L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: The Evil Within 2

Friday 24 November 2017

The Evil Within 2

Kelmarin lepas, hari Rabu aku dah abis main game The Evil Within 2, game paling seram yang aku pernah main so far. Aku cuma ambik masa 16 jam abiskan semua chapter dalam game ni (ending dia ada tunjuk). Memandangkan aku dah abis main game ni so aku nak buat review sikit pasai game ni.






INFO


  • Developer : Tango Gameworks
  • Publisher: Bethesda Softworks
  • Director: John Johanas
  • Producer
    • Shinji Mikami
    • Shinsaku Ohara
  • Platform
    • Microsoft Windows
    • PlayStation 4
    • Xbox One
  • Release: October 13, 2017
  • Genre: Survival horror
  • Mode: Single-player


PLOT


3 tahun selepas insiden di Hospital Mental Beacon (game The Evil Within yang first punya, tahun 2014), Sebastian Castellanos telah meninggalkan Krimson City Police Department untuk menyiasat satu organisasi rahsia yang bernama MOBIUS. Sebastian masih lagi dihantui dengan traumanya di Hospital Beacon dan kehilangan isterinya, Myra serta kematian anaknya, Lily dalam kebakaran di rumahnya. Sebastian didatangi oleh bekas agent MOBIUS yang pernah bekerja dengannya, Kidman yang datang untuk menjelaskan kepada Sebastian bahawa anaknya, Lily masih hidup, MOBIUS yang memalsukan kematian anaknya untuk kepentingan mereka sendiri. Lily digunakan sebagai 'The Core' untuk sistem STEM baru dimana ia meniru sebuah bandar yang bernama Union. MOBIUS hilang contact dengan Lily so MOBIUS mintak tolong Sebastian masuk dalam sistem STEM untuk cari anak dia. 




GAMEPLAY


Game ni dia dalam third person, kita kena control Sebastian Castellanos yang ditugaskan oleh MOBIUS untuk cari Lily. Dia ada banyak weapon boleh guna, pistol, rifle, shotgun, sniper rifle dan anak panah. Peluru dia kita kena craft sendiri guna item tertentu. Ubat pon sama jugak, kita kena kutip macam daun tu baru boleh craft. Lepas kita bunuh zombie kita akan nampak satu lendir kaler hijau, haa itu nama dia gel, digunakan untuk upgrade kita punya skill. Senjata pon boleh upgrade jugak tapi kena ada metal parts dia.


0 comments:

Post a Comment