L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: November 2017

Tuesday, 28 November 2017

Aku dah tau jalan shortcut nak p area Kota Permai dari kilang aku. Aku rasa aku dah tau lama dah jalan ni, jalan dia jalan kampung, so memang agak sempit jugak la jalan dia, biasa la jalan kampung. Masa praktikal dulu Abang Fazlee la yang tunjuk kat aku. Baru tahun ni aku teringat jalan shortcut yang dia tunjuk tu. Sekarang boleh kata tiap-tiap hari jugak aku lalu jalan tu, sampai 2 kali, masa nak makan tengah hari ngan masa balik. Kalau guna jalan ni aku akan kluaq lalu dekat Taman Kota Permai, pastu aku ikut jalan nak p sekolah aku. Memang nostalgia jugak la bila guna jalan tu, lebih-lebih lagi boleh tengok sekolah aku masa nak balik.

Sunday, 26 November 2017

Pagi tadi, dalam pukui 10:45 camtu Najmi call aku, suruh bersiap nak p kenduri Bullah. Aku set alarm pukui 11 tapi si Najmi gerak aku awal lak, aku pon rileks sat 5 minit pastu baru p mandi. Kluaq rumah pukui 11 setengah camtu aku p singgah kat kedai runcit depan rumah aku nak topap Touch N Go. Pastu p isi minyak kat Shell lak. And then baru p kat Najmi. Sampai sana Najmi dah siap dah, si Zack baru nak mandi. Tunggu punya tunggu si Eyfa lak wasap aku suruh ambik dia and si Pyqah dulu. Aku pon p la ambik depa pastu baru p balik kat Najmi and Zack. Masa otw nak ke kenduri si Pyqah dok depan, dia tolong setting jalan nak p kenduri kat GPS keta. Jauh jugak nak sampai sana, dalam sejam lebih. 


Sampai sana lepas parking kami pon jalan masuk kampung. Time tu hujan, jalan agak lecak so memang kotoq abis la kasut kami, hahaha. Kami tengok Bullah ngan wife dia tengah dok makan kat dalam rumah kami pon makan dulu. Haa, apa hidangan yang disediakan kat kenduri ni? Kari ikan masin and ayam masak menu dia, sayuq, sambal ngan ulam pon ada, ABC pon ada, kenduri kat kampung pon menu dia boleh tahan. Nak cari tempat duduk memang susah sebab ramai orang tapi kami jumpa jugak last-last. Lepas makan baru masuk dalam rumah bergambaq dengan Bullah and pasangannya. 


Abis sesi bergambaq kami pon minta diri dulu. Masa otw balik si Pyqah ajak aku singgah kat tempat yang ada macam pameran, macam taman reakreasi tapi ada banyak hiasan patung-patung. Aku, Eyfa ngan Pyqah ja dok rajin tangkap gambaq, Najmi ngan Zack dok lena dalam keta. Tempat dia memang cantik, banyak jugak patung-patung kat sana, rasa macam makan angin kat luaq negara lak. Tak semua tempat kami ambik gambaq, kalau tak memang sejam lebih jugak la kami dok sana, dah la si Najmi ngan Zack dok tunggu, kesian lak depa kan kena tunggu lama-lama. Dah puas bergambaq kami pon balik, sampai rumah dalam pukui 4 lebih, lepas antaq depa aku p cuci keta lak. Kalau ada masa nanti aku nak p balik la kat sana, nak tangkap gambaq lagi, ada tempat yang aku tak p ambik gambaq lagi, nama tempat tu pon aku dah lupa dah, lol.

Friday, 24 November 2017

Kelmarin lepas, hari Rabu aku dah abis main game The Evil Within 2, game paling seram yang aku pernah main so far. Aku cuma ambik masa 16 jam abiskan semua chapter dalam game ni (ending dia ada tunjuk). Memandangkan aku dah abis main game ni so aku nak buat review sikit pasai game ni.






INFO


  • Developer : Tango Gameworks
  • Publisher: Bethesda Softworks
  • Director: John Johanas
  • Producer
    • Shinji Mikami
    • Shinsaku Ohara
  • Platform
    • Microsoft Windows
    • PlayStation 4
    • Xbox One
  • Release: October 13, 2017
  • Genre: Survival horror
  • Mode: Single-player


PLOT


3 tahun selepas insiden di Hospital Mental Beacon (game The Evil Within yang first punya, tahun 2014), Sebastian Castellanos telah meninggalkan Krimson City Police Department untuk menyiasat satu organisasi rahsia yang bernama MOBIUS. Sebastian masih lagi dihantui dengan traumanya di Hospital Beacon dan kehilangan isterinya, Myra serta kematian anaknya, Lily dalam kebakaran di rumahnya. Sebastian didatangi oleh bekas agent MOBIUS yang pernah bekerja dengannya, Kidman yang datang untuk menjelaskan kepada Sebastian bahawa anaknya, Lily masih hidup, MOBIUS yang memalsukan kematian anaknya untuk kepentingan mereka sendiri. Lily digunakan sebagai 'The Core' untuk sistem STEM baru dimana ia meniru sebuah bandar yang bernama Union. MOBIUS hilang contact dengan Lily so MOBIUS mintak tolong Sebastian masuk dalam sistem STEM untuk cari anak dia. 




GAMEPLAY


Game ni dia dalam third person, kita kena control Sebastian Castellanos yang ditugaskan oleh MOBIUS untuk cari Lily. Dia ada banyak weapon boleh guna, pistol, rifle, shotgun, sniper rifle dan anak panah. Peluru dia kita kena craft sendiri guna item tertentu. Ubat pon sama jugak, kita kena kutip macam daun tu baru boleh craft. Lepas kita bunuh zombie kita akan nampak satu lendir kaler hijau, haa itu nama dia gel, digunakan untuk upgrade kita punya skill. Senjata pon boleh upgrade jugak tapi kena ada metal parts dia.


Wednesday, 22 November 2017

Okay, untuk post hari ni aku nak sentuh sikit pasai kawan. Pada pandangan aku la, kawan ni ada dua jenis. First kawan yang kita jumpa in real life, keluaq lepak sekali dan selalu contact each other. Satu lagi jenis kawan yang kita tengok kat social media ja, tak pernah jumpa face to face, paling kuat pon sembang dalam wasap ja. Satu lagi (eh tadi kata ada dua ja) kawan yang langsung kita tak teguq, tak pernah ambik tau, sembang pon tak, kadang-kadang follow ja kat Insta tapi tak pernah pon like gambaq masing-masing (aku tak tau sebab pa hang follow aku in the first place, lol). Aku tak kisah hampa jenis kawan yang macam mana, bila senang ada bila time susah tadak tu semua lumrah dunia, mesti ada ja orang yang macam tu, ntah-ntah aku pon jenis macam tu jugak pa (muhasabah diri).


Aku terus terang la cakap, kadang-kadang bila hampa ajak aku kluaq aku kata ada hal tu bukan betui sangat pon, sebenaqnya aku malas nak kluaq, hahaha, tapi aku tak la 100% tipu, kadang-kadang memang aku ada hal pon. Kalau cakap bab duit ni aku tak berkira, aku tolong setakat yang mampu, aku boleh bagi duit asalkan duit yang aku bagi tu tak kacau bajet aku and tak memudaratkan aku. Aku ada la duit simpanan untuk masa depan tapi kalau hampa dah tadak sangat duit aku boleh jua guna duit simpanan aku tu. Aku dah kenai sangat sapa yang pinjam duit tapi tak reti nak bayaq balik, tapi aku still bagi dia duit aku, sebab apa? Sebab aku kesian. Tak pa la kalau tak mampu nak bayaq aku halalkan je la, sebab aku pon jenis malu nak kutip hutang kat orang.


Apa-apa pon, aku cuba jadi kawan yang berguna, bukan kawan yang time senang ja ada time susah lesap, I will always be there for you... *Friends music theme starts playing*

Monday, 20 November 2017

Setiap kali masuk bulan November mesti ramai yang post pasai 'No Shave November', satu challenge or trend di mana laki tak boleh buang janggut dan misai, senang kata tak boleh shave segala bulu yang ada kat badan. Aku pon tak tau apa faedah dia tapi aku still ikut jugak. Aku rasa dah sebulan lebih dah ni aku tak cukuq bulu yang ada kat muka aku ni. Kalau kata tadak orang teguq pasai janggut and misa aku ni meamng tipu la, ada yang suruh aku buang bulu kat muka aku ni. One of the reason aku simpan pon sebab aku saja nak nampak diri aku ni macam orang dewasa, kalau tak simpan bulu kat muka nanti ada yang kata tak macam lelaki sejati la, kalau simpan ada pulak yang kata tak hensem. Different people different opinion la kata kan. Aku pon kadang-kadang rasa rimas jugak bila janggut and misai aku dah panjang, especially masa tengah makan. Dah nak masuk bulan 12 dah ni, baik aku tunggu ja sampai 1hb, baru la satisfy sikit bila aku dah berjaya lepas challenge No Shave November yang sememangnya tak beri apa-apa manfaat kat aku pon, hahaha.

Sunday, 19 November 2017

Aku tengah syok syok scroll page 9gag pastu aku jumpa satu post ni dia kata dia berenti cari girlfriend, kira macam stop confessing la, seminggu kemudian dia kata dia jumpa girlfriend, tak tau la maksud dia tu jumpa camna, orang yang dia confess tu accept dia ka or ada pompuan minat kat dia, tapi memandangkan tajuk post dia letak 'Focus on yourself, stop looking', aku assume orang yang mengorat dia. Aku rasa okay jugak kalau ikut idea dia, tak tau la jadi ke tak, aku try test tengok, so bermula hari ni aku akan stop confessing, walaupon aku jumpa and kenal dengan pompuan cantik, aku kena tahan perasaan aku ni, supaya aku tak difriendzoned kan lagi, biaq orang lain yang confess kat aku lak, well... gud luck for that. 

Saturday, 11 November 2017

Aku tengok kat Insta ramai yang dah konvo, well kepada yang dah konvo tu aku nak ucap tahniah, walaupon aku tak komen pon kat gambaq hampa aku just cakap tahniah kat sini. Yang masih nak sambung lagi tu aku sarankan baik tangguhkan dulu niat tu dulu, bukan apa, ekonomi kita tak stabil dan takut hutang PTPN membebankan, tapi kalau hampa dapat support biasiswa ngan parents hampa masih lagi mampu nak support boleh ja nak sambung study, tapi bagi aku ada degree pon dah kira okay dah, tapi takpa la kalau hampa nak sambung belajaq lagi. Kepada yang tengah cari keja lak aku suggest cari la keja yang hampa betui betui minat, utamakan dulu minat daripada kos yang hampa ambik masa study dulu, or jangan pilih keja sebab gaji tinggi ja, kalau keja tak best tak guna jugak gaji tinggi pon, gaji starting rendah pon takpa nanti dia akan naik jugak, ingat eksperience tu lagi penting. Nak dapat keja tu memang susah, sebab sesetengah company dia nak working experience so memang hampa kena struggle sikit la masa nak cari keja. Bab gaji tak cukup or tak yakin boleh support famili sendiri tu tak payah pikiaq sangat, keja ja dulu, at least ada jugak keja, ni tak, dah khawin pastu tadak keja lagi sakit bai, hg nak bagi bini hg makan apa? Pasiaq? Keja ja dulu, jangan nak merungut gaji sikit, lagipon Allah murahkan rezeki orang yang khawin, so khawin la awai lol. Okay tu ja aku nak cakap, err tulis, sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada yang konvo and gud luck cari keja or sambung study, wish you all a very bright future! Thanks for reading. 

Thursday, 9 November 2017

Hampa tau kan muffin tu macam mana? Dia adalah kek saiz yang agak kecik dalam bentuk bulat pastu ada macam kertas kat bawah dia, haa itu la orang panggil muffin (cakap kepada yang tak tau muffin tu apa dia). Selalunya muffin ni perisa dia coklat, tapi perisa lain macam vanilla pon ada. Kalau nak tau coklat muffin yang best aku recommend yang jenama Mighty White (dalam gambaq). Fuh, memang sedap baq hang, merecik hawau punya la. Harga dia pon berbaloi orang kata, RM1.60 ja, mahal ke? Tak an? Dalam muffin tu ada krim coklat, menyedapkan lagi muffin tersebut. Bagi aku muffin ni kira favourite breakfast meal bagi aku, kalau ada sebungkus kat atas meja dapuq rumah aku ambik satu makan dalam keta masa otw p keja. So, kepada sesiapa yang belum rasa boleh la try rasa, dia ada jual mostly kat stesyen minyak and kedai runcit. Seriously, muffin coklat jenama Mighty White muffin yang paling sedap aku pernah makan so far, kalau hampa suruh aku bagi rating aku akan bagi rating 10/10.





Tuesday, 7 November 2017

Hari ni entah camna aku boleh bangun lambat, pukul 8:20 baru bangun, masuk keja pukui 8:30, kalau aku p keja sekarang memang lambat la aku masuk. Aku jadi malas lak nak p pastu aku wasap la bos aku cakap aku ambik mc hari ni. Tapi aku rasa badan aku panas lain macam ja, dari semalam lagi aku dok rasa, nak kata demam pon tak cuma rasa badan panas ja, aku pon pikiaq punya pikiaq baik aku ambik mc ja ari ni. Aku dah bangun dah pukul 6 tadi, lepas solat selalunya aku tidoq balik sampai la pukui 7:40 baru aku bangun bersiap nak p keja. Aku rasa aku lupa nak kunci jam pukul 7:40 kot, ke aku mamai aku tutup alarm pastu sambung tidoq balik, entah la aku pon tak pasti. Lepas aku cakap kat bos aku ambik mc ari ni aku pon sambung la tidoq balik sampai la pukui 12:40. And then aku pon teringat aku ada sample kena settle kan hari ni sebab esok dah kena submit. Aku pon terus wasap Dila suruh dia aambung buat sample. Dia balas balik cakap yang dia memang nak sambung buat pon.


Pukul 1 camtu aku p klinik, masuk klinik depa cakap doktor rehat aku pon p la klinik satu lagi, tengok kat pintu depan dia cakap rehat dari pukul 1 sampai pukul 2, aku pon tadak pilihan kena tunggu lagi sejam. Aku pikiaq baik aku p makan dulu or cuci keta. Aku pon p la cuci keta sekali ngan vakum. Pastu aku macam blur nak makan kat mana, aku try p Kapitan, p sana tengok ramai orang lak, pastu aku p Pelita lak, p sana tengok kedai tutup, tengok depa tengah dok cuci kedai, aku tengok area tu baru lepas banjir sebab bersepah keta tepi jalan. Last-last aku p KFC, tak jauh dari Pelita. Lepas makan baru p klinik balik. Aku cakap kat doktor aku demam, selalu aku cakap sakit kepala, kalau cakap demam mesti dia bagi banyak ubat, and mesti lagi mahai. Tapi takpa la ubat boleh simpan, kira langkah berjaga-jaga la, sebab aku pon rasa macam tak selesa ja badan aku ni, malam sebelum tidoq better aku telan ubat demam sebiji, takut bangun esok jadi lagi teruk lak. 

Sunday, 5 November 2017

Aku memang suka cakap bab lagu, sebab music adalah main interest aku. Sebenaqnya aku dah lama nak share aku punya feveret album kat blog aku ni, disebabkan aku terlalu busy dengan keja aku terpaksa tangguh. Hari ni aku dah decide album mana yang aku rasa patut ada dalam aku punya top 10 list. Lepas hampa baca post ni baru sekarang hampa akan tau yang aku ni bukan jenis layan lagu emo ja, hahaha.




#10 WHATEVER





Band: Hot Chelle Rae
Recorded: 2010-2011
Released: 29 November 2011
Genre: Pop Rock
My Favourite Tracks:
- Downtown Girl
- I Like It Like That
- Honestly




"Tonight Tonight" first single dari album ni yang aku dengaq masa zaman SPM dulu. And then masa aku start keja kat KFC Tesco Seberang Jaya aku tengah layan lagu "I Like It Like That". Masa mula-mula masuk poli lak lagu "Honestly" baru keluaq so aku layan jugak lagu tu. Boleh kata album ni album yang mengembalikan memori masa mula-mula masuk poli dulu. Lagu feveret aku dalam album ni? Downtown Girl bagi aku walaupon lagu ni bukan single. Aku rasa tak kejam kalau aku kata "Downtown Girl" lebih better dari "Uptown Girl", hahaha.


