L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: I Love This Monday

Monday, 29 April 2019

I Love This Monday

Bukan senang nak cuti 5 hari, aku ni pandai jugak ambik kesempatan guna leave aku yang masih berbaki 10 hari lagi kalau tak silap aku. Aku dah tau hari Rabu ni cuti hari pekerja, aku pon pikiaq kan best kalau cuti sambung terus, dari hari Isnin pastu Selasa and then Rabu, dah 3 hari dah, hari Sabtu pon aku boleh ambik cuti, campuq hari Ahad dah 5 hari dah aku cuti, so aku pon apply la cuti hari Sabtu, Isnin dengan Selasa dengan reason yang aku letak 'family vacation'. Aku pon tak tau nak letak apa, selalu kalau mintak cuti panjang sikit family vacation la yang aku selalu letak, padahal bukan p bercuti pon, setakat kluaq tengok wayang ja, hahaha. Ahh, biaq la orang nak kata pa, cuti aku biaq la aku nak buat pa pon, lol. So berbalik kepada topik hari ni, pukul 8 pagi aku dah bangun, lepas mandi and bersiap time aku nak kluaq Mama tak tidoq lagi. Dia tengah pasang karpet rumput kat halaman luaq. Aku cakap kat Mama nak p airport pastu Mama tanya buat pa aku pon kata saja lepak sana. Dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti airport yang menjadi tempat lepak aku? Jawapan kepada persoalan tersebut ialah bukanlah sebab aku dah tadak idea nak lepak kat mana, sebab dia airport ni bagi aku antara tempat yang nostalgia, sebab time aku kecik dulu aku selalu p airport ambik Mama aku yang selalu p overseas. Mama aku mesti bawak balik CD-ROM English lesson, aku ngan adik aku selalu main kat komputer 90an.

Masa otw nak p sana aku layan album Estrella, setiap hari Isnin mesti wajib layan album no. 2 feveret aku. Sampai sana cari parking pastu dah jumpa aku pon masuk dalam airport. The first thing aku buat kat sana aku p tandas sebab sakit perut, lol. Dah melepas aku pon ronda-ronda cari tempat duduk, dah jumpa tempat duduk aku pon layan la album The Madding Crowd dari band Nine Days yang sememangnya mengingatkan aku pada masa awal 00an dulu. Dah abis satu album aku layan (total 12 lagu, lebih kurang sejam baru abis) aku pon balik. Masa atas jambatan aku wasap si Tan kata aku otw. Kami janji nak lepak sekali hari ni, nak p tengok cita Avengers: Endgame. Tan dah book awai dah tiket sebab minggu lepas aku suruh Tan book siap siap takut full lak. Mula-mula ingat nak tengok lambat sikit, time bulan puasa ka tapi dah sebab terlalu eksaited and sebab takut spoilers makin merebak aku pon rasa nak tengok awai.




Sampai rumah Tan dalam pukui 11:45 pagi kami borak-borak sepanjang perjalanan nak p Sunway Carnival. Tan dok cita pasai aktiviti harian dia lepas unemployed. Parking kat tingkat paling atas Sunway memang kosong, yela hari ni hari Isnin mana nak ada orang sangat lol. Kami p lunch kat KFC and then p lepak kat Popular lak. Pukul 1 setengah aku p solat Zohor, cita start pukui 1:50, 10 minit lepas solat kami beli popcorn dengan ayaq pastu enjoy movie sampai la pukui 5. Kami singgah kat Hong Leong bank sebab si Tan ada nak transfer duit. Jalan agak jem jugak time tu, maklumla time orang baru balik keja. Pukul 6 setengah baru sampai rumah lepas antaq Tan. Bagi aku hari ni hari Isnin yang paling best bagi aku, mungkin sebab tak p keja kot, hahaha. Lepas ni kalau hari Isnin cuti memang aku tak kan dok rumah punya, mesti aku akan kluaq p lepak kat mana-mana, mengimbau balik masa nostalgia dulu, sebab bagi aku hari Isnin hari yang sesuai kalau nak feel zaman nostalgia dulu.

0 comments:

Post a Comment