Okay, untuk post hari ni aku nak sentuh sikit pasai kawan. Pada pandangan aku la, kawan ni ada dua jenis. First kawan yang kita jumpa in real life, keluaq lepak sekali dan selalu contact each other. Satu lagi jenis kawan yang kita tengok kat social media ja, tak pernah jumpa face to face, paling kuat pon sembang dalam wasap ja. Satu lagi (eh tadi kata ada dua ja) kawan yang langsung kita tak teguq, tak pernah ambik tau, sembang pon tak, kadang-kadang follow ja kat Insta tapi tak pernah pon like gambaq masing-masing (aku tak tau sebab pa hang follow aku in the first place, lol). Aku tak kisah hampa jenis kawan yang macam mana, bila senang ada bila time susah tadak tu semua lumrah dunia, mesti ada ja orang yang macam tu, ntah-ntah aku pon jenis macam tu jugak pa (muhasabah diri).
Aku terus terang la cakap, kadang-kadang bila hampa ajak aku kluaq aku kata ada hal tu bukan betui sangat pon, sebenaqnya aku malas nak kluaq, hahaha, tapi aku tak la 100% tipu, kadang-kadang memang aku ada hal pon. Kalau cakap bab duit ni aku tak berkira, aku tolong setakat yang mampu, aku boleh bagi duit asalkan duit yang aku bagi tu tak kacau bajet aku and tak memudaratkan aku. Aku ada la duit simpanan untuk masa depan tapi kalau hampa dah tadak sangat duit aku boleh jua guna duit simpanan aku tu. Aku dah kenai sangat sapa yang pinjam duit tapi tak reti nak bayaq balik, tapi aku still bagi dia duit aku, sebab apa? Sebab aku kesian. Tak pa la kalau tak mampu nak bayaq aku halalkan je la, sebab aku pon jenis malu nak kutip hutang kat orang.
Apa-apa pon, aku cuba jadi kawan yang berguna, bukan kawan yang time senang ja ada time susah lesap, I will always be there for you... *Friends music theme starts playing*
0 comments:
Post a Comment