-------------------------------------------------------------------------------------------------



#9 SIXPENCE NONE THE RICHER




Band: Sixpence None the Richer
Recorded: 1996-1997
Released: 22 November 1997
Genre: Pop Rock
My Favourite Tracks:
- Kiss Me
- I Can't Catch You
- Anything

Masa aku nak p sekolah atau balik dari rumah (aku tak ingat lol) aku terdengaq lagu "Kiss Me" dalam bas sekolah. Balik-balik aku pon try la cari lagu u dalam YouTube and time tu aku dah attached ngan lagu "Kiss Me" sampai la sekarang lagu ni still lagu no. 1 kesukaan aku. Awal tahun ni memandangkan album ni dah cecah 20 tahun aku pon try la discover album ni dan aku baru tau yang Sixpnce None the Richer ni bukanlah "one hit wonder".


-------------------------------------------------------------------------------------------------

#8 BRITNEY













Artist: Britney Spears
Recorded: February - July 2001
Released: 6 November 2001
Genre: Pop 
My Favourite Tracks:
- Anticipating
- I'm Not a Girl, Not Yet a Woman
- Overprotected





Album ni tak la sepopular album "...Baby One More Time" (1999) ngan "Oops.. I Did It Again" (2000) tapi bagi aku album ni still album Britney yang aku paling suka, mungkin sebab album ni underrated kot? Yela, jarang ada radio mainkan lagu-lagu dalam album ni, especially lagu feveret aku dalam album ni, "Anticipating". Kalau nak tau lagu ni best ke tak try la dengaq.



-------------------------------------------------------------------------------------------------







#7 HAIRSPRAY: SOUNDTRACK TO THE MOTION PICTURE







Artist/Band: Various artists
Recorded: September 2006 - January 2007
Released: 10 July 2007
Genre: 
- Soul
- Jazz
- Rock and Roll
My Favourite Tracks:
- I Can Hear the Bells
- Welcome to the 60's
- Good Morning Baltimore


Movie Hairspray ni macam High School Musical la, tapi timeline dia era 60-an. Aku first time tengok cita Hairspray ni masa tahun 2010, dekat TV aku tengok. Masa scene lagu "I Can Hear The Bells" aku dah jatuh cinta ngan lagu ni sampai aku share kat Facebook. Lagu-lagu lain dalam album soundtrack ni banyak yang best-best. Yang lawaknya baru sekarang aku tau yang pompuan badan besaq tu John Travolta yang berlakon, hahaha.





-------------------------------------------------------------------------------------------------



#6 THE CHASE






Artist: Marit Larsen
Recorded: 2008
Released: 13 October 2008
Genre: Pop 
My Favourite Tracks:
- If a Song Could Get Me You
- Ten Steps
- I've Heard Your Love Songs








Ingat lagi tak lagu "Pretty Boy" nyanyian kumpulan duo M2M? Well kalau nak tau Marit Larsen ni la salah seorang anggota M2M. Seorang lagi member M2M, Marion Raven pon dah solo dah, dia released first album tahun 2005, Marit Larsen lak the next year lepas album first Marion. Macam mana aku boleh tau band M2M? Seingat aku masa tahun 2013, sem 3 kat Poli aku terdengaq lagu M2M, "Don't Say You Love Me" (lagu tema Pokemon The Movie) dalam radio. Pastu aku pon discover la sapa yang nyanyi lagu tu and then lepas discover baru aku tau band M2M ni, dan aku pon agak kecewa jugak sebab M2M ni dah disbanded. Aku pon discover lak pulak si Marit and Marion sebab depa dah solo. Aku check kat YouTube lagu Marit Larsen apa yang top, pastu aku pon jumpa lagu "If a Song Could Get Me You". Tahun lepas kalau tak silap aku discover lak full album 'The Chase". 




