Apa yang special sangat dengan Starbucks ni? Harga dalam menu dia yang mahal tak semestinya menjadikan Starbucks ni special dan popular. Abis kalau bukan sebab harga apakah reason Starbucks ni begitu popular di kalangan masyarakat sekarang. Dari artikel yang aku baca bertajuk "Why is Starbucks so popular?" Starbucks ni bukan semata-mata dekat produknya, iaitu kopi dan minuman yang lain, Starbucks lebih kepada tempat di mana orang lepak, meluangkan masa bersama. Sedikit info mengenai Starbucks ni yang aku nak share, info yang aku dapat dari artikel yang sama. Okay Starbucks ni ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menjual espresso. Ia hanya rantaian kopi biasa dengan sekitar 6 kedai kopi, tidak ada yang hebat atau luar biasa mengenai kedai-kedai ni. Howard Schultz, yang pernah bekerja di Starbucks, pernah berkunjung ke Milan. Di sana, dia memerhatikan bahawa kedai kopi bukanlah tempat untuk order kopi saja, tapi sebaliknya tempat di mana orang boleh berjumpa dan bertemu satu sama lain.
Howard suka idea ini. Tapi bila dia menyuarakan idea ini kepada pemilik Starbucks, pendapatnya tu dihiraukan. Howard tidak menyerah kalah, dia meninggalkan Starbucks untuk memulakan syarikat kopinya sendiri bernama Il Giornale, di mana dia melaksanakan konsep 'pengalaman' sebagai perkhidmatan. Idea itu mendapat populariti yang luas. Akhirnya, Howard membeli Starbucks dan ganti semula konsep Starbucks yang kita tahu hari ini.
So lepas ni kalau aku ajak lepak Starbucks tak semestinya kena kluaqkan duit untuk beli ayaq dia, setakat lepak tu pon boleh, orang beli pon sebab dah alang-alang dok sana. Perkara biasa kalau rasa segan dok lepak sana saja tanpa beli apa-apa, rasa malu jugak dengan orang lain tapi Starbucks tak la begitu kejam halau orang yang tak beli produk dia, tak tau la kalau pernah jadi kat orang but not in my case. Kalau duit dalam poket banyak lagi so boleh la beli, bagi yang tak berkemampuan tu tak yah la beli, or share minum or mintak belanja dengan member yang kaya, hahaha. The point is bukan kedai mamak ja yang menjadi tempat sesuai untuk lepak or bersembang, Starbucks pon memenuhi kriteria tersebut. Lagipon bukan selalu nak acah-acah hipster gitu lepak Starbucks, kan?
0 comments:
Post a Comment