L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: April 2019

Monday, 29 April 2019

Bukan senang nak cuti 5 hari, aku ni pandai jugak ambik kesempatan guna leave aku yang masih berbaki 10 hari lagi kalau tak silap aku. Aku dah tau hari Rabu ni cuti hari pekerja, aku pon pikiaq kan best kalau cuti sambung terus, dari hari Isnin pastu Selasa and then Rabu, dah 3 hari dah, hari Sabtu pon aku boleh ambik cuti, campuq hari Ahad dah 5 hari dah aku cuti, so aku pon apply la cuti hari Sabtu, Isnin dengan Selasa dengan reason yang aku letak 'family vacation'. Aku pon tak tau nak letak apa, selalu kalau mintak cuti panjang sikit family vacation la yang aku selalu letak, padahal bukan p bercuti pon, setakat kluaq tengok wayang ja, hahaha. Ahh, biaq la orang nak kata pa, cuti aku biaq la aku nak buat pa pon, lol. So berbalik kepada topik hari ni, pukul 8 pagi aku dah bangun, lepas mandi and bersiap time aku nak kluaq Mama tak tidoq lagi. Dia tengah pasang karpet rumput kat halaman luaq. Aku cakap kat Mama nak p airport pastu Mama tanya buat pa aku pon kata saja lepak sana. Dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti airport yang menjadi tempat lepak aku? Jawapan kepada persoalan tersebut ialah bukanlah sebab aku dah tadak idea nak lepak kat mana, sebab dia airport ni bagi aku antara tempat yang nostalgia, sebab time aku kecik dulu aku selalu p airport ambik Mama aku yang selalu p overseas. Mama aku mesti bawak balik CD-ROM English lesson, aku ngan adik aku selalu main kat komputer 90an.

Masa otw nak p sana aku layan album Estrella, setiap hari Isnin mesti wajib layan album no. 2 feveret aku. Sampai sana cari parking pastu dah jumpa aku pon masuk dalam airport. The first thing aku buat kat sana aku p tandas sebab sakit perut, lol. Dah melepas aku pon ronda-ronda cari tempat duduk, dah jumpa tempat duduk aku pon layan la album The Madding Crowd dari band Nine Days yang sememangnya mengingatkan aku pada masa awal 00an dulu. Dah abis satu album aku layan (total 12 lagu, lebih kurang sejam baru abis) aku pon balik. Masa atas jambatan aku wasap si Tan kata aku otw. Kami janji nak lepak sekali hari ni, nak p tengok cita Avengers: Endgame. Tan dah book awai dah tiket sebab minggu lepas aku suruh Tan book siap siap takut full lak. Mula-mula ingat nak tengok lambat sikit, time bulan puasa ka tapi dah sebab terlalu eksaited and sebab takut spoilers makin merebak aku pon rasa nak tengok awai.




Sampai rumah Tan dalam pukui 11:45 pagi kami borak-borak sepanjang perjalanan nak p Sunway Carnival. Tan dok cita pasai aktiviti harian dia lepas unemployed. Parking kat tingkat paling atas Sunway memang kosong, yela hari ni hari Isnin mana nak ada orang sangat lol. Kami p lunch kat KFC and then p lepak kat Popular lak. Pukul 1 setengah aku p solat Zohor, cita start pukui 1:50, 10 minit lepas solat kami beli popcorn dengan ayaq pastu enjoy movie sampai la pukui 5. Kami singgah kat Hong Leong bank sebab si Tan ada nak transfer duit. Jalan agak jem jugak time tu, maklumla time orang baru balik keja. Pukul 6 setengah baru sampai rumah lepas antaq Tan. Bagi aku hari ni hari Isnin yang paling best bagi aku, mungkin sebab tak p keja kot, hahaha. Lepas ni kalau hari Isnin cuti memang aku tak kan dok rumah punya, mesti aku akan kluaq p lepak kat mana-mana, mengimbau balik masa nostalgia dulu, sebab bagi aku hari Isnin hari yang sesuai kalau nak feel zaman nostalgia dulu.

Saturday, 27 April 2019

Semalam hari last si budak praktikal keja kat kilang aku. Nama budak tersebut Syazani, muda lima tahun dari aku. Orangnya kacak and jambu (no homo though) and suka layan anime. Kami rehat masa yang sama so kami kluaq rehat sekali dengan Zarul and the geng. Aku bagi dia buat sample tapi kadang-kadang kesian jugak kat dia sebab terpaksa ot nak siapkan sample orang lain, dah la tak boleh claim ot, kalau boleh claim takpa la jugak. Semalam kalau tak geng bangla tumpang aku p semayang Jumaat tapi dah sebab tambah lak si Mirul pon ikut jugak, kata kat Mirul yang dia kena fight ngan geng bangla kalau nak tumpang aku p semayang hahaha, last-last geng bangla tak dapat ikut sebab ramai sangat. Si Earshad (salah sorang geng bangla yang rapat dengan aku) dok perhati ja kami dari luaq keta, pastu dia lambai tangan suruh kami gerak, lol. Semalam kira last la si Syazani naik keta aku, rasa sedih jugak hahaha tapi takpa lepas ni kalau dia ada kat Penang boleh roger lepak sekali. Tak sempat nak salam dengan dia, awai dia balik, sepatutnya dia half day tapi dia balik lepas semayang sebab nak siapkan drawing dia. Dia wasap aku kata terima kasih sebab beri tunjuk ajar aku pon reply la kata sori sebab susahkan dia buat sample aku dia kata okay ja. Kepada si Syazani all the best and gud luck untuk presentation, you can do it!

Thursday, 25 April 2019

Tuesday, 23 April 2019

Apa yang special sangat dengan Starbucks ni? Harga dalam menu dia yang mahal tak semestinya menjadikan Starbucks ni special dan popular. Abis kalau bukan sebab harga apakah reason Starbucks ni begitu popular di kalangan masyarakat sekarang. Dari artikel yang aku baca bertajuk "Why is Starbucks so popular?" Starbucks ni bukan semata-mata dekat produknya, iaitu kopi dan minuman yang lain, Starbucks lebih kepada tempat di mana orang lepak, meluangkan masa bersama. Sedikit info mengenai Starbucks ni yang aku nak share, info yang aku dapat dari artikel yang sama. Okay Starbucks ni ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menjual espresso. Ia hanya rantaian kopi biasa dengan sekitar 6 kedai kopi, tidak ada yang hebat atau luar biasa mengenai kedai-kedai ni. Howard Schultz, yang pernah bekerja di Starbucks, pernah berkunjung ke Milan. Di sana, dia memerhatikan bahawa kedai kopi bukanlah tempat untuk order kopi saja, tapi sebaliknya tempat di mana orang boleh berjumpa dan bertemu satu sama lain. Howard suka idea ini. Tapi bila dia menyuarakan idea ini kepada pemilik Starbucks, pendapatnya tu dihiraukan. Howard tidak menyerah kalah, dia meninggalkan Starbucks untuk memulakan syarikat kopinya sendiri bernama Il Giornale, di mana dia melaksanakan konsep 'pengalaman' sebagai perkhidmatan. Idea itu mendapat populariti yang luas. Akhirnya, Howard membeli Starbucks dan ganti semula konsep Starbucks yang kita tahu hari ini.




So lepas ni kalau aku ajak lepak Starbucks tak semestinya kena kluaqkan duit untuk beli ayaq dia, setakat lepak tu pon boleh, orang beli pon sebab dah alang-alang dok sana. Perkara biasa kalau rasa segan dok lepak sana saja tanpa beli apa-apa, rasa malu jugak dengan orang lain tapi Starbucks tak la begitu kejam halau orang yang tak beli produk dia, tak tau la kalau pernah jadi kat orang but not in my case. Kalau duit dalam poket banyak lagi so boleh la beli, bagi yang tak berkemampuan tu tak yah la beli, or share minum or mintak belanja dengan member yang kaya, hahaha. The point is bukan kedai mamak ja yang menjadi tempat sesuai untuk lepak or bersembang, Starbucks pon memenuhi kriteria tersebut. Lagipon bukan selalu nak acah-acah hipster gitu lepak Starbucks, kan?

Sunday, 21 April 2019

Friday, 19 April 2019

Imagine this, pada tahun ni, tahun 2019, band yang begitu popular masa lewat 90-an dulu yang cukup kita kenal dengan lagu "I Want It That Way". Yes, Backstreet Boys, tak tau sebab apa depa masih lagi bergelar Boys, sepatutnya Backstreet Men sebab depa semua dah tua lol, anak si Brian (salah sorang anggota BSB) pon dah ada lagu sendiri, terasa diri aku ni tua jugak, hahaha. Kalau nak tau depa masih lagi aktif sampai sekarang, baru-baru ni depa dah released album depa yang ke-9 lepas 6 tahun berlalu tanpa album. Aku dah beli CD album tu, time aku suruh Mama aku order CD depa kat Shopee pon Mama aku ingat yang aku nak beli CD lama depa padahal aku nak beli CD baru. Aku dah layan semua lagu-lagu dalam album terbaru depa dah, bagi aku layan jugak lagu-lagu baru depa walaupon tak sepopular lagu depa yang dulu. Tak lupa jugak band Westlife yang baru buat comeback lepas announced hiatus pada tahun 2012. Rasa macam tahun ni tahun 1999 lak bila band childhood kita buat comeback. Rasa macam dunia ni timeless, sedaq tak sedaq dah 20 tahun berlalu, and aku masih lagi layan lagu-lagu dari band yang sama, and tak sangka jugak Backstreet Boys masih berdiri teguh selama 20 tahun ni, BSB ni kira band paling lama yang aku still layan dari aku masih dok kat tadika sampai la sekarang. Kalau time aku dah ada anak and aku still lagi layan lagu baru depa kira memang hebat la band Backstreet Boys ni, hahaha. Btw kepada yang masih belum lagi layan album terbaru depa tahun ni, DNA boleh la layan kat Spotify or beli CD dia, 100% recommend, one of the best pop album tahun ni.



Wednesday, 17 April 2019



INFO


  • Directed by: David F. Sandberg
  • Produced by: Peter Safran
  • Based on: Characters by DC Comics
  • Production company:
    • New Line Cinema
    • DC Films
    • The Safran Company
    • Seven Bucks Productions
    • Mad Ghost Productions
  • Distributed by: Warner Bros. Pictures
  • Release date:
    • March 15, 2019 (Toronto)
    • April 5, 2019 (United States)
  • Running time: 132 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $80–100 million
  • Box office: $346.6 million

SYNOPSIS


Kita semua ada seorang superhero di dalam diri kita - ia hanya mengambil sedikit sihir untuk membawanya keluar. Dalam kes Billy Batson yang berusia 14 tahun, apa yang perlu dia lakukan ialah menjerit "Shazam!" untuk bertukar menjadi orang dewasa yang mempunyai pelbagai kuasa. Masih kanak-kanak di hati, Shazam bersemangat dalam versi baru dirinya dengan melakukan apa yang dilakukan oleh mana-mana remaja lain, berseronok sambil menguji kekuatannya yang baru. Tetapi dia perlu menguasai kuasa super powernya dengan cepat sebelum Dr Thaddeus Sivana dapat mengatasi kuasa super power Shazam.



CASTING


Asher Angel and Zachary Levi as William "Billy" Batson / Shazam

Seorang anak yatim yang bermasalah yang dipilih sebagai "Juara Eternity". Diberi kuasa oleh ahli sihir purba, dia berubah menjadi orang dewasa dengan kuasa-kuasa besar apabila dia memanggil nama ahli sihir itu. Batson dipilih sebagai Juara baru, selepas Majlis Eternity memilih seorang wira lain, yang akhirnya membunuh semua Majlis kecuali untuk Shazam. Kuasa yang diberikan dari ahli sihir purba kepada Batson termasuk hadiah yang diberikan kepada ahli sihir dari pelbagai orang lain. Kekuatan-kekuatan ini termasuk: Kebijaksanaan Salomo, Kekuatan Hercules, Stamina Atlas (daya tahan yang hampir tidak terbatas), Kuasa Zeus (kawalan kilat dan rintangan magis), Keberanian Achilles (dekat ketidakstabilan), dan Kelajuan Mercury (juga kuasa terbang).


Mark Strong as Dr. Thaddeus Sivana:

Seorang ahli fizik yang telah dewasa yang selalu dihina dalam keluarganya. Sivana sendiri dipanggil oleh Wizard Shazam ketika dia masih kanak-kanak, tetapi tidak dipilih sebagai juara kerana sifat ketamakannya. Sivana menghabiskan masanya cuba membuka rahsia untuk kembali ke Rock of Eternity.


Jack Dylan Grazer as Frederick "Freddy" Freeman:

Abang angkat Billy dan sahabat baik, peminat neraka superhero yang merupakan satu-satunya orang yang tahu bahawa dia adalah Shazam.


Djimon Hounsou as Shazam:

Seorang ahli sihir purba yang mencari pengganti, yang memberikan kuasa kepada Billy Batson supaya dia secara ajaib boleh berubah menjadi seorang superhero dewasa.


Faithe Herman as Darla Dudley:

Budak dan anak bongsu dalam keluarga Billy di rumah barunya, gadis kecil yang bertenaga dan mulut murai.


Grace Fulton as Mary Bromfield:
Adik angkat Billy di rumah barunya, "ibu den" yang membantu menjaga anak-anak lain dan berdebat menghadiri kolej di California.


Ian Chen as Eugene Choi:

Abang angkat Billy di rumah barunya, seorang gamer yang suka menghabiskan masanya bermain video game.


Jovan Armand as Pedro Peña:

Abang angkat Billy di rumah barunya, kanak-kanak yang sensitif dan pemalu yang tak bergaul dengan orang lain.


Marta Milans as Rosa Vasquez:

Ibu angkat rumah kumpulan di mana Billy dan kawannya tinggal.


Cooper Andrews as Victor Vasquez:

Ayah angkat rumah kumpulan Billy.



RATING

  • IMDb: 
    • 7.6/10
  • Rotten Tomatoes
    • 90%
  • Metacritic
    • 71%


COMMENT


Movie DC yang berunsurkan jenaka dengan action yang best so far, Shazam! sememangnya deserve rating yang tinggi. Walaupon production DC agak slow kalau nak compare dengan MCU, tapi in the end penyudahnya memang ohsem. Aku ni bukan peminat DC or MCU, dua-dua aku layan, Shazam! ni layan jugak movie dia, agak tak kejam kalau kata Shazam! lagi best dari Captain Marvel, lol. Apa pon DC dah lakukan yang terbaik, dan inilah hasilnya, satu movie superhero yang berunsurkan komedi dan juga mengandungi scene-scene yang menyentuh perasaan, 8.5/10 rating aku untuk movie ni.

Monday, 15 April 2019

Liverpool tak pernah menang dekat tempat sendiri bila lawan Chelsea sejak dari 2012 lagi, so dah 7 tahun dah sampai la semalam Liverpool akhirnya menang lawan Chelsea dengan jaringan 2-0, 2 gol dalam masa 2 minit, Mane score hasil hantaran dari Henderson and then Salah dengan gol roketnya yang tak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Chelsea, Kepa Abracadabra. Aku tengok live semalam, memang risau jugak la sebab si Hazard tu sikit lagi nak score, terkena palang, memang dia tadak luck semalam. Chelsea main park the bus so aku takut Liverpool jadi tak tentu hala sampai la si Mane score baru la rasa lega sikit, pastu Salah lak score memang melompat la aku. 





Kemenangan semalam menjadikan Liverpool sebagai pendahulu liga dengan 85 mata, lebih 2 mata dari City yang kurang satu game. Sebagai peminat Liverpool aku akan support 100% team MU dengan Spurs untuk mencuri at least satu mata dari City nanti, hahaha. Tinggai lagi 4 game ja lagi ni, debaran semakin terasa, kali ni memang fight jugak la Liverpool berbanding season sebelum ni, season ni Liverpool berada dalam landasan yang terbaik untuk menamatkan kemarau 29 tahun liga, harap Liverpool dapat kekalkan momentum kemenangan ni untuk game seterusnya, Insya Allah. #YNWA

Saturday, 13 April 2019

Hari ni baru lepas lepak dengan tan, dah sebulan lebih dah tak lepak ngan mamat ni, rasa sat ja masa berlalu. Semalam wasap dengan Tan nak ajak kluaq dia suruh aku ambik dia kat rumah sebab dia tak keja, aku ingatkan dia cuti, rupa-rupanya dah berenti. Dia cakap dia berenti sebab kena paksa pindah kat department lain, bila department lain so memang lari la dengan apa yang dia belajaq masa kat uni dulu. Aku mula-mula rasa macam rugi lak bila dia berenti tapi bila dengaq alasan dia tu aku jadi setuju lak, kalau aku pon tak nak jugak kalau kena pindah department yang aku tak suka. Aku pon pelik jugak sebab pa company dia buat lagu tu, main suka-suka ati ja pindahkan orang lain p department lain-lain, macam la tak boleh hire orang baru, mungkin sebab dia malas kot, tak pon terlalu urgent. tapi takpa la aku cakap kat Tan bukan rezeki dia kat situ, ada company lain lagi yang offer position yang dia nak, bahagian HR dengan admin ni aku rasa tak susah nak apply, lagipon banyak company yang offer position ni, tapi yang mengecewakan banyak company yang nak working experience sampai 2-3 tahun. Yang lawaknya kat iklan kata "we hire fresh graduate", tapi dalam iklan yang sama kata "at least 2-3 years experience in related fields", dah nama pon fresh graduate hang nak working experience tu mai celah mana woi hahaha. Tapi walaupon kena struggle bab cari keja nanti aku tetap yakin yang si Tan dapat jugak keja yang dia suka nanti, dah dapat keja nanti kita p celebrate bro, aku open, hahaha. 

Friday, 5 April 2019

Petang tadi Bap wasap aku suruh tolong p antaq adik aku, Luqman p Penang Sentral, dia nak balik Kuantan nak p kenduri member dia. Kalau tak dia nak ambik Grab, dia segan nak mintak tolong aku takut susahkan aku, tu yang Bap bagitau aku p tolong antaq dia sat. Aku kata okay ja, balik rumah aku tanya dia nak p pukui brapa, katanya. Aku lepak dalam bilik aku sat, sampai si Luqman ajak aku gerak. Otw nak p Penang Sentral, sambil dok layan album Third Eye Blind self titlted, aku tanya la Luqman keja okay tak pastu tanya nak sambung belajaq ka tak. Pastu sembang pasai movie lak. Sampai kat Penang Sentral aku agak terkejut jugak la bangunan dah siap, sebab last aku p sana bangunan tak siap lagi. Gila lain dah kot tempat dia, macam kat airport lol. Aku dok parking tepi macam yang selalu aku buat masa antaq member poli dulu, Luqman pon suruh aku masuk jalan macam flyover tu, kalauoda tak jenuh nak jalan kaki. Lain dah kat jeti bas, dah tak macam dulu masa aku studi poli, dulu memang kerap la p sana tolong antaq member aku balik rumah depa, kira dulu aku ni macam pemandu Grab depa la, hahaha.