-------------------------------------------------------------------------------------------------




#5 TURN IT UP








Artist: Pixie Lott
Recorded: 2009
Released: 11 September 2009
Genre: Pop
My Favourite Tracks:
- Turn It Up - Jack
- Cry Me Out









Macam mana aku boleh kenai gadis yang jelita ni? Okay kalau nak tau back in 2009, bulan 11, time ni baru abih PMR, aku ngan geng-geng yang lain ponteng kelas p lepak kat Cyber Cafe. Aku bukak lak Friendster (time ni aku baru buat), aku cari profile budak pompuan yang aku suka, dekat profile dia ada lagu "Mama Do (Uh Oh, Uh Oh)". Masa aku keja kat AEON SPC (sekarang dah pindah ke Alma), banyak jugak lagu Pixie Lott main kat radio.





-------------------------------------------------------------------------------------------------









#4 HEART IN MOTION








Artist: Amy Grant
Recorded: 1989-1990
Released: 5 March 1991
Genre: Pop 
My Favourite Tracks:
- Every Heartbeat
- Baby Baby
- Ask Me



Album paling lama yang ada dalam list ni. Aku minat jugak lagu lama-lama ni, lagu Madonna tahun 80an pon aku layan jugak. Aku dapat tau pasai Amy Grant ni kalau tak silap tahun 2015 aku discover video kat YouTube pasai lagu yang top masa tahun awal 90an. Dalam video tu ada lagu "Baby Baby" so aku pon download la. Tahun lepas aku discover overall album ni, boleh kata semua lagu dalam album ni best-best jugak.





-------------------------------------------------------------------------------------------------




#3 LAST YOUNG RENEGADE







Band: All Time Low
Recorded: June 2016
Released: 2 June 2017
Genre: Pop Rock
My Favourite Tracks:
- Life of the Party
- Dirty Laundry
- Ground Control (feat. Tegan and Sara)




Walaupon aku lebih prefer pop punk era 2007 tapi aku rasa album All Time Low tahun ni agak menyegat, and honestly aku lebih suka album ni dari album So Wrong, It's Right (2007). Boleh kata aku agak obses jugak ngan album ni sampai aku rasa nak p kedai baju nak buat jaket yang ada logo "Young Renegade" kat belakang jaket (mostly dia tunjuk dalam music video lagu dalam album ni). 





-------------------------------------------------------------------------------------------------









#2 THE MADDING CROWD








Band: Nine Days
Recorded: 1998-2000
Released: 16 May 2000
Genre: Alternative Rock
My Favourite Tracks:
- If I Am
- 257 Weeks
- Absolutely (Story of a Girl)




"This is the story of a girl, who cried a river and drowned the whole world, and while she looked so sad in photographs, I absolutely love her, when she smiles..." Sapa ingat lagu ni? Well, mesti semua orang ingat kan, one of the best childhood song. Haa kalau nak tau band yang bernama Nine Days la yang nyanyi lagu tu. Aku baru tau band ni masa tahun 2010, time ni album The Madding Crowd ni dah masuk 10th years anniversary. Nine Days ada dua orang vokalis, John Hampson dengan Brian Desveaux. Ada lagu yang John nyanyi dan ada juga lagu Brian yang jadi lead vokalis. Suara depa seakan-akan sama, suara Brian garau sikit daripada John. Fun fact, John Hampson sekarang dah jadi cikgu sekolah menurut salah sorang student dia yang komen dalam music video "If I Am". Ada video dia main gitar cover lagu-lagu dia dalam kelas, boleh tengok kat YouTube. Mesti best kan kalau cikgu kita ni retis, tak payah nak bazirkan tiket konsert, hahaha.









-------------------------------------------------------------------------------------------------









#1 THIRD EYE BLIND





Band: Third Eye Blind
Recorded: 1995-1996
Released: 08 April 1997
Genre: Alternative Rock
My Favourite Tracks:
- Semi-Charmed Life
- Jumper
- I Want You



Aku rasa semua dah tau yang album ni album no. 1 feveret aku (sebab aku selalu post pasai album ni, kan?) "Semi-Charmed Life" dengan "Jumper" adalah hit dari kumpulan Third Eye Blind. Ada dua version cover artwork untuk album ni, yang first punya kaler gold (gambar yang sama), and the second one kaler merah (macam dalam gambaq atas). Album ni dah certified 6x Platinum oleh RCCA (Recording Industry Association of America). 









---------------------------------------------------THE END----------------------------------------





Thanks for reading! Stay tuned for more from me