan datang, aku akan update balik post untuk hari yang sepatutnya aku update. Thanks once again.
Wednesday, 21 August 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment