L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Nobuta wo Produce

Monday 15 May 2017

Nobuta wo Produce




INFO


Genre: Drama, Comedy, Romance
Country: Japan
Date Released: October 15 - December 17 2005
No. of episodes: 10


CAST


Kazuya Kamenashi as Shuiji Kiritani


Shuiji adalah seorang pelajar yang popular di sekolahnya. Dia menganggap kehidupannya ibarat sebuah permainan. Dia cuba merahsiakan identitinya yang sebenar dengan penipuan yang direkanya. Shuiji nampak seorang yang ceria dan peramah tapi dalam hati dia berasa sunyi. Dia ada teman wanita tapi dia tak suka pon kat pompuan tu, dia date dengan pompuan tu sebab dia nak rasa diri dia popular ja. 


Tomohisa Yamashita as Akira Kusano



Akira ni memang seorang yang 'high' (cara dia bercakap dengan orang tak begitu serious). Dia tak la sepopular Shuiji, dia suka sangat kacau Shuiji, depa dorang ni dah macam best friend la. Akira ni anak orang kaya sebab ayah dia presiden dalam sebuah syarikat. Hubungan dia dengan ayah dia tak begitu baik disebabkan Akira enggan mengambil alih syarikat ayahnya seperti disuruh. 



Maki Horikita as Nobuko Kotani



Maki Horikita ni salah satu sebab aku tengok drama ni (sebab dia watak utama dalam drama Hana Kimi). Kalau karakter Hana Kimi dia seorang yang popular tapi drama Nobuta wo Produce ni lak dia pegang karekter yang slow. Kotani adalah seorang budak pemalu. Dia tak bersosial dengan orang dan selalu bersendirian. Dia selalu dibuli dari dia kecik lagi. Tapi dia pandai menjahit dan suka membaca. 



SYNOPSIS



Shuji dan Akira adalah rakan sekelas di sekolah depa. Kadang-kadang Shuji menyampah dengan Akira yang selalu kacau dia. Satu hari dekat sekolah depa ada budak baru masuk. Budak tu nama dia Nobuko Kotani, dia masuk kelas Shuiji dengan Akira. Kotani ni seorang budak pompuan yang sungguh pemalu (kepala dia asyik tunduk, rambut dia yang panjang tutup muka dia). Kotani selalu kena buli dengan group gangster minah dalam kelas dia. Shuji dengan Akira pon kesian dengan nasib yang menimpa Kotani dan depa berpakat untuk menjadikan Kotani seorang budak popular di sekolah supaya dia tidak lagi dibuli. Depa tubuhkan sebuah operasi yang dinamakan 'Nobuta wo Produce'. Sejak itu Kotani dipnaggil dengan nama 'Nobuta' dan setiap kali masa rehat depa tiga orang akan adakan meeting di tingkat atas sekolah







0 comments:

Post a Comment