L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: February 2019

Thursday 28 February 2019

Semalam Liverpool menang dengan jaringan besaq 5-0 ke atas Watford. Mane score 2 bijik, Origi sebijik dan yang paling hebat Van Dijk yang main defend pon boleh score sampai 2 bijik. Aku lebih kagum dengan kehebatan Arnold dan Robertson yang power cross yang bantu Mane dengan Van Dijk score. Lepas 2 kali seri tanpa jaringan aku rasa lega Liverpool dah mula tunjuk taring balik dan sekaligus menutup kritikan penyokong-penyokong lain tentang persembahan hambar dari Liverpool. Tinggai lagi 10 game ja lagi untuk saingan liga EPL, Liverpool sekarang no. 1 dalam table, cuma 1 pt ja leading dari Man City yang dok no. 2 liga. Memang sengit jugak la title race kali ni, Man City walaupon ada banyak game lagi kena main, FA Cup dengan Champions League tapi tu bukan penghalang bagi depa sebab depth skuad City lagi better dari Liverpool yang kurang pemain yang cukup power. Aku harap lepas ni Klopp rombak balik pasukan Liverpool, tak semestinua kena harap 100% kat first team, kena ada second team jugak untuk saingan Piala Liga or FA Cup supaya tak perlu nak abaikan piala lain semata-mata nak menang liga. Tapi bagi aku tak kisah kalau tersingkir awal dari Champions League asalkan EPL champion, sebab EPL memang terlalu dinanti-nantikan oleh fans Liverpool dari dulu lagi sebab dah hampir 3 dekad Liverpool tak menang. Apa-apa pon harap Liverpool terus focus dan kekalkan momentum kemenangan besar 5-0 atas Watford ni untuk game yang akan datang. Salam YNWA.

Tuesday 26 February 2019

10 tahun lepas aku dah pandai download lagu sampai la sekarang tapi start tahun ni aku dah jadi slow download lagu. Antara sebab dia aku nak dengaq lagu baru aku dengaq kat Spotify yang crack version. Tapi tu tak sampai tahap mainstream lagi, baru-baru aku ada beli satu CD lagu kat online, album Estrella self titled (no. 2 fevered album aku). Seriously? Beli CD lagu? Tak rasa rugi ka sedangkan boleh download ja or layan kat Spotify atau kat YouTube. Aku tak rasa rugi pon beli CD lagu, aku rasa lagi best lagi ada la, hahaha. Rasa best tu sebab rasa nostalgia dengaq lagu guna CD macam zaman muda-muda dulu, lebih-lebih lagi kalau beli CD lama. Album Estrella ni kira the first CD lagu yang aku beli since lebih kurang sedekad, last time beli CD lagu ni seingat aku still sekolah lagi. Bagi aku beli CD ni boleh la show off sikit kat orang pasai music taste aku. Bateri fon pon jimat kalau nak dengaq lagu, aku selalu dengaq guna iPad aku, bukak Bluetooth pastu connect kat radio keta and then shuffle semua lagu yang aku ada. Selain CD album Estrella aku dah beli banyak CD dah, aku beli second hand je banyak, beli kat orang yang dok juai kat Carousel, kalau setakat case calaq boleh beli case baru, bukan mahai pon. 




Aku pon pelik jugak tiba-tiba aku jadi ketagih beli CD lagu, lol. Kalau hampa nak tau CD lagu apa yang aku beli boleh la usha kat drawer depan dalam keta aku. Aku ikut hari kalau nak layan CD, kalau CD album Estrella aku selalu layan tiap-tiap hari Isnin masa nak p keja, sampai ja kat kilang aku dah habis dah satu album. That's one of the best part of Monday for me. Kalau hampa ada CD lagu yang hampa nak juai boleh la juai kat aku, tapi lagu omputih je la, Melayu jarang layan, hahaha.


Sunday 24 February 2019

Hampa dah dengaq dah kan pasai teori bumi flat yang didakwa oleh Suhaimi Saad? Argument pasai bumi ni flat dah lama berlaku kat luaq negara sampai jadi trending dan meme-meme pasai bumi ni flat dah banyak ada kat 9gag dulu. Tak tau pasai pa mai tahun ni baru argument bumi ni flat jadi femes balik kat Malaysia, thanks to Suhaimi Saad yang menghidupkan balik argument bumi ni flat. Aku tak tau apa tujuan dia, saja nak cari publisiti murahan or nak tunjuk kepandaian dia yang sememangnya fail nak tunjuk pandai tapi kebodohan dia yang terserlah. Ramai yang mempersendakan mamat Suhaimi ni dengan hujahan dia yang tak masuk akai pasai bumi kita ni flat.


Ni dia link komen-komen dari para netizen mengenai dakwaan Suhaimi Saad pasai bumi ni flat. Memang lawak baq hang, kena troll habis mamat Suhaimi ni.




So hampa setuju dengan dia or tak? Mesti la tak kan? Aku percaya yang semua kawan aku termasuk la pembaca blog aku ni tak percaya yang bumi kita ni leper or flat. Sebab kalau mengikut research dari para saintis kalau bumi kita ni flat memang tak akan terjadi benda yang berlaku sekarang. Hampa p la search kat google or kat YouTube pon ada video pasai bumi ni bukan flat. 

Friday 22 February 2019

Kalau breakfast selalunya hampa mesti balun nasi lemak, tak pon roti canai kat kedai mamak. Aku jarang makan nasi lemak, kalau roti aku makan roti teluq kat kedai. Tapi ada satu benda yang aku paling suka makan time breakfast. Benda tersebut adalah Nestum Cereal. Cara nak buat dia? Letak dalam 5-6 sudu dia punya cereal tu dalam mangkuk pastu letak ayaq panas and then letak susu cap teko. Cara nak prepare dia lebih kurang sama ja dengan nak buat Honey Stars dengan Koko Crunch cuma letak susu ja nak bagi dia rasa manis sikit, kalau tak buh rasa tawaq. Dari zaman sekolah rendah lagi aku makan Nestum untuk breakfast sampai la sekarang tak cemuih-cemuih lagi makan. Nestum ni selain dari tin dia ada dalam paket jugak. Kalau hampa tak pernah try boleh la try buat, dijamin sedap baq hang, tapi jangan lupa letak susu na, kalau tak tawaq rasa dia.



Wednesday 20 February 2019

Tuesday 19 February 2019



INFO

  • Directed by: Robert Rodriguez
  • Produced by;
    • James Cameron
    • Jon Landau
  • Production company;
    • 20th Century Fox
    • Lightstorm Entertainment
    • Troublemaker Studios
    • TSG Entertainment
  • Distributed by: 20th Century Fox
  • Release date;
    • January 31, 2019 (Odeon Leicester Square)
    • February 14, 2019 (United States)
  • Duration: 2 hours 02 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget;
    • $200 million (gross)
    • $170 million (net)
  • Box office: $137.4 million




Movie Alita ni adalah movie action cyberpunk Amerika 2019 yang berdasarkan siri manga Gunnm oleh Yukito Koshiro yang juga dikenali sebagai Battle Angel Alita. Robert Rodriguez ialah pengarah movie ni dan ditulis oleh James Cameron dan Laeta Kalogridis, dan dihasilkan oleh Cameron dan Jon Landau. Rosa Salazar sebagai Alita, watak utama movie ni, seorang cyborg, bergandingan dengan pelakon-pelakon lain seperti Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson.




SYNOPIS


Beberapa abad pada masa akan datang, Alita yang terbengkalai ditemui di tempat buangan sampah di Iron City oleh Ido, seorang doktor siber. Dia mengambil Alita yang tidak sedarkan diri lalu membawa Alita ke kliniknya. Apabila Alita dibaiki dan dia terbangun dari tidurnya, dia tidak mengingati siapakah dia, dan dia tidak mempunyai sebarang memori terhadap dunia yang dia jumpai. Alita diberikan nama Alita oleh Ido sempena nama anak Ido yang dah mati. Ketika Alita belajar untuk menyesuaikan kehidupan barunya dan jalan-jalan di Iron City, Ido pula cuba merahsiakan aktiviti pada waktu malamnya dari Alita dan cuba melindungi diri Alita daripada masa silam Alita dulu.



CASTS



  • Rosa Salazar sebagai Alita, heroin cyborg, berusia tiga berabad lamanya dan terakhir dari kaumnya.
  • Christoph Waltz sebagai Dr. Dyson Ido, saintis terkenal, Hunter-Warrior dan penjaga Alita.
  • Keean Johnson sebagai Hugo, jatuh cinta dengan Alita yang juga mengajarnya bermain permainan gladiator yang dipanggil Motorball.
  • Mahershala Ali sebagai Vektor, seorang usahawan yang selalu kacau permainan Motorball
  • Jennifer Connelly sebagai Chiren, bekas isteri Ido yang diusir bersama dia dan anak perempuannya dari Zalem
  • Ed Skrein sebagai Zapan, pemburu bounty cyborg yang ditugaskan mengesan dan membunuh Alita.
  • Jackie Earle Haley sebagai Grewishka, seorang cyborg besar yang bekerja untuk Nova sebagai pembunuh peribadi, berdasarkan Grewcica dari Battle Angel OVA
  • Jorge Lendeborg Jr. sebagai Tanji, kawan Hugo.
  • Lana Condor sebagai Koyomi, kawan Hugo.
  • Eiza González sebagai Nyssiana, pembunuh cyborg yang ada bounty.
  • Idara Victor sebagai Nurse Gerhad, pembantu Ido.
  • Jeff Fahey sebagai McTeague, seorang Hunter-Warrior yang bela anjing robotik.
  • Rick Yune sebagai Master Clive Lee, seorang Hunter-Warior yang didakwa membunuh 200 lebih orang.
  • Marko Zaror sebagai Ajakutty, pemain Motorball.
  • Elle LaMont sebagai Screwhead, seorang wanita Hunter-Warrior.
  • Leonard Wu sebagai Kinuba, pemain Motorball.
  • Casper Van Dien sebagai Amok


DEVELOPMENT




Movie Alita ni kalau hampa nak tau dah diumumkan pada tahun 2003. Wow dah lama dah rupanya, tapi sebab apa tahun 2019 baru nak release ke panggung? Jawapan dia sebab movie ni terpaksa  ditangguhkan sebab si Cameron terlalu sibuk dengan movie Avatar dan sekuelnya. Selepas bertahun-tahun berlalu, Rodriguez diumumkan sebagai pengarah movie ni pada April 2016, dengan Salazar lak kena buang pada bulan berikutnya. Fotografi utama bermula di Austin, Texas, pada Oktober 2016 sampai la Februari 2017. Masa temubual dengan Alfonso Cuarón pada Julai 2013, Cameron dah tetapkan tahun 2017 sebagai tahun di mana pengeluaran pada movie ni akan bermula. Pada bulan Oktober 2015, The Reporter Hollywood melaporkan pengarah Robert Rodriguez sedang dalam rundingan untuk mengarahkan movie ni, yang kini bertajuk Alita: Battle Angel, dan Cameron akan jadi sebagai penerbit bersama Jon Landau. Rodriguez telah dibawa masuk oleh Cameron untuk  menggabungkan skrip dia dengan Cameron punya skrip sebanyak 186 halaman muka surat dan kira-kira 600 muka surat nota ke dalam skrip shooting. Puas dengan karya Rodriguez mengenai skrip shooting, Cameron menawarkan Rodriguez tugas mengarahnya. Pada April 2016, The Reporter Hollywood melaporkan 20th Century Fox belum tayangkan movie ni sebab depa cuba nak kurangkan bajet kira-kira antara $ 175- $ 200 juta. Artikel tu juga mengumumkan Rodriguez dah ditandatangani sebagai pengarah. Pada akhir Mei 2016, Fox jadualkan movie ni released 20 Julai 2018 tapi nampaknya tertangguh jugak la sampai awal tahun ni baru released.


RATING

  • IMDb: 
    • 7.6/10
  • Rotten Tomatoes:
    • 59%
  • Metacritic:
    • 54%


MY PERSONAL COMMENT & RATING


Walaupon tahun ni baru masuk bulan 2 tapi aku still akan listkan movie Alita ni dalam list top 10 favourite movie untuk tahun ni. Seriously memang best movie ni, walaupon cita dia tergantung sebab obviously pengarah movie ni nak buat sekuel. Movie ni tak terlalu complicated nak paham dia punya story walaupon sampai 2 jam, simple and senang nak paham. Salah satu sebab aku suka movie ni ialah elemen romantik dan cinta antara cyborg dengan manusia, sejak aku main game Detroit Become Human dekat PS4 aku jadi suka dan fanatize dengan hubungan antara cyborg/android dengan manusia. Mungkin sebab aku ni single lagi kot? Honestly bercinta dengan cyborg/android yang boleh pikiaq macam manusia dan tau erti kasih sayang boleh tahan jugak kalau susah sangat nak bercinta dengan orang, lol. Kira okay la dari bercinta dengan karekter anime yang tak wujud, kan?Okay berbalik kepada movie Alita ni, aku jamin 100% hampa tak akan menyesai punya tengok movie ni, seriously worth every last of your money, tengok jangan tak tengok, dah tengok share pendapat hampa tentang movie Alita ni dengan aku. So rating aku untuk movie ni? 8/10 aku bagi sebab cita tergantung punya pasai kalau tak 10/10 aku bagi, hahaha.





Sunday 17 February 2019

Tak sangka ari ni aku boleh jumpa dengan kawan lama dari sekolah menengah dulu. Cita dia begini, petang tadi aku ada post kat group PS4 nak jual game Spiderman aku, pastu ada la 3 orang pm aku, ada yang pernah deal ngan aku sebelum ni tapi dia nak swap dengan game yang aku dah abih main so aku terpaksa tolak, sorang lagi suruh aku post kat JB, aku kata COD only, sebab malas nak pos, sorang lagi kawan lama aku tu, Nazirul Mubin, dia pon pm aku nak beli cd game Spiderman. Mula-mula aku ingat sapa dia sebab aku ingat orang lain, pastu bila tengok gambaq profile wasap dia baru cam sapa, dia pon still ingat aku lagi. So kami pon deal nak jumpa kat area Seberang Jaya lebih kurang pukui 5:45 petang.

Si Nazirul ni dulu masa aku mula-mula masuk sekolah High School BM aku rapat la dengan dia, sebab dia selalu lepak dengan Greg, best friend aku masa sekolah rendah dulu. Depa satu kelas sekali, depa ada geng depa sendiri, and aku selalu lepak dengan geng Nazirul. Tu cita lama dah, dah 11 tahun dah berlalu, tak sangka aku boleh jumpa dengan dia, dia pon kata dah lama tak jumpa dengan geng HSBM. Pukui 5:40 aku dah ada kat Taman Tunku dekat sebelah Masjid Jamek Seberang Jaya, Nazirul suruh aku tunggu kat situ. Lebih kurang 10 minit dia pon sampai. Nampak dia jalan dari jauh, sebab parking full, bila sampai dekat dia aku agak terkejut jugak dengan penampilan dia, lain gila baq hang, dulu badan dia besaq, sekarang dah slim, memang lain gila la. Aku pon kata kat dia nampak lain gila sambil sentuh badan dia yang slim tu *no homo*, dia pon kata dia baru ja turun berat badan.

Dia tak bawak duit so dia nak trasnfer masuk kat akaun aku secara online. Tapi akaun Bank Islam aku tak boleh lak nak transfer so aku pon cakap kat dia nanti aku bagi akaun bank lain. Aku p la singgah kat Public Bank sat nak cek tengok kad aku boleh guna ke tak, lepas masuk pin kena reject so aku rasa kad aku mungkin dah kena block sebab dah lama tak pakai, memandangkan esok aku cuti ingat nak p buat akaun baru la. Sampai rumah tanya mama nak guna akaun dia, pastu mama wasap no akaun Maybank aku so aku pon antaq kat si Nazirul and then Nazirul pon antaq screenshot kata dia dah transfer masuk akaun aku, kira done deal la. So macam tu la aku boleh jumpa ex schoolmate aku, si Abdul Nazirul Mubin.

Sunday 10 February 2019




ABOUT

Templat meme Am I a Joke to You? ni adalah adegan dari siri TV Afrika Selatan yang ditayangkan melalui channel SABC1, channel dari negara Afrika Selatan pada tahun 1994. Nama pelakon dalam gambaq tuialah Raphlan Seiphemo yang memainkan peranan Tan Mogale. Nama siri TV ialah Generasi: The Legacy. Wow tak sangka cita lama pon orang boleh buat meme lol.



ORIGINS

Orang yang mula-mula guna gambaq screenshot dari cita Generation: The Legacy ni adalah dari seorang pengguna Twitter dengan username @sizwesabo sebagai reply kepada tweet tentang bola sepak (tengok kat bawah).






SPREAD

Dua hari kemudian, pada 25 Januari 2016, pengguna Twitter @simphiwe_chef. tweet meme tu dengan kapsyen berbunyi , "Jimmy Tau to Sizakele Manonga after she dumps him for Bandile (Major League).. with Lobola fully paid.. by Tau.." Meme tu merujuk kepada perpisahan pemain bola sepak profesional Jimmy Tau dengan tunangnya, Sizakele Manonga. Tweet tu dapat lebih daripada 80 tweet dan 40 likes dalam masa kurang dari tiga tahun.




Pada 15 Oktober, 2018, Redditor dengan username twakle14 post meme Am I a Joke to You? dengan kapsyen "me: *opens incognito tab for the 5th time within 1 hour my pp:" Post tersebut menerima lebih daripada 9.900 mata (98% upvoted) dalam masa empat hari.





Pada 16 Oktober, Redditor yang sama post meme dengan kapsyen "tuhan: * mencipta manusia * manusia: * mencipta tuhan-tuhan yang lebih banyak * tuhan:" Post tu dapat lebih daripada 37,000 mata (94% upvoted) dan 250 komen dalam masa tiga hari.




Tuesday 5 February 2019




INFO



  • Developer: Ubisoft
  • Series: Assassin's Creed
  • Engine: AnvilNext 2.0
  • Platforms:
    • Microsoft Windows
    • PlayStation 4
    • Xbox One
    • Nintendo Switch
  • Release: October 5, 2018
  • Genre: Action role-playing
  • Mode: Single-player


SYNOPSIS


Timeline game ni ditetapkan pada tahun 431 SM, 400 tahun sebelum cerita Assasin's Creed Origins. Cerita game ni cerita sejarah rahsia Perang Peloponnesian, pertempuran antara negara-negara kota Yunani purba. Protagonis adalah tentera upahan yang bernama Alexios atau Kassandra (boleh pilih) yang boleh memilih untuk bertarung untuk sama ada Athens dan Liga Delian atau Sparta dan Liga Peloponnesian serta menentang Kultus Kosmos.


GAMEPLAY


Gameplay game Odyssey ni lebih kurang sama ja dengan Origins, guna burung untuk mark enemy dengan scan area. Game ni ada elemen RPG, termasuk pilihan dialog, pencarian bercabang, pelbagai pilihan akhir, pilihan percintaan. Odyssey ni lain sikit dari Origins seabb dia boleh pilih karekter laki atau pompuan. Karekter laki nama dia Alexios, kalau pompuan nama dia Kassandra, tak kisah karekter yang mana jalan cerita dia tetap sama. Pilihan romantik tetap sama tanpa mengira watak yang dipilih. Interaksi dengan NPC ada effect dia, sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang, berkaitan dengan cerita.

Game ni pon boleh bertarung guna kapal yang dikenali sebagai 'The Adestria'. Lebih kurang macam game Assasin's Creed IV: Black Flag dengan Rogue, tapi kapal dia siap boleh upgrade lagi. Kita boleh recruit musuh jugak untuk join dalam crew kapal kita.

Kalau kita buat jenayah macam bunuh orang kita kena bounty, macam main GTA la, curi keta ka ada wanted level, macam tu la bounty. Bila dah ada bounty nanti akan ada mercenary yang mai nak bunuh kita.

REVIEW SCORES



  • EGM: 8.5/10
  • Game Informer: 8.25/10
  • GameSpot: 8/10
  • GamesRadar+: 
  • IGN: 9.2/10
  • USgamer: 


COMMENTS

Game Odyssey ni bagi aku antara game yang terbaik untuk game tahun lepas. Yang aku tak suka pasai game ni dia time consuming jugak la dan memang lambat nak abiskan story dia sebab story mission dia ada level, contoh kalau kita masih level 23 kita tak boleh buat mission level 31, so kita kena level up dulu sebelum nak main story mission dia, sebab tu memang lambat nak abiskan story dia. Tapi dari segi gameplay dia memang tak boring, ditambah pulak grafik dia yang agak lawa.


COMPARISION


Kalau nak compare dengan game Assasin's Creed yang sebelum ni, Origins bagi aku Odyssey lagi best sebab tempat dia lawa-lawa, kalau Origins padang pasir ja yang banyak. Kalau nak compare dengan game lain pulak macam game Red Dead Redemption 2 bagi aku secara jujurnya aku lebih enjoy main Odyssey. RDR2 bagi aku gameplay dia boring walaupon story dia dengan grafik dia ohsem. RDR2 cepat boring kalau main lama-lama compare dengan Odyssey.


Friday 1 February 2019

Semalam sepatutnya gaji dah masuk tapi baru hari ni masuk sebab ada masalah teknikal. Mesej kata gaji dah masuk dah tapi tadi aku check kat akaun aku tadak lagi, Bank Islam memang lambat kalau nak tau, kalau orang lain guna Public Bank awai la dapat, kalau Bank Islam depa lambat update, silap-silap hari Isnin nanti baru gaji aku masuk, memang lakalakalasheit betui. Depa kata bulan ni gaji baru, kira ada kenaikan gaji la, aku pon rasa eksaited jugak bila depa kata camtu tapi tengok mesej gaji masuk kurang dari hat bulan lepas punya. Berkecai teruih hati aku, dok ingat bila dah gaji naik nanti boleh la aku balik awai sikit tak payah la buat ot sampai pukui 7 setengah, tapi nampak gayanya lambat lagi la aku boleh balik awai. Aku pon tak tau gaji aku naik ke tak, yang pasti tiap-tiap tahun naik tapi tak tentu naik berapa persen. Kena tengok pay slip dulu baru tau basic aku dah berapa, nak tunggu dapat pay slip berkurun jugak la. 


Apa-apa pon aku harap gaji aku naik banyak sikit la, banyak sikit camna tu? Banyak ka sikit? Entah aku pon tak tau, dok pikiaq dapat gaji ja ni, duit dah tadak, ari tu baru pinjam duit mama, tak kan nak pinjam lagi lol. Kalau gaji aku naik banyak boleh la aku simpan duit sikit untuk masa depan aku. Gaji aku yang sekarang ni bagi aku cukup-cukup makan ja, tapi mungkin aku ni kadang-kadang boros dan terlalu enjoy sangat sampai duit habis. Boleh jadi jugak. Secara kesimpulannya aku harap gaji aku naik la, tak kisah la berapa, naik sikit pon jadi la janji naik. Emm tapi kalau aku dok boros gaji naik pon sama ja cita dia, hujung bulan duit tadak, lol.