Hari Khamis, malam, dalam pukui 10 lebih aku p rumah Abang Ucop, kami dah nak bertolak ke JB. Sapa yang drive? Mesti hampa ingat abang Ucop yang drive, kan? Hahaha, sangkaan hampa meleset, sebab aku lah yang drive dari Penang sampai la JB. Tapi tak la straight aku drive, ada la berenti 3 kali kat R&R. Sebelum masuk highway kami makan dulu kat kedai tomyam, lepas abih makan lebih kurang pukui 11 suku kami pon bergerak. Pukui 12 setenah kami stop sat kat R&R (aku lupa dah kat mana). Pastu pukui 3 lebih kami berenti lagi, sebab si Wawa (anak Abang Ucop yang sulung) nak kencing. Lebih kurang nak masuk time Subuh kami pon dah nak sampai dah area rumah saudara Abang Ucop kat Bahau, Negeri Sembilan tapi kami sesat jalan sebab kat area tu memang gelap, jalan dia pon sempit so memang tak nampak la. Pukui 6 setengah baru la jumpa rumah dia, aku masuk-masuk rumah solat Subuh pastu terus tidoq. Memang penat gila la sebab bawak keta sampai 7 jam, kira first time jugak la aku bawak keta lama-lama, tapi nasib baik time aku bawak keta tu tak terlelap, kira aku boleh tahan mata aku time bawak keta tengah-tengah pagi, tu pon sebab aku minum Redbull, hahaha.
Thursday, 18 May 